Anda di halaman 1dari 10

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PdP BAHASA MALAYSIA Peta Bulatan

Proses Pemikiran Mendefinisikan dalam Konteks

Semua yang saya tahu

Tajuk/topik

Bagaimana saya tahu apa yang saya tahu Peta Bulatan

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Bulatan kepada murid atau melukis Peta Bulatan sendiri. 2. Memiinta murid menulis proses pemikiran (Mendefinisikan) pada bahagian atas peta dan jenis peta (Peta Bulatan) pada bahagian di bawah peta. perkara yang akan didefinisikan dalam bulatan kecil. 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid.
Soalan Panduan

Apakah yang anda tahu tentang tajuk atau perkara ini? Catat semua maklumat yang anda tahu tentang perkara atau tajuk itu. Tulis semua yang anda tahu tentang perkara ... Kaitkan perkara itu dengan apa yang anda tahu/alami Apakah sumber rujukan anda? Bagaimana anda tahu apa yang anda tahu?

Peta Buih

Proses Pemikiran
Menjelaskan sesuatu dengan menggunakan kata atau frasa adjektif

kata atau frasa adjektif

perkara yang dijelaskan

Peta Buih

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Buih kepada murid atau murid melukisnya sendiri. 2. Meminta murid menulis proses pemikiran (Menjelaskan sesuatu dengan menggunakan kata atau frasa adjektif) pada bahagian atas peta dan jenis peta (Peta Buih) pada bahagian di bawah peta. tajuk, perkara atau objek dalam bulatan di tengah kata atau frasa adjektif dalam bulatan-bulatan yang mengelilingi bulatan tengah. 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid.
Soalan Panduan Apakah kata adjektif yang sesuai untuk menerangkan benda atau perkara ini? Pilih kata sifat atau frasa adjektif yang paling sesuai untuk menerangkan benda, perkara atau keadaan. Gunakan lima pancaindera anda untuk menyatakan sesuatu kualiti, sifat atau ciri kepada benda atau perkara. Nyatakan sifat-sifat kepada benda atau perkara.

PETA PEMIKIRAN DENGAN BINGKAI RUJUKAN Bingkai Rujukan atau Bingkai Metakognitif bukan mana-mana Peta Pemikiran. Bingkai Rujukan boleh dilukis mengelilingi semua Peta Pemikiran untuk menggalakkan pemikiran metakognitif dan pemikiran reflektif tentang maklumat dalam Peta Pemikiran. Tiga cara penyoalan boleh digunakan apabila terdapat Bingkai Rujukan. 1. Bagaimana saya tahu atau apa yang saya tahu? 2. Apakah maklumat yang mempengaruhi Peta Pemikiran saya? 3. Mengapakah maklumat itu penting? 1. Bagaimana saya atau apa yang saya tahu? i. Berdasarkan pengetahuan sedia ada dengan cara menghubungkaitkan maklumat di dalam peta dengan pengalaman peribadi dengan cara mengaitkan maklumat di dalam peta dengan latar belakang pengetahuan. ii. Daripada sumber tertentu mengenal pasti muka surat bahan mengenal pasti tajuk bahan 2. Apakah maklumat yang mempengaruhi Peta Pemikiran saya? i. Sudut pandangan menganalisis pelbagai sudut pandangan mengenal pasti siapa yang memberikan pandangan ii Pengaruh lain mengenal pasti pengaruh sosial atau pengaruh sejarah mengenal pasti masa atau tempoh yang memberikan kesan terhadap peta

3. Mengapakah maklumat itu penting? i. Memberikan sebab pentingnya maklumat membuat keputusan daripada maklumat

* Penggunaan Bingkai Rujukan Bingkai rujukan boleh dilukis selepas atau sebelum Peta Pemikiran

Peta Buih Berganda


Proses Pemikiran Membandingkan dan Membezakan

Persamaan Perkara, benda atau idea yang hendak dibandingkan dan dibezakan Perbezaan

Peta Buih Berganda

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Buih Berganda kepada murid atau murid melukis peta sendiri di atas sehelai kertas. 2. Meminta murid menulis proses pemikiran (Membandingkandan Membezakan) pada bahagian atas peta dan jenis peta (Peta Buih Berganda) pada bahagian di bawah peta. tajuk, perkara atau objek yang akan dibandingbezakan di dalam duabulatan yang lebih besar. persamaan dalam bulatan di bahagian tengah, iaitu di antara dua bulatan tentang perkara yang akan dibandingkan dan dibezakan dengan menggunakan kata, frasa adjektif, kata nama atau kata-kata lain. perbezaan di bahagian kiri dan kanan perkara yang hendak dibezakan denganmenggunakan kata, frasa adjektif, kata nama atau kata-kata lain. setiap persamaan dan perbezaan hendaklah ditulis dalam bulatan yang berasingan. 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid.
Soalan Panduan Apakah persamaan dan perbezaan antara kedua-dua benda atau perkara ini? Mengapa terdapat perbezaan dan persamaan? Kenal pasti persamaan antara dua perkara atau antara dua benda. Bandingkan dan bezakan benda A daripada benda B Gunakan kata/frasa adjektif, kata nama atau kata-kata lain untuk membanding dan membezakan

Peta Pokok
Proses Pemikiran Mengkategorikan atau Mengklasifikasikan Kategori/tajuk/topik

Subkategori /idea utama Subkategori- subkategori /idea sokongan Huraian/contoh Peta Pokok

