Anda di halaman 1dari 14

BAB 1 : PENGENALAN KPD

MATEMATIK
Konsep Asas Matematik (Pra
Nombor)
Kemahiran pra nombor merupakan
kemahiran yang paling awal perlu
diperkenalkan kepada murid
sebelum memperkenalkan konsep
nombor.
1. Pengelasan
Warna
Saiz
Bentuk
Jenis
2. Turutan
3. Hubungan 1 kepd 1
4. Keabadian
Komponen Matematik
- Matematik Asas
Nombor merupakan asas yang penting
dalam mata pelajaran matematik
kerana nombor digunakan dalam
operasi asas matematik dan juga
dalam tajuk-tajuk matematik yang lain.
- Matematik Sosial
ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan pengiraan yang diaplikasikan
dalam kehidupan seharian sesebuah
masyarakat.

Teori Pembelajaran Matematik
Konstruktivisme
- Pembelajaran konstruktivisme ialah
proses penglibatan atau penyertaan
murid dalam aktiviti penyelesaian
masalah dan pemikiran kritikal yang
sesuai dalam pembelajaran.
-Murid membentuk atau membina
pengetahuan sendiri melalui
penjanaan idea dan pendekatan
berasaskan pengetahuan dan
pengalaman lalu.
- Murid mengaplikasikan pengetahuan
ini dalam situasi baharu dan
mengintegrasikan pengetahuan baharu
yang diperoleh dengan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada.
-Persekitaran pembelajaran
berpusatkan murid-murid menjadi asas
yang penting dan guru bertindak
sebagai fasilitator. Murid-murid juga
didorong untuk mengemukakan idea
bagi menyelesaikan masalah.
- murid-murid biasanya akan diajar
dengan menggunakan benda-benda
konkrit supaya mereka memperoleh
pengalaman yang boleh dikaitkan
dengan pembelajaran matematik yang
dipelajari pada masa akan datang.

Prinsip2 konstruktivisme:
Pengertian diusahakan oleh murid
sendiri baik secara individu
mahupun kumpulan.
Pengetahuan tidak dapat
dipindahkan daripada guru kepada
murid, kecuali jika murid itu sendiri
aktif untuk belajar.
Murid aktif membina kefahaman
secara terus menerus sehingga
berlakunya perubahan konsep ke
arah yang lebih terperinci, lengkap
serta sesuai dengan konsep ilmiah.
Guru sekadar membantu
menyediakan saranan dan situasi
agar proses pembinaan kefahaman
murid berjalan lancar sesuai
dengan kemampuan murid.
Ciri2 konstruktivisme:
Murid terlibat secara aktif dalam
pembelajarannya.
Murid belajar konsep matematik
secara bermakna.
Murid belajar bagaimana cara
belajar
Maklumat baru harus dikaitkan
dengan maklumat sebelumnya
sehingga bersatu dengan skemata
yang dimiliki oleh murid,
Orientasi pembelajaran adalah
inkuiri dan penemuan.
Berorientasi pada pemecahan
masalah.
Teori Tingkahlaku(Behaviorisme)
- Behaviorisme ialah teori yang
memfokuskan pemerhatian tingkah
laku dan cara untuk meningkatkan
tingkah laku positif dan mengurangkan
tingkah laku negatif.
- pembelajaran berlaku apabila ada
ikatan atau hubungan yang diwujudkan
antara rangsangan dan gerak balas.
Mereka berpendapat bahawa tingkah
laku murid dipengaruhi oleh ganjaran
(reward) atau pengukuhan
(reinforcement) dari persekitaran sama
ada baik atau sebaliknya.
- Teori ini juga menjelaskan bahawa
tingkah laku murid boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal.
- Guru-guru yang mengaplikasikan
teori ini menggunakan rangsangan dan
gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti
latih tubi dan latihan berterusan yang
berulang-ulang dalam P & P
Matematik.
Teori Pembelajaran Sosial
- Perilaku individu tidak semata-mata
refleks secara automatik berdasarkan
Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau
dipengaruhi persekitaran, malah
tingkah laku itu berubah akibat reaksi
hasil interaksi antara persekitaran
dengan skema kognitif individu itu
sendiri.
- Melibatkan faktor luaran :
Persekitaran sumber/bahan,
kesan tindakan dan setting fizikal
Faktor peribadi kepercayaan,
harapan (expectation), sikap dan
pengetahuan
Tingkah laku tindakan individu,
pilihan dan pernyataan lisan

- Menekankan 2 jenis pembelajaran :
Enactive learning - pembelajaran
melalui perlakuan (doing) dan
mendapat pengalaman daripada
kesan atau akibat tindakan yang
telah dilakukan. Dalam enactive
learning, kesan atau akibat
dikatakan sebagai pemberi
maklumat tentang tindakan yang
sesuai, mencipta harapan dan
mempengaruhi motivasi.
Vicarious learning - pembelajaran
melalui pemerhatian apa individu
lain lakukan.

- Terdapat beberapa syarat keperluan
bagi modeling dan peniruan yang
efektif seperti berikut:
Tumpuan Murid-murid hendaklah
memberi tumpuan untuk belajar
melalui pemerhatian. Murid-murid
lazimnya memberi tumpuan
kepada individu yang menarik,
cekap dan disanjungi.
Pengekalan Murid-murid
hendaklah berusaha mengingat
perkara yang telah diperhatikan
agar dapat meniru tingkah laku
model yang diperhatikan.
Pengekalan boleh ditingkatkan
melalui mental rehearsal (imaging
imitating the behavior) dan amalan
sebenar di samping mengingat
urutan langkah sesuatu proses.
Hasil walaupun murid dapat
mengingat urutan langkah tetapi
mungkin tidak dapat
melaksanakannya dengan lancar.
Oleh itu, individu itu perlu lebih
banyak latihan, maklum balas dan
amalan supaya lebih cekap
Motivasi dan Pengukuhan - teori ini
juga masih memandang
pentingnya pelaziman. Melalui
pemberian ganjaran dan hukuman,
seseorang individu akan berfikir
dan memutuskan perilaku sosial
mana yang mana perlu dilakukan.

Teori Perkembangan Kognitif
- Daripada kajian dan pemerhatiannya,
Piaget mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak
berbeza dan berubah melalui empat
peringkat:
Peringkat deria motor (02 tahun)
Pra-operasi (27 tahun)
Operasi konkrit (711 tahun)
Operasi formal (11 tahun ke dewasa)

BAB 2 : PERKEMBANGAN &
PEMEROLEHAN MATEMATIK.

Tahap Perkembangan Matematik
- Kesediaan Pembelajaran Matematik
Kesediaan pembelajaran matematik
terbahagi kepada 3 jenis:
kesediaan kognitif (perkembangan
mental untuk menerima
rangsangan dan menghubungkait
pengetahuan sedia ada)
kesediaan afektif (sikap dan minat
terhadap matematik)
kesediaan psikomotor (kesediaan
fizikal).
- Kesediaan Terhadap Nombor
Kesedaran terhadap konsep nombor
terutama dalam kemahiran menambah
dan menolak boleh dilakukan dengan
mengajar murid-murid ini
menggunakan latihan seperti
permainan papan nombor atau
menggunakan perisian yang
bersesuaian.
- Kesediaan Terhadap Belajar
Matematik Pada Tahap Tinggi
Pengetahuan dan kemahiran asas
dikuasai sebelum belajar matematik
tahap tinggi.



Hieraki Pembelajaran Matematik
Konkrit/Enaktif
- Pembelajaran pada peringkat ini
memerlukan seseorang murid
menggunakan kepada sesuatu objek
konkrit atau objek sebenar bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.
- Pada peringkat konkrit ini, pelbagai
sensori digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid belajar
melalui pengalaman. Oleh itu, murid-
murid yang melalui pembelajaran
peringkat konkrit dapat menguasai
sesuatu perkara atau konsep yang
dipelajari dengan mudah
menggunakan sesuatu objek konkrit
atau sebenar.
- Implikasi pengajaran dan
pembelajaran seperti ini ialah:
Membantu muid-murid yang pasif
untuk belajar secara lebih bermakna
menggunakan objek konkrit.
Guru menyampaikan idea tentang
sesuatu konsep dengan melibatkan
pemahaman konkrit murid-murid.
Melibatkan pemahaman konseptual
dan prosedural dalam struktur yang
dilaksanakan oleh guru.
- Terdapat dua jenis matematik
manipulatif iaitu:
Discrete - bahan/objek yang boleh
dikira (murid, counting block, unifix
cube, mainan dan sebagainya).
Continuous - bahan yang digunakan
bukan untuk tujuan pengiraan, tetapi
digunakan untuk tujuan pengukuran
(pembaris, alat penyukat, alat timbang
dan sebagainya).
Semi konkrit/Ikonik
- Perubahan aktiviti konkrit kepada
semi konkrit hanya berlaku apabila
murid-murid telah menguasai
kemahiran matematik pada peringkat
konkrit.
- Pada peringkat semi konkrit, murid-
murid yang telah menguasai peringkat
objek konkrit akan diperkenalkan pula
dengan gambar-gambar yang mewakili
objek tersebut secara perlahan-
laha/beransur-ansur.
- Penekanan diberikan pada
penyesuaian simbol yang abstrak
seperti nombor kepada objek di dalam
proses penyelesaian masalah. Apabila
pelajar belajar melukis bagi sesuatu
simbol yang abstrak kepada objek
dalam penyelesaian masalah, pelajar
berkeupayaan menyelesaikan masalah
matematik secara berdikari. Pelajar
juga berasa lebih yakin apabila setiap
masalah matematik dapat diatasi
menerusi pembelajaran peringkat S.K.
Faktor Yang Mempengaruhi
Penguasaan Matematik
Internal/Dalaman
a)Faktor diri sendiri dan psikologi:
- Mempunyai masalah dalam
mengingat
- Mempunyai masalah peribadi,
masalah mental (IQ yang rendah),
masalah fizikal dan masalah gangguan
emosi.
b) Masalah kurang kecerdasan mental
- Warisan daripada genetik ibu bapa
- Masalah daripada sebelum, semasa,
dan selepas kelahiran
- Kecederaan otak kerana penyakit
atau kemalangan
- Kekurangan makanan yang berzat
c) Sikap
- Menganggap matematik sesuatu
yang sukar untuk dikuasai - tidak
berminat untuk belajar.
d) Masalah pengamatan seperti
pendengaran, penglihatan, dan
psikomotor
e) Fizikal ( makanan, keletihan,
berpenyakit )
- Makanan yang tidak mencukupi dan
tidak berzat
- Murid yang cepat letih tidak
mampu menumpukan perhatian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
seperti tidak menyiapkan latihan di
sekolah atau kerja rumah
- Keletihan
- Berpenyakit sehingga kerap tidak
hadir ke sekolah mengakibatkan murid
ketinggalan dalam pelajaran
f) Tidak menguasai bahasa pengantar
- Tidak boleh membaca, memahami,
dan menguasai Bahasa Inggeris.
g) Penempatan murid tidak sesuai:
disleksia, lembam (slow learner)
Eksternal/Luaran
Faktor eksternal yang mempengaruhi
penguasaan matematik murid-murid
terbahagi kepada faktor sekolah, guru,
ibu bapa, rakan dan persekitaran.
a)Sekolah: Pihak pentadbir
- Tidak memberi perhatian pada
pelaksanaan kelas pemulihan
- Tidak memberikan peruntukan yang
sewajarnya
- Panitia kurang memberikan perhatian
serius kepada murid-murid pemulihan
sebaliknya menumpukan perhatian
kepada murid-murid UPSR
b) Guru
Strategi dan kaedah mengajar yang
kurang sesuai seperti tidak
berperingkat-peringkat, tidak
menggunakan pengetahuan sedia
ada murid, tiada aktiviti pengukuhan
- Bahan bantu mengajar yang
kurang menarik dan tidak sesuai
- Emosi tidak stabil, garang dan tidak
sabar
- Kurang prihatin
- Tidak menjalankan ujian diagnostik
dengan betul
- Kurang berminat dalam bidang
pemulihan
c) Ibu bapa
- Tidak menyediakan kelengkapan
belajar seperti pensel, buku, dan
sebagainya
- Tidak memberi dorongan
- Tidak meninjau perkembangan
pelajaran anak

d) Suasana P & P
- Persekitaran P & P yang tidak ceria
e) Kurikulum (sukatan, buku teks)
- Kurikulum yang tidak sesuai dengan
IQ murid-murid
- Buku teks yang memuatkan tajuk-
tajuk sukar
- Sukatan Pelajaran yang terlalu umum
f) Persekitaran (bilik pemulihan)
- Tempat tidak sesuai seperti di
bawah tangga
- Bahan-bahan disusun pada aras
yang tidak bersesuaian
- Kebersihan dan keceriaan kelas
kurang memuaskan

Masalah dalam pembelajaran
matematik dalam kalangan murid
pemulihan
Operasi Asas
- tidak faham konsep/simbol
-tidak faham nilai tempat
-keliru dengan nombor yang hampir
sama bentuk
- cepat lupa
- tidak ingat
- Diskalkulia

Penyelesaian Masalah
- tidak tahu menyelesaikan masalah
- tidak tahu prosedur menyelesaikan
masalah
Fobia Matematik (mathophobia)
- Ciri-ciri: tidak suka matematik, berasa
tidak pasti/kurang yakin, pencapaian
lemah, kurang minat dan sikap tidak
ambil peduli.
- Perasaan kecewa atau putus asa
serta merasa diri tidak boleh dibantu
lagi dari segi keupayaannya dalam
matematik
Memori
- Tidak ingat
- Cepat lupa
- Masalah ingatan adalah bukti utama
apabila murid mempamerkan
kesukaran untuk mengingat asas
operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi.
- Murid-murid mengalami masalah
ingatan dari aspek penyimpanan
maklumat.
Metakognitif
- Diperlukan bagi sebarang
penyelesaian masalah
- Berkaitan dengan keupayaan murid
untuk memantau pembelajaran
mereka:
menilai sama ada mereka belajar
menggunakan strategi apabila
diperlukan
mengetahui sama ada strategi itu
berjaya
membuat pertukaran apabila
diperlukan.

Tanggapan Visual/Auditori
a) Tanggapan visual:
- Kecelaruan pemprosesan visual atau
perseptual merujuk kepada
ketidakupayaan untuk menjana
maklumat yang diperoleh dari mata. Ia
melibatkan penglihatan atau ketepatan
penglihatan.
-beberapa kesukaran yang dialami:
hubungan ruang
diskriminasi visual
visual closure
pengenalpastian objek (visual agnosia)
b) Tanggapan auditori
- Kecelaruan pemprosesan auditori
menghalang keupayaan individu untuk
menganalisis maklumat yang diperoleh
dari deria pendengaran.
Bahasa
- Masalah bahasa berlaku apabila
murid bermasalah menggunakan
simbol matematik, menzahirkan
konsep matematik kepada orang lain
dan mendengar penjelasan tentang
matematik.
- Masalah juga berlaku semasa
membaca atau menulis ayat
penyelesaian masalah matematik.

BAB 3 : KECEKAPAN MATEMATIK.

Komponen Asas Matematik
a) Pranombor
Pengelasan
Pengelasan ialah pengumpulan objek
dalam kelas atau subkelas
berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Murid-
murid akan didedahkan dengan
kemahiran mengelaskan sesuatu
benda konkrit dan semi konkrit
mengikut ciri-cirinya seperti
mengelaskan mengikut saiz.
- Aktiviti pengelasan adalah proses
penting untuk membentuk konsep
nombor. Proses pengelasan perlu
melalui beberapa tahap, iaitu:
memilih dan membanding;
mengumpul;
memilih semula;
mengasingkan kumpulan; dan
memilih objek berdasarkan fungsi,
kegunaan atau konsep.
Seriasi/Turutan

- Seriasi/turutan merupakan
susunan lebih daripada dua objek
mengikut turutan berdasarkan
kriteria yang jelas. Kebolehan
menyusun mengikut tertib atau
turutan adalah mengikut
perkembangan konservasi dan
pengelasan. Ia merupakan faktor
penting bagi kebolehan pengaturan
dalam matematik.
- Murid-muird perlu didedahkan
dengan kemahiran mengatur objek-
objek mengikut saiz kecil, besar,
panjang, pendek, lebar, tebal, nipis
dan mengikut bilangan. Tujuannya
adalah untuk memastikan susunan
turutan yang betul.

Pengekalan
- Pengekalan (Keabadian) merupakan
satu aspek yang boleh dikaitkan
dengan jisim, isipadu, dan keluasan.
Tujuan adalah untuk memastikan
murid-murid memahami ketekalan jisim
dan isipadu walaupun diletak, disusun
atau diatur di tempat atau dalam
keadaan yang berbeza.
Hubungan Satu Kepada Satu

- Hubungan perkaitan satu dengan
satu antara objek yang sama atau
berbeza. Proses memadan bermula
daripada konsep memadan objek
dengan objek mengikut warna, saiz,
bentuk, bilangan, pasangan dan
sebagainya, objek dengan nombor
dan nombor dengan nombor.
Memadan bilangan objek dengan
simbol juga adalah sebahagian
daripada konsep hubungan satu
kepada satu.

b) Nombor
- Nombor kardinal digunakan untuk
mengira beberapa objek dalam satu
set atau kumpulan
- Nombor ordinal ialah nombor yang
digunakan untuk mengetahui
kedudukan relatif sesuatu objek atau
peristiwa.
Menghafal nombor
- Aktiviti menghafal nombor boleh
dijalankan secara berperingkat iaitu
nombor dalam lingkungan 10 hingga
100. Aktiviti yang paling berkesan bagi
kemahiran menghafal nombor ialah
latih tubi. Kebolehan murid menghafal
nombor akan membantu mereka
menyelesaikan masalah matematik
yang lain
Menunjukkan nombor
- Hal ini membantu murid-murid
mengenal pasti nombor-nombor yang
diperkenalkan. Guru boleh
menggunakan carta nombor dan
meminta murid menunjukkan nombor
yang disebut oleh guru. Latih tubi
seperti ini akan meningkatkan
kecekapan murid dalam mengenal
pasti nombor.

Menulis Nombor
- Murid mula diperkenalkan dengan
kemahiran menulis nombor setelah
mereka dapat mengaitkan makna
nombor dengan angka. Murid-muird
juga boleh berlatih menulis angka
ketika masih dalam proses
pemantapan kefahaman tentang
nombor. Menulis angka bagi sesuatu
nombor harus dilakukan bersama-
sama perwakilan model nombor, sama
ada dalam bentuk konkrit atau gambar
untuk mengukuhkan makna nombor
itu.
Nilai nombor
- Konsep nilai tempat merupakan suatu
aspek penting dalam sistem
penomboran kerana kedudukan digit
dalam sesuatu nombor mempunyai
nilai tertentu. Murid-murid
diperkenalkan kepada konsep nilai
tempat apabila mereka sudah boleh
membaca dan menulis angka bagi
nombor 0 hingga 9 serta boleh
membilang dengan mengumpul secara
sepuluh-sepuluh. Antara pendekatan
yang boleh digunakan untuk
memperkenalkan nilai tempat adalah
melalui pengumpulan bahan
berkadaran seperti menggunakan lidi
dan rod biji kacang.

Menyebut dan menulis nombor
- Bagi counting-on (urutan menaik),
aktiviti yang boleh dijalankan adalah
membilang dan menyusun pembilang
dari nilai kecil ke besar, meletakkan
kad angka di bawah pembilang dan
menyusun angka secara menaik dari
kad angka yang diselerakkan.

- Bagi counting back (urutan
menurun), aktiviti yang boleh
dijalankan adalah membilang dan
menyusun pembilang dari nilai besar
ke kecil, meletakkan kad angka di
bawah pembilang, menyusun angka
secara menurun dari kad angka yang
diselerakkan dan melengkapkan
turutan nombor secara menurun.
- Manakala, bagi skip counting
(nombor di antara), murid dilatih untuk
mengisi nombor yang tepat di antara
dua nombor. Aktiviti yang boleh
dilakukan adalah meletakkan kad
angka di antara kad-kad angka,
menamakan nombor di antara dan
mengisi tempat kosong dengan angka
yang sesuai

c) Nombor Perpuluhan
- Perpuluhan merupakan lanjutan
kepada nombor bulat dalam sistem
asas sepuluh. Nilai tempat perpuluhan
merupakan lanjutan nilai tempat yang
lebih kecil daripada satu iaitu nilai
tempat di sebelah kanan titik
perpuluhan.
- Nilai tempat perpuluhan sebelah
kanan titik perpuluhan ialah persepuluh
(tenths); perseratus (hundredths),
perseribu (thousanths) dan
sebagainya. Konsep sebahagian
daripada satu keseluruhan diwakili
oleh perpuluhan. Satu persepuluh ialah
satu bahagian daripada sepuluh
bahagian dan bahagian tersebut ialah
satu per sepuluh. Satu perseratus ialah
satu bahagian daripada seratus
bahagian dan bahagian tersebut ialah
satu perseratus. Manakala satu
perseribu ialah satu bahagian daripada
seribu bahagian dan bahagian tersebut
ialah satu perseribu.
BAB 4 : STRATEGI PENGAJARAN
PEMULIHAN MATEMATIK
Prinsip Am Pengajaran
Matematik

a) Senang Kepada Susah
- Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran perlu
selari dengan perkembangan kognitif
pelajar. Sebaliknya, pengajaran akan
dianggap membosankan dan sukar.
Pelajar sekolah rendah belum bersedia
menyelesaikan masalah yang abstrak
atau dalam bentuk hipotesis. Setiap
tajuk perlu disusun dan diperingkatkan.
Oleh itu penyampaian tajuk pelajaran
menjadi lebih mudah.
b) Konkrit Kepada Abstrak
- Murid pemulihan amat perlu
didedahkan dengan benda maujud
semasa sesi pengajaran konsep atau
tajuk baru dalam matematik bagi
memudahkan kefahaman mereka.
Semua konsep matematik yang baru
bagi mereka haruslah menggunakan
contoh-contoh konkrit.
c) Umum Kepada Spesifik
- Pengajaran deduktif boleh ditakrifkan
sebagai kaedah yang menggunakan
rumus, hukum atau teorem matematik
yang telah dipelajari untuk
mendapatkan rumusan atau
generalisasi matematik yang baru.
d) Spesifik Kepada Umum
- Pengajaran ini sesuai untuk
mendapatkan rumusan, fakta atau ciri
am daripada kajian ke atas beberapa
contoh matematik yang khusus.
Kaedah pengajaran ini memerlukan
murid-murid mengkaji contoh-contoh
matematik, membuat perbandingan
dan penganalisisan sehingga
mendapat rumusannya.
Pengajaran Matematik
Pemulihan
a) Prinsip Pengajaran
Prinsip Pertama
- Kesediaan belajar matematik
keadaan dalaman seseorang murid
mestilah bersedia.
- Tahap kematangan seseorang
termasuk fizikal, kognitif, sosial dan
emosi.
- Perkembangan diri mengikut umur
murid tersebut.
- Pedagogi yang diamalkan oleh
guru di sekolah.
- Pengetahuan sedia ada murid
lebih cepat menguasai kemahiran.

Prinsip Kedua
- Pengetahuan konkrit ke abstrak
pelajar didedahkan objek atau
benda maujud ketika diajar konsep
baru.
- Pengajaran matematik harus
dikaitkan dengan situasi kehidupan
sebenar murid.
- Hubung-kaitkan kemahiran asas
yang telah dikuasai murid dengan
kemahiran yang baru dipelajari
murid.
- Kemahiran asas yang dikukuhkan
dapat digunakan semula sebagai
kesediaan belajar untuk
mempelajari kemahiran baru yang
lebih kompleks.

Prinsip Ketiga
- Penggunaan bahan manipulatif:
- Memanipulasi alatan untuk mengira
- Menyenggara alatan mengikut
situasi masalah dalam matematik.
- Menggalakkan murid untuk lebih
kreatif.
- Memudahkan murid menyelesaikan
permasalahan dalam matematik.
- Merangsang pengetahuan sedia
ada murid.

Prinsip Keempat
- Bahan multi-media
- Memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran
- Merangsang keinginan murid
- Memberi pendedahan kepada
murid tentang ICT.
- Meningkatkan daya pemikiran
murid.
- Mewujudkan suasana
pembelajaran yang produktif.
- Melahirkan murid yang celik ICT

Intervensi Untuk Mengesan
Masalah dalam Matematik
Kaedah Newman
- Model berasaskan Teori Newman
(1977) membantu untuk mengenal
pasti punca kesilapan dan kesalahan
dalam penyelesaian masalah. Ia
mendefinisikan lima kemahiran
membaca spesifik bagi penyelesaian
masalah Matematik: Membaca
(decoding), Pemahaman,
Transformasi, Kemahiran Proses dan
Encoding. Sepanjang proses
penyelesaian masalah, kemungkinan
kesilapan yang tidak disengajakan
berlaku.
Pelaksanaan Temuduga The
Newman
- Bercakap kepada murid dengan
mesra, ringkas bagi memberi
keselesaan kepadanya. Jelaskan
tujuan guru bercakap dengannya
adalah untuk membantunya dalam
Matematik.
- Beritahu murid yang guru
mahukannya untuk membuat
beberapa masalah matematik
terdahulu sekali lagi.
- Sediakan murid dengan kertas
soalan dan kertas jawapan yang
baru dan minta dia menjawab
semula soalan terdahulu yang
pernah dibuatnya tapi jawapan
salah. Galakkan murid tunjuk cara
menyelesaikan masalah.Guru diam
sehingga murid selesai membuat
latihan.
- Tanya murid beberapa atau semua
soalan/arahan Newman (rujuk di
bawah) atau soalan yang
bersesuaian. jangan bantu murid
dalam apa-apa peringkat tetapi
buat catatan ringkas tentang
jawapan murid yang sangat
revealing.
- Tentukan mengikut klasifikasi ralat
Newman iaitu guru dapat mencari
di mana murid tidak boleh
membuat latihan pada peringkat
awal ujian (sebelum temuduga).
- Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang
seterusnya.

Prosedur Analisis Kesilapan/Ralat
Newman
- Mengenal pasti ralat Bacaan:
Baca soalan kepada saya. Jika
anda tidak faham beritahu saya.
- Mengenal pasti ralat Pemahaman:
Beritahu saya, apa kehendak
soalan itu.
- Mengenal pasti ralat Transformasi:
Sekarang beritahu saya apa
kaedah yang awak gunakan untuk
dapatkan jawapan.
- Mengenal pasti ralat Kemahiran
Proses: sekarang semak setiap
langkah dalam tugasan awak dan
beritahu saya apa yang awak
fikirkan.
- Mengenal pasti ralat encoding -
keidakupayaan untuk menzahirkan
jawapan dalam bentuk yang boleh
diterima pakai: Beritahu saya, apa
jawapan kepada soalan itu?
Tunjukkan jawapan awak.

Intervensi Kepada Penyelesaian
Masalah
Model Polya
- Langkah 1 - Fahami Masalah
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah
pelajar perlu memahami apakah yang
disoal (tugasan). Teknik-teknik dan
strategi-strategi yang boleh membantu
pelajar untuk memahami masalah
adalah membaca masalah dengan
teliti, jika perlu baca beberapa kali,
menyenaraikan maklumat atau fakta-
fakta yang diberi, mengenal pasti
frasa-frasa penting, mengenal pasti
maklumat atau fakta yang tersirat dan
mengenal pasti syarat-syarat tertentu
atau kekangan-kekangan terhadap
masalah.
- Langkah 2 Rancang
Apabila masalah telah difahami
sepenuhnya langkah seterusnya ialah
menentukan pendekatan atau kaedah
yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah. Antara
strategi yang sesuai ialah
menggunakan pengetahuan lampau
untuk merangka sesuatu teknik,
mencari pola, menggunakan
penaakulan induktif, melukis rajah,
membuat jadual atau carta, mencuba
jaya, bekerja ke belakang dan
menyatakan semula masalah jika
perlu.
- Langkah 3 Laksana
Teknik yang telah ditentukan pada
peringkat merancang (Langkah 2)
dilaksanakan. Pelajar memerlukan dua
kemahiran iaitu, menterjemah dan
memproses. Peringkat ini merupakan
peringkat yang paling sukar kerana
pelajar perlu menterjemah dan
melakukan proses dengan
menggabungkan maklumat, konsep
dan fakta menggunakan prosedur dan
operasi pemikiran.
-Langkah 4 - Semak
pelajar perlu menyemak semula
penyelesaian terhadap masalah. Ini
termasuklah menyemak ketepatan dan
kemunasabahan keputusan dan
menentukan syarat-syarat telah
dipenuhi. Selain itu strategi alternatif
untuk menyelesaikan masalah
dilaksanakan. Masalah serta kaedah
penyelesaian yang telah ditemui ini
boleh diaplikasikan untuk
menyelesaikan masalah serupa
kemudiannya.

Model Pengajaran
-Model pengajaran yang boleh
digunakan adalah seperti: Kaedah
Pembelajaran Mastery, Direct
Learning dan Direct Instruction.
-Kaedah Pembelajaran Mastery
merupakan suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai
hasil pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Perkara
yang perlu diberi perhatian ialah:
Ia memerlukan peruntukan masa
yang mencukupi dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti.
Hasil pembelajaran perlu
ditentukan dan mengikut hierarki
atau unit pembelajaran.
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang
perlulah bermakna, berkesan,
menarik dan menyeronokkan.
Penilaian dibuat berdasarkan Ujian
Rujukan Kriteria dan hanya murid
yang berjaya menguasai 80
peratus aras masteri akan
berpindah mempelajari unit
pembelajaran baru.
Pembelajaran perlulah dipecahkan
kepada unit kecil supaya mudah
dikuasai.
Arahan guru juga perlu jelas bagi
setiap unit pembelajaran.
- Direct Learning merupakan
pembinaan peluang bagi penglibatan
aktif dalam persekitaran pembelajaran
yang boleh membentuk pemahaman
individu. Ia terbahagi kepada tiga
kategori:
Strategi ingatan (strategi untuk
menyimpan dan menerima bahasa
yang disasarkan)
Strategi kognitif (strategi bagi
penggunaan bahasa dan
bagaimana untuk memahaminya)
Strategi Imbuhan (compensation) -
(strategi bagi penggunaan bahasa
akibat ruang lompang dalam
pengetahuan)
- Direct Instruction merupakan
pengajaran guru dikuti struktur dan
langkah spesifik yang digunakan
menggalakkan pembelajaran. Prinsip
Direct Instruction adalah seperti
berikut:
o Pengenalan/Semakan
o Perkembangan
o Latihan Berpandu
o Penutup
o Latihan Bebas
o Penilaian


Penyiasatan dan Eksplorasi
Guru memainkan peranan penting
dalam memperkembangkan Disposisi
penyelesaian masalah murid. Mereka
hendaklah memilih masalah yang
boleh melibatkan murid. Guru perlu
mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan murid untuk meneroka,
mengambil risiko, berkongsi kejayaan
dan kegagalan dan perbincangan
(Mayer, 2003). Dalam persekitaran itu,
murid membentuk keyakinan bahawa
mereka perlu bagi meneroka masalah
dan keupayaan untuk membuat
penyesuaian terhadap strategi
penyelesaian masalah. Murid yang
kurang aktif juga mempunyai peluang
untuk membentuk keupayaan dan
meningkatkan keyakinan mereka
menggunakan bahan manipulatif
melalui kaedah penerokaan ini.
1. Penerokaan
Bagi langkah penerokaan ini, murid
hendaklah digalakkan untuk membaca
masalah dengan teliti dan menentukan
maklumat jenis apa yang diperlukan
bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Ia juga memerlukan murid untuk
mengenal pasti sama ada maklumat
relevan atau tidak bagi penyelesaian
masalah.


2. Perancangan
Dalam langkah perancangan, murid
hendaklah membina strategi bagi
mencari penyelesaian kepada
masalah. Ini mungkin memerlukