Anda di halaman 1dari 7

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLEKATAN

1. PELUANG UNTUK PERLEKATAN Kehadiran penjaga tetap dan member sepenuh perhatian memberi kesan yang baik terhadap perlekatan. Sebaliknya sekiranya penjaga tidak memberi perhatian atau kerap bertukar penjaga peluang untuk perlekatan akan berkurangan. 2. KUALITI ASUHAN Mengikut kajian, bayi yang dijaga oleh ibu yang prihatin. Dengan jagaan konsisten dan sesuai dengan keperluan bayi serta selalu mendakap bayi dengan mesra membawa kepada perasaan selamat dan yakin (perlekatan yang selamat) berbanding dengan ibu yang jarang jarang memeluk, bersikap nrgatif, pemarah akan menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai rasa tidak selamat dan tidak yakin diri (perlekatan yang tidak selamat) 3. KELAKUAN BAYI Bayi pramatang, mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi boleh mengakibat perlekatan sukar dijalinkan. Tetapi, sekiranya ibubapa memahami keadaan bayi, mempunyai masa dan kesabaran, melayan bayi dengan penuh kasih sayang dan tidak membezakan bayi, perlekatan yang selamat dapat dihasilkan. 4. SITUASI KELUARGA Keluarga yang berpendapatan dan tertekan boleh membawa kepada rasa tidak selamat kepada bayi. Emosi ibu bapa yang marah, kecewa dan stress akibat masalah keluarga akan menimbulkan rasa tidak selamat pada diri bayi. Ia akan membawa kesan yang lebih buruk terhadap anak-anak sekiranya ibubapa melepaskan emosinya terhadap anak-anak mereka 5. PENGALAMAN IBUBAPA Pengalaman/sejarah perkembangan ibubapa mempengaruhi hubungan ibubapa dengan bayi. Ibubapa mempunyai sejarah perkembangan yang baik dan hubungan yang baik dengan ibubapa mereka sendiri akan memberi layanan yang sama kepada bayi mereka. Pada zaman kanak-kanak ibubapa ini mempunyai perlekatan yang selamat, oleh itu ibubapa mereka juga akan menunjukkan hubungan yang sama dengan bayi mereka. Bayi mereka berasa selamat dan terjamin.

PERKEMBANGAN MORAL Perkembangan moral melibatkanperubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi social dengan orang lain di persekitaraan mereka. Pemikiran tingkah laku, perasaan dan personality seseorang saling berkait rapat dalam penilaian moral seseorang individu. TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan member hujah terhadap persoalan melibatkan moral. Beliau merumuskan kanak-kanak 2 peringkat utama pemikiran moral.

UMUR 4 HINGGA 7 TAHUN

PERINGKAT CIRI-CIRI/PENJELASAN PERINGKAT MORAL PERINGKAT PERTAMA PERKEMBANGAN HETERONOMUS MORAL KANAK-KANAK MELIHAT PERATURAN SEBAGAI SESUATU YANG DITETAPKAN DAN TIDAK BOLEH DIUBAH MEREKA MENILAI SESUATU TINDAKAN MELALUI AKIBAT. CONTOHNYA: MEREKA MENGEMAS BARANG PERMAINAN KERANA TAKUT DIMARAHI MEREKA SUKAR MENGUBAH SESUATU PERATURAN DAN MEMENTINGKAN AKIBAT YANG DITERIMA DARIPADA SESUATU PERBUATAN MEMPUNYAI CIRI-CIRI PERINGKAT PERTAMA TETAPI SUDAH MULA BERALIH KEPADA CIRICIRI PERINGKAT SETERUSNYA

7 HINGGA 10 TAHUN

PERINGKAT TRANSISI

10 TAHUN KE ATAS

PERINGKAT MORAL AUTONOMUS

MULA SEDAR BAHAWA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DICIPTA OLEH MANUSIA DAN BUKAN SESUATU YANG MUTLAK MULA MENILAI SESUATU TINDAKAN BERDASARKAN NIAT DAN AKIBAT BOLEH MEMPERTIMBANGKAN SESUATU PERLAKUAN MORAL BERDASARKAN ASPEKASPEK SEPERTI NIAT, PERASAAN, KEADILAN DAN TINGKAHLAKU

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG LAWRENCE KOHLBERG (1927- 1987) Dianggap sebagai pelopor utama dalam teori perkembangan moral Beliau adalah ahli psikologi perkembangan dan meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan Merupakan seorang professor pendidikan dan psikologi social Universiti Harvard. Kajian beliau merangkumi pendidikan moral dan perkembangan individu. Beliau mencadangkan peringkat perkembangan moral individu dan merupakan pengkaji yang masyur dalam bidang ini. Seperti Piaget, Kohlberg juga berpendapat bahawa penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak mrnjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang . Perkembangan moral oleh Kolhberg dikupad ddengan lebih terperinci di dalam tiga peringkat utama. Setiap tahap mengandungi 2 peringkat penaakulan moral. PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL
PERINGKAT 1: ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN . PERINGKAT 2: ORIENTASI GANJARAN PERIBADI

TAHAP 2: KONVENSIONAL
PERINGKAT 3: ORIENTASI PERLAKUAN BAIK PERINGKAT 4: AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL DAN ETIKA PERATURAN

TAHAP 3: POS-KONVENTIONAL
PERINGKAT 5: ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDU PERINGKAT 6: ETIKA PRINSIP SEJAGAT

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL Tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. terdapat 2 peringkat. iaitu:

PERINGKAT 1: ORIENTASI KEPATUHAN DAN HUKUMAN Pada peringkat ini,pemikiran moral kanak-kanaklebih mementingkan diri sendiri. Mereka mematuhi dan mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. PERINGKAT 2: ORIENTASI GANJARAN PERIBADI Pada peringkat ini, individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana ganjaran yang bakal diterima. Contoh: apakah yang akan saya dapat sekiranya saya melakukan apa yang disuruh

TAHAP 2: KONVENSIONAL Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi 2 peringkat, iaitu: PERINGKAT 3: ORIENTASI PELAKUAN BAIK Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang persekitaraan. Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan, Mereka ingin melihat diri mereka sebagai anak yang baikmengikut arahan.

PERINGKAT 4: AKUR KEPADA ALIRAN SISTEM SOSIAL DAN ETIKA PERATURAN Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undangundang. Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.

TAHAP 3: POS-KONVENSIONAL Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Terdapat 2 peringkat dalam tahap ini, iaitu: PERINGKAT 5: ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK INDIVIDU Pada peringkat ini, individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat. Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternative. Undang-undang dipatuhi jika ia menepati hak-hak asasi individu.

PERINGKAT 6: ETIKA PRINSIP SEJAGAT Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang. Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semu individu dan menghormati maruah dan prinsip individu yang lain.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi. Bincang secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi seperti perasaan cemburu terhadap adik beradik dan rakan, ejekan, prejudis, pilih kasih, terpinggir dan lain-lain

2. Bantu pelajar menilai menilai berdasarkan perspektif orang lain. Minta murid terangkan perasaan/ perspektif orang lain terhadap sesuatu isu/ situasi

3. Bantu murid membuat hubung kait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat. Beri kesedaran kepada murid tentang ketidakseragaman antara tingkahlaku mereka dengan nilai yang mereka sebut. Suruh mereka kenalpasti ketidakseragaman ini pada orang lain dahulu kemudian kepada diri sendiri.

4. Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid saling mendengar antara satu sama lain. Dalam aktiviti kumpulan atau semasa pembentangan, pastikan muridmurid lain mendengar jawapan dan hujah yang rakan membentangkan itu. Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi pendengar yang baik.

5. Pastikan kelas anda menunjukkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-nilai sejagat. Bincangkan dan buat tindakan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan nilai-nilai moral dan emosi. Pastikan keadilan dan layanan yang samarata kepada semua murid dalam kelas. Pastikan murid dapat membezakan antara undang-undang yang menjaga keselamatan dengan undang-undang yang melibatkan nilai-nilai moral.

KESIMPULAN

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DALAM DIRI SETIAP KANAK-KANAK AMAT PENTING DAN PERLU DIAMBIL PERHATIAN SEJAK MEREKA KECIL. HAL INI KERANA , PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI INI PASTI AKAN MEMBERI KESAN ATAU MEMPENGARUHI DIRI KANAK-KANAK TERSEBUT DAN SETERUSNYA MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI SEKOLAH . JUSTERU, IBUBAPA DAN PARA GURU DI SEKOLAH PERLULAH MEMAHAMI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK DAN MEMBANTU KANAK-KANAK UNTUK MENYESUAIKAN DIRI MEREKA DI SEKOLAH SERTA MEMBANTU MEREKA UNTUK MENJADI SEORANG INSAN YANG BERKEBOLEHAN DAN PANDAI BERSOSIAL DENGAN ORANG LAIN.

Anda mungkin juga menyukai