Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM (SMADU) SEROM 4 LEDANG,JOHOR DARUL TAZIM.

_________________________________________
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

1.0

PENDAHULUAN Rasional Suasana bilik darjah yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Matlamat Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.

2.0 2.1

MAKLUMAT PROGRAM PENGANJUR Seksyen bimbingan dan kaunseling

2.2

OBJEKTIF
2..2.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat

2.2.2 2.2.3

Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.

2.2

TARIKH DAN MASA 3 MINGGU

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMADU

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

2.3

TEMPAT

KELAS TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5

2.4

ANGGARAN KOS Rm 30 x 3 minggu = Rm 90

2.5

PENGLIBATAN Semua kelas dan pelajar

5.0

SYARAT PERTANDINGAN Rujuk Lampiran A

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMADU

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS i. Pertandingan melibatkan semua kelas. ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding. b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan papan kenyataan belakang: -visi dan misi -peraturan kelas -jadual waktu -pelan kebakaran -jadual bertugas -sudut mata pelajaran -carta organisasi -sudut ilmu -senarai pelajar -sudut pengiktirafan kelas c. Hiasan dan kata-kata motivasi/ kata-kata hikmah d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari, dll) termasuk selepas waktu persekolahan e. Disiplin pelajar di dalam kelas (bonus) -kedatangan baik / salah laku minimum / keluar kelas dengan kebenaran, dsb. iii. Penilaian dibuat oleh kumpulan panel penilai sepanjang minggu. iv. Anugerah sijil penghargaan setiap minggu dengan nilai kemenangan. (Tempat pertama mingguan = RM15.00 / Tempat kedua = RM10.00 / Tempat ketiga = RM5.00) v. Kelas yang mendapat 50 markah ke bawah perlu membuat kerja amal/ denda.

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMADU

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS

6.0

PENUTUP

Adalah menjadi harapan bersama semoga pertandingan yang dianjurkan ini berjalan lancar serta mencapai matlamatnya. Kerjasama dan komitmen semua pihak amat diharapkan bagi menjayakan program ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak pihak yang terlibat. Wassalam.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

.............. (PN. NOOR HAFIZAH BINTI AHMAD) Guru bimbuingan dan kaunseling Sek. Men Agama Darul Ulum

( TN. HJ MUHAMMAD BIN ISMAIL) Pengetua Sek. Men Agama Darul Ulum

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMADU

Anda mungkin juga menyukai