Anda di halaman 1dari 13

vPada 1835 sebelum teori sel akhir telah dibangunkan, Jan Evangelista Purkyn memerhatikan "butiran" kecil ketika

melihat di tisu tumbuhan terus di bawah mikroskop. Teori sel, mula-mula dibangunkan pada 1839 oleh Matthias Jakob Schleiden dan Theodor Schwann, menyatakan semua organisma itu adalah digubah dari satu atau lebih sel, yang semua sel datang atau wujud dari sel-sel wujud sebelumnya,fungsi-fungsi utama satu organisma berlaku dalam sel, dan semua sel itu mengandungi maklumat mustahak turun-temurun untuk mengatur fungsi-fungsi sel dan untuk menghantar maklumat ke generasi berikutnya. Perkataan "cell" (sel) datang dari bahasa Latin "cellula", bermaksud sebuah bilik kecil. Nama deskriptif untuk hidup paling kecil struktur biologi telah dipilih oleh Robert Hooke dalam sebuah buku dia bercetak pada tahun 1665 apabila dia mengkajinya di bawah mikroskop dan ia menyerupai bilik-bilik kecil untuk sami hidup di dalamnya. Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas Oleh kerana saiz sel amat kecil, kehadirannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta mikroskop cahaya. Disebabkan itu pengetahuan mengenai sel amat berkait rapat dengan kemajuan penciptaan mikroskop cahaya. Pengembangan pengetahuan berkenaan sel adalah hasil kajian sel (sitologi) menggunakan mikroskop cahaya. Urutan sejarah penemuan sel dan kajian mengenainya dimulakan seperti berikut: Robert Hooke (ahli sains Inggeris) telah mereka cipta mikroskop cahaya pada tahun 1664. Pada tahun berikutnya beliau menjadi orang pertama yang menemui sel setelah membuat pemerhatian ke atas tisu gabus. Anton van Leeuwenhook (ahli sains Belanda) pada tahun 1676 menjadi orang pertama menemukan mikroorganisma dengan membuat pemerhatian ke atas setitis sampel air kolam di bawah mikroskop cahaya. hasil dari pemerhatiannya, diketahui bahawa mikroorganisma unisel adalah satu organisma. Matthias J. Schleidon dan Theodore Schwann (ahli sains Jerman, 1839) mencadangkan teori sel. Teori sel mengatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma. Purkinje (1840) telah menemukan protoplasma dalam sel tumbuhan. Istilah sitoplasma menyusul kemudian untuk diterima pakai. Rudolf Virchow (ahli sains Jerman, 1855) mengemukakan teori biogenesis yang menyimpulkan bahawa "hidupan berasal daripada hidupan juga" dan ini dinyatakan dengna "sel baru berasal daripada sel-sel yang wujud sebelumnya". Water Flemming (1879) memperkenalkan teknik mewarnakan nukleus dengan menggunakan lilin. Penemuan teknik ini membuktikan kehadiran nukleus dan siri pembahagian nukelus dapat dikaji dan diketahui kemudiannya. Sehingga tahun 1900, bidang sitologi berkembang dengan banyak penemuan organelorganel antaranya termasuklah kloroplas, mitokondrion dan jasad Golgi. Had kuasa beza jelas mikroskop cahaya yang telah mencapai maksimum mengehadkan kajian lanjut ke atas bahagian dan ultrastruktur sel.

Mikroskop elektron (1930) dicipta dan dengan itu bermulalah era baru bidang sitologi, disebabkan peningkatan had kuasa beza jelas mikroskop elektron. Selepas tahun 1946, penggunaan mikroskop elektron dan teknik kajian dan penyediaan bahan spesimen semakin berkembang dan meluas penggunaannya, sehinggalah ke hari ini. Tisu ialah peringkat susunan sel pertengahan antara peringkat sel dan seluruh organisma. Justera, ia merupakan sekumpulan sel yang tidak semestinya serupa, tetapi mempunyai asal sepunya, dan yang bersama-sama melakukan fungsi yang tertentu. Organ dibentuk pula daripada pengumpulan fungsian tisu-tisu berbilang. Kajian tisu dikenali sebagai histologi atau jika berkaitan dengan penyakit, sebagai histopatologi

Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsik h u s u s y a n g s a m a . T e r d a p a t e m p a t j e n i s t i s u d a l a m b a d a n m a n u s i a i a i t u t i s u epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil d a r i p a d a gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenistisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabunganb e b e r a p a o r g a n y a n g b e r b e z a b a g i m e n g h a s i l k a n t u g a s - t u g a s t e r t e n t u s e p e r t i organ-organ sistem respiratori.

Epithel pipi, pewarnaan metilen blue, 100x. Tampak inti di tengah sel berwarna biru dan organel sel tidak tampak.

Epithel pipi, pewarnaan metilen blue, 400x. Tampak inti di tengah sel berwarna biru dan organel sel tampak sebagai granula biru (bintik-bintik)

Epithel pipi, tanpa pewarnaan, 600x. Tampak inti di tengah sel dan organel sel tampak sebagai granula (bintik-bintik)

Bergantung pada cara kerja, kualitas dan kondisi mikroskop, serta teknik pewarnaannya, hasil pengamatan sel-sel epidermis bawang merah kira-kira seperti screenshot di bawah ini.

Pewarnaan epidermis bawang merah menggunakan yodium pada perbesaran 100x. Tampak bulatan kecil di tengah sel adalah inti sel. Organel lain di dalam sel tidak tampak dengan perbesaran ini, atau hanya dengan pewarnaan yodium.

Pewarnaan epidermis bawang merah menggunakan metilen blue pada perbesaran 400x. Tampak bulatan kecil di tengah sel adalah inti sel. Organel lain di dalam sel yang masih mungkin tampak adalah vakuola. Organel sel lain tidak tampak hanya dengan pewarnaan ini.

Epidermis bawang merah tanpa pewarnaan pada perbesaran 100x. Organel sel dan inti tidak tampak tanpa pewarnaan.

Pewarnaan epidermis bawang merah menggunakan metilen blue pada perbesaran 450x. Tampak bulatan kecil di tengah sel adalah inti sel. Organel lain yang masih mungkin tampak adalah vakuola.

Fungsi nukleus ialah untuk mengawal sebarang aktiviti sel. Oleh itu, nukleus boleh dianggap sebagai pusat kawalan sel.

Perbincangan :

Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelah pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi yang tumpul. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas sel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Dalam pemerhatian, sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Di bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues.

Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang telah digunakan. Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermis bawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yang dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang. Struktur yang boleh dilihat dibawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma.

Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu sel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan daripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel yang tajam agar gelembung udara dapat dikeluarkan. Larutan iodine adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan

KESIMPULAN :

Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada membran plasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membran plasma ,nuklues dan sitoplasma serta mempunyai bentuk yang tetap.

3. Huraikan bentuk sel epidermis bawang itu.

Sel epidermis bawang membawa ciri ciri yang ada pada sel tumbuhan. Iaitu ia diselaputi oleh membran sel dan dikelilingi oleh dinding sel yang tebal terdiri daripada selulosa. Sel-sel

bawang yang matang ini mempunyai ruang yang dikenali sebagai vakuol. Vakuol ini dikelilingi oleh protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Sel-sel daun bawang ini kelihatan sama seperti sel-sel kulit bawang tetapi sel-sel daun mengandungi kandungan hijau yang dikenali sebagai kloroplas.

4. Bagaimana susunan sel epidermis bawang antara satu sama lain?

Susunan sel epidermis bawang adalah rapat dan berbentuk seragam antara satu sama lain. Ini disebabkan sel-sel bawang mempunyai dinding-dinding sel berselulosa yang tegar yang membentuk keseragaman sel. Dinding sel adalah penting bagi sokongan kepada tumbuhan serta melindungi sel tumbuhan itu sendiri. Sel-sel epidermis bawang seperti rajah dibawah:

5. Huraikan kedudukan nukleus di dalam sel. Mengapakah kedudukan nukleus dalam sel tidak tetap?

Kedudukan nukleus dalam sel tidak tetap kerana sel haiwan dan tumbuhan mempunyai fungsi yang berbeza dari bentuk dan kandungan. Bagi sel haiwan kedudukan nukleus berada pada bahagian tengah sel kerana ia berperanan mengawal semua aktiviti sel dan perlu dilindungi. Ia dilindungi dengan dikelilingi oleh sitoplasma disekitarnya. Manakala nukleus sel tumbuhan berada pada bahagian tepi kerana memberi ruang kepada ruang vakuol yang besar. Walaupun terletak dibahagian tepi sel ia tetap dilindungi oleh sel dinding tumbuhan yang tebal. Disamping itu dalam sel tumbuhan,klorofil perlu mengalir bagi membekalkan makanan(kanji) kepada keseluruhan bahagian tumbuhan. Oleh itu kedudukan nukleus ini tidak tetap.

6. Huraikan bagaimana penggunaan pewarna boleh membantu anda mengkaji sel dengan lebih terperinci.

Penggunaan pewarna banyak membantu dalam mengkaji sel secara lebih terperinci. Bagi ujikaji diatas larutan iodin adalah pewarna umum yang digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang digunakan oleh sel manusia dan haiwan. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel bawang menjadi perang. Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang.

9. Mengapakah sel epitelium pipi tidak mempunyai bentuk sekata seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan?

Sel epitelium pipi tidak mempunyai bentuk yang sekata seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan kerana ia tidak mempunyai dinding sel. Dinding sel tumbuhan berbentuk sekata kerana ia berperanan sebagai penahan serta mengukuhkan struktur tumbuhan. Sel haiwan tidak memerlukan diding sel kerana struktur binaannya dikukuhkan sama ada oleh tulang ataupun kulit keras luaran haiwan berkenaan.

10. Bahagian sel pipi manakah yang paling banyak menyerap warna?

Bahagian sel pipi yang paling banyak menyerap warna adalah bahagian sitoplasma yang mengandungi organel-organel sel seperti nukleus, kromosom dan mitokondrion. Ini kerana bahagian tersebut mengandungi bahan makanan dan bahan kimia seperti protien, vitamin, glikogen dan glukosa yang bertindak balas dengan metilena biru.

11. Kenapakah kloroplas tidak terdapat dalam sel haiwan, contohnya sel pipi?

Kloroplas tidak wujud dalam sel haiwan kerana haiwan adalah organisma heterotrof iaitu ia bergantung dengan organisma lain untuk mendapatkan bekalan makanannya. Kloroplas didapati pada kebanyakkan sel tumbuhan kerana ia adalah organisma autotrof. Iaitu organisma yang boleh mensintesiskan bahan makanannya sendiri. Kloroplas yang mengandungi klorofil berperanan dalam proses mensintesiskan makanan khususnya karbohidrat melalui proses fotosintesis.

12. Adakah sel pipi mempunyai vakuol pusat besar seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan?

Sel pipi tidak mempunyai vakuol pusat besar seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan kerana peranan vakuol ini dalam sel tumbuhan adalah sebagai tempat penyimpanan air yang mana air akan membantu dalam proses fotosintesis iaitu air akan diuraikan untuk

menghasilkan radikel hidrogen. Selain itu, ia juga berperanan bagi mengukuhkan struktur tumbuhan itu sendiri. Tumbuhan yang kekurangan air dalam vakuol akan menjadi layu. Oleh itu sel pipi ataupun sel haiwan amnya tidak perlu mempunyai vakuol pusat besar kerana ia akan menghalang fleksibiliti dan pergerakan haiwan itu sendiri.

13. Sediakan satu senarai sifat umum yang didapati dalam kedua-dua sel tumbuhan dan sel haiwan.

Senarai sifat umum bagi sel tumbuhan dan sel haiwan:

Mempunyai nukleus yang berperanan sebagai pusat kawalan aktiviti sel. Kedua-dua sel mengandungi Mitokondrion yan berperanan sebagai pusat penghasilan tenaga bagi sel. Mempunyai Ribosom bagi penghasilan protein. Mempunyai Membran sel yang berperanan untuk mengawalpergerakan sel serta mengasingkan kandungan sel dari persekitarannya. Mengandungi Protoplasma iaitu bahagian yang mengandungi sitoplasma dan nukleus. Mempunyai Sitoplasma yang berperanan untuk mengekalkan bentuk sel serta membekalkan bahan keperluan kepada organel. Mengandungi Endoplasmik Retikulum yang berperanan untuk menyimpan dan membawa protein ke bahagian dalam atau luar sel. Mengandungi Golgi yang berperanan untuk menukar protein kepada molekul yang lebih komplek. Mengandungi Lysosomes yang menghasilkan 40 jenis enzim yang berperanan untuk memecahkan molekul besar. Mengandungi Kromosom yang memainkan peranan penting dalam proses pembahagian sel.

Pada 1835 sebelum teori sel akhir telah dibangunkan, Jan Evangelista Purkyn memerhatikan "butiran" kecil ketika melihat di tisu tumbuhan terus di bawah mikroskop. Teori sel, mula-mula dibangunkan pada 1839 oleh Matthias Jakob Schleiden dan Theodor Schwann, menyatakan semua organisma itu adalah digubah dari satu atau lebih sel, yang semua sel datang atau wujud dari sel-sel wujud sebelumnya,fungsi-fungsi utama satu organisma berlaku dalam sel, dan semua sel itu mengandungi maklumat mustahak turun-temurun untuk mengatur fungsi-fungsi sel dan untuk menghantar maklumat ke generasi berikutnya. Perkataan "cell" (sel) datang dari bahasa Latin "cellula", bermaksud sebuah bilik kecil. Nama deskriptif untuk hidup paling kecil struktur biologi telah dipilih oleh Robert Hooke dalam sebuah buku dia bercetak pada tahun 1665 apabila dia mengkajinya di bawah mikroskop dan ia menyerupai bilik-bilik kecil untuk sami hidup di dalamnya. Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas Oleh kerana saiz sel amat kecil, kehadirannya hanya diketahui dan dapat dikesan setelah manusia dapat mencipta mikroskop cahaya. Disebabkan itu pengetahuan mengenai sel amat berkait rapat dengan kemajuan penciptaan mikroskop cahaya. Pengembangan pengetahuan berkenaan sel adalah hasil kajian sel (sitologi) menggunakan mikroskop cahaya. Urutan sejarah penemuan sel dan kajian mengenainya dimulakan seperti berikut: Robert Hooke (ahli sains Inggeris) telah mereka cipta mikroskop cahaya pada tahun 1664. Pada tahun berikutnya beliau menjadi orang pertama yang menemui sel setelah membuat pemerhatian ke atas tisu gabus. Anton van Leeuwenhook (ahli sains Belanda) pada tahun 1676 menjadi orang pertama menemukan mikroorganisma dengan membuat pemerhatian ke atas setitis sampel air kolam di bawah mikroskop cahaya. hasil dari pemerhatiannya, diketahui bahawa mikroorganisma unisel adalah satu organisma. Robert Brown pada tahun 1833 menamakan bahan yang berbentuk sfera dalam sel tumbuhan sebagai nukleus. Matthias J. Schleidon dan Theodore Schwann (ahli sains Jerman, 1839) mencadangkan teori sel. Teori sel mengatakan bahawa sel terdapat secara universal dan merupakan unit asas organisma. Purkinje (1840) telah menemukan protoplasma dalam sel tumbuhan. Istilah sitoplasma menyusul kemudian untuk diterima pakai. Rudolf Virchow (ahli sains Jerman, 1855) mengemukakan teori biogenesis yang menyimpulkan bahawa "hidupan berasal daripada hidupan juga" dan ini dinyatakan dengna "sel baru berasal daripada sel-sel yang wujud sebelumnya". Water Flemming (1879) memperkenalkan teknik mewarnakan nukleus dengan menggunakan lilin. Penemuan teknik ini membuktikan kehadiran nukleus dan siri pembahagian nukelus dapat dikaji dan diketahui kemudiannya. Sehingga tahun 1900, bidang sitologi berkembang dengan banyak penemuan organelorganel antaranya termasuklah kloroplas (1883), mitokondrion (1890) dan jasad Golgi

(1898). Had kuasa beza jelas mikroskop cahaya yang telah mencapai maksimum mengehadkan kajian lanjut ke atas bahagian dan ultrastruktur sel.

Mikroskop elektron (1930) dicipta dan dengan itu bermulalah era baru bidang sitologi, disebabkan peningkatan had kuasa beza jelas mikroskop elektron. Selepas tahun 1946, penggunaan mikroskop elektron dan teknik kajian dan penyediaan bahan spesimen semakin berkembang dan meluas penggunaannya, sehinggalah ke hari ini. Tisu ialah peringkat susunan sel pertengahan antara peringkat sel dan seluruh organisma. Justera, ia merupakan sekumpulan sel yang tidak semestinya serupa, tetapi mempunyai asal sepunya, dan yang bersama-sama melakukan fungsi yang tertentu. Organ dibentuk pula daripada pengumpulan fungsian tisu-tisu berbilang. Kajian tisu dikenali sebagai histologi atau jika berkaitan dengan penyakit, sebagai histopatologi

Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsik h u s u s y a n g s a m a . T e r d a p a t e m p a t j e n i s t i s u d a l a m b a d a n m a n u s i a i a i t u t i s u epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil d a r i p a d a gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenistisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabunganb e b e r a p a o r g a n y a n g b e r b e z a b a g i m e n g h a s i l k a n t u g a s - t u g a s t e r t e n t u s e p e r t i organ-organ sistem respiratori.

Epithel pipi, pewarnaan metilen blue, 100x. Tampak inti di tengah sel berwarna biru dan organel sel tidak tampak.

14. Senaraikan lima perbezaan yang anda perhatikan antara sel tumbuhan dan sel haiwan.

Perbezaan antara sel tumbuhan dan sel haiwan adalah seperti jadual berikut:

Ciri-ciri

Sel Tumbuhan

Sel Haiwan

Dinding Sel

Dinding berselulosa yang tegar

Tidak mempunyai dinding sel

Bentuk

Mempunyai bentuk yang tetap

Mempunyai bentuk yang berubah-ubah

Kloroplas

Kloroplas yang mengandungi klorofil

Tiada mempunyai Kloroplas

Vakuol

Bersaiz besar dan bilangannya sedikit

Bersaiz kecil dan bilangannya banyak

Bahan Simpanan

Simpanan dalam bentuk kanji

Simpanan dalam bentuk glikogen

Nukleus

Terletak disisi sel

Terdapat di tengah sel

Pergerakan

Jarang bergerak

Biasanya boleh bergerak

Anda mungkin juga menyukai