Anda di halaman 1dari 7

USM

Menjana Kesihatan Mental

Prof Madya Dr Mohd Jamil Yaacob

2011

Menjana Kesihatan Mental

Prof Madya Dr Mohd Jamil Yaacob Ketua Jabatan Psikiatri, Universiti Sains Malaysia.

Kandungan: a) Definisi Kesihatan Mental b) Islam dan Kesihatan Mental c) Mempromosi Kesihatan Mental 1. Senaman 2. Diet dan Pemakanan Seimbang 3. Tidur dan Rehat Mencukupi 4. Rileksasi dan Mengelak Tekanan Berlebihan 5. Jauhi Bahan Terlarang 6. Perkasa Sifat Mahmudah dan Jauhi Sifat-Sifat Mazmumah d) Faktor Pelindung 1. Kesihatan Fizikal 2. Kestabilan dan Penghasilan Pekerjaan 3. Kestabilan Kewangan 4. Persahabatan, Keakraban dan Sokongan Rakan, Handai Taulan 5. Keluarga Penyayang Saling Bantu Membantu, Sokong Menyokong e) Kesimpulan

a) Definisi Kesihatan Mental Pertubuhan Kesihatan Sedunia menakrifkan kesihatan mental sebagai suatu keadaan sejahtera sempurna apabila seseorang individu itu menyedari kebolehan, keupayaan diri sendiri, berupaya menangani tekanan dalam kehidupan, bekerja secara produktif serta menyumbang kepada masyarakat. Kesihatan Mental umumnya dilihat dari sudut positif berbanding dengan penyakit mental yang sering dilihat sebaliknya. Kesihatan mental yang positif membolehkan seseorang menjalani kehidupan penuh ceria dan kreatif serta mempunyai fleksibiliti untuk menangani sebarang perubahan dalam kehidupan terutama yang berlaku dengan tidak disangka-sangka. b) Islam dan Kesihatan Mental

Suatu ciri asas dalam Islam adalah penelitiannya terhadap kesempurnaan fitrah manusia untuk mencapai keadaan sejahtera sempurna minda untuk mendapatkan kehidupan bermakna di dunia dan di akhirat. Manusia diperintahkan untuk mengenali diri sendiri dan mengenal sifat Allah SWT dengan melihat tanda-tanda kebesaranNya melalui penciptaan langit dan bumi seperti Firman Tuhan dalam Surah Fussilat (41), Ayat 53: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa AlQuran ternyata benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu, dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

Dibentangkan pada Simposium Kesihatan Mental USM 2011

Menjana Kesihatan Mental


Firman Allah dalam Surah Adz Dzaariyaat (51), Ayat 20-21: Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah (bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yaqin, dan juga bagi diri kamu sendiri, maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? Manusia harus memahami bahawa Tuhan mengarahkan mereka melihat, memikir dan mengkaji dalam konteks yang luas termasuk mengkaji mekanisme dalaman yang kompleks seperti pemikiran dan perasaan. Orang-orang Islam diingatkan bahawa salah satu cara memperoleh kesempurnaan iman adalah melalui amal salih. Firman Allah, Surah At-Tin (95), ayat 4-6: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya. Kemudian Kami kembalikan dia serendah-rendahnya ke peringkat orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. Islam mengajar tentang bagaimana mencapai kehidupan psikososial yang bermakna dan mengecapi kesihatan mental yang sihat. Firman Allah dalam Surah AlBaqarah (2), Ayat 177. Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu mengadapkan muka ke Timur dan barat, tetapi kebajikan itu adalah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan Sekelian Nabi dan menderma seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya - kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi, dan mengerjakan seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orangorang yang sabar dalam masa kesempitan; dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang sedemikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. Dalam mempromosi kesihatan mental dalam kehidupan sehari-hari, Islam mengajar kita mengenal kelemahan diri dan seterusnya memperbaiki diri sendiri. Justeru dalam kehidupan sehari-hari, sembahyang lima waktu, membaca al-Quran, berpuasa, menunaikan zakat, mengerjakan Haji di Mekah menyediakan peluang untuk umat Islam menyuci diri dan mengikis sifat-sifat buruk, menyelesaikan konflik psikososial dan mengekalkan ketenteraman jiwa. c) Mempromosi Kesihatan Mental 1. Senaman Ramai pakar percaya bahawa senaman mencetus pengeluaran bahan kimia (endorphins) yang menyebabkan orang merasa bagus. Kajian juga menunjukan yang senaman meningkatkan paras serotonin, dopamine dan norepinephrine yang membantu meningkatkan mood dan emosi seseorang. Ia juga meningkat bahan BDNF yang membantu meningkatkan jangka hayat sel saraf otak dan memperbaiki mood. Di samping senaman pada siang hari membantu tidur yang nyenyak pada malamnya dan meningkatkan perasaan selesa dengan diri sendiri. Senaman meningkatkan suhu badan menghasilkan kesan tenang. Senaman juga memperbaiki sistem imun badan dan membantu menjauhi jangkitan penyakit. Mengambil bahagaian dalam aktiviti fizikal membuka banyak peluang. Pertama ia membuka peluang untuk berjumpa dengan 3

