Anda di halaman 1dari 5

1.

Pengenalan Kurikulum
Definisi Kurikulum 5 pandangan asas atau definisi kurikulum Dua definisi yang pertama, yang paling terkenal menerangkan dua hujung yang berlawanan iaitu khusus dan preskriptif melawan luas dan umum. 1. Definisi secara khusus dan preskriptif sebagai pelan untuk bertindak atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi-strategi untuk mencapai matlamat akhir.

2. Kurikulum boleh juga didefinisikan secara meluas sebagai berurusan dengan pengalaman pelajar. Pandangan ini mengambil kira hampir kesemua perkara yang terdapat di dalam sekolah malah di luar sekolah dengan syarat ia dirancangkan menjadi sebahagian daripada kurikulum.

Definisi Kurikulum
Kurikulum merupakan kesemua pengalaman kanak-kanak di bawah bimbingan guru (Caswell & Campbell) 3. Kurikulum boleh dianggap sebagai sistem yang menguruskan manusia dan proses-proses atau yang mengorganisasikan kakitangan dan prosedur bagi melaksanakan sistem tersebut. Kebanyakkan pakar kurikulum menurut pendekatan sistem pengurusan menggunakan definisi ini. 4. Kurikulum juga boleh dilihat sebagai satu bidang kajian yang mempunyai asas dan bidang ilmunya yang tersendiri selain daripada penyelidikan, teori dan prinsip-prinsipnya yang tersendiri. 5. Kurikulum boleh dipertimbangkan dari aspek mata pelajaran sama ada matematik, sains, sejarah dan lain-lain atau dari segi isi kandungan iaitu cara bagaimana kita mengorganisasikan ilmu dan mengasimilasi maklumat.

Asas-Asas Kurikulum
Asas-asas kurikulum merupakan pelbagai bidang ilmu yang berfungsi sebagai penentu sempadan ilmu yang terkandung dalam bidang ilmu kurikulum. Asas-asas kurikulum juga bertindak sebagai sumber ilmu yang sah daripada mana teori, prinsip dan idea yang sesuai diperolehi bagi bidang ini.

Asas-Asas Kurikulum
Biasanya asas-asas kurikulum yang diterima terdiri daripada bidang ilmu falsafah, sejarah, psikologi dan sosiologi. Asas budaya, politik atau ekonomi dianggap sebahagian atau kadang kala sebagai asing daripada asas sosial. Sebagai perancang kurikulum, mengetahui asasasas kurikulum sahaja tidak mencukupi, anda seharusnya dapat mengaitkan asas-asas ini dengan kurikulum.

Asas-Asas Kurikulum
Anda seharusnya dapat menganalisis dan mensintesis apa yang seharusnya diperolehi atau diambil daripada setiap asas dan menggariskan implikasi yang sesuai untuk pembangunan kurikulum yang anda bangunkan. Adalah penting untuk anda mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis ilmu daripada asas-asas kurikulum ini agar anda dapat membuat kesimpulan dan keputusan berhubung matlamat dan nilai, isi kandungan, kaedah pengajaran dan kaedah penilaian yang sesuai dengan kurikulum yang anda sedang rancangkan.

Anda mungkin juga menyukai