Anda di halaman 1dari 20

SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

TAJUK: BENTUK MUKA BUMI POTENSI DI KAMPUNG GUNTONG LUBUK MERBAU PERAK DARUL RIDZUAN MUHAMMAD NABIL B. KAMARUL ARIFIN 1 KEJORA 970109-08-5763G CIK SHUHAIMAH BT ZAMRI

NAMA:

KELAS: K. PENGENALAN: GURU PENILAI:

Nama:_________________ Umur:_________________ Soalan 1: Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Guntong Arahan: Sila tandakan (/) pada jadual di bawah Hakisan Tanah HAKISAN TANAH RUNTUH ALIRAN LUMPUR BANJIR KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA PENCEMARAN UDARA

Soalan 2) Cara mengatasi: a)________________________ b)________________________

HASIL KAJIAN
8.1 Ciri-ciri bentuk muka bumi Bentuk muka bumi di Kampung Guntong adalah rata dan beralun serta berbukit-bukau . Kawasan penempatan penduduk di sini ada yang didirikan di atas tanah rata dan ada yang tinggal di kawasan bukit. Kebanyakan rumah di bina bercirikan kampung Melayu dan ada juga direka seperti rumah moden. Bentuk muka bumi kampung Guntong juga terdapat tanah tinggi. Kawasan tersebut akan dibangunkan sebagai kawasan perumahan baru pada masa akan datang. Atas faktor ini, penebangan hutan giat dijalankan bagi membangunkan kawasan perumahan dan tanah di lereng lereng bukit ditarah bagi projek tersebut. Implikasi dari kegiatan ini, maka tanah runtuh kerap terjadi dan banjir kilat serta berlumpur kerap melanda kawasan perkampungan berhampiran. Mengikut kajian saya, pada tahun ini sahaja ( 2010) sudah hampir dua kali kawasan berhampiran rumah saya dilanda banjir lumpur.

Terdapat juga beberapa cerun bukit dan kawasan sekitarnya dilakukan penanaman semula kelapa sawit. Bagi melaksanakan projek penanaman semula ini. pokok pokok kelapa sawit yang lama telah ditebang dan pembakaran terbuka berlaku. Ekoran dari kegiatan ini,

terjadinya jerebu di kawasan perumahan penduduk kampung yang berhampiran. Setelah beberapa siri pengaduan oleh penduduk kampung, akitiviti pembakaran sekarang lebih dijalanka pada sebelah malamnya.

8.2 Potensi bentuk muka bumi Ciri fizikal tanah di kampung ini juga bersesuaian untuk penanaman beberapa jenis tanaman seperti padi, getah dan kelapa sawit. Penduduk kampung majoritinya menjadikan industri asas tani sebagai mata pencarian keluarga.Terdapat juga penduduk kampung mengusahakan penternakan ayam kampung di kawasan berbukit sebagai hasil pendapatan sampingan . Sungguhpun kampung ini lebih bercirikan kepada pertanian, namun kemudahan infrastuktur seperti hubungan lebuhraya Gerik Kuala Kangsar menjadi penghubung utama dan terletak berhampiran dengan jalan kampung ini. Kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi oleh MPKK. Selain itu, penduduk Kg. Guntong juga terlibat dalam perkhidmatan pemdikan kerana berhampiran dengan pekan Lubuk Merbau terdapat beberapa sekolah rendah awam dan sekolah agama swasta. Oleh

sebab itu,ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan tenaga pengajar di tempat tempat tersebut. Bukan itu saja ,pelbagai jenis pengangkutan awam yang sering masuk ke Pekan Lubuk Merbau , seperti bas dan teksi. Penduduk sering menggunakan pengangkutan awam untuk ke Bandar Kuala Kangsar.

Mereka lebih cenderung menggunakan bas kerana tambang bas lebih murah berbanding teksi dan kereta sewa.

8.3 Masalah Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian saya , terdapat beberapa masalah yang timbul dan wujud. Terdapat juga permasalahan ini saling berkait antara satu sama lainnya. Di antara masalah yang ada ialah:

8.3.1 Banjir Menurut pandangan beberapa penduduk kampung ini, masalah banjir bukanlah satu faktor dan permasalah utama. Kini, akibat beberapa projek perumahan yang memerlukan penarahan bukit

berlaku,dasar sungai menjadi semakin cetek . Fenomena banjir kilat kerap berlaku kerana limpahan air sungai yang cepat dan deras kerana sungai menjadi semakin sempit.

8.3.2 Hakisan tanah Hakisan tanah bukit bukau berlaku akibat penebangan hutan yang tidak terkawal bagi projek penanaman semula dan projek perumahan. Bukit bukau yang sudah gondol mengakibatkan adakalanya berlaku runtuhan tanah yang kecil menyebabkan beberapa batang

jalanraya dilimpahi batu batu kecil dan adalakanya aliran lumpur berlaku selepas hujan lebat berlaku. Keadaan ini, menyebabkan pengguna jalan raya perlu berhati hati apabila melalui jalanraya ini apabila hujan turun agak lebat.

8.3.3 Pencemaran udara Pembalakan dan penebangan hutan merupakan satu lagi aktiviti yang tidak dapat dielakkan di Kampung Guntong. Kelansungan akitiviti ini perlu bagi penanaman semula dan projek perumahan yang bakal didirikan. Pada awal tahun, ketika fenomena el-nino melanda

negara, suhu di tempat saya sangat panas. Fenomena jerebu semakin menjadi akibat pembakaran terbuka yang berlaku. Tindakan pantas

penduduk kampung membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar, menyebabkan pihak bertanggungjawab melakukan pembakaran tersebut pada sebelah malamnya. Selain daripada pembakaran hutan, udara di kampung saya tercermar ekoran aktiviti pengangkutan tanah yang berlaku oleh lori lori yang keluar masuk di jalan raya. Debu- debu tanah boleh dilihat dicermin cermin rumah penduduk kampung yang terletak di tepi tepi jalan raya yang dilalui, termasuklah rumah saya sendiri. Pokok pokok buah

buah ditepi jalanraya juga berdebu dan ini menunjukkan udara disini tidak sihat.

8.3.4 Penebangan hutan. Aktiviti ini terpaksa dijalankan ekoran kepesatan projek perumahan yang dijadualkan oleh agensi agensi tertentu. Penebangan hutan di lereng- lereng bukit tidak dapat dielakkan bagi menjayakan projek ini. Rentetan aktiviti ini, maka berlaku beberapa permasalah lain yang saling berkait seperti runtuhan tanah yang kecil, hakisan dan menyebabkan aliran lumpur berlaku apabila hujan lebat yang turun melebihi dua jam.

8.4 Langkah Mengatasi

Hasil

daripada

pembacaan

dan

rujukan,

saya

menyenaraikan beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi permasalah yang wujud. 8.4.1 Membina benteng dan mendalamkan sungai Meminta JPS (Jabatan Parit dan Saliran) membina benteng dan mendalamkan sungai untuk mengelakkan banjir. Apabila JPS mendalamkan sungai,air tidak mampu untuk naik ke kawasan petempatan yang berhampiran dengan sungai dan kawasan rendah. 8.4.2 Penaman semula pokok Penebangan hutan yang aktif hendaklah diseimbangkan dengan penanaman semula pokok. Ini bukan sahaja dapat

menghijaukan bumi , malah udara juga dapat dineutralkan kembali ekoran pelepasan pencemaran udara yang terjadi. Permasalahan

hakisan tanah dan aliran lumpur yang terjadi juga dapat diminimakan.

8.4.3 Penguatkuasaan undang - undang Penguatkuasaan undang undang merupakan jalan terakhir yang perlu diambil. Pengakutan lori haram yang tidak berlesen perlu dipantau kerana ada lori yang keluar masuk melebihi muatan dan akibatnya mengotorkan jalanraya. Pelepasan asap kenderaan berat ini juga perlu disukat kerana ianya mencemarkan udara kampung ini. Tindakan Jabatan Alam Sekitar memantau tanpa perlu menunggu aduan juga perlu lebih afektif. Ini kerana , ada

penduduk kampung yang lambat membuat aduan kerana tidak tahu tatacara yang perlu diambil.

RUMUSAN

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri ciri bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi yang dijalankan di Kampung Lubuk Merbau. Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah masalah yang sering dihadapi oleh penduduk penduduk Kampung Lubuk Merbau serta mengumpul maklumat daripada sebahagian penduduk di Kampung Lubuk Merbau tentang cara cara mengatasi masalah masalah tersebut. Hasil daripada kajian ini,menjadikan saya

bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap. Saya juga merasakan perlu ada anjakan paradigm untuk menjadikan kampung tempat tinggal saya lebih maju sama ada dari segi pendidikan dan pemikiran penduduk.

Saya juga berharap dan bercita cita menjadikan kampung saya lebih terkenal dengan pelancongan berasaskan ciri ciri bentuk muka bumi yang ada pada kampung saya.

RUJUKAN

I.

Geografi tingkatan 1 Chong Yoon Choi,Chong Hui Ling,Kang Chai Yoeng MEDIA NETWORK.SDN.BHD

II.

Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3 Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd. Tahun: Cetakan 2005

III.

Laman web: www.foliogeografi tingkatan1.com

JADUAL
Jadual di bawah menunjukkan bilangan pekerjaan penduduk di Kg. Guntong, Perak.

Jenis pekerjaan Pesawah Penoreh getah Pemungut kelapa sawit Penternak Jumlah

Bil 3 5 4 3 15

Graf di bawah menunjukkan pekerjaan penduduk di Kg. Guntong ,Perak

Kaedah kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah kajian yang telah digunakan ialah: a) Lawatan dan pemerhatian.Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti pelbgai bentuk muka bumi dan taburannya di kawasan kajian.Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk melihat potensi pelbagai bumi terhadap aktiviti penduduknya. b) Temu bual.Kaedah ini digunakn untuk mendapatkan maklumat tentang jenis kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk tempatan.Melalui kaedah ini maklumat sebenar tentang sumbangan pelbagai bentuk muka bumi terhadap penduduk di kawasan kajian juga diperoleh.

c) Rujukan.Saya telah menggunakan rujukan yang diberi oleh guru untuk membuat folio geografi.

SENARAI KANDUNGAN

Bilangan Perkara Pengharggan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Pendahukuan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

Anda mungkin juga menyukai