Anda di halaman 1dari 69

KKP RBT 3120 TEKNOLOGI SAINS RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN

A.

Proses Penghasilan Pakaian. a. Langkah Penghasilan Pakaian.

Baju Kurung Pesak Gantung

i.

Ambil Ukuran

Paras pinggang belakang Paras Punggung Labuh baju Lebar bahu Labuh tangan dari tengkuk Keliling pangkal lengan Keliling leher Keliling dada Keliling punggung
1

ii.

Cara-cara merajah pola

Badan 0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm 2-1 = Ukuran paras punggung 3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm 4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu

Lengan 6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0 7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka Gariskan untuk mendapat 8 dan 9

Pesak atas 10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka 12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang 13-12 = 4cm 14-13 = dinaikkan 2cm Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14 Pesak bawah 15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka. Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16. Leher (seperti membuat leher baju kurung biasa)

iii.

Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan

Lukis pola seperti dalam gambar di atas. # # # 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana untuk dapat 6.5cm? Ukur

lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm, maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,42/6= 7cm
4

Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian yang berlorek.

iv.

Cara Membuat Leher Baju Kurung

1. Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.

Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.

Potong ikut bentuk seperti dalam rajah.

Akan jadi seperti ini.


7

Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inci/1.25 inci.

Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.

Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.

Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.

10

'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.

Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.

11

Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tergunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.

Terbalikkan lapik dan seterikakan.

12

Akhirnya akan menjadi seperti ini. (lihat rajah di atas)

Selepas disterika, akhirnya akan terhasillah leher baju kurung pesak gantung.

v.

Cara Menjahit Baju Kurung Pesak Gantung

1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik. 2. Cantumkan bahagian-bahagian baju: - Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.
13

- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus. - Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah. - Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. - Cantumkan bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. 3. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Kemudian, jahit kemasan leher. 4. Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas. 5. Inilah hasilnya.

6. Inilah baju kurung pesak gantung yang telah siap dijahit.

14

b.

Alatan dan Bahan

Terdiri daripada : alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu ukur, tolok ukur, roda surih dan kertas karbon alat memotong seperti gunting fabrik, gunting benang, gunting sulam, gunting bergerigi dan gunting lubang butang. Alat menjahit seperti jarum dan benang. Alat menekan seperti sterika, bod sterika dan kain lembap.

i.

Alat Mengukur dan Menanda

Rajah 1: Pita Ukur

Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah memeri dan berbulu. Pilih pita ukur yang bertanda dengan terang dan berlogam pada kedua-dua hujungnya.

15

ii.

Alat Memotong

Rajah 2: Gunting Fabrik Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam. Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja. Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum simpan.

16

iii.

Alat Menjahit a. Roda Surih

Rajah 3: Roda Surih # Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisangarisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.

b. Pembaris

Rajah 4: Pembaris Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.

17

Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm. Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu pembentuk.

c. Kapur Tanda

Rajah 5: Kapur Tanda Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda pola pada fabrik buat sementara. Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci. Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hitam, merah, biru dan kuning. Ia berukuran 6cm serta berbentuk tiga atau empat segi.

18

d. Jarum Jahitan Tangan

Rajah 5: Jarum Jahitan Tangan Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang kasar bernombor besar. Jarum bernombor 7 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa. Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau didalam kotak jarum.

19

e. Penetas Jahitan

Rajah 6: Penetas Jahitan Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan. Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

f. Jidal

Rajah 6: Jidal
20

Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari hantu semasa menjahit dengan tangan.

Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik.

g. Benang Jahit

Rajah 7: Benang Jahit Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit. Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan nombor 70 untuk fabrik halus.

21

h. Jarum Peniti

Rajah 8: Jarum Peniti Jarum peniti yang baik adalah jarum yang : - halus - tajam - dibuat daripada keluli berkilat Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya.

22

c.

Pengurusan Grafik Proses Penghasilan Baju Kurung Pesak Gantung.

Ambil ukuran

Merajah pola

Badan

Lengan

pesak atas

pesak bawah

leher

Melukis pola lubang leher / bulan

Membuat leher baju kurung

23

Menjahit baju kurung pesak gantung

Baju kurung pesak gantung telah siap dan boleh dipakai.

24

B.

Pemeliharaan Ikan Hiasan

a. Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan

Sisik

Sirip dorsal

Garisan lateral

Mata

Mulut

Sirip kaudal / ekor

Penutup insang

Sirip pektoral

Sirip pelvik

Sirip anal

i.

Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,

kecederaan dan penyakit .

ii.

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan
25

ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

iii.

Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang

hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

iv.

Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulutnya

dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

b. Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan aksesori lain. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.
26

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran.

Ikan Guppy

Ikan Swordtail

Ikan Molly

Ikan Platy

27

Ikan Angel

Ikan Tiger barb

Ikan Pelaga

Ikan Sepat

28

Ikan Koi

Ikan Emas

Ikan Harlequin

Ikan Oskar

29

c.

Mengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang

mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. 1. Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.

1.1 Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

1.2 Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

1.3 Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

30

1.4 Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

2.

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

3. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan 3.1 Makanan hidup 3.2 Makanan kering 3.3 Makanan basah 3.4 Makanan rumusan.

31

3.1 Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

Blood worm

Ulat roti

Plankton

Plankton

3.2 Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

3.3 Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
32

3.4 Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet

Emping

4.

Pembiakan ikan

Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak. Ikan bertelur dan telurnya menetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya telurnya tanpa sehingga penjagaan. menetas Ikan dan

sebahagiannya

akan

meninggalkan

beranak

melahirkan anak yang sempurna sifatnya dapat hidup dengan sendiri.

33

D.

Mengenal Pasti dan Memilih Tumbuhan Akuatik Untuk Hiasan Dalam Akuarium

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahanbahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

1.

Bahan-bahan yang Diperlukan Dalam Menghias Akuarium

Lampu Tangki Kabinet Pam Undergarvel filter

34

Selain itu, akuarium juga memerlukan bahan tambahan seperti:-

Tunggul Kayu

Pasir

Batu

Batu Halus

35

2.

Langkah-langkah Menghias Akuarium 2.1 Memasang tapak undergravel filter 2.2 Meletakkan pasir di atas tapak undergravel filter (pasir kasar, baja, volcanic soil, pasir halus) 2.3 Mengisi air ke paras di inginkan dan letak anti klorin dan baja cecair 2.4 Tanam tumbuhan akuatik (susun yang tinggi di belakang yang rendah di hadapan 2.5 Menyusun batu dan tunggul kayu 2.6 Pasang peralatan seperti pam 02 dan lampu.

Contoh Akuarium Yang Baik

36

3. Apakah Tumbuhan Akuatik 3.1 Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosintesis sepanjang masa atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun. 3.2 Tenggelam dalam air tawar atau terapung di permukaan air

4.

Kategori Tumbuhan Akuatik 4.1 Tenggelam (submerged) berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan tenggelam sepenuhnya 4.2 Termuncul (emergent) berakar di kawasan cetek, bahagian atas tumbuhan timbul di permukaan air. 4.3 Terapung (floating) bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada di dalam air. 4.4 Separa akuatik (semi-aquatic) tumbuhan melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam air

5.

Kepentingan Tumbuhan Akuatik Dalam Akuatik 5.1 Akan menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua bahan di atas akan mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik) 5.2 Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintisis . 5.3 Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan kecil dari serangan musuh

37

6.

Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium

6.1 Karbon dioksida Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

6.2 Baja Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

6.3 Cahaya Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

38

Contoh-contoh tumbuhan akuatik :

Cryptocoryne sp

Vallisneria sp

Ludwigia sp

Cabomba sp

39

7. Cara Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium

7.1 Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit. 7.2 Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium. 7.3 Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik.

8. Cara Menjaga Akuarium Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

8.1 Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

40

Perhatikan kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusingpusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.

Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

8.2 Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

41

9. Mengenal Pasti Mutu Air Akuarium 9.1 pH air pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

42

9.2 Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26 o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

9.2 Bahan beracun Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).

43

10.

MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut : Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

10.1

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

10.1.1 Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

44

10.1.2 Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang

terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

10.1.3 Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria
45

boleh

menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

46

C.

PENANAMAN HIASAN ATAU KOMERSIAL ATAU HOBI - HIDROPONIK

a. APAKAH HIDROPONIK? Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah. KELEBIHAN HIDROPONIK Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;

Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi; Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak; Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul; Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien; Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

b. KAEDAH HIDROPONIK Sistem Pengaliran Nutrien Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut: i. ii. Pam air untuk akuarium. Tempat tanaman (diperbuat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
47

iii.

Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika perlu).

Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien

Sistem Takung Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan: i. ii. iii. Takung tanaman. Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). Pasu plastik kecil (jika perlu).

48

Rajah 2 : Sistem Takung

c. KAEDAH PENANAMAN Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:Cara Mengubah:

Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih) Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)

Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh

Cara Semaian terus


Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air

49

Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman. Larutan Nutrien Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA
Ammonium nitrat Kalium fosfat Kalium nitrat Kalsium klorida Magnesium sulfat Besi/Ferum (Fe-EDTA) Boron Manganous chloride Kuprum sulfat Zingkam sulfat Ammonium molybate

BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj) 75 40 32 55 18 3.29 0.56 0.18 0.04 0.05 trace N 300 P 80 K 230 Ca 200 Mg 36 Fe 5 B 1.0 Mn 0.5 Cu 0.1 Zn 0.1 Mo trace

50

Baja komersil (Gred) Pertanian atau industri

Gred teknikal

d. SISTEM HIDROPONIK Terdapat sistem hidroponik pasif.sistem hidroponik aktif. i. Sistem hidroponik pasif di mana air yang digunakan kekal statik dalam takung atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun boleh dijalankan secara komersial. Contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem hidroponik rakit. ii. Sistem hidroponik aktif merupakan sistem dimana larutan baja dibekalkan melalui tangki dan dipamkan ke akar tanaman, kemudian larutan berkenaan akan di kembalikan semula ke dalam tangki. Proses ini akan berpusing sehinggalah tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah seperti tomato, cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah DFT, NFT, Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.

51

Pembahagian Lain Boleh juga dibahagikan kepada sistem tertutup dan sistem terbuka . i. Sistem Tertutup Sistem yang menggunakan aiir sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT), kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.

ii. Sistem Terbuka Sistem ini menggunakan bahan penganti tanah seperti rockwool, gambut hancur, habuk papan, sabut kelapa, perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman dalam pasu tetapi tidak menggunakan tanah.

52

e. TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT (UNTUK HOBI) Peringkat Percambahan Benih Benih dicambah dengan menggunakan kiub oasis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti) sebagai medium semaian bagi percambahan biji. Kiub oasis yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji.

Gambar

Aktiviti Semaian

Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan) lidi satey biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu untuk seamian beneh.

Biji benih (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oasis) yang telah diguris di bahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya.

53

Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih ke dalamnya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolehkan air meresap ke dalamnya bagi tujuan percambahan benih.

Pada hari kedua (biji benih mula bercambah), larutan baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan ke dalam takung semaian.

Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oasis dan sedia untuk dipindahkan ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)

Peringkat Pebesaran

Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan ke rakit bagi diapungkan dalam kolam atau takung untuk pembesaran.

54

Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6 in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih berserta medium semaian. Rakit ini digunakan untuk mengapungkan tanaman

dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.

Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan ke dalam tingkap rakit.

Anak benih bersama medium semaian dimasukkan ke dalam tetingkap rakit untuk diapungkan ke dalam larutan baja.

Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit

55

Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan ke dalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan larutan baja dengan kepekatan penuh.

Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan ke dalam takung bagi tujuan pebesaran.

ph meter digunakan untuk uji ph larutan

ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan

56

Rakit yang mengandungi pokok diapungkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas di bahagian dalam takung untuk menahan air.

Rakit yang mengandungi pokok yang matang pada hari ke 30.

57

f. TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM TAKUNG PLASTIK (UNTUK HOBI) Peringkat Percambahan Benih (sama dengan teknologi rakit di atas). Peringkat Pembesaran Gambar Aktiviti

Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik, penutup takung, cawan atau bakul hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan larutan), ph meter (ukur ph larutan)

Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung yang telah diisi dengan air bersih.

Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai. Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai.

58

PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya

kepekatan lebih tinggi.

Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik

Masukkan anak benih bersama medium percambahan kedalam bakul atau cawan hidroponik.

Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih kedalam lubang pada penutup takung untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh dengan larutan baja dalam takung. Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas yang sesuai kerana pokok memerlukan air dalam pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk dituai.

