Anda di halaman 1dari 2

Pengertian Metakognitif

Berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking)

Sistem pengurusan minda

Proses pengurusan dalaman yang digunakan untuk mengawal dan mengarah pemikiran kita

Kebolehan metakognitif a) Kebolehan memantau prestasi tugasan - sedar dan tumpukan perhatian pada komponen pemikiran seperti menjalankan tugas dengan teratur, dan membaiki kelemahan. b) Kebolehan memilih dan memahami strategi pemikiran - perlu mengaitkan pengalaman sedia ada dengan cara berfikir yang sedang digunakan, dan berusaha membaiki strategi pemikiran. Cara peningkatan kebolehan metakognitif Meminta seseorang melakukannya Menunjukkan cara-cara melakukannya Memberi latihan dan maklum balas yang banyak untuk dipraktikkan oleh seseorang

Peringkat-peringkat metakognitif Mengenal pasti jenis pemikiran yang sedang atau akan dilakukan - membuat keputusan - membanding-beza - menentukan kebolehpercayaan sumber maklumat Menganalisis bagaimana pemikiran dilakukan untuk menentukan sama ada pemikiran ini perlu diperbaiki Mengenal pasti komponen-komponen kemahiran berfikir yang kecil yang tidak diambil kira Menilai cara pemikiran yang dijalankan dan sama ada terdapat strategi pemikiran yang baru

Cara menyebatikan pemikiran metakognitif Mengadakan aktiviti penjauhan untuk mendorong pelajar mengalihkan perhatian dan pemikirannya daripada apa yang mereka sedang fikirkan kepada pemikiran dirinya sendiri. Menanya soalan-soalan berstruktur untuk mendorong pelajar berfikir tentang pemikirannya secara bijak.

a b c

Mendorong pelajar mengurus pemikiran sendiri Menulis refleksi untuk menyatakan fikirannya tentang pemikiran

Anda mungkin juga menyukai