Anda di halaman 1dari 10

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR

PENEMUAN BERTUMPU (STAIL G) CONVERGENT


Pengenalan Definisi gaya penemuan bertumpu ialah menemukan jawapan yang betul dengan menggunakan proses penemuan bertumpu. Dalam anatomi gaya penemuan bertumpu, peranan seorang guru adalah untuk mengambil keputusan dalam matapelajaran, termasuk menemui konsep sasaran dan reka bentuk satu soalan untuk pelajar. Peranan seorang pelajar adalah untuk menghubungkaitkan jawapan dan soalan secara logik. Gaya ini dicapai melalui penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran logik dan betul dengan menghubungkaitkan soalan yang membawa kepada tindak balas yang diingini1. Bila tingkahlaku ini telah dicapai, objektif yang berikutnya tercapai dalam tingkahlaku semua pelajar. Objektif pengajaran: OBJEKTIF SUBJEK (SUBJECT MATTER OBJECTIVES) Satu jawapan atau satu penyelesaian untuk satu masalah memperolehi dan betul. Memperkembangkan sesuatu prosedur yang mengawal pengurusan kognitif yang membawa kepada penyelesaian masalah atau tujuan tindak balas seterusnya. cara penyelesaian masalah berdasarkan kemahiran logik OBJEKTIF TINGKAHLAKU (BEHAVIOR OBJECTIVES) Memberi respon yang betul dengan mempertahankan jawapan yang diperolehi. Untuk mengaktifkan kemahiran logik, bertanya dan penyelesaian masalah. Untuk membina kemahiran kognitif untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR Dalam gaya penemuan bertumpu, pelajar menghasilkan soalan dan mengatur jawapan secara logik dan akhirnya penumuan jawapan yang dijangka. ANATOMI GAYA PENEMUAN BERTUMPU

Pra impak Impak

(T) (T)

(T) (T) (T) (T) (T) (T) (L) (Ld) (L) (L) (L) (Lo) (L) (L) (TL) (TL) (L) (LT)

Pasca impak (T)

Rajah 1: Peralihan dari panduan ke penemuan bertumpu Peralihan keputusan dari penemuan bertumpu berlaku dalam set impak (rajah 1). Pelajar membuat keputusan tentang: 1. Langkah untuk menemui satu jawapan yang betul untuk satu soalan atau satu penyelesaian untuk satu masalah. 2. Bertanya soalan berturut-turut (aspek ini beralih dari panduan ke penemuan bertumpu dimana guru membuat keputusan tentang setiap langkah). 3. Pilihan dari operasi kognitif (hirarki sementara) untuk bertumpu terus kepada satu jawapan. Pelajar berdikari semasa mencari jawapan untuk satu masalah.

Dalam set pasca impak, pelajar mengesahkan penyelesaian/gerakbalas dengan meneliti semula dalam proses pertimbangan, percubaan dan ralat. Bergantung pada tugas dan kertas kriteria yang disediahkan oleh guru dimana pelajar menggunakannya untuk mengesahkan penyelesaian mereka. Peranan guru adalah memastikan semua keputusan pra impak berfokus pada reka bentuk masalah yang mengikuti kognitif/penemuan fizikal yang dijangka. Dalam set impak selepas masalah diberi kepada pelajar, peranan guru adalah untuk memperhatikan pelajar, adakah mereka telah melalui proses penemuan. Peranan ini memerlukan kesabaran kerana

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR terdapat kecenderungan untuk guru campur tangan. Adalah penting untuk menunggu. Berfikir secara penemuan memerlukan masa. Rajah 2: Peristiwa-stail penemuan bertumpu Peristiwa Tingkahlaku Guru: 1. Mengemukakan objektif major dalam peristiwa ini: Penemuan penyelesaian untuk satu masalah (untuk menjelaskan satu isu atau untuk sampai kepada satu penyelesaian) dengan menggunakan kemahiran logik, bertumpu dan pertimbangan. Penyampaian subjek Subjek: Guru menyediahkan set situasi dan menyampaikan soalan, situasi atau masalah. Logik Jangkaan logik: Guru menyediahkan keperluan parameter untuk situasi. Keputusan parameter dalam stail ini boleh diaplikasikan dalam semua jenis kategori seperti dibawah: Soalan untuk penjelasan Pilihan benda keperluan dan kepulangan Masa Jarak waktu/rehat Postur Lokasi Pakaian Mengambarkan jangkaan peranan pelajar Mengambarkan jangkaan peranan guru

Mengesahkan jangkaan pemahaman sebelum bertindak: Adakah soalan untuk penjelasan sebelum memberi soalan/situasi yang lain?

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR Tindakbalas,tugas,hubungkait dan prestasi Pelajar: 1. Bermula dengan menghampiri kognitif masalah dan dengan logik bertumpu pada jawapan berpusat. 2. Mengakhiri dengan keadaan menemui target Maklumbalas Penutup Guru menghargai pencapaian pelajar dalam target penemuan bertumpu. Guru Pelajar

Pelajar memerlukan masa untuk mengembangkan idea, menyelidik, memilih atau menapis idea dan memutuskan penyelesaian. Proses ini adalah sangat peribadi dan guru tidak boleh campur tangan. Dalam set pasca impak, guru boleh menyertai dengan menanya soalan untuk mengesahkan penyelesaian selepas pelajar menggunakan masa untuk berfikir, mencuba dan menyelidik. Pelaksanaan stail penemuan berpusat: Bagaimana melaksanakan penemuan berpusat (urutan) Tingkahlaku adalah satu keadaan penting dalam penemuan berpusat kerana subjek dihasilkan oleh pelajar, masa penyampaian guru jika dibandingkan dengan pelajar adalah singkat. Guru boleh mengambil keputusan semasa membuat sesuatu situasi tetapi pelajar mesti membuat keputusan dalam memberi jawapan. Jika soalan yang diberi berkaitan dan amat mencabar, pelajar akan cepat terangsang dan tidak sabar untuk mengetahui jawapannya(dalam keadaan pencaggahan pendapat secara kognitif. Proses berfikir ditukar kepada proses jangkaan dalam bentuk mengalih perhatian atau gangguan. Pendahuluan tentang tingkahlaku adalah untuk pelajar memfokus dalam kognitif dengan kemampuan mereka seperti diberi latihan. Walaubagaimanapun, apabila pelajar menyedar tentang kemampuan mereka dalam proses berfikir secara sukar; dalam keadaan ini

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR sifat harga diri dan tidak mudah putus asa akan timbul atau meningkat. Objektif kaedah pengajaran ini adalah pelajar menyedar tentang kemampuan mereka dalam beberapa perkara seperti dibawah: Menghasilkan soalan Mencari dan mengaturkan jawapan Menghubungkaitkan jawapan Menumpukan maklumat dan Menemui jawapan yang betul

Memilih dan merekabentuk perkara subjek Terdapat banyak konsep sains dalam pendidikan jasmani (biomekanik, anatomi, fisiologi , prinsip dalam fizik dan lain-lain) yang sesuai dalam gaya penemuan bertumpu. Gunakan kriteria dibawah sebagai panduan asas untuk memilih tugas dalam penemuan bertumpu: 1. Adakah soalan atau situasi tersebut boleh diselesai dengan satu jawapan? ( jawapan tersebut boleh dalam bentuk pergerakan, penyelesaian atau pembinaan objek sebenar. 2. Adakah tugas yang diberi mengundang pemikiran pemusatan/penemuan? 3. Adakah proses penemuan dapat dilihat oleh pelajar? 4. Adakah tugasan yang diberi merupakan analisis tentang pergerakan? 5. Adakah tugas yang diberi berkaitan dengan kemampuan mereka dalam prestasi?

Contoh subjek: Tugas 1: kesan postur dan kelajuan pergerakan dengan kadar nadi. Melakukan setiap aktiviti (rajah 2) dan selepas mengakhiri aktiviti tersebut,rekod kadar nadi. Rehat 2-3 minit. Bekerjasama dengan rakan(soalan nombor 3).

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR Tugas 2: peraturan semasa membuat keseimbangan badan Guru memulakan situasi dengan bertanya rekabentuk pergerakan yang hampiri lantai. Keseimbangan dalam setiap posisi perlu dilakukan dalam beberapa saat. Perhatikan kemampuan anda dalam keseimbangan posisi badan: 6 markah penyentuhan badan dengan lantai 4 markah penyentuhan dengan lantai 2 markah - penyentuhan

Pertama , berada dalam posisi keseimbangan tegak dengan 2 markah dalam penyentuhan. Selepas itu, berada dalam posisi satu markah iaitu bukan dalam posisi tegak. Menyuruh pelajar untuk meberi peraturan: gunakan maklumat merekabentuk setiap posisi(keseimbangan).Memberi peraturan yang mengimbangkan posisi. Terdapat tiga prinsip dalam peraturan mengekalkan keseimbangan badan yang berkait antara satu sam lain. Pelajar perlu mencuba untuk menyelesaikan masalah ini (dengan cuba imbangkan posisi). Pengalaman ini membantu pelajar untuk menemui satu penyelesaian. Proses penemuan ini mengandungi operasi kognitif. AKTIVITI 1. Baring untuk 2 minit (tidak bercakap, tenang) 2. Tekan tubi untuk 1 minit 3. Berdiri untuk 2 minit 4. Berjalan 1 pusingan dalam gim 5. Berjalan 1 pusingan dengan laju dalam gim 6. Lari perlahan 1 pusingan dalam gim 7. lari dengan kelajuan sederhana (1 pusingan) dalam gim. 8. Lari pecut 9. Lompat tali untuk 1 minit 10. secara berturutan lompatan, tekan tubi dan bangkit tubi (20 saat) KADAR NADI

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR

Soalan: 1. Adakah keputusan kadar nadi anda berubah apabila berlakunya perubahan dalam posisi badan? 2. Bagaimanakah kadar nadi anda berubah dari perubahan badan dalam keadaan berdiri kepada berjalan perlahan? 3. Dengan maklumat ini, buat satu keputusan dengan menghubungkaitkan kadar nadi dengan variasi aktiviti? Rajah 2: Penemuan Bertumpu (gaya Dr.Joanne Dusel, Department of Kinesiology, Towson University, MD, contributed this subject matter task.) CIRI-CIRI STAIL G -(PENEMUAN BERTUMPU) 1. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalah kepada pelajar. 2. Melibatkan pelajar dalam proses mencari keputusan. 3. Pelajar bebas menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan dengan peruntukan masa yang sesuai. 4. Stail ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau secara berkumpulan. FASA PRA IMPAK Guru Guru akan memberi satu set soalan atau masalah untuk pelajar Arahan yang diberikan berbentuk lisan atau tulisan Masalah yang diberikan berkaitan dengan objektif pembelajaran Pelajar Pelajar menerima masalah atau soalan yang diberikan oleh guru pelajar akan menyelesaikan masalah yang diberi dengan idea dan pendekatan sendiri

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR FASA IMPAK: GURU Memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh pelajar Guru bertindak sebagai fasilitator Memberi ruang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan kaedah mereka sendiri PELAJAR Cuba menyelesaikan masalah dengan idea sendiri dan mampu menyelesaikan masalah yang diberikan Pelajar berfikir secara kreatif

FASA PASCA IMPAK Guru Guru memberi jawapan dan membandingkan jawapan tersebut dengan jawapan pelajar Guru menghasilkan keputusan atau rumusan dengan betul dan tepat daripada perbincangan pelajar Pelajar Memastikan jawapan disemak dengan jawapan guru dan pelajar lain Memperbaiki jawapan yang diberi

KEBAIKAN Berupaya melahirkan lebih banyak idea hasil dari kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh setiap pelajar. Pelajar berasa seronok apabila dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri Membentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Merapatkan hubungan antara guru dan pelajar

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR KELEMAHAN Pelajar yang lemah akan menghadapi masalah. Dapatan yang salah boleh melemahkan pelajar. Tidak semua tugasan sesuai dengan stail-g. Pelajar akan berasa bosan jika tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi. Sesuai untuk pelajar yang matang pemikirannya.

KPD5046 KAEDAH MENGAJAR BIBLIOGRAFI 1. Mosston, M., Ashwoth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco: Benjamin Cummings. 2. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai