Anda di halaman 1dari 13

BIODATA GURU PELATIH

Nama Umur Alamat Rumah Menetap Di Adik Beradik No. Telefon E-mail

: Mohd Hilmi bin Abdullah : 22 Tahun : Kg Tenai, Gemencheh, Negeri Sembilan. : Asrama, Blok D : 10 orang : 019 6455844 : hilmiabdullah91@yahoo.com

Pensyarah Tutor : Ustazah Hajah Mukarramah binti Ibrahim

PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya Mohd Hilmi bin Abdullah telah diberi peluang untuk menyiapkan tugasan projek Kerja Kursus Pendek(KKP) Pengajian Akidah (PIM3112) ini siap pada tarikh yang dikehendaki. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan, Ustaz Mohd Muhsinul Nidzam bin Abdullah yang telah memberi taklimat dan penerangan serta garis panduan kerja kursus ini secara mendalam agar saya dapat menyiapkankan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan kerana telah banyak membantu dan memberi buah fikiran yang sangat bernas sama ada semasa perbincangan atau semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Tanpa sokongan daripada mereka, saya mungkin tidak dapat menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga, kepada semua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung sama ada sebelum atau selepas saya melaksanakan dan melengkapkan kerja kursus yang diarahkan. Akhir kalam, diharapkan agar tugasan kerja kursus pendek ini dapat menambah dan memberikan ilmu pengetahuan saya sendiri dan juga rakan seperjuangan. Saya juga sangat berharap agar tugasan ini memenuhi kriteria-kriteria seperti yang dikehendaki oleh format kerja kursus yang telah digariskan dan kehendak pensyarah bimbingan.

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Biodata Guru Pelatih Penghargaan Senarai Kandungan 1.0 Tajuk Projek 2.0 Pendahuluan 3.0 Sinopsis Tajuk 4.0 Majalah AL-MASJID (Syiah) Refleksi Kendiri Kesimpulan Rujukan Lampiran

MUKA SURAT 2 3 4 5 7 9 15 23 30 31 32

1.0 TAJUK PROJEK Projek yang akan saya jalankan pada semester ini ialah mengenai SINOPSIS PERBAHASAN ISU SYIAH DARI SUDUT PANDANGAN ULAMA MUTAAKHIRIN DENGAN HUJAH AQLI DAN NAQLI, PEMAHAMAN ISU SYIAH SERTA CADANGAN PENGEKANGAN PENULARAN FAHAMAN INI .

2.0 PENDAHULUAN Menurut Abdul Salam Yussof(2003), mata pelajaran Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang melibatkan aqidah dan sistem kepercayaan (rukun iman) serta sifat kontennya menjadi teras kehidupan / core of living (amalan hidup berterusan dari kehidupan di dunia membawa ke akhirat kehidupan sebenar dan bukan sekadar life after death seperti yang difahamkan oleh kebanyakan fahaman beragama tetapi a continuous life in spiritual form kerana kehidupan kerohanian tetap ada sama ada dalam kehidupan di dunia atau di alam akhirat). Oleh itu, pengajaran bermaksud menyediakan manusia dengan nilai-nilai kehidupan yang membawa kepada

kesejahteraan lima dimensi iaitu nilai spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial. Kelimalima dimensi ini dipengaruhi oleh sistem kepercayaan yang dipegang. Meskipun sistem kepercayaan yang berhubung kait dengan ketuhanan ini merupakan hidayah Allah, pembentukan sistem ini bermula dengan iqra atau pembelajaran. Guru yang mengajar mata pelajaran akidah perlu berpegang kepada nilai-nilai kesejahteraan sejagat dan perlu direalisasikan dalam pengajaran untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham dan juga untuk mengelakkan hipokrit. Daripada pendapat yang telah dikemukakan oleh seperti di atas, boleh dirumuskan bahawa pemantapan unsur akidah yang jitu perlu dilaksanakan dengan serius bagi mengekang penularan fahaman Syiah dalam kehidupan masyarakat Islam terutama di Malaysia.

3.0 SINOPSIS MAJALAH Segala puji bagi Allah S.W.T, tuhan yang menguasai setiap makhluk-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W kekasih-Nya. Alhamdulillah dengan keberkatan masa dalam kesempitan ruang ini dapat saya menyiapkan sebuah majalah yang mengabungkan persoalan-persoalan Syiah yang sering menjadi bahan bualan dalam dunia Islam kini. Mengetengahkan pendapat ulama mutaakhirin yang lebih mengerti tentang Syiah dengan berpandukan gaya penulisan santai yang mudah difahami dengan olahan grafik menarik menjadi kaedah utama penulisan majalah ini. Dalam pada itu, majalah yang dinamakan sebagai AL-MASJID ini banyak menyingkap kesesatan dan fahaman Syiah yang semakin hari semakin meruncing. Secara umumnya, Syiah bermaksud golongan yang menjadi pengikut Saidina Ali bin Abi Talib, iaitu seorang khalifah Islam ke-4 dalam pemerintahan Islam setelah kewafatan baginda Rasulullah S.A.W dan Zuriatnya (Abd Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Dr, 1998). Dalam persoalan imamah, puak Syiah juga tidak terkecuali di dalam mengeksploitasikan isu tersebut dan mendakwa ia adalah persoalan yang berkaitan dengan akidah. Hal ini kerana mereka berbeza pendapat dengan golongan Ahlussunnah Wal Jamaah, Khawarij, Murjiah dan juga Muktazilah mengenai pelantikan imamah adalah bukan melalui penetapan dan keturunan tertentu. Golongan Syiah berpendapat pelantikan dan pemilihan imamah mereka adalah melalui jalan ketentuan, wasiat dan keturunan Saidina Ali. Puak Syiah ini hanya berpegang bahawa Saidina Ali dan keturunannya sahaja yang layak menjadi khalifah kepada umat Islam. Mereka berpendapat pemilihan Saidina Ali adalah berdasarkan nas-nas dan wasiat daripada nabi Muhammad sama ada secara nas atau pun secara simbolik. Mereka juga berpendapat imamah ini berkaitan dengan persoalan akidah. Hal ini meletakkan imamah termasuk dalam rukun agama seterusnya menjadikannya sebagai teras utama persoalan dalam puak Syiah. Hal ini sangat bertentangan dengan pendapat Ahlussunnah yang meletakkan persoalan pokok dalam agama ialah ketauhidan kepada Allah S.W.T dan ketaatan kepada Rasul-Nya. Ketaatan pada pemimpin pula hadir apabila syarat mentaati setiap khalifatul mukminin dijelaskan dalam kalam-Nya yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa:59)

Ulil Amri yang menjadi persepakatan ulama di sini adalah dari kalangan penguasa yang mempunyai keadilan dan kekuatan kafahaman Islam yang mendalam. Hal ini jelas menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kefahaman Syiah dengan Ahlussunnah. Bukan dari segi imamah sahaja yang menjadi pertikaian golongan ilmuan Islam, bahkan sejak kepimpinan Khalifah Ali pada majlis Tahkim, pertelingkahan ini telah menular sehingga pada bab akidah dan syariah. Akhirnya lahir golongan Syiah ini yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis mazhab dan ikutan berdasarkan imam yang dilantik oleh mereka. Kini, Dr Yusuf al-Qaradhawi selaku ketua Persidangan Ulama Dunia telah mengeluarkan ijtihadnya mengenai Syiah berikutan peristiwa yang berlaku di dunia Syiria. Menurut beliau, Syiah pada hari ini wajib diperangi sama seperti Yahudi laknatullah. Di sini, jelas memperlihatkan kepentingan menjaga Islam itu secara keseluruhannya. Bukan hanya mengambil Islam sekadar mengikut hawa nafsu dan mengikut masa-masa tertentu sahaja. Justeru, dengan penulisan maqalah yang hanya mampu memberi sedikit impak kepada penjelasan kepada umat Islam ini diharap menjadi satu titik tolak dalam memahami bahaya Syiah yang sebenarnya. Saya juga berharap agar segala kesalahan dalam menghujah persoalan yang dikemukakan dalam majalah AL-MASJID ini akan diampunkan Allah azza waa jallaa. Walla hualam

4.0 MAJALAH AL-MASJID (ISU SYIAH) ISU 1 ISU 2 ISU 3 ISU 4 MENGAPA SYIAH MEMBENCI ABU BAKAR, UMAR, AISYAH DAN LAIN-LAIN Jawapan: Syiah secara umumnya membenci seluruh sahabat nabi Muhammad S.A.W kecuali beberapa orang. Mereka menuduh para sahabat menyembunyikan wasiat nabi, iaitu yang dikatakan telah merampas hak Saidina Ali dan menzalimi ahlulbait Rasulullah S.A.W.

Terdapat sebahagian daripada mereka melaknat dan mengkafirkan para sahabat nabi. Mereka juga sering bermain dengan pelbagai sindiran yang dilemparkan khusus kepada para sahabat yang mengimani hakikat ketauhidan dalam jiwa.

Hal ini secara izharnya, merupakan kesesatan yang nyata. Ia bertentangan dengan banyak ayat al-Quran dan hadis yang memuji keikhlasan dan perjuangan para sahabat. Allah berfirman, Orang yang telah bersegera daripada kalangan Muhajirin dan Ansar, Allah S.W.T telah reda pada semua dan para pengikut mereka. Allah S.W.T juga telah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kenyataan yang nyata. (at-Taubah:100)

Dalam pada itu, pendapat seperti ini seolah-olah mengatakan Rasulullah S.A.W telah gagal mendidik umat sepanjang hidup baginda. Hal ini secara terangnya memperlihatkan kerendahan akal berikutan kejahilan yang melanda golongan Syiah. Hal ini disebabkan oleh pembuktian para sahabat sebagai manusia yang paling jujur, amanah, setia dan tekun dalam menjalankan perintah Allah S.W.T semasa kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.

ISU 5 MENGAPA SYIAH SANGAT MEMBENCI ABU HURAIRAH Jawapan: Sahabat nabi yang dikasihi, Abu Hurairah sering dijadikan objek untuk ditomah oleh puak Syiah. Mereka berusaha sekeras mungkin untuk merosakkan kepercayaan umat Islam terhadap Abu Hurairah dengan mencipta pelbagai tuduhan yang mendustakan. Hal ini kerana Abu Hurairah merupakan perawi yang banyak meriwayatkan hadis daripada baginda Rasulullah S.A.W. Jika umat Islam meragui keperibadian unggul beliau, maka runtuhlah sebahagian besar hadis yang menjadi tonggak Islam dalam hukum-hukum syarak. Mereka turut menuduh Anas bin Malik dan Saidatina Aisyah. Hal ini kerana keduaduanya merupakan salah seorang perawi yang banyak meriwayatkan hadith. Bayangkan apa yang akan berlaku jika ketiga-tiga sahabat Rasulullah S.A.W dirosakkan imejnya? Semestinya umat Islam akan kehilangan sumber hukum yang sangat penting. Puak Syiah telah menerbitkan buku untuk melahirkan keraguan kepada Abu Hurairah. Antaranya ialah buku tulisan seorang ulama besar Syiah Abdul Husain bin Syarafudin al-Musawi yang memutar-belitkan fakta sejarah supaya selari dengan kehendak hawa nafsunya

ISU 6 ISU 7 ISU 8 ISU 9 ISU 10

REFLEKSI KENDIRI

KESIMPULAN

RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Al-Quran dan Terjemahannya, Kuala Lumpur, Pustaka Darul Iman Sdn Bhd. Abd Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin(1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Petaling Jaya. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Abdul Salam Yussof(2003). Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai