Anda di halaman 1dari 1

Migrasi Cina ke Tanah Melayu Dasar pemerintahan British yang menerima kemasukan masyarakat imigran ke Tanah Melayu atas

motif utama untuk memenuhi keperluan bahan mentah lantas tindakan pihak British ini tidak memikirkan perasaan sentimen masyarakat peribumi lokal di Tanah Melayu . Lantaran daripada keperluan permintaan terhadap tenaga buruh, maka proses penghijrahan kaum cina dilakukan melalui beberapa sistem, antaranya melalui Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok kongsi gelap. Cara ini telah menimbulkan pelbagai masalah. Kegagalan sistem ini kemudiannya telah digantikan dengan Sistem Pengambilan Personel oleh majikan yang memerlukan tenaga buruh dan sistem pengambilan rumah kongsi apabila kerajaan British mula prihatin dalam hal ehwal merekrutkan buruh-buruh Cina. Bagi orang Cina, terdapat 3 cara mereka datang ke Tanah Melayu, iaitu melalui Sistem Tiket Kredit, melalui cara bersendirian dan melalui Sistem Kangchu. Masyarakat Cina yang datang dengan cara Sistem Tiket Kredit, kehadiran mereka dibiayai oleh seorang agen. Mereka akan terikat dengan perjanjian untuk bekerja dengan broker buruh bagi suatu tempoh masa sehingga mereka mampu menyelesaikan segala hutang piutang yang mereka tanggung. Buruh-buruh Cina dianggap berhutang dengan ejen tersebut. Bagi yang datang melalui cara persendirian pula, kehadiran mereka dibantu oleh rakan atau ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Selain itu juga, terdapat juga migrasi masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu melalui Sistem Kangchu. pula, orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor dam membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh dan sebagainya. Kedatangan orang Cina telah menggalakkan kepada tahap perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Ini dapat dilihat apabila jumlah eksport bijih timah Tanah Melayu telah meningkat secara berterusan dari tahun 1850 dengan jumlah eksport 6500 tan kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang Cina terutamanya di bandar yang terletak di kawasan perlombongan.

Anda mungkin juga menyukai