Anda di halaman 1dari 13

1

SOALAN TUGASAN Sal merupakan pelajar tahun tiga di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Beliau tinggal bersama dengan lima orang rakannya di sebuah flat yang berhampiran dengan universiti. Kelima-lima teman serumahnya mengambil program pengajian yang sama hanya beliau seorang sahaja dari program pengajian yang berlainan. Keadaan ini menjadikan Sal tidak selesa tinggal di rumah berkenaan kerana beliau tidak dapat berbincang mengenai pelajarannya. Pada masa yang sama keputusan peperiksaan Sal menurun, dia memerlukan rakan sekelas untuk mengadakan perbincangan. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan keputusan peperiksaannya. Kebanyakan rakan sekelasnya tinggal jauh daripada universiti. Mereka boleh membantu Sal kalau beliau bersedia berpindah ke rumah mereka. Sal tidak pasti cara untuk menyatakan hasratnya untuk berpindah rumah kepada rakan serumahnya. Baginya rakan serumahnya yang bekerjasama adalah perkara yang amat dihargainya, tambahan pula Sal telah tinggal setahun bersama mereka. Anggapan Sal, rakan serumahnya adalah keluarganya di Kuala Lumpur.

1. Apakah matlamat kaunselor di dalam sesi kaunseling yang dikendalikan bersama

Sal? Melalui pelbagai pandangan dan sudut berdasarkan pemerhatuan kaunselor, jelas dapat disimpulkan bahawa Sal sebenarnya sudah nekad untuk berpindah. Dia amat mengharapkan rakan-rakan sekelasnya untuk membantunya menyelesaikan masalahnya dalam pembelajaran. Dia juga telah mendapat persetujuan rakan-rakan kelasnya yang menyokongnya supaya dia berpindah kerumah mereka. Sal juga pasti sekiranya dia berpindah ke rumah rakan-rakan kelasnya dia akan dapat berbincang tentang pelajaran. Sal telah memikirkan bahawa ianya merupakan perkara yang penting untuk menyelesaikan masalahnya yang melibatkan masa depannya. Oleh yang demikian kaunselor memainkan perannan yang amat penting dalam membantu Sal. Kaunselor haruslah menetapkan matlamat yang sesuai dalam proses kaunseling yang akan diadakan dengan Sal. Matlamat bagi proses kaunseling ini ialah membantu Sal dalam membuat perubahan tingkahlaku yang membolehkannya menjalankan kehidupannya dengan lebih produktif dan memuaskan. Dia runsing untuk menerima tidak balas yang mungkin negatif daripada rakannya.Kesan daripada kemungkinan tindak balas inilah yang menyebabkan Sal mengalami kerunsingan, walaupun sebenarnya sal sudah membuat keputusan untuk berpindah namun dia juga amat risau akan tanggapan rakan-rakan serumahnya. Selapas menjalani proses kaunseling ini diharapkan sal dapat memahami dan mengkaji cara-cara yang sesuai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan serumahnya dengan lebih baik yang berkencenerungan menimbulkan tindak balas yang merunsingkan dengan lebih berkesan. Selaindaripada itu kaunselor juga perlu menetapkan matlamat berikutnya iaitu meningkatkan keupayaan Sal untuk untuk memula dan meneruskan hubungan. Kauselor perlu membantu Sal untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang ada pada Sal supaya dia dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan rakan-rakan serumahnya bagi memastikan perhubungan mereka akan berterusan dan mengelakkan penanggapan negatif daripada rakan-rakannya.

2. Sesi kaunseling sedikit sebanyak bergantungan kepada sikap yang ada pada seorang kaunselor. Bincangkan sikap kaunselor yang disenaraikan berikut: (a) Kongruen (b) Empati (c) Penerimaan Tanpa Syarat (a) Sikap kongruen Proses kaunseling merupakan proses yang melibatkan diantara klien dan kaunselor. Walaubagaimanapun dalam proses kaunseling kaunselor harus mempunyai beberapa sikap yang memastikan proses kaunseling berjalan dengan baik. kaunselor perlu perlu bersikap kongruen. Kongruen merupakan sikap yang mempamerkan keikhlasan atau kesepaduan. Sikap ini merupakan sikap yang pertama perlu ada dalam perkembangan teraputik. Kaunselor juga harus bersikap bebas dan dan bersungguh-sungguh dalam memahami dirinya secara sedar ataupun tidak.untuk menggambarkan dirinya. Sikap ini secara tidak lansung memberi rasa kepercayaan dan selamat pada klien dalam berkongsi masalahnya dengan kaunselor kaunselor juga perlu mempunyai sikap positif dalam menerima klien tanpa sebarang syarat. Setelah hubungan diantara klien dan kaunselor menjukkan riak-riak yang positif (b) Sikap Empati Sikap Empati merupakan sikap yang perlu ada pada setiap kaunselor. Ia merupakan proses seseorang kaunselor cuba memahami dunia kliennya terhadap pengalamannya.Menurut Dr Sapora Sipon (1990)Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasaiapa jua yang dirasai oleh klien tersebut. Ianya bermaksud kaunselor cuba untuk memahami dunia atau masalah klien seperti masalahnya sendiri. Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut, dan serba salah, sebagimana dia yang mempunyai walaupun dirinya sendiri tidak

mengalami perasaan tersebut.Kaunselor perlu bersikap empati supaya dia dapat memahami perasaan klien tidak sangsi dengan dengan apa yang telah dimaksudkan oleh klien. Secara tidak lansung juga kaunselor akan akan cuba sesuaikan sesi komunikasi dengan perasaan klien dan isi percakapan klien.. Nada kaunselor juga perlu menunjukkan yang dia begitu berupaya untuk berkongsi pengalaman dengan klien. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Selain itu, kaunselor perlu juga memerhatikan perkara-perkara lain. Pertama sekali, kaunselor perlu perhatikan tanda-tanda yang ada pada klien seperti nada suara dan mimik muka. Secara ringkasnya,memahami diri klien memerlukan satu penilitian yang mendalam.Selain itu, kaunselor juga perlu peka terhadap semua tingkah lakubukan lisan klien serta percakapannya bagi memahami perasaan yang dialami klien dengan lebih mendalam. Kaunselor juga boleh membawa pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi memahami kliennya. (c) Penerimaan Positif Penerimaan positif tanpa syarat ialah proses dimana kaunselor mengalami perasaan kemesraan menerima setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagiandaripada kehidupan klien. Penerimaan inimenunjukkan tidak adapenilaian positifatau negatif yang dilakukan . Ianya melibatkan penerimaan semua pengalaman klien samadaa yang berbentuk negatif ataupun positif.kesemua perasaan ini termasukjuga samaada diri klien itu konsisten atau tidak, diterimasebagai seorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerimaperasaan dan pengalamannya sepenuh hati.

3. Sesi kaunseling melibatkan sebanyak lima tahap penting. Dan salah satu tahap berkenaan adalah tahapmembina hubungan .

(a) Nyatakan EMPAT tugas utama kaunselor pada tahap ini. Tahap membina hubungan merupakan tahap proses dimana seorang kaunselor cuba memahami kilennya dan membina hubungan yang berlandaskan keprcayaan antara satu dengan lain. Proses ini amat penting dalam proses kaunseling kerana tanpa perhubungan yang erat yang berlandaskan atas rasa percaya klien mungkin akan menghadapi masalah untuk berkongsi akan masalahnya.Tahap ini terdiri daripada 4 tugas penting dan perlu diuruskan oleh kaunselor iaitu tahap dimana kaunselor cuba mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi diantara klien dan kaunselor. Kaunselor menentukan matlamat awal kaunseling menstruktur hubungan dan membina kepercayaan klien. i) Kaunselor mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi antara kaunselor dan klien. Sudah menjadi kebiasaan seseorang individu itu amat sukar memberi kepercayaan kepada seseorang. Begitulah juga dengan klien yang merupakan seorang manusia biasa. Klien mungkin akan berasa kurang selesa dan mungkin tidak yakin dengan diri sendiri untuk memberi kepercayaan kepada kaunselor. Ini disebabkan oleh keadaan klien yang masih tercari-cari dan tidak pasti apakah masalahnya yang sebenar. Ini boleh dirujuk kepada Sal pada peringkat awalnya yang mungkin teragak agak untuk berkongsi masalahnya dengan kaunselor. Pada tahap ini Sal sebenarnya amat memerlukan rasa selamat, atau rasa boleh percaya kepada kaunselor dan dihormati oleh kaunselor. Manakala kaunselor juga harus bertanggungjawab mewujudkan suasana atau keadaan yang memudahkan keterbukaan dan keikhlasan pada kliennya. Degan ini secara tidak lansung klien akan mudah untuk berkomunikasi. Klien juga sebenarnya amat memerlukan perhatian daripada kaunselor oleh yang demikian kaunselor perlu bijak menangani keadaan dengan menunjukkan dengan penuh rasa minat sepanjang proses komunikasi dan menghormatiperasaan, sikap dan masalahnya. Kaunselor juga harus memberikan sepenuh perhatian kepada klien serta menghargai dan menghormati klien. Selain itu juga kaunselor haruslah menjadi

pendengar yang setia dan secara intensifdan cuba mempamerkan rasa empati kepada klien dan memberi respon kepada klien sepenuhnya. ii) Kaunselor Menentukan Matlamat Awal Kaunseling dengan Klien Penetapan matlamat awal kaunseling merupakan proses yang penting sebelum proses kaunseling dilakukan. Ianya merupakan proses yang melibatkan kaunselor dan klien dalam menetapkan matlamat awal hasil daripada proses kaunseling. Klien haruslah mengenalpasti akan masalah sebenar yang dihadapinya dan mengasingkan masalah-masalah yang mungkin tidak beberapa penting dengan bantuan kaunselor. Pada tahap ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan dan menelti masalah sebenar yang dihadapi oleh klien. Kaunselor haruslah memastikan supaya klien tidak lemas didalam pelbagai jenis masalah dengan memcampuradukkan semua jenis masalah. Kaunselor boleh membantu klien dengan menyenaraikan masalah-masalah yang sebenarnya membelenggu klien dan mengenepikan dahulu masalah-masalah yang tidak berkaitan. Setelah itu kaunselor bersama-sama dengan klien boleh menetapkan matlamat bagi proses menyelesaikan masalah yang sebenarnya dan mencari jalan penyelesaian. Oleh yang demikian dalam konteks Sal pula kaunselor haruslah mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh Sal dengan mengasingkannya daripada masalah yang kecil. Kaunselor juga boleh membantu Sal untuk mengenalpasti masalah Sal yang sebenar dan menetapkan matlamat untuk menyesaikan masalah tersebut sepanjang proses kaunseling yang berikutnya.

iii)

Kaunselor dan Klien Menstruktur Hubungan Dalam menentukan hala tuju proses kaunseling dan memastikan prosesnya

berjalan lancar, proses menstruktur hubungan merupakan proses yang penting dalam menyelesaikan masalah. Menurut Sapora Sipon (1992) Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Ini bermaksud proses menstuktur hubungan merupakan proses yang penting sebagai permulaan dalam proses kaunseling. Proses ini juga perlulah dijalankan dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa dan kemesraan diantara klien dan kaunselor . Terdapat beberapa proses yang perlu diklarifikasikan oleh kaunselor dalam proses menstruktur hubungan diantaranya ialah kefahaman klien tentang proses kaunseling, penjelasan tentang perkara yang terlibat dan juga aspek kerahsian. Klien haruslah memahami akan proses-proses sepanjang proses kaunseling. Ini memastikan klien sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada kaunselor. Kaunselor juga perlu memberitahu klien bagaimana proses kaunseling boleh membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Dalam proses ini juga kaunselor haruslah memberitahu klien akan peranan klien dan kaunselor sepanjang proses kaunseling. Melelui proses ini, klien akan lebih bertanggungjawab akan peranannya untuk menyelesaikan masalah. Ianya juga membantu klien untuk mrmahami proses dan apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripada proses kaunseling tersebut.Begitulah juga dalam proses kaunseling yang dijalankan oleh Sal. Kaunselor haruslah menjelaskan peranan Sal sebagai klien bagi memastikan kelancaran proses kaunseling. Kaunselor juga perlu memberi penjelasan supaya klien dan kaunselor bersetujutentang beberapa perkara yang tidak perlu diulang seperti masa bertemu, masa yang akan diambil sepanjang proses, jarak kekerapan bertemu, dan berapa lama proses kaunseling keseluruhannya mengambil masa. Selain daripada itu kaunselor juga harus memastikan klien dan kaunselor faham akan masa untuk pertemuan, tempat atau lokasi pertemuan, kecemasan dan hal-hal lain. Manakala bagi kes Sal pula kaunselor haruslah mendapat kata sepakat daripada Sal tentang masa pertemuan, tempat pertemuan dan kecemasan sekiranya terpaksa membatalkan temujanji kaunseling.

Aspek kerahsian juga menjadi tonggak utama dalam proses kaunseling. Kaunselor haruslah memberitahu klien akan aspek kerahsiaan yang menjadi tulang belakang sepanjang proses kaunseling. Ini memastikan timbul rasa percaya dalam diri klien kepada kaunselor. Setelah klien memahami akan aspek kerahsiaan semasa proses perkongsian maka kalien akan lebih mudah untuk meluahkan masalahnya kepada kaunselor. Ianya akan memberi keyakinan yang sepenuhnya kepada kaunselor. Oleh yang demikian dalam kes Sal, kaunselor haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan Sal faham akan aspek kerahsiaan ini. Maka Sal akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan kaunselor dan meluahkan masalahnya. iv) pada klien. Kaunselor Membina kepercayaan Kaunselor haruslah menunjukkan sikap yang baik dan beretika tinggi

Kaunselor haruslah memainkan peranan yang penting dalam membina kepercayaan sepanjang proses kaunseling. Contohnya kauselor haruslah menunjukkan ciri-ciri yang positif ini dengan menepati masa dan menjaga adab-adab dalam perhubungan dan pertuturan. Kaunselor juga sebenarnya dinilai oleh klien. Klien telah mula menilai kaunselor semasa hari pertama dia berjumpa dengan kaunselor lagi. Oleh yang demikian kaunselor haruslah berketrampilan dalam menunjukkan ciri-ciri yang positif dan meyakinkan klien untuk berkongsi masalahnya. Persepsi awal yang positif daripada klien turut membantu kelancaran proses kaunseling yang akan dijalankan oleh kaunselor.

(b) Tuliskan SATU dialog yang dilakukan oleh kaunselor pada tahap ini

Kaunselor Klien (Sal) Kaunselor

: Baiklah Sal sebelum kita memulakan sesi kita terdapat beberapa perkara yang perlu Sal tahu? : Baiklah . : Sebenarnya Sal, tujuan kaunseling adalah untuk membantu dan membimbing Sal dalam membincangkan bersama masalah Sal. Tugas saya sebagai seorang kaunselor adalah untuk mendengar dan memahami apa yang Sal rasa dan fikirkan. Kemudian kita akan bersama-sama mencari langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah yang Sal hadapi. : Baiklah. Tapi apa pula yang perlu saya lakukan, encik. : Sal sebenarnya perlu membantu saya untuk memahami apa yang mengganggu fikiran Sal. Sal perlu memberi maklumat, membuat keputusan yang sesuai dan memberitahu saya perkara-perkara yang perlu untuk sama-sama kita mencapai matlamat untuk menyelesaikan masalah Sal. : Baiklah encik. Saya akan cuba memahami masalah saya. : Kita akan cuba bersamasama memfokuskan pada sasaran atau objektif kaunseling ini. Pada waktu ini kita akan kenal pasti sebahagian kecil daripada permasalahan Sal, dan kita akan bersama-sama menanganinya dari yang ringan kepada yang lebih berat. : Baiklah encik : Baiklah Sal, saya sebenarnya mahu Sal tahu bahawa kaunseling adalah proses sukarela. Sal boleh menamatkan sesi pada bila-bila masa sekiranya Sal kurang selesa. Sesi ini adalah peribadi dan sulit. Saya akan merahsiakannya dan tidak akan memberitahu kepada sesiapa akan masalah Sal kecuali dengan izin Sal. Sesi kita akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selalunya, ia akan memerlukan beberapa sesi, bergantung kepada keperluan Sal. Sekarang, Sal ada apa-apa lagi soalan? : Tidak ada encik. Saya jelas dengan penjelasan yang telah encik

Klien (Sal) Kaunselor

Klien (Sal) Kaunselor

Klien (Sal) Kaunselor

Klien (Sal)

10

Berikan.

4. Sesi kaunseling melibatkan pelbagai kemahiran termasuk tingkahlaku verbal. a) Tuliskan SATU dialog minta penjelasan lanjut yang digunakan dalam sesi di atas. Klien (Sal) : Saya amat sedih untuk meninggalkan rakan-rakan serumah saya. Banyak pengalaman pahit dan manis kami telah hadapi bersama. Saya memang seronok apabila bersama-sama dengan mereka. Mereka juga

11

memahami saya. Kami sentiasa akan pergi meluangkan masa bersamasama. Meraka amat memahami saya. Walau bagaimanapun saya perlu Kaunselor : berpindah juga walau apapun. Maafkan saya Sal, saya kurang pasti kenapa Sal mahu berpindah sedangkan Sal sekarang tinggal bersama rakan-rakan baik Sal? (b) Tuliskan SATU dialog menyemak persepsi yang digunakan dalam sesi di atas. Klien (Sal) : Saya sebenarnya hendak berpindah dari kediaman saya sekarang ke rumah rakan-rakan sekelas saya. Walau bagaimanapun saya amat risau dan berebelah bahagi untuk berpindah. Saya sebenarnya sedih untuk meninggalkan rakan-rakan serumah saya dahulu. Saya takut apa Kaunselor : pandangan mereka terhadap saya. Saya amat keliru. Adakah anda sebenarnya risau untuk memberitahu rakan-rakan serumah anda akan niat anda untuk berpindah?

BIBLIOGRAFI Dr. Maznah Baba (2005). Kaunseling Individu. Shah Alam. PTS Publication Sdn. Bhd. Dr Shahiza Hassan (2005). Komunikasi Kaunseling. Pulau Pinang. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

12

Mohd Sharif Mustaffa (2006). Kemahiran Lanjutan Dalam Kaunseling. Shah Alam. UTM Publishing Sdn. Bhd. Ibrahim Ahmad.(2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. ( 2001 ). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid. Shah Alam. Cerdik Publication Sdn. Bhd. Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd Tamin. ( 1993 ). Pengantar Kaunseling. Ampang. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Myrick, Robert D. Terjemahan oleh Zuraidah Abdul Rahman.( 2001 ). Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan : Pendekatan Yang Praktis. Ampang. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Suradi Salim ( 1996 ) Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buli. Retrieved: 2007, March 26 http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli Definisi Kaunseling. Retrieved: 2007, March 26 http://members.tripod.com/azmizam/jalinanfamily.html Perkhidmatan Kanak-kanak Advokasi dan Kaunseling. Retrieved: 2007, March 24 http://www.sabah.gov.my/jpka/UPKKAK/kaunseling_individu htm

13

Anda mungkin juga menyukai