Dibentangkan pada Simposium Kesihatan Mental USM 2011

Menjana Kesihatan Mental


kawan-kawan. Kedua ia member peluang untuk berehat daripada kesibukan tugas sehari-harian. Ketiga ia memberi peluang anda mengeluarkan peluh dan menyegarkan diri. Natijahnya, akan timbul rasa yakin diri, perasaan bernilai dalam diri anda. Disenaraikan kebaikan senaman dari aspek kesihatan mental: Mengurangkan tekanan, stres dan kelesuan mental Menguatkan tenaga Membantu tidur yang nyenyak Memberi motivasi dan membantu fokus dalam kehidupan Meredakan kemarahan dan frustrasi Memperbaiki selera makan Memperbaiki kehidupan sosial Keseronokan dalam hidup Bersenamlah secara sederhana selama 30 minit 5 kali seminggu. Kemudian anda membina keupayaan senaman mengikut kemampuan anda. Kehidupan yang aktif bukan semestinya melakukan sukan khusus. Berjalan, membuat kerja rumah, bercucuk tanam, menanam bunga, membasuk kereta, berjalan, berenang dan berbasikal juga merupakan aktiviti fizikal. 2. Diet dan Pemakanan Seimbang Makan makanan seimbang sepanjang hari untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Gagal mengambil sarapan pagi umpamanya akan menyebabkan paras gula rendah dan menimbulkan perasaan cepat marah, kecewa dan keletihan. Pengambilan sereal, makanan kekacang, buah dan sayur adalah digalakan. Gula dalam buah-buahan di serap secara perlahan dan tidak menyebabkan ketidakseimbangan mood. Makanan yang mengandungi thiamin (B1), folate dan zinc membantu mengawal mood dan kemurungan. Pilihan makanan berikut adalah digalakan: Roti roti kosong, roti pita, chapatti dan oat Sereal sarapan berserat tinggi seperti birijin dan bran sereal atau bubur Nasi dan pasti Brasmati dan brown rice Kentang mash potato dan wedges. Elakkan makanan dan minuman bergula Protein boleh diperolehi dariapda daging, ikan, telur, susu, keju, kekacang dan dhal. Minyak ikan yang mengandungi omega-3 supliment baik untuk mengekalkan mood. Jika menggoreng guna minyak zaitun atau minyak bijirin. Minum air yang cukup. Orang dewasa kehilangan air 2.5 liter air melalui paru-paru (pernafasan), kulit dan ginjal. Jika tidak minum air yang mencukupi anda akan mudah rasa marah, hilang daya tumpuan dan kurang fungsi mental. Kopi, Coca Cola, makanan bertenaga mengandungi caffeine yang meningkatkan paras tenaga. Caffeine dalam kuantiti yang banyak akan meningkatkan tekanan darah, anxieti, murung dan susah tidur. Caffeine juga mengandungi kesan diuretik yang menyebabkan kehilangan air melalui ginjal dan dehidrasi. 3. Tidur dan Rehat Mencukupi Tidur membantu memperbaiki tisu badan, mengkonsolidasi ingatan dan membantu memproses maklumat. Semasa tidur otak memperbaiki apa yang telah dipelajari untuk ia berfungsi secara berkesan pada siang hari. Sebab itu pelajar dinasihatkan memperoleh tidur yang cukup daripada bersengkang mata belajar pada hari sebelum peperiksaan.

Dibentangkan pada Simposium Kesihatan Mental USM 2011

Menjana Kesihatan Mental


Semasa tidur, otak bukan sahaja menguatkan daya ingatan tetapi juga menyusun dan mengaturkannya, menyaring emosi terperinci untuk diingat di samping membantu memberi perspektif baru serta idea kreatif tentang penyelesaian masalah yang sedang difikirkan. Tidur mempengaruhi kebolehan menggunakan bahasa, mengekalkan daya tumpuan, memahami apa yang dibaca, meringkas apa yang didengar. Tidur juga melindungi sistem imun manusia. Bayi memerlukan tidur yang lama 16-18 jam sehari. Lepas setahun ia berkuragan ke 1214 jam. Remaja juga perlukan tidur yang lama daripada orang dewasa sebab perubahan fisiologii yang berlaku dalam tubuh badan mereka. Orang dewasa memerlukan 7-8 jam tidur sehari. 4. Rileksasi dan Berlebihan Mengelak Tekanan memukul drum. Semua nya dalam minda anda. Bagi orang Islam, khusyuk dalam sembahyang adalah penting. Untuk mendapat sembahyang yang khusyuk: Bersedia ketika wudhu Memahami makna bacaan Tepis dunia seketika, kosongkan hati daripada urusan dunia Ingati seolah-olah sembahyang yang terakhir Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal supaya dari punca yang halal. Mendiri ketika awal atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh masa hamper luput. Melakukan rukun solat secara tertib Rasa malu (haya) rasa takut (khauf) pada Allah Yakin Allah menerima ibadat kita Membesarkan Allah dalam solat Menggunakan sejadah yang tidak mengandungi banyak gambar Sembahyang berjamaah 5. Jauhi Bahan Terlarang Alkohol mengandungi kesan depresi sistem saraf. Ini menyebabkan kemurungan. Kekurangan thiamin dan vitamin lain akan menyebabkan mood yang rendah, cepat marah dan tingkahlaku agresif. Jauhi merokok kerana orang yang berpenyakit mental lebih banyak merokok. Mereka rasa dengan merokok boleh mengurangkan stres tetapi sebaliknya merokok menyebabkan ketagihan dan meningkatkan stress. Merokok adalah jambatan kepada penagihan dadah. Merokok mendedahkan kepada kegagalan ereksi bagi lelaki, kemadulan bagi wanita dan kelahiran bayi tidak cukup umur. Cara berhenti merokok adalah dengan mengalih perhatian daripada merokok, menyibukkan diri dengan kerja; ambil gula5

Badan manusia boleh memperoleh tindakbalas relaksasi dengan membawa system saraf yang tegang kepada keseimbangan homeostasis. Ramai orang menjangka tidur adalah jawaban kepada permasalahannya. Sembahyang dengan khusyuk adalah contoh bagaimana tekanan dapat dielakan pada masa yang sama kita masih kekal jaga dan sedar. Dalam kehidupan sehari-hari kita boleh mengambil setiap saat yang kita lalui sebagai masa berharga untuk mempraktik rileksasi. Contoh jika kita overexcited, kita jadi marah, agitasi dan mula mengautkan suara. Pada saat itu anda boleh melakukan tindakblas rilaksasi dengan menarik nafas panjang, membentuk imej yang sebaliknya dalam minda anda dan fokus. Juka anda underexcited, anda akan rasa jemu, kecewa. Anda boleh meransang minda dengan melakukan latihan ritmik seperti

Dibentangkan pada Simposium Kesihatan Mental USM 2011

Menjana Kesihatan Mental


gula atau chewing gum; lewatkan keinginan merokok terutama lepas makan, tunggu beberapa minit sehingga ia berlalu dan jumpa doktor untuk rawatan berhenti merokok. Jangan mengambil dadah seperti ganja, heroin, morfin dan amphetamine. Dadah bukan sahaja merosak sistem saraf tetapi juga menyebab keterbegantungan secara psikologi dan fizikal. 6. Perkasa Sifat Mahmudah dan Jauhi Sifat-Sifat Mazmumah Ilmu tasawuf dalam Islam menekankan kepada usaha membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat yang mulia) dan menjauhi sifat-sifat mazmumah (terkeji atau tercela). Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu: taubat khauf (takut) zuhud sabar syukur ikhlas tawakkal mahabbah (kasih sayang) redha dan zikrul maut (mengingati mati) Seterusnya beliau menggariskan sepuluh sifat mazmumah iaitu: banyak makan banyak bercakap marah hasad dengki bakhil (kedekut) cintakan kemegahan cintakan dunia bangga diri ujub (beribadah untuk sombong) dan riya (menunjuk-nunjuk) Sebarang perasaan dendam, sakit hati, prejudis dan diskriminasi akan membeban emosi diri dan ini memberikan perspektif buruk tentang diri seseorang dalam jangka masa panjang. d) Faktor Pelindung 1. Kesihatan Fizikal Kesihatan fizikal melindungi kesihatan mental. Diketahui pesakit stroke, hipotiroid dan parkinson mempunyai risiko yang tinggi mengalami kemurungan. Pesakit hipertiroid, mitral valve prolapse mempunyai simptom yang sama dengan anxieti. 2. Kestabilan dan Penghasilan Pekerjaan Pekerjaan menyediakan pengalaman psikologi yang membantu menyediakan sesaorang dari segi: Struktur masa Kontrak sosial Usaha secara kolektif dan ada arah tuju Identiti diri Aktiviti seharian secara tetap Produktiviti bergantung kepada kesihatan mental pekerja. Banyak faktor yang mempromosi kesihatan mental di tempat kerja. Antaranya: peluang berpartisipasi dalam membuat keputusan, peluang memperkembangkan bakat dan kebolehan, keselamatan fizikal dan harta benda, hubungan interpersonal, saraan dan gaji yang berpatutan 3. Kestabilan Kewangan Orang yang mempunyai kestabilan pendapatan dan melaksanakan tuntutan sosial dan zakat menyumbang sebahagiannya kepada masyarakat akan merasa mendapat perlindungan kerana kesihatan mental yang baik. Sebaliknya 6

Dibentangkan pada Simposium Kesihatan Mental USM 2011

Menjana Kesihatan Mental


orang yang mempunyai banyak hutang mempunyai risiko sepertiga untuk mendapat penyakit mental berbanding 10-15% masyarakat umum. Ketika kejatuhan ekonomi dunia, ramai orang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan dan kadar kemurungan dan bunuh diri meningkat. 4. Persahabatan, Keakraban Sokongan Rakan, Handai Taulan dan Ahli keluarga harus mampu berkomunikasi dengan baik, meluahkan emosi dengan betul dan terkawal. Agama harus menjadi teras dalam semua aspek kekeluargaan. Anak harus berdisiplin, beradab sopan dan menghormati orang tua. Mereka harus tahu meletak had tertentu dalam perhubungan dengan ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Stres harus diletakan di paras minima. Tidak harus ada tekanan dan tuntutan dari mana-mana pihak. Sekiranya ada ia harus dalam tahap yang terkawal. Kedua-dua ibubapa harus tahu memainkan peranan mereka, bekerjasama mendisiplin anak-anak dan bersetuju andai sesuatu keputusan perlu dilaksanakan demi kebaikan anak-anak. Tidak harus ada unsur mensabotaj atau mengambil kesempatan untuk menyebabkan anak-anak memihak atau terpaksa memilih di antara satu dari keduanya. Tidak harus ada juga sesiapa yang menjadi kambing hitam jika ada pertikaian dalam keluarga. e) Kesimpulan Kesihatan mental boleh dijana dengan syarat diperoleh maklumat yang betul tentang apa yang boleh dipromosi dan dilaksanakan. Selain itu, faktor yang melindungi seseorang daripada penyakit mental boleh diperkasa melalui tindakan individu, sokongan keluarga dan ahli masyarakat. Mempromosi kesihatan mental perlu dilakukan dengan cara yang boleh diterima masyarakat. Islam mempunyai kaedah terbaik dan bersesuaian dengan prinsip kesihatan mental.

Salah satu manafaat sokongan sosial adalah ia berupaya mengurangkan tekanan. Perhubungan rapat menyebabkan rasa sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain. Ia meningkatkan keyakinan dan harga diri. Mudah dimengerti bahawa menghabiskan sedikit masa dengan sahabat akan melawan kesunyian dan kebosanan. Ujud rasa selamat bila ada orang dapat membantu ketika susah. Begitu juga ujud rasa bernilai apabila ada jiran yang merasakan kita sebahagian daripada orang baik yang boleh dipercayai. Sahabat dan rakan yang mempunyai minat atau kerjaya yang sama mewujudkan rasa kita sebahagian dari mereka. Jaringan sosial dalam internet jika digunakan dengan baik boleh membantu ke arah mempromosi kesihatan mental yang positif. Pertemuan sahabat lama mempertaut silatiurahim yang sudah lama terpisah. 5. Keluarga Penyayang Saling Bantu Membantu, Sokong Menyokong Keluarga penyayang adalah keluarga yang selalu memperuntukan masa bersama seperti makan bersama, bersukan bersama dan bercuti bersama-sama.

Sekian

Dibentangkan pada Simposium Kesihatan Mental USM 2011

Anda mungkin juga menyukai