Anda di halaman 1dari 5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK

BERHAD KOTA KINABALU

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Latihan industri merupakan satu kursus pelengkap bagi program akademik


Politeknik Kota Kinabalu yang ditawarkan pada semester empat bagi setiap pelajar
Politeknik Kota Kinabalu. Kursus ini antara lain bertujuan untuk memenuhi hasrat
Politeknik Kota Kinabalu dalam usaha untuk menyediakan program-program
pengajian bersetiap teori dan gunaan bersesuaian dengan keadaan semasa yang
menekankan pengurusan cekap dan produktiviti.

Program-program yang dilakukan adalah penting bagi setiap pelajar yang


menjalani latihan industri dalam sebuah firma. Oleh itu, setiap pelajar juga wajib
untuk merekod segala aktiviti yang telah dilakukan di firma tersebut sepanjang
tempoh latihan industri.

Di samping itu, ia dapat menghasilkan para pelajar yang berkemampuan


menghadapi kerjaya baik dalam bidang akademik mahupun secara praktikal dengan
semangat serta penampilan profesional yang tinggi. Tempoh latihan industri adalah
selama 22 minggu (5 bulan). Latihan ini bermula pada 12 Januari 2009 dan tamat
pada 12 Jun 2009.

9
TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK
BERHAD KOTA KINABALU

Semasa menjalani latihan praktikal di TM Berhad, saya ditempatkan di dua


unit iaitu SOMA (Switching Operation Maintenance) dan MDF (Main Distribution
Frame)

3.2 Aktiviti Menyeluruh Sepanjang Latihan Industri

3.2.1 Laporan Aktiviti Minggu Pertama - ke-6 (12 Januari - 20 Februari 2009)

Pada hari pertama kami melapor diri di Telekom Malaysia Berhad yang
terletak di Jalan Belunu, kami berkumpul di Unit SOMA untuk melapor diri dengan
GM iaitu Encik Sawar bin Tario, malangnya semasa melapor kami diri, beliau berada
di TM bahagian Lahad Datu. Kami diarahkan untuk melapor diri kepada Encik
Mohd Loos Mokti, selaku Pembantu Pegawai Teknik di unit SOMA Tawau Sabah.
Setelah selesai melapor diri kami diberi penerangan mengenai kepentingan unit
tersebut. Kami juga diterangkan carta organisasi di firma tersebut. Selain itu kami
juga diperkenalkan unit-unit atau bahagian-bahagian yang ada di Ibusawat TM.
Terdapat 9 buah unit yang terdapat di firma ini; unit SOMA, TOMA, DATA, MDF,
fiber optik, CDMA (Code Division Multiple Access), cable maintenance, restoration
dan ADSL.

Pada hari yang sama juga kami diterangkan tentang disiplin di firma tersebut.
Antara disiplin yang diterangkan adalah seperti masa masuk dan balik di firma
tersebut. Selain itu, kami di kehendaki memakai kad matrik apabila berada di dalam
bangungan ini kerana untuk membezakan pelajar dan kakitangan di situ.

Pada minggu pertama ini banyak yang saya pelajari berkaitan dengan TM,
saya juga diberikan tugasan pertama, iaitu menyambung dan memutuskan nombor-
nombor telefon talian tetap yang merupakan kerja yang akan dilakukan setiap hari
ketika berada di unit ini.

Untuk melakukan tugas ini, komputer yang mempunyai perisian TTWin


Session 1 dan ProComm Plus digunakan. Komputer tersebut juga perlulah
disambungkan kepada internet. Perisian TTWin Session 1 tersebut adalah Sistem

10
TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK
BERHAD KOTA KINABALU

Perkhidmatan Automatik Pelanggan yang akan memaparkan status nombor-nombor


telefon, samada akan ditos (buang) atau disambung semula. Nombor yang akan ditos
adalah berstatus 12, manakala yang akan disambung semula berstatus 16.

Terdapat 7 Ibusawat yang dikendali dari unit SOMA. Ibusawat-ibusawat itu


adalah:
1. TWU3
2. BALDR (Balung)
3. APSDR (Apas)
4. APSDN (Apas)
5. TWUDN
6. MOTFS (Merotai)
7. LUACL (Sin Onn)

Sebelum sesuatu nombor itu ditos atau disambung semula, status nombor
tersebut akan diperiksa di TTWin Session 1. Senarai nombor kemudiannya dicatit
dan perisian ProComm Plus digunakan. Perisian tersebut memerlukan set-set arahan
(Command) tertentu untuk membuatkannya berfungsi.
1. <#password#PSD:N=xxxxxx;>
→ digunakan untuk memeriksa status nombor telefon.
2. <#password#SOD:SPR,N=xxxxxx;>
→ digunakan untuk menyambung semula nombor telefon.
3. <#password#SOD:SPS,N=xxxxxx,,ORG;>
→ digunakan untuk membuang nombor telefon secara 1 WAY (label T), iaitu
tidak boleh memanggil keluar, tetapi masih boleh menerima panggilan.
4. <#password#PSD:SPS,N=xxxxxx,,ALL;>
→ digunakan untuk membuang nombor telefon secara 2 WAY (label U), iaitu
panggilan keluar dan masuk tidak boleh dibuat.
*xxxxxx = nombor telefon
Selain membuang dan menyambung semula nombor-nombor telefon talian
tetap, saya juga diarahkan untuk memeriksa dan mengemaskini (update) KODA
menggunakan laman web : http://10.1/51/148/neq/frmneqSOMAUpdate.asp.

11
TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK
BERHAD KOTA KINABALU

Selama sebulan di SOMA, hanya 2 tugas ini yang saya lakukan kerana
kebanyakan tugas lain dilakukan sendiri oleh kakitangan-kakitangan unit ini.
Terdapat juga kerja yang dilakukan di luar, tetapi saya tidak digalakkan untuk
mengikuti kerana kerja tersebut memakan masa yang lama (1 hari).

3.2.2 Laporan Aktiviti Minggu Ke-7 hingga Minggu Ke-22 ( 23 Februari 2009
– 12 Jun 2009)

Bermula minggu ketujuh, saya ditugaskan di unit MDF ( Main Distribution


Frame ) yang hanya dianggotai oleh seorang kakitangan sahaja iaitu Encik Omar bin
Yusop. MDF ini juga dikenali sebagai Sisih Junjungan Utama. Unit ini berfungsi
sebagai membuat pemasangan baru ( P ), membuat penukaran tempat atau lokasi
kediaman (TK) dan membuat pemotongan (C). Antara tugas-tugas di MDF adalah
seperti membuat ’jumpering’ pemasangan baru dan pemindahan telefon, membaiki
kerosakan telefon iaitu membuat penukaran S/I dan menggantikan kabel jumper
yang baru, membuang wayar ‘jumper’ untuk untuk pesanan pemotongan (C Order),
menerima panggilan setiap masa daripada ‘team’ pembaikan, menjaga rekod yang
berkaitan dengan pasangan kabel di MDF, mengemaskini wayar ’jumper’ di MDF,
dan menjaga kebersihan di MDF.

Kerja yang dilakukan seharian adalah membuat penyambungan dari LEN (


Line Equipment Number ) ke pugak pelanggan dengan menggunakan wayar
‘jumper’. Pemeriksaan LEN dan pugak juga dilakukan berdasarkan permintaan staff
’restoration’ atau kumpulan yang membaiki talian telefon di luar. Mereka akan
menyatakan pugak tertentu untuk diperiksa samada mempunyai nada dail atau tidak..
Sekiranya tiada, LEN pula akan diperiksa. Selalunya pasti terdapat nada dail pada
LEN ini melainkan sebab-sebab tertentu seperti nombor belum diprogram atau
berlakunya ’loop’ atau wayar bersetuhan di sebelah pengguna iaitu D-Side.
Sekiranya terdapat nada dail pada LEN, satu wayar ’jumper’ baru akan
disambungkan dari LEN ke pugak pelanggan. Walaupun agak senang tetapi kadang-
kala agak melecehkan kerana terlalu banyak wayar ’jumper’ yang bersimpang siur.
Oleh kerana itu, sekiranya tiada panggilan daripada ’restoration’ gang atau kerja-

12
TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK
BERHAD KOTA KINABALU

kerja lain saya dan staff MDF akan membuka wayar ’jumper’ yang tidak digunakan
lagi atau tidak berfungsi, mekanisma ini dipanggil verifikasi. Begitu juga dengan
pesanan pemotongan telefon (C Order), kami akan melakukan kerja-kerja mencabut
wayar ’jumper’ di MDF.

Kerja ini juga perlu dilakukan berhati-hati kerana ada bahagian pada tap
block ini berbucu tajam dan kadang-kadang mencalarkan lengan. Kerja-kerja
menarik wayar jumper tersebut, perlu juga perlahan-lahan dan tidak dipaksa jika
wayar ’jumper’ sukar untuk ditarik keluar kerana sekiranya fenomena ini diteruskan
akan mencederakan wayar ’jumper’ lain yang masih berfungsi.

13

Anda mungkin juga menyukai