CATATAN :

Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio

59

atau balkoni yang terlindung dari hujan serta menerima cahaya matahari Air hujan hendaklah dipastikan tidak

masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi cair. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil. Nutrien (Baja) Keperluan Larutan Nutrien Mengikut Sukatan Unsur Makro
N P K Ca Mg S

Kepekatan (ppm)
125 31 215 84 24 35

Unsur Mikro
Fe Mn H Cu Zn Mo

Kepekatan (ppm)
0.94 0.14 0.16 0.03 0.13

Nutrien (Baja) Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja. Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan

60

kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya. Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan. PH Larutan Nutrien PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5. Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan

berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

61

PH Untuk Tanaman Terpilih PH 6.0-6.7 Asparagus Cauliflower Tembikai PH 5.5-6.7 Kekacang Broccoli Kobis Salad PH 5.2-6.7 Tomato Lobak Merah PH 4.5-6.7 Ubi Kentang

Kepekatan Larutan Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong. Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air. Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah

62

ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM

Unsur Makro N P K Ca Mg S

Kepekatan (ppm) 70-1000 30-100 100-400 80-400 24-100 35-1000

Unsur Mikro Fe Mn H Cu Zn Mo

Kepekatan (ppm) 0.5-10 0.1-5 0.16 0.02-0.5 0.02-1 0.01-0.1

Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok Unsur Nutrien Nitrojan Kesan (symptoms) Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur. Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada

Posforus

63

bahagian hujung daun. Potassium Kalsium Magnesium Salfur Iron Mangan Boron Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun. Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut. Bawah daun kuning akhirnya mati. Pucuk dan daun muda warna hijau muda Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati Mata burung atau tompok warna coklat pada daun. Tunas dan pucuk mati

CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA) Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa

banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih

bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan. Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..

64

Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

UNSUR MAKRO Garam Mineral Nutri Fosfat (P) Nutri Potasium (K) Nutri Nitrat (N) Nutri Magnesium (Mg) Gram/1000 liter larutan baja 18 30 60

31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja. Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja).

65

UNSUR MIKRO Gram/1000 liter larutan baja 1.7

Garam Mineral

Nutri Borium (B) Nutri Manganes (Mn) Nutri Zink (Zn) Nutri Cuprum (Cu) Nutri Ferrum (Fe) Nutri Molibdenum (Mo)

3.2

0.45 0.28 30

0.13

Jika air paip digunakan , Nutri zink dan bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.

cuprum mungkin tidak diperlukan kerana

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)

66

Sebahagian Kailan dan salad Webb Wonderful merupakan salad yang ditanam dikawasan beriklim sederhana. bersaiz besar apabila matang, mempunyai rasa yang enak. Teknik hidroponik telah mebolihkan spesis ini ditanam ditanah rendah di Malaysia.

Suatu hari nanti kita akan menjadi negara pengekspot salad yang biasa ditanam dikawasan sederhana. Gambar menunjukan salad jenis Lollo Rosse talah berjaya ditanam ditanah rendah di sini dengan teknik hidroponik takung !.

Tanam, tunggu dan tuai, begitulah mudahnya teknik hidroponik dalam menghasilkan sayur yang berutu tinggi dan bebas racun serangga.

Salad kerinting tempatan merupakan satu spesis salad kegemaran masyarakat tempatan . Begitulah hebatnya teknik hidroponik !

67

Penggunaan rumah hijau mebolehkan salad tumbuh bebas dari serangga dan bebas dari penggunaan racun makhluk perosak.

Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara ini sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem takung.

Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan dan satu era baru dalam indusrti tani di Malaysia.

68

RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI 1. Abu Bakar Mat Daud (2006). Variasi Tanaman Hiasan.Shah Alam: Alaf Duapuluh Satu Sdn. Bhd 2. Azmawati Abd Aziz, Lamah Abd Ghani & Zaitun Zakiah Mohd Noor (2002). Bahan Sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4. Kuala Lumpur:Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Lee Chew Kang (1983). Menanam Sayur Keperluan Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Sarimah Abd Razak & Zaharah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-T Comunications Sdn Bhd. 5. Teng Ching Sing & Wahiza A Wahab (2006). Panduan Penjagaan Ikan Hiasan dan Akuarium.Kuala Lumpur: Synergy Media Books. 6. http://www.slideshare.net/juradi79/kaedah-penanaman-sayur 7. http://www.slideshare.net/juradi79/hidroponik 8. http://www.slideshare.net/sitizanita/jahitan-2755485

69