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Pokok kepada murid atau murid melukis sendiri. 2. Meminta murid menulis proses pemikiran (Mengkategori)pada bahagian atas peta dan jenis peta (Peta Pokok) di bahagian bawah peta. kategori, tajuk atau topik di atas garisan melintang paling atas. Tulis subkategori atau idea utama di atas garisan melintang kedua (mengikut bilangan subkategori). subkategori-subkategori atau idea sokongan di atas garisan di bawah setiap subkategori atau idea sokongan. huraian atau contoh di atas garisan di bawah setiap idea sokongan 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid
Soalan Panduan Apakah idea utama, idea sokongan dan maklumat berkenaan tentang tajuk ini? Kelaskan atau kategorikan idea utama dan huraian Kelaskan, asingkan, kategorikan, kenal pasti antara idea utama dengan huraian, penjelasan dan contoh

Peta Dakap
Proses Pemikiran Keseluruhan dan Bahagian

subbahagian kepada bahagian utama

Nama objek [keseluruhan] Bahagian-bahagian utama objek Peta Dakap

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Dakap kepada murid atau murid melukis peta. 2. Meminta murid menulis proses pemikiran (Keseluruhan dan Bahagian) pada bahagian atas peta dan jenis petadan jenis peta (Peta Dakap) di bahagian bawah peta. nama objek di atas garisan secara melintangdi ruang bahagian kiri lakaran dakap/brace bahagian-bahagian utama objek di atas garisan secara melintang [mengikut bilangan bahagian objek yang dianalisis] di ruang bahagian kanan lakaran dakap. subbahagian kepada bahagian-bahagian utama objek 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid
Soalan Panduan atau Kata Kunci Apakah komponen atau bahagian yang membentuk objek fizikal ini? Kenal pasti struktur, komponen tentang perkara ini. Sebahagian daripada., tunjukkan struktur., atau komponen fizikal

Peta Alir
Proses Pemikiran Turutan/kitaran/sekuen

fasa-fasa/peringkat-peringkat utama peristiwa/ proses mengikut urutan/sekuen subfasa-subfasa/ subperingkat-subperingkat utama peristiwa/ proses mengikut urutan/sekuen.

Peta Alir

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Alir kepada murid atau murid melukis peta sendiri. 2. Meminta murid menulis Proses Pemikiran (Urutan) pada bahagian atas peta dan jenis peta dan jenis peta (Peta Alir) di bahagian bawah peta. fasa-fasa atau peringkat-peringkat sesuatu peristiwa atau proses dalam segi empat tepat yang lebih besar yang disambungkan dengan anak panah yang mengarah ke kanan [anak panah mengarah ke kiri jika menggunakan tulisan jawi] subperistiwa/ subproses/ dalam segi empat tepat yang lebih kecil setiap fasa atau setiap peringkat [Setiap segi empat tepat fasa utama disambungkan dengan segi empat tepat subfasa dengan garisan lurus] 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid
Soalan Panduan Apakah yang berlaku? Apakah urutan bagi sesuatu peristiwa yang berlaku? Apakah peringkat perkembangannya? Tunjukkan proses yang betul mengikut turutan. Apakah akibat daripada perkara ini. Apa yang berlaku jika

Peta Pelbagai Alir

Proses Pemikiran Sebab dan akibat

sebab berlaku peristiwa penting peristiwa penting yang berlaku

akibat daripada peristiwa penting Peta Pelbagai Alir

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengagihkan Peta Pelbagai Alir kepada murid atau murid melukis peta sendiri. 2. Meminta murid menulis Proses Pemikiran (Sebab dan Akibat) pada bahagian atas peta dan jenis peta (Peta Pelbagai Alir) di bahagian bawah peta. peristiwa penting yang berlaku dalam segi empat tepat yang lebih besar. sebab berlaku peristiwa penting dalam segi empat tepat di bahagian kiri kotak dan akibat dalam segi empat tempat di bahagian kanan kotak. 3. Mengemukakan soalan panduan kepada murid
Soalan Panduan Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku dan apakah akibatnya? Apakah yang mungkin berlaku? Bincangkan sebab dan akibat daripada perkara ini. Kenal pasti apa yang akan terjadi jika perkara ini berlaku. Bincangkan sebab berlaku. Apakah yang akan berlaku sekiranya.,

Peta Titi Proses Pemikiran Analogi


hubungan yang sama faktor penghubung pasangan pertama idea atau perkara yang ada ada faktor penghubung pasangan kedua idea atau perkara yang ada ada faktor penghubung yang sama dengan pasangan yang pertama

sama seperti

Peta Titi

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengaihkan Pelbagai Titi kepada murid atau murid melukis peta sendiri. 2. Meminta murid menulis proses pemikiran (Menganalogi) pada bahagian atas peta dan jenis peta dan jenis peta (Peta Titi ) di bahagian bawah peta. tentukan faktor penghubung antara dua idea, dua topik atau dua perkara. [faktor penghubung menghubungkan antara bahagian atas dengan bahagian bawah titi]. faktor penghubung pada bahagian kiri peta di atas garisan melintang. pasangan pertama idea, topik atau perkara yang mempunyai faktor penghubung yang dikenal pasti pada bahagian atas dan bawah titi yang pertama [ mulakan dari sebelah kiri titi]. pasangan yang kedua yang mempunyai faktor penghubung yang sama dengan pasangan yang pertama pada titi yang kedua dan pasangan-pasangan lain pada titi-titi yang seterusnya. sama seperti atau sama juga pada ruang berbucu di bahagian bawah yang menyambungkan titi-titi. 3. Mengemukakan soalan panduan atau kata kunci kepada murid. 4. Membina satu ayat yang lengkap tentang pasangan idea dengan faktor penghubung.
Soalan Panduan Apakah perkaitan antara perkara pada bahagian atas dengan perkara pada bahagian bawah titi? Berikan hubungan antara perkara pada bahagian atas dengan perkara pada bahagian bawah titi Kenal pasti dua pasangan perkara lain yang mempunyai hubungan yang sama dengan pasangan yang pertama.

Anda mungkin juga menyukai