Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI 3 : THE FROZEN BURNER

Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah Adakah lilin sejukbeku menyala dengan kadar yang sama dengan lilin yang disimpan pada suhu bilik. Langkah 2 : Membuat Hipotesis Lilin yang disejukbekukan menyala lebih lama berbanding lilin yang disimpan di dalam suhu bilik. Langkah 3 : Merancang Eksperimen a. Sediakan bahan i. 2 batang lilin yang sama panjang (1 batang di sejukbeku selama satu malam dan 1 batang lagi disimpan pada suhu bilik ) ii. Pemetik api b. Prosedur : i. Letakkan kedua-dua lilin di atas permukaan yang rata. ii. Nyalakan api pada kedua-dua lilin secara serentak. iii. Pemerhatian dibuat terhadap lilin yang manakah menyala lebih lama. c.Pembolehubah i. Manipulasi ii. Bergerakbalas iii. Dimalarkan

: Suhu lilin / tempat lilin disimpan : Masa yang diambil untuk lilin terbakar. : Panjang lilin , jenis lilin

d.Langkah-langkah keselamatan i. Berhati-hati semasa mengendalikan api.

Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen Prosedur : i. Kedua-dua lilin diletakkan di atas permukaan yang rata. ii Api dinyalakan pada kedua-dua lilin secara serentak. Iii Pemerhatian direkodkan didalam jadual. Langkah 5 : Menganalisis Data

Lilin

Pemerhatian

Inferens

Lilin sejukbeku-

Tidak mudah menyala Tempoh nyalaan lebih lama Saiz nyalaan lebih besar

Suhu lebih rendah menyebabkan lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk proses pembakaran.

Lilin suhu bilik-

Mudah menyala Tempoh nyalaan lebih singkat Saiz nyalaan lebih kecil

Suhu lebih tinggi menyebabkan kurang tenaga yang diperlukan untuk proses pembakaran.

Langkah 6 : Membuat Kesimpulan Suhu yang lebih rendah menyebabkan lilin membeku.Oleh itu , lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mencairkan lilin yang beku menyebabkan ia menyala lebih lama berbanding lilin pada suhu bilik. Posted by pgsrscience at 6:57 PM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post Reactions:

The Sucking Bottle


LAPORAN AKTIVITI 1 : THE SUCKING BOTTLE Langkah 1 : Mengenal Pasti Masalah Bolehkah telur dimasukkan ke dalam botol yang mulutnya bersaiz lebih kecil daripada telur? Langkah 2 : Membina Hipotesis Telur disedut masuk ke dalam botol apabila tekanan udara di dalam botol lebih rendah daripada tekanan udara di luar. Langkah 3 : Merancang Eksperimen Langkah Keselamatan : Berhati-hati apabila menyalakan mancis. Memakai kaca mata keselamatan. Pastikah kebersihan diberi keutamaan. Menyediakan bahan : Telur yang telah direbus sehingga masak. Botol yang jernih yang mempunyai mulut bersaiz kecil sedikit dari telur. Sekotak mancis. Telur rebus dikupas kulitnya. Mancis dinyalakan dan dimasukkan ke dalam botol. telur diletakkan di atas permukaan mulut botol dengan pantas. Pemerhatian dicatatkan.

1. 2.

3. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 5. 6. 7. 8.

Langkah 4 : Melaksanakan eksperimen.

Melakukan eksperimen mengikut langkah-langkah di atas.

Langkah 5 : Menganalisa dan mentafsir data Didapati botol menyedut telur masuk ke dalam botol tersebut. Langkah 6 : Membuat Kesimpulan Nyalaan mancis yang dimasukkan ke dalam botol menghasilkan suhu tinggi di dalamnya dan menyebabkan tekanan udara di dalam botol menjadi rendah berbanding tekanan udara di luar. Ini menyebabkan telur telah disedut masuk ke dalam botol. Hipotesis telah dibuktikan.

Anda mungkin juga menyukai