Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Antara isu-isu yang sering menjadi tajuk utama dalam perbincangan guru-guru di sekolah adalah tentang perbezaan individu setiap pelajar di dalam kelas . Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain terutama dalam akademik yang merupakan satu isu pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian. Kesan jangka panjang ketidakseimbangan ini akan banyak mempengaruhi polisi pendidikan pada masa akan datang. Perbezaan individu ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada aspek perkembangan individu pelajar terbabit yang banyak dipengaruhi olek faktor-faktor genetik dan persekitaran. Menurut Shahabuddin (2003) perbezaan individu adalah merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi. Fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dikalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Pembelajaran berlaku setiap ketika dan di mana sahaja. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek ( Rahil Mahyuddin et al, 2000 ). Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsepkonsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Proses pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kepada persekitaran. Ia bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Ransangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku ( pembelajaran ). Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Kelemahan pelajar dalam setiap mata pelajaran banyak dipengaruhi oleh cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini pendekatan pengajaran dan pembelajaran guru-guru di bilik darjah tidak mencerminkan keinginan mereka untuk subjek tersebut; kerana guru mengajar mengikut teori tanpa sebarang perancangan, metodologi, menggunakan buku teks sepenuhnya tanpa sebarang kreativiti tersendiri dan persediaan yang rapi. Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran .semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA YANG HENDAK DIBUAT dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakan. (Prehn, 1980) Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Menurut C. Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Antara kesan perbezaan individu adalah seperti berikut :

Kesan Perbezaan Individu Terhadap Pembelajaran

( a ) Kesediaan untuk Belajar Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru

mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak kanak yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar

belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza. Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat, sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar.Witkin (1940), telah mengenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya belajar bergantung latar (field dependence) dan gaya belajar bebas latar (field independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global, sementara individu yang bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif dan impulse Kagan (1965), kanak-kanak yang bergaya kognitif impulsif akan memilih. pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberikan tindak balas yang cepat, tetapi kurang memberikan pertimbangan kepada ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut. kanak-kanak yang bergaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat, tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif, yang mempunyai kecerdasan yang sama dengan pelajar impulsif, akan mengambil masa yang lama sebelum menjawab sesuatu soalan atau menyudahkan tugasan kerana dia membuat pelbagai pertimbangan di dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya adalah paling tepat; atau menyerahkan tugasan yang disiapkan dengan sempurna. Parry (1984), serta Shipman dan Shipman (1985), menyatakan bahawa menerusi kajian literatur tentang gaya belajar, sekurang-kurangnya 24 dimensi gaya belajar telah dikenal pasti. Sebagai contoh, inventori Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) telah menyumbang kepada dimensi gaya belajar yang lain, iaitu ekstrovert lawan introvert, deria lawan gerakhati,pemikiran lawan perasaan dan mengadili lawan mengamati.

( b ) Konsep Kendiri ( i ) Konsep kendiri positif (mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif) ( ii ) Konsep kendiri negatif ( tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran malah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri )

( c ) Persepsi Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mengubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif.

( d ) Sosial Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakang kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap pelajaran. Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak kanak sejak dilahirkan.

( e ) Tingkah Laku Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama. Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif, vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain. Ini dipanggil mengganggu yang positif . Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid muridnya.

( f ) Perasaan Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran.

( g ) Mental Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang halhal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahap sejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan

perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas. Kebolehan mental (

kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain. Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang bidang tertentu. Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa. Secara umum, terdapat tiga pendekatan yang berbeza untuk menangani perbezaan individu di kalangan pelajar. Pertama, anda boleh membangunkan peristiwa pengajaran yang mengambil kira sebagai sebahagian daripada proses pengajaran. Pendekatan kedua adalah untuk menyediakan beberapa jenis kumpulan, sama ada di antara kelas atau di dalam bilik darjah itu sendiri, untuk mengurangkan atau menampung untuk kebolehubahan berkenaan dengan latar belakang pelajar, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri lain. Meratakan atau menjejaki, perkumpulan kelas, pembelajaran koperatif, dan arahan secara individu adalah contoh pendekatan ini. Ketiga, anda boleh mengubah keadaan-keadaan di mana arahan yang sedang berlaku. Ini adalah pendekatan yang digunakan dalam penguasaan pembelajaran.

( h) Fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan

perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar. Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan kerja tangan. Keperluan fizikal, iaitu meliputi keperluan makan, minum, seks atau kenikmatan dan keselamatan fizikal lainnya. Oleh kerana itu sekolah hendaknya menyediakan persekitaran yang menimbulkan kenikmatan, keamanan secara fizikal bagi para pelajar, sehingga mereka merasa senang dan nyaman dalam belajar.

( i ) Emosi Emosi menggambarkan satu keadaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. Aspek aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya. Emosi juga meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan harga diri. Ini dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara melibatkan pelajar dalam menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan belajar. Aktiviti belajar hendaklah benar-benar bermanfaat bagi pelajar. Tugas-tugas belajar hendaklah cukup mencabar pelajar untuk berusaha secara maksimum, tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-urutan aktiviti belajar hendaklah diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar dapat berhasil dalam belajar, sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam hal ini guru memperlakukan pelajar dengan penuh manusiawi dan menhormati serta menghargai mereka.

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SESEORANG GURU DALAM MENANGANI KESAN-KESAN YANG DIBAWA OLEH ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU.

KAEDAH KUMPULAN -pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza daripada segi keupayaan. guru bolehlah membentuk kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. memudahkan guru untuk menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap pelajarnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian pelajar perlu dicatat dari masa ke masa.

PROGRAM PENGAYAAN DAN PEMULIHAN - pelajar yang telah diagihkan dan menyudahkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada1 sesi pembelajaran, guru bolehlah menyediakan bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas dan bahan pemulihan untuk pelajar yang lambat.

PENGAJARAN TERANCANG -menyediakan modul pembelajaran terancang atau perisian elearning di dalam komputer, bersesuaian dengan pelajar cerdas, sederhana dan lambat.

PEMBELAJARAN KOPERATIF -pembelajaran di dalam kumpulan heterogeniusdi mana biasanya terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat.pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat. Pelajar cerdas akan berusaha membantu pelajar lambat bersungguhsungguh, kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Semangat bekerjasama semakin tinggi apabila kumpulan ini dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas akan membimbing pelajar yang lambat di dalam zon perkembangan proksimal.

PENEGUHAN NEGATIF DAN POSITIF -guru haruslah memberipeneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau yang diterima oleh semua guru dan ibu bapa. Guru hendaklah memberi peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai.

PENGAGIHAN TUGAS MENGIKUT MINAT DAN KEUPAYAAN -menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir dan berkembang.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU -bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Sebagai contoh bagi murid darjah 2 yang tidak berminat membaca, guru boleh menyampaikan cerita sambil menyanyi.

MEMPELBAGAIKAN BENTUK PENILAIAN -guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja pelajar, buku skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain.

MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan,projek dan lawatan. Memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik, seperti tayangan video, bercerita, mendengar lagu, bernasyid dan lain-lain.

MEMPELBAGAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR - Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda pelajar berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar. guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat melalui transparensi, melalui web atau pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui carta dan lain-lain. Ini adalah sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara corak pembelajaran

yang diamalkan oleh pelajar. Cuma apa yang memberi kesan ialah dari persediaan yang dilakukan oleh pelajar. Walaupun aktiviti pembelajaran yang dijalani hampir sama, tetapi tempoh masa bermulanya sesuatu proses ulang kaji itu adalah penting. Pelajar cemerlang akan konsisten di dalam melakukan ulang kaji dan semua topik telah habis diulang kaji seminggu sebelum sesuatu peperiksaan bermula. Dengan itu, mereka boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dengan sepenuh penumpuan. Dari segi prinsip dan pegangan diri pelajar pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara dua kumpulan pelajar terbabit.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ) Ilmu Pendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ) Tip Pandai Belajar, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang

Teori pembelajaran dan pengajaran Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=1326557 Contributors: Polar, Yosri, 6 anonymous edits

Anda mungkin juga menyukai