Anda di halaman 1dari 6

Amali 3

Tajuk :
Pemerhatian sel haiwan: sel pipi dan sel tumbuhan : sel epidermal daun.
Objektif :
Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik
staining yang betul.
Pengenalan:
Setiap unit kecil yang senang berfungsi dalam sistem yang amat besar dan setiap
unitnya dikenali sebagai sel. Sel merupakan unit yang asas struktur dan fungsi
bagi semua organisma. Semua organisma terdiri daripada sel-sel. Sel organisma
wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sel amat penting dalam sistem kehidupan
Biologi. Dalam organisasi biologi, sel adalah kumpulan yang paling ringkas yang
boleh hidup. Kebanyakkan organisma kompleks di mana khususnya haiwan dan
tumbuhan adalah multisel. Badan mereka terdiri daripada sel-sel khusus yang
bekerjasama antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan. Walaupun
mereka disusun ke peringkat yang lebih tinggi contohnya tisu dan organ, sel-sel
tersebut tetap organisma yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit sel yang
asas. Justeru, sel adalah sangat sukar dan susah untuk dilihat melalui mata kasar
kerana secara amnya sel adalah amat kecil dan adalah sesuatu yang kompleks.
Dengan ini, sel boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop sama ada
mikroskop cahaya atau untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih tepat adalah
dengan menggunakan mikroskop elektron. Seperti mana sedia maklum, sel
adalah unit yang asas bagi semua organisma. Oleh itu, semua sel mempunyai
komponen hidupnya iaitu membran sel yang menyelaputi protoplasma. Membran
plasma adalah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma Membran plasma
bersifat separa tetap. Protoplasma pula terdiri daripada nukleus dan sitoplasma.
Nukleus mengandungi kromosom dan nukleous serta diliputi oleh membran sel.
Manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma. Organel

yang terdapat

dalam

sitoplasma

sel

antaranya

adalah

nukleus,

jalinan

endoplasma, mitokondrion, alat Golgi, vakuol dan kloroplas.


Sel secara umumnya terbahagi kepada dua dimana sel haiwan dan juga sel
tumbuhan. Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah sel eukariotik. Kedua-dua sel ini
mempunyai organel-organel. Sehubungan itu, organel adalah struktur sel yang
halus yang melakukan sesuatu fungsi yang khusus. Contohnya organel terdiri
daripada nukleus, mitokondrian, kloroplas, vakuol, ribosom, alat Golgi dan jalinan
endoplasma. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan alat Golgi hanya
kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron Di dalam sitoplasma sel,
terdapat beberapa jenis organel. Di dalam sel haiwan terdapat organel seperti
nukleus, motokondrion, jalinan endoplasma, alat Golgi, lisosom, vakuol dan
sentriol dalam sitoplasama yang tidak ada pada sel tumbuhan dikelilingi oleh sel
dinding di luar membran plasma. Sel tumbuhan terdiri daripada dinding sel yang
terletak di luar membran plasma dan terbina daripada gentian berselulosa yang
kuat. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel
dinding. Dinding sel memberikan sokongan, ketegaran dan bentuk kepada sel
tumbuhan.

Dinding

sel

adalah

telap

sepenuh

hanya

kepada

air dan

kebanyakannya terdiri bahan terlarut. Sel tumbuhan tiada sentriol. Sel tumbuhan
mempunyai vakuol yang besar. Membran yang meliputi vakuol disebut sebagai
tonoplas di mana ia bersifat separa telap. Cecair yang terdapat dalam vakuol
dinamakan sapsel. Sel yang terdapat dalam sel tumbuhan yang tidak terdapat
dalam sel haiwan ialah kloroplas, vakuol, sel dinding dan plasmodemata. Setiap
organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengan sempurna
supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum.
Keputusan:

Soalan/Perbincangan:
1) Namakan jenis sel pada bahagian dalam pipi
Sel epithelial.

2) Mengapakah sel epidermal bawang tidak mengandungi kloroplas?


Sel epidermal pada daun bawang tidak mengandungi kloroplas kerana bawang
tidak akan menjalankan serta meneruskan proses fotosintesis. Bawang
berfungsi dan berperanan sebagai penyimpan makanan. Oleh itu, kloroplas tidak
diperlukan oleh bawang.
3) Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN
PERSAMAAN

Kedua-dua sel ini mempunyai nukleus, sitoplasma, membrane plasma, alat Golgi,
mitokondrion, ribosom, jalinan endoplasma kasar dan jalinan endoplasma licin.

SEL HAIWAN
Bentuk sel tidak tetap
Tiada ada dinding sel
Tiada ada kloroplas
Biasanya tiada, sesetengah

PERBEZAAN
Bentuk
Dinding sel
Kloroplas
Vakuol

SEL TUMBUHAN
Bentuk sel tetap
Ada dinding sel
Ada kloroplas
Ada, bentuk vakuol yang

sel haiwan ada vakuol yang


kecil
Dalam bentuk glikogen
Ada sentriol

besar
Granul simpanan
Sentriol

Dalam bentuk kanji


Tiada sentriol

(4) Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat pengawalan sel?


Nukleus dikenali sebagai pusat pengawalan sel kerana di dalam sel nukleus
terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi.
Kromatin mengandungi maklumat genetik DNA yang akan mengawal
aktiviti dalam sel kerana DNA terdiri daripada genetik kod.

(5) Apakah tisu? Perkataan apa yang bermaksud sekumpulan tisu yang
menjalankan tugasan tertentu?
Tisu adalah sekumpulan sel di mana, telah mengalami pengkhususan yang sama
dan oleh itu, ia memepunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama
bagi melaksanakan satu fungsi yang khusus. Seterusnya, sekumpulan tisu yang
menjalankan tugasan tertentu bermaksud di mana sekumpulan tisu boleh
menjalankan fungsi yang khusus dengan lebih cepat dan cekap berbanding
dengan satu sel sahaja.

EKSPLORASI: Bilakah sel ditemui dan oleh siapa?


Sel dijumpai pada tahun 1665 oleh Robert Hooke. Beliau telah menemui dinding
sel ketika melihat sel mati pada dahan pokok.

Langkah-langkah Keselamatan:
1) Berhati-hati semasa meletakkan penutup slaid ke atas spesimen kerana ia
mudah pecah.
2) Eksperimen ini mestilah dijalankan dalam keadaan yang mempunyai cahaya
matahari yang mencukupi dan juga terang.
3) Sila berhati-hati semasa mengikis sel pipi supaya tidak mencederakan manamana bahagian sel pipi.

KESIMPULAN:
Sel pipi iaitu sel haiwan tidak mempunyai bentuk yang tetap dan setiap sel
mengandungi nukleus, membran plasma dan sitoplasma manakala sel epidermal
bawang iaitu sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap di mana setiap sel
mempunyai nukleus, membran plasma, dinding sel dan sitoplasma.

RUJUKAN:
Armstrong, W. P., (2012). Comparison Of Plant & Animal Cells. Diperoleh dari:
http://waynesword.palomar.edu/lmexer1a.htm
Bailey, R. (2014). Animal Cells. Diperoleh dari:
http://biology.about.com/od/cellbiology/ss/animal_cells.htm
Kee Bee Suan, Quek Yoke Hua, Choo Yan Tong, L.N. Cheong & Grace Chiew Lai
Choo. (2011). Biology. Selangor: Penerbitan Pelangi.
Nalini T. Balachandran, Sia Chwee Khim & Kee Bee Suan. (2011). Biologi. Selangor:
Penerbitan Pelangi.
Wizz. (2011). Difference Between Plant And Animal Cells. Diperoleh dari:
http://wizznotes.com/biology/the-cell/difference-between-plant-and-animal-cells

Anda mungkin juga menyukai