Anda di halaman 1dari 2

Ciri2 modal insan Pembentukkan modal insan berkualiti ke atas pembinaan satu tenaga manusia yang lebih berkemahiran,

berintegriti, amanah serta menekankan amalan nilai-nilai yang murni amat diperlukan. Modal insan berkualiti sebenarnya perlu menjadi satu faktor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah jika kita lihat kepada negara-negara maju yang lain, jelas menunjukkan pembangunan modal insan dijadikan sebagai aset utama. Tenaga muda dijadikan aset yang penting dalam pembangunan modal insan berkualiti kerana golongan ini mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini perlu dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sebuah negara. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan Secara ringkasnya ciri ciri modal insan yang berkualiti dapat dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan unggul. Ketiga tiga aspek ini sangat berkaitan antara satu sama lain. Modal insan yang berkualiti bukan sekadar mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi semata mata tetapi ia mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi yang perlu ada pada seseorang itu. Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji. Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan aset yang penting kepada negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan berperanan positif dalam dimensi pembangunan negara. Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara. Nilai nilai murni ini perlu diterapkan semasa individu itu pada usia kecil lagi dan institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penerapan nilai nilai murni tersebut. Modal insan yang berkualiti juga perlu mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta berkemampuan berfikir secara kreatif dan kritis serta berkemahiran menyelesaikan masalah. Modal insan yang berkualiti juga mampu untuk mencipta peluang-peluang baru tidak hanya mengharapkan peluang yang sedia ada sebaliknya mempunyai inisiatif untuk memperbaiki dan mengembangkan potensi bagi meningkatkan taraf hidup.

Seterusnya, ciri yang perlu ada pada modal insan yang berkualiti ialah mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Seseorang individu itu perlulah sentiasa berusaha untuk memantapkan diri dan tidak mudah berputus asa sebaliknya sentiasa mencuba sesuatu yang baru seiring dengan perubahan semasa. Pada masa sekarang kita melalui cabaran globalisasi, rakyat terutama generasi muda perlu bijak menggunakan nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara dan memartabatkan bangsa. Hanya dengan gabungan itu dapat memastikan generasi masa depan bukan sahaja berbangga dengan kemajuan dan pembangunan malah kekuatan jati diri yang tinggi tidak yang tidak pernah terhakis. Modal insan yang berkualiti juga mestilah mempunyai ciri ciri kepimpinan yang utuh (towering personality). Semua orang boleh menjadi pemimpin tetapi untuk menghasilkan kepimpinan yang utuh itu bukanlah satu perkara yang mudah. Imam Ghazali menggariskan beberapa ciri pemimpin, antaranya ialah mempunyai intelek yang tajam, berpengetahuan dan berfungsi, mempunyai keberanian, sayang kepada rakyat, berpandangan jauh serta benar-benar berazam. Pandangan Imam Ghazali ini juga tidak bercanggah dengan pandangan sarjana bukan islam seperti Plato dan Confucius. Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan progresif. Dalam konteks saranan Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk mendapatkan manusia atau insan yang berkualiti, pendidikan dan latihan hendaklah diberikan secara berterusan. Ini bermaksud, pendidikan dan juga latihan kemahiran tidak terhad untuk tempoh masa tertentu sahaja sebaliknya perlulah berterusan bagi meningkatkan potensi diri selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat

Anda mungkin juga menyukai