Anda di halaman 1dari 44

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

TAJUK 8.2

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran PSK menekankan kepada penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berdasarkan kepada prinsip dan teori pembelajaran. Langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungan diikuti dengan teliti supaya ada urutan. Aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang hendak dicapai oleh murid.Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kebolehan guru. HASIL PEMBELAJARAN : 1. Menghuraikan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 2. Merancang dan menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang lengkap. 3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraanyang berkesan.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) KERANGKA TAJUK-TAJUK
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN THEORY OF CONSTRAINTS PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD) PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBELAJARAN KOPERATIF KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCE) PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

KAJIAN MASA DEPAN PERANCANGAN AKTIVITI BERASASKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN KOLABORATIF

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) KANDUNGAN ISI 8.2.1 Theory of Constraints. TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang berdasarkan pemikiran logik dan sistematik. Teknik dan proses TOC menggunakan teknik pemikiran kritis dan kreatif yang mudah dan konkrit. Teknik ini digunakan bagi mengupayakan murid dengan alat dan teknik yang memberi mereka kemahiran: . mencapai matlamat menyelesaikan masalah dengan berkesan membuat keputusan berkomunikasi dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat

TIGA TEKNIK TOC YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN TEKNIK FUNGSI

Teknik TeknikAwan Awan ::


(The )) (TheCloud Cloud

Penyelesaian Konflik Memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea Memikir tentang akibat dari sesuatu idea, tingkah laku, kejadian) Membuat keputusan selepas memberi pertimbangan tentang akibatnya dari sesuatu Merancang dengan sistematik secara kolaboratif Menyelesaikan masalah dengan menghadapi cabaran-cabarannya Memikir dengan cara sistematik dan logik

Teknik Teknik Sebab Sebabdan danAkibat Akibat


Negative NegativeBranch Branch: : Cause And Cause AndEffect Effect

Teknik TeknikMencitaMencitacitakan citakanKejayaan Kejayaan


(Ambitious (AmbitiousTargets Targets Together )) Together

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Teknik Awan
Teknik Awan adalah teknik memikir tentang sesuatu kejadian, situasi, idea dan penyelesaian konflik yang mempunyai kehendak yang bertentangan. Isu dan anggapan berkenaan dengan sesuatu yang dipertikaikan atau dipersoalkan akan diberi pertimbangan sehingga penyelesaian dan hubungan yang baik diteruskan. Penyelesaian WIN-WIN diberi oleh murid sendiri. Guru membantu murid mencari penyelesaian yang baik supaya murid boleh membuat keputusan yang bertanggung jawab.

CONTOH CONTOH TEKNIK TEKNIK AWAN AWAN


B

Dilema Dilema Guru Guru


KEPERLUAN

D
Pergi Berkursus

KEHENDAK

Mendapat pengetahuan baru GURU Yang BERKESAN

A
MATLAMAT MATLAMAT BERSAMA BERSAMA

Menjaga keperluan di sekolah

Tak mahu pergi berkursus


KEHENDAK

PENYELESAIAN PENYELESAIAN WIN-WIN WIN WIN? WIN-WIN ?


Kemahiran KemahiranBerfikir Berfikir

KEPERLUAN

D1

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Apa Apa akan akan jadi.jika..? jadi.jika..?


Selalunya hubungan antara kelakuan kanak-kanak dan akibatnya yang negatif tidak jelas kepada mereka .
Kesan-kesan Negatif Cikgu marah saya

Mu l a d en ga n : TINGKAH LAKU

Saya tak buat kerja rumah

Untuk membolehkan kanak-kanak menyedari bahawa kelakuannya boleh mengakibatkan beberapa kejadian yang membawa kesan yang negatif, Teknik Sebab dan Akibat boleh digunakan. Mereka akan mengubahsuai kelakuan mereka selepas memikir tentang akibatnya.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Teknik Mencita-Citakan
Kejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC)) Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (Teknik Ambitious Targets (TOC)) adalah usaha mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Walau bagaimanapun, pada permulaannya, matlamat yang diingini tidak mungkin dapat dicapai. Menggunakan Teknik Mencita-Citakan Kejayaan membolehkan seseorang atau kumpulan bertanggungjawab mencapai sesuatu matlamat. Teknik Teknik Mencita-Citakan Kejayaan (AT) juga dapat membina semangat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasi dan kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli kumpulan.

Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan di mana semua ahli kumpulan bersetuju tentang matlamat yang relevan. INGATAN: Setiap cabaran perlu diatasi sebelum pencapaian matlamat yang diidamkan. Sekiranya cabaran itu tidak dapat diatasi, kita sukar boleh mencitacitakan kejayaan

Latihan 1. Catatkan cabaran,langkah-langkah dan keutamaan bagi seorang pelajar yang akan membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ?

MATLAMAT:

MENCITAMENCITA-CITAKAN KEJAYAAN
(Ambitious Targets Collaboratively )

CABARAN
(Obstacles)

(Intermediate Objectives / Steps)

LANGKAH-LANGKAH

Keutamaan

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

8.2.2 Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) ialah satu pemikiran yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000. Konsep ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan Four Pillars of Education iaitu: Learning To Know, Learning To Do, Learning To Live Together dan Learning To Be Pembelajaran luar bilik darjah boleh didefinisikan sebagai suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan pelajar dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Objektif pembelajaran luar bilik darjah adalah bertujuan untuk : Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokan; Meningkatkan minat murid untuk belajar; Mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa

MODEL PLBD

MODEL PLBD 1

LUAR BILIK DARJAH DALAM KAWASAN SEKOLAH

MODEL PLBD 2

BERHAMPIRAN KAWASAN SEKOLAH

MODEL

PLBD 3

JAUH DARI KAWASAN SEKOLAH

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

LEARNING IS FUN
THE LEARNING PREPARATION PHASE
PERSEKITARAN FIZIKAL YANG POSITIF How Can I Make The Learning Environment Fun? PENGGALAKKAN POSITIF Can I Really,Really Learn?
PERSEKITARAN SOSIAL YANG POSITIF How Do We Learn Together?

MATLAMAT YANG JELAS DAN BERMAKNA What Will I Be Able To Do?

Learning is fun Pembelajaran Yang Menyeronokkan

KESEDARAN INGIN TAHU I Want To Know and Find Out More

MEMENUHI KEPERLUAN MURID How Does It Benefit Me?

PENGLIBATAN MURID YANG MENYELURUH What Can I Do? What Can I Say? How Can I Participate?

PROSES PLBD DI LUAR KAWASAN SEKOLAH


SEBELUM PLBD
Tarikh dan kos Unsur keselamatan Surat menyurat Kebenaran ibubapa/waris Pungutan wang Tempahan bas Bahan P& P Pembahagian pelajar kepada kumpulan Penerangan dan taklimat

SEMASA PLBD
Soal jawab dengan pegawai penerangan dan galeri muzium Mengumpul maklumat seperti kebudayaan, ritual,sejarah dan semangat patriotisme Mengumpul maklumat tentang sumbangan individu atau organ isasi

SELEPAS PLBD
Membincangkan sumbangan s umbangan individu, institusi dan organisasi terhadap mata pelajaran Pengajian Sosial Membuat rumusan Menulis laporan Membentangkan hasil lapangan

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 8.2.3 PEMBELAJARAN MASTERI

8.2.4 Apakah Pembelajaran Masteri?


satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. (Bloom, 1968) berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968) satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block, 1975) Rumusan: Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2. Rasional: 1. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. 2. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. 3. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. 3. Prinsip Pembelajaran Masteri 1. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. 2. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. 3. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. 4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 4. Ciri-ciri Pembelajaran Masteri 1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan. 2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. 4. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK) 5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 6. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. 7. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. 8. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri. 5. 1. 2. 3. 4. Langkah Pembelajaran Masteri Penentuan hasil pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran. Penilaian. Tindakan susulan.

Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi: 1. 2. 3. 4. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 7. Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr. Membantu membina ujian formatif dan sumatif. Cara Hasil Pembelajaran dinyatakan: Berdasarkan sukatan pelajaran. Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur Secara eksplisit, jelas dan terperinci. Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Mengikut aras pembelajaran dari mudah sukar. Penentuan pengajaran dan pembelajaran

Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara yang berikut:

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 1. 2. 3. 4. 8. Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan yang sedia ada. Masa yang diperuntukkan Kenali murid anda:

Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. 9. Pelbagai kaedah dan bahan

Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya: 1. pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pembelajaran. 2. Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. 10. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan: 1. berpusatkan guru. 2. Berpusatkan murid. Dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Penerangan Penjelasan Bercerita Huraian Memberi nota Syarahan Demonstrasi

Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Bercerita Bacaan Latih tubi Pembelajaran akses kendiri Inkuiri penemuan

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)


Soal jawab Main peranan Demonstrasi Penyelesaian masalah Sumbang saran Projek Pembelajaran koperatif Amali Bahan pengajaran dan pembelajaran

11.

Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan selaras dengan aktiviti yang dipilih. Contoh: Hasil pembelajaran Bahasa Matematik Sains Geografi Pendidikan seni Mengenal pasti huruf Cadangan bahan Kad imbasan hurufCarta hurufBongkah hiruf

Menambah dua nombor dalam JakaSidaCip berwarna lingkungan fakta asas Carta Menerangkan proses organPenghadamanVideo penghadaman penghadaman Menyatakan bentuk muka bumi Cakera padat tentang kawasan pinggir pantai muka bumi model peta Membuat grafik Perisian aplikasi

12.

Penilaian

Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajarah dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. 12.1 Mengapa?

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. Mengesan pencapaian murid. Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 5. Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan. 6. Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 12.2 Penilaian dalam Pembelajaran Masteri

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestialh berdasarkan kepada Hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 12.3 Bilakah penilaian dijalankan?

Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut: 1. Semasa pengajaran dan pembelajaran. 2. Selepas sesuatu unit pembelajaran. 3. Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun. 12.4 Domain yang dinilai

Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain:


Kognitif Afektif Psikomotor Cara menilai Pembelajaran Masteri

12.5

Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian dan penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan mengikut aspek yang hendak dinilai. Untuk menilai, langkah berikut perlu diikuti: Langkah 1. Pembinaan alat ujian Aktiviti i) Menentukan Hasil Pembelajaran yang hendak diuji. ii) Membina jadual penentu ujian iii) iv) Membina item Menyediakan skema jawapan

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 1. Pentadbiran ujian i) Mentadbirkan ujian 1. Pemprosesan hasil i) Memeriksa respon dan menentukan ujian penguasaan murid ii) Membuat analisis terhadap respons iii) iv) i) ii) Mendiagnos Merekod pencapaian murid Menyediakan laporan Menyampaikan laporan

1. Pelaporan

13.

Tindakan susulan

Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti:

Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya. Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.

Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:


Pemulihan. Pengayaan (pengukuhan dan pengembangan). Aktiviti Pemulihan

13.1

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:

Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain. Membetulkan perlakuan yang salah. Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula. Menggunakan bahan visual. Mempermudah dan mempelbagaikan latihan. Menjalankan lati tubi. Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya. Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)


Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda. Melatih murid mengenal pasti idea utama. Aktiviti Pengayaan

13.2

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:

Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang lebih mencabar dan menarik. Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid. Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir. Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan. Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

Memberi latihan yang lebih mencabar. Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk. Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah. Melatih murid membuat nota. Menjalankan latih tubi. Melatih murid mengenal pasti idea utama. Mengakses maklumat dari laman web.

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:

Membuat projek. Membuat tugasan. Membuat kajian.

Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan.


Membuat pemerhatian Mengumpul data Mengakses maklumat Membanding

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)


Mengklasifikasi Meringkas Merekod Mentafsir Membuat keputusan Membuat andaian Menganalisis Melapor Menyelesaikan masalah

Peranan Guru Dalam pengajaran menggunakan ML, guru berfungsi sebagai instructional leader and learning facilitator (Guskey, 1985). Guru perlu

Menguasai pengetahuan dalam bidang yang hendak diajar dan dapat mencerakinkan isi pelajaran Menentukan objektif pembelajaran dan pengajaran secara eksplisit. Menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan sumber dan kaedahkaedah serta teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid Menguasai kemahiran merancang dan membina item-item ujian (formatif dan sumatif) Membuat analisis item-item ujian bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar. Yang penting, guru perlu dapat melihat ujian-ujian tersebut sebagai alat pembelajaran. (learning tools). Mempunyai kemahiran menyampaikan maklum balas (feedback) kepada setiap pelajar tentang tahap penguasaan pembelajaran masing-masing bagi tujuan meningkatkan motivasi untuk terus belajar. Dapat merancang dan melaksanakan prosedur pembetulan (corrective procedures) dan aktiviti-aktiviti pengkayaan berdasarkan keperluan dan kebolehan setiap pelajar.

8.2.4 PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) b. c. d. e. saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topiktopik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. 8.2.5 Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja diberi kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid dalam setiap kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain. Selepas itu, lembaran kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan. Apakah itu kerja kumpulan? Ini menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan dinamika kumpulan.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson & Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata. Johnson & Johnson Positif Interdependence Individual Accountability Group Interaction Social Skills Kagan Positif Interdependence Individual Accountability Equal Participation Simultaneous Interaction

Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif) Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu) Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu. Group Interaction (Interaksi Kumpulan) Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain. Social Skills (Kemahiran Sosial) Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 8.2.6 Kemahiran Sosial Dalam Kumpulan Koperatif

Dalam pembelajaran koperatif, kemahiran sosial dalam kumpulan merupakan asas kejayaan pembelajaran koperatif. Kemahiran berkenaan tidak akan dimiliki tanpa perancangan oleh guru yang ingin menjayakan pembelajaran koperatif. Antara kemahiran sosial dan peranan yang seiring dengannya ialah seperti jadual berikut: Jadual Kemahiran & Peranan Sosial Kemahiran Sosial Menggalakan orang lain: menggalakan penglibatan ahli yang pendiam dan kurang yakin agar lebih yakin; mula bertindak sebelum seseorang ahli bercakap; contoh: "Adalah eloknya kita mendengar pendapat Mohd." Memuji orang lain: memuji usaha orang lain; bertindak selepas seseorang bercakap; contoh: "Itu idea yang baik". Menyambut kejayaan & pencapaian: memimpin ahli kumpulan dalam meyambut dan meraikan kejayaan ahli kumpulan; tidak seperti Pemuji yang memuji; menjadi pemimpin dalam sorakan; contoh: "Mari kita berikan tepukan kepada Mohd." Menyeimbangkan penglibatan pesertapeserta: memastikan penglibatan yang seimbang antara ahli kumpulan; meningkatkan penglibatan ahli yang kurang bercakap dan "memperlahankan" ahli yang terlalu banyak bercakap; contoh: "idea Mohd itu menarik, apakah pendapat Mad?", "Mad, adakah anda setuju dengan pendapat Mohd.?" Membantu, membimbing & menasihat: Jurulatih membantu ahli pasukan menguasai isi kandungan akademik, Peranan Sosial

Penggalak (Encourger)

Pemuji (Praiser)

Penyambut Kejayaan (Cheerleader)

Penjaga Libatan (Gatekeeper)

Jurulatih (Coach)

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) tetapi berhati-hatinya agar tidak menyelesaian masalah untuk ahli pasukannya; contoh: "Ingat formula pertama?", "Eloknya jika anda semak semula soalan no. 2." Meminta pertolongan: sekali sekalanya memeriksa pasukanya sama ada timbul soalan atau tidak. Jika timbul soalan, ia memastikan soalan itu dibincangkan untuk mendapatkan jawapan. Sekiranya semua ahli kumpulan tidak dapat menjawab sesuatu soalan, soalan itu menjadi soalan pasukan dan Komander menggunakan isyarat senyap untuk memaklumkan guru bahawa semua ahli menghadapi masalah. Menyemak & memeriksa pemahaman: memastikan semua ahli telah menguasai isi kandungan. Contoh: "Marilah kita buat satu soalan secara berseorangan sementara ahli lain memerhati untuk memastikan semua ahli telah faham dan dapat menduduki peperiksaan kelak." Mengawas perjalanan tugasan: memastikan semua ahli menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Ia menggunakan peringatan positif seperti : "Kita belum menyiapakan tajuk 3 lagi" tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan peringatan negatif seperti "Jangan main-main!". Merekod idea-idea: menulis hasil perbincangan dan jawapan dalam kumpulan. Ada kalanya ia bertanggungjawab untuk memastikan semua isi penting dicatat dengan tepatnya. Merenung tentang kemajuan kumpulan: memimpin kumpulan dengan menoreh ke belakang. Proses kumpulan bertambah baik jika Perenung merumus dan mencerminkan perbincangan

Komander Soalan (Question Commander)

Penyemak (Checker)

Pengawas Tugas (Taskmaster)

Pencatat (Recorder)

Perenung (Reflector)

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) kumpulan. Ia juga memimpin kumpulan untuk merenung tentang kemahiran mingguan seperti "Adakah kami membuat kerja dengan baik?". Tidak menggangu orang lain: memastikan pasukan tidak bercakap dengan suara yang terlalu kuat dan mengganggu orang lain. Guru boleh menetapkan tahap bunyi / suara dengan sukatan "Suara 12 inci" atau "Suara 6 inci". Kapten Senyap memastikan ahlinya mematuhi kehendak "Suara 6 inci". Mengedar bahan pembelajaran: mengambil dan memulangkan bahan p&p dan memastikan tempat bersih dan kemas selepas sesuatu aktiviti

Kapten Senyap (Quiet Captain)

Ketua Bahan (Materials Monitor)

8.2.7 Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif 1. Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri. 2. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas. 3. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990): a. Giliran Ahli Kumpulan Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran b. Pameran Kumpulan: i. Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya ii. Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu. c. Memadan Benda Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda d. Kuiz: i. Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan ii. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru Kad Hafalan i. Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal ii. Guru menyoal iii. Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi Semakan Pasangan: i. Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan ii. Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat i. Pelajar dalam satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru ii. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas Peta Konsep Berpasukan Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersamasama di atas kertas yang besar. i. Jawapan Giliran: i. Satu kumpulan diberi sebilangan soalan ii. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan j. Penguasaan Secara Beerpasangan: Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan. k. "Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan): i. Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau perkara. ii. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu. iii. Semua maklumat dikongsi dalam kelas. iii.

e.

f.

g.

h.

8.2.5 KECERDASAN PELBAGAI (MULTIPLE INTELLIGENCE)

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Teori Kecerdasan Pelbagai (KP) pertama kali dikemukakan oleh Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat, dan menghasilkan output yang efektif. An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting (Gardner 1983) Menurutnya, individu memiliki sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan atau kebolehan mental yang wujud secara terpisah-pisah atau berasingan, dan tidak saling bergantung. Tujuh jenis kecerdasan tersebut ialah verbal-linguistik (VL), logikmatematik(LM), visul-ruang (VR), kinestetik badan (KB), muzik (MZ), interpersonal (IE) dan intrapersonal (IA). Seterusnya, Gardner (1993) menambah satu lagi kecerdasan menjadi lapan iaitu naturalis (NA). Gardner (1983) mendefinisi kecerdasan verbal-linguistik sebagai berfikir dengan perkataan dan menggunakan bahasa untuk menyatakan dan memahamkan makna yang sukar dan kompleks. Kecerdasan logikmatematik pula membuatkan seseorang berfikiran secara hubungan sebab dan akibat untuk memahami hubungan di kalangan tindakan, objek atau pendapat. Visualruang diertikan sebagai berfikir menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual secara tepat, berkebolehan berfikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu pengalaman visual melalui imaginasi. Menurut Gardner (1983), kecerdasan muzik didefinisikan sebagai kebolehan untuk menghasil dan menghargai irama, nada dan bentuk-bentuk peluahan muzik. Kinestetik pula dibentuk berasaskan kebolehan mengawal satu pergerakan bahagian badan dan mengawal objek dengan penuh kemahiran. lanya melibatkan deria koordinasi dan ketepatan keseluruhan pergerakan badan serta menggunakan kedua-dua tangan dalam kemahiran manipulasi. Gardner (1983) meringkaskan kecerdasan interpersonal sebagai kebolehan memahami orang lain, apa tujuan mereka, bagaimana mereka bekerja, dan bagaimana bekerja secara koperatif. Sebaliknya, kecerdasan intrapersonal berlawanan dengan interpersonal, di mana ia merupakan kemampuan mengetahui diri sendiri dan bertindak sewajamya berasaskan pengetahuan tersebut. Kecerdasan naturalis melibatkan kebolehan untuk memahami dan kepekaan kepada alam semulajadi termasuk tumbuhan, haiwan dan hubungan saintifik. Kelapan-lapan kecerdasan ini merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat, dan kemahiran yang wujud secara semulajadi (Armstrong 1994). Menurut Gardner (1983) lagi, setiap individu mempunyai semua jenis kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar kekuatan dan kemahiran yang berbeza-beza. Kecerdasan-kecerdasan ini boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

8.2.6 Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan? 1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurangkurangnya lapan kecerdasan berikut: Bahasa Logik-matematik Ruang (spatial) Muzik Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Naturalistik 1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1. 2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan. 3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.

Jadual 1: Ciri-ciri Lapan Kecerdasan Kecerdasan Bahasa Logik Matematik Ruang Cerdas dalam Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan Pekerjaan Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon

Muzik

Kinestetik

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah Pemburu, petani, ahli sains semulajadi

Intrapersonal

Nilai murni, pendirian, falsafah

Naturalistik

Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian

Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapan-lapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. 8.2.6 PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedahkaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. 8.2.7 PEMBELAJARAN INKUIRI PENEMUAN Pendekatan Inkuiri Penemuan Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Model pembelajaran yang digunakan untuk menyampaikan setiap pokok bahasan dipengaruhi oleh berbagai faktor, diantaranya: peserta didik, tujuan yang akan dicapai, situasi pembelajaran, fasilitas yang tersedia dan guru. Salah satu model pembelajaran yang dapat diterapkan adalah model pembelajaran inkuiri Model Pembelajaran inkuiri adalah model penemuan yang dirancang guru sesuai kemampuan dan tingkat perkembangan intelektual peserta didik, mengurangi ketergantungan kepada guru dan memberi pengalaman seumur hidup. Penemuan sering dikaitkan dengan inkuiri. Penemuan boleh diartikan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip. Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan satu konsep atau prinsip. Model pembelajaran inkuiri menggunakan pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses penelitian. penelitian ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman atau jawaban yang baru. Model pembelajaran inkuiri ini didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses model pembelajaran inkuiri ini bermula dari satu perhatian dan minat atas sesuatu yang menarik dan seterusnya akan muncul banyak pertanyaan atas minat tersebut. Fenomena yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman maupun pemahaman dari para siswa. Sifat ingin tahu

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) seterusnya merangsang tindakan untuk melakukan penelitian, pertanyaan, ramalan, hipotisis, dan konsep awal. 8.2.8 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Pengajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/PBL)merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran. Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi: a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai b. Berorientasikan dunia sebenar. c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran. d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi. e. Menggunakan kaedah pengalaman hands-on. f. Memberi pemahaman yang tinggi. g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar. h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi. i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri. k. Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang baru dengan yang lama. l. Pembelajaran melibakan data semasa. m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek. n. Pembelajaran merentasi kurikulum. o. Guru sebagai fasilitator. p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan 8.2.9 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMUNITI Apakah Pembelajaran Berpusatkan Komuniti? Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu dan juga komuniti di sekeliling pelajar seperti kawan,sekolah,jiran dan masyarakat.). Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari. Konsep komuniti semakin luas sekarang kerana persekitaran dunia yang tiada sempadan berdasarkan internet). Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif dengan komuniti ), terlibat dalam penilaian berterusan Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang dan penyertaan mereka dalam komuniti. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran dengan bantuan komuniti Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos. 2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar dan komuniti?. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam komuniti setempat. Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas dan diperluaskan kepada komuniti setempat. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran yang mereka minat dan mendapatkan resos dari komuniti. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka terutama nilai-nilai positif dan negatif Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif dengan komuniti. 8.2.10 PEMBELAJARAN KOLABORATIF Pembelajaran kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang rakan pelajar yang lain. Pembelajaran ini menekankan kepada konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain. Justeru, ia menggalakkan pelajar untuk menyumbang idea dan buah fikiran serta menghargai idea dan buah fikiran orang lain. Dasar pembelajaran kolaboratif ini membenarkan pelajar memegang peranan sebagai knowledge provider dimana pengetahuan itu dapat dikongsi dengan rakan dan pengajar agar sesuatu pengetahuan itu dapat difahami dari perspektif yang lebih luas dan mendalam. Disamping itu, pendekatan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks sebenar atau konteks yang kompleks. Satu faktor yang dominan bagi kejayaan sesuatu pembelajaran kolaboratif ialah interaksi sosial antara pelajar dalam kumpulan. Interaksi sosial yang berkesan akan mewujudkan struktur afektif yang bercirikan hubungan sosial, kesepaduan sosial dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti. Ketiga-tiga ciri ini merupakan atribut ruang sosial yang membenarkan komunikasi berlaku secara terbuka serta memanfaatkan aktiviti kolaboratif dan perkongsian maklumat penting. Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif. Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif. Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi. Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri. Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif Dalam Pembelajaran Koperatif... Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial. Dalam Pembelajaran Kolaboratif Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri. Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan. Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik. Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai. Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

8.2.11 KAJIAN MASA DEPAN

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global memberikan satu tamparan yang hebat dalam arus kehidupan. Menyedari hakikat ini, maka generasi hari ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk merenung hari esok agar generasi baru mendapat bekalan yang cukup untuk menghadapi cabaran dan perubahan.Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk membolehkan generasi baru merancang dan mew ujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala perubahan.Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD)merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran tentangmasa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala perubahanyang tidak dijangka. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid : berfikir secara kritis dan kreatif membuat keputusan tentang masa depan membina sikap dan nilai positif tentang masa depan berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan mempunyai pengetahuan tentang masa depan membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan

KMD memberi kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. 1. Ramalan dibuat tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. 2. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena atau trend. 3. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan. Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan 1. Pemahaman konsep Kajian Masa Depan Segala tindakan dan peristiw a semasa ada kaitan dengan masa lalu. 2. Pengumpulan Maklumat Strategi sedia ada membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan. 3. Ramalan dan Analisis Satu proses mengenalpasti kesan atau akibat yang membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau perubahan.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 4. Imaginasi dan Kreativiti Kemahiran ini membaw a kita kepada imaginasi yang tiada had yang mampu menghasilkan idea inovatif. 5. Strategi Mengatasi Cabaran Membantu murid membina rasa optimis dan keyakinan diri serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka 6. Proses Inovasi Sosial Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesian masalah. 7. Membina Senario Teknik yang penting untuk membantu murid membina gambaran jelas tentang situasi masa depan. 8. Penjelasan Nilai dan Masa Depan Satu proses mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa implikasi positif pada generasi akan datang. 9. Dimensi Kemapanan Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk masa depan dunia dan kesejahteraan hidup. 1. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD. 2. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD. 3. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkan idea secara kritis dan kreatif. 4. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 8.2.13 PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer

Computer Assisted Learning Computer Assisted Instruction Computer Based Instruction Computer Aided Learning Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

CIRI-CIRI PBK

Berasaskan individu Boleh diulang Bahan disediakan oleh guru Ramah pengguna Boleh diubahsuai mengikut tahap murid Interaktif

KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PBK

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN | V ------> CUBAUJI / UJICUBA <-------------| | | | V | !------> TAMBAHBAIKAN | | | V | LAKSANA PENGAJARAN <-----------!

MENGHASILKAN PERISIAN PBK


Verbal Latih tubi Simulasi Inkuiri Tutorial Penyelesaian Masalah Permainan

VERBAL

Pengajaran terancang Buku kerja, bAhan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar Pelajar memberi respon jawapan pilihan Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul Komputer memberi jawapan secara verbal

LATIH TUBI

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

-------> MASALAH <--------------> SOALAN <-------| | --------------------> ULANGAN <--------------------

SIMULASI

Lebih berbentuk permainan Sesuai dalam pengajaran matematik Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza

INKUIRI

Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan Ia sangat kompleks untuk disediaka Ia sesuai untuk matapelajaran sains

TUTORIAL

Isi pelajaran tersusun Pelajar boleh menjawab soalan Komputer beri maklumbalas

PENYELESAIAN MASALAH

Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

PERMAINAN

Permainan berorientasikan pembelajaran Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar dengan menjawab

KELEBIHAN PBK

Penumpuan kepada pelajaran Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (selfpaced) dan multiple intelligent Interaktif Kolaboratif Individu

KELEMAHAN PBK

Kos tinggi Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI CD

Contoh Bahan:o

Pengenalan Kepada Komputer

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)


o o o

Pengajaran Al-Quran Tajwid Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware Bahan Pengajaran Dari Internet Membina Papan Cerita 1 Membina Papan Cerita 2

Binaan sendiri :o o

Cara Bina Bahan Dari CD Satu Demo Teknologi Pengimbas

PPBK DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office) aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator. Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan melalui tutorial, latih tubi, simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.

Teknik Pengajaran. 1. Tutorial

Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) 2. Latih tubi

Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia dapat memberi gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari. Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan. 3. Permainan Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah permainan. Melalui kaedah ini guru dapat menarik minat murid. Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

4.

Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran Matematik bagi menguji penguasaan murid-murid dalam kemahiran yang dipelajari. Melalui kaedah ini guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun berkumpulan.

Contoh-contoh Perisian PPBK Di Pasaran

i)

Fun Math With Arti Level 1/Level 2

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni. ii) Counting With Arti Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik. iii) Matematik Metalogix1

Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan. iv) Cerdas IQ

Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.

Persoalan dan jawapan yang berkaitan 1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ? Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p. 2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ? Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) merancang dan memilih topik yang sesuai merancang objektif pengajaran pembelajaran merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai kawal selia penggunaan media 3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar. 4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT? Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p. 5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi (a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem). (b) Penerokaan: ICT sebagai medium mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat dll. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid. (c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. (d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video). 6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ? Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN)

SOALAN PERBINCANGAN Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL, Facebook,Twitter atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. 1. Kaedah merujuk kepada penekanan penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.Langkahlangkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah untuk menimbulkan proses pembelajaran.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) a. b. 2. Bincangkan lima kepentingan penilaian dalam Pembelajaran Masteri. Rumuskan lima proses pengajaran melalui Kaedah Inkuiri Penemuan. Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran.Ini dirancang dalam bentuk pelakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi oleh murid. Senaraikan lima prinsip Teknik Perbincangan. Jelaskan lima kelebihan Teknik Perbahasan. Pengajaran adalah salah satu kemahiran dan tidak dapat dilaksanakan tanpa menguasai kemahiran tertentu.Kemahiran mengajar perlu dikuasai untuk memastikan proses pengajaran berlaku dengan penuh persediaan dan lancar. Nyatakan lima tujuan set induksi diperlukan. Nyatakan lima kepentingan menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

a. b. 3.

a. b.

4.

Pengajaran makro merupakan latihan mengajar sepenuhnya dan dijalankan semasa membuat latihan mengajar di sekolah.Persediaan yang terperinci perlu dilaksanakan sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Berikan lima komponen Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan format bestari. Senaraikan lima peringkat pemikiran reflektif yang berlaku semasa menyelesaikan sesuatu masalah dalam proses pengajaran. Anda mampu menarik minat dan menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid tahun 5 dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

a. b.

5.

(PSK 3103- KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN) a. Merujuk kepada kebijaksanaan menggabungkan mana-mana dua kaedah Pendekatan daripada Kontekstual,Koperatif,Pembelajaran Berasaskan Komuniti, Kolaboratif dan Kecergasan Pelbagai, sila jelaskan bagaimana pengajaran anda mampu mewujudkan situasi kelas terkawal dan berkesan mencapai objektif. Theory of Constraints mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran anda. Huraikan lima langkah dalam melaksanakan kaedah ini dalam pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

b.

6.

Anda dikehendaki membina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format pembestarian untuk pengajaran selama 60 minit menggunakan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran tahun 5. Berdasarkan Pengajaran kemampuan menerapkan sahaja. Mikro, anda dikehendaki membuktikan satu kemahiran atau teknik pengajaran

7.

a.

Anda dikehendaki memilih serta membuktikan kemampuan mengurus salah satu aktiviti kemahiran sahaja sama ada penyoalan, pengukuhan, komunikasi dan menyusun langkah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pertimbangkan juga kesesuaian aktiviti untuk mencapai objektif pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5.

b.

Anda dikehendaki membincangkan masalah kawalan kelas akibat murid pelbagai aras yang dikumpulkan di kelas anda semasa pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh memilih menggunakan Refleksi sama ada penilaian Rakan Sebaya atau Penilaian Kendiri.

Anda mungkin juga menyukai