Anda di halaman 1dari 5

KISAH NABI DAUD ALAIHIS SALAM 2013)

(BERCERITA LELAKI ZON TENANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan penal hakim yang memegang teraju keadilan, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekelian. Sebelum memulakan cerita marilah dengar saya berpantun terlebih dahulu. PANTUN Menjadi raja ketika muda, Bani Israil kaum keturunannya, Diutus Allah menjadi RasulNya, Kisah Nabi Daud tajuk cerita. Nabi Daud diutus Allah kepada kaum Bani Israil untuk menyeru mereka agar beriman kepada Allah. Baginda juga dianugerahkan Allah kerasulan dan kerajaan. Lalu Allah mewahyukan baginda Kitab Zabur sebagai panduan. Firman Allah:

Dan Kami kurniakan Kitab Zabur kepada Nabi Daud." ayat 55)

( Surah Al-Israak

Ya kawan-kawan, sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w kita juga ada panduan hidup. Oleh itu kita mestilah menjadikan kitab Al-Quran sebagai panduan hidup kita untuk mendapat keredhaan Allah serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. BORIA Nabi Daud rasul mulia, Keistimewaannnya luar biasa, Gunung ganang dan burung di rimba, Siang dan malam bertasbih dengannya.

Membaca kitab Zabur tugas utama, Suara merdu milik baginda, Jin dan manusia asyik mendengarnya,

Burung di udara turut terpesona. Kawan-kawan, Nabi Daud adalah seorang yang sentiasa meningati Allah. Baginda akan berzikir dan bertasbih siang dan malam. Ketika baginda bertasbih, gunung ganang dan burungburung turut bertasbih bersamanya. Allah berfirman :

Ertinya: Dan Kami perintahkan gunung-gunung dan burung-burung semuanya bertasbih bersama Daud (Surah Al-Anbia ayat 79) Ya kawan-kawan, sedangkan nabi Allah sentiasa berzikir mengingatiNya, inikan pula kita manusia yang sering melakukan dosa seharusnya tidak boleh alpa untuk turus bertasbih kepada Ilahi. Kawan-kawan, sekarang ini banyak kumpulan nasyid yang melagukan zikir-zikir seperti zikir munajat, zikir taubat dan lain-lain lagi. Oleh itu zikir-zikir seperti ini boleh dijadikan hiburan penawar jiwa. Kawan-kawan, Nabi Daud juga diberikan keistimewaan melembutkan besi yang keras tanpa menggunakan api dan boleh membentuk besi tersebut mengikut kehendak hatinya. Hal ini jelas sebagaimana firman Allah:

Yang bermaksud : Dan Kami lembutkan baginya besi

(Surah Saba ayat 10)

Wah! Hebat sungguh mukjizat Nabi Daud. Itulah kuasa Allah. Sesungguhnya Allah Maha berkehandak melakukan sesuatu dan berkehendak memberikan keistimewaan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ya kawan-kawan, dengan keistimewaannya itu Nabi Daud telah mencipta baju besi untuk digunakan semasa berperang. Hal ini diterangkan dalam Al Quran dalam firman Allah:

Yang bermaksud: Dan Kami ajarkan kepadanya membuat baju besi sebagai pelindung ketika berperang (Surah Al-Anbia ayat 80) Kawan-kawan, Nabi Daud telah membuat pelbagai jenis dan bentuk baju besi yang baginda inginkan. Dengan demikian Nabi Daud merupakan orang yang mula-mula

mencipta baju besi serta mengetahui bagaimana cara mencairkan besi menggunakan api. Sesungguhnya cara inilah mencairkan besi yang diamalkan oleh manusia hingga kini. Kawan-kawan, Nabi Daud seorang raja yang sangat adil. Baginda memerintah negara mengikut syariat Allah sambil berdakwah kepada kaumnya. Dalam melaksanakan tugas harian, baginda membahagikan hidupnya kepada empat bahagian: Sehari untuk beribadat kepada Allah, sehari untuk urusan penghakiman, sehari untuk usaha dakwah dan sehari lagi untuk menyelesaikan urusan peribadi. SYAIR Seorang raja yang sungguh berjaya, Memerintah negara dengan adilnya, Bersifat mulia disanjung kaumnya, Syariat Allah tunggak utama.

Menjadi rasul dan juga raja, Tugas yang berat buat baginda, Siang dan malam berzikir berdoa, Di iringi gunung dan unggas rimba. Kawan-kawan, dalam menjalani kehidupan seharian kita hendaklah pandai menguruskan masa untuk semua urusan tanpa melupakan Allah. Sesungguhnya Allah akan memberkati segala pekerjaan yang kita lakukan sekiranya kita sentiasa mengingatiNya. Kawan-kawan, Nabi Daud merupakan seorang raja yang adil dan memerintah negara mengikut syariat Allah sambil berdakwah kepada kaumnya. Pada suatu hari telah datang seorang pengembala kambing dan seorang petani menemui baginda lalu berkata: Tuanku, kambing-kambing orang ini telah merosakkan semua tanaman saya, jadi saya mahu menuntut ganti rugi daripadanya kata petani. Setelah kes tersebut dibicarakan, baginda meminta penternak menyerahkan semua kambingnya kepada petani. Keputusan tersebut dirasakan kurang sesuai oleh anaknya Sulaiman. Lalu Sulaiman pun berkata: Ayahanda, anakanda cadangkan supaya penternak ini menyerahkan kambingnya buat sementara waktu untuk diambil susu, bulu dan anak yang dilahirkan. Manakala penternak pula mengusahakan ladang yang rosak sehingga mengeluarkan hasil. Setelah itu petani hendaklah mengembalikan semula kambing kepada pemilik asalnya. Kebijaksanaan anak nabi Daud ini telah dirakamkan di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah:

Yang bermaksud: Dan Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum yang lebih tepat (Surah al-Anbia ayat 79) Ya kawan-kawan, sekiranya kita menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang adil. Dan sekiranya kita mengadili sesuatu perkara, lakukanlah dengan telus dan seadiadilnya agar semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Bak kata pepatah Melayu Raja yang adil raja disembah, raja yang zalim raja disanggah. Kawan-kawan, pernahkah kawan -kawan mendengar sebuah tempat bernama Baitul Maqdis? Ha, mari dengar sajak ini dahulu. SAJAK Baitul Maqdis, Namamu terkenal di seluruh dunia, Di bumi Palestin telah terbina, Diasaskan Nabi Daud insan mulia, Menjadi lambang keagungan kaumnya, Meskipun bumimu terus dijajah, Namun kau tetap unggul, Menjadi kemegahan Bani Israil, Sejak zaman berzaman.

Ya kawan-kawan, saban hari kita mendengar tentang keganasan yang berlaku di Baitul Maqdis, sebuah tempat suci yang menjadi rebutan orang Islam dan Yahudi. Marilah kita sama berdoa agar tempat suci bagi orang-orang Islam ini sentiasa dipelihara oleh Allah. LAGU Cukuplah sampai di sini, lain kali cerita lagi, kisah nabi jadi tauladan, buat kita agar beriman Sekian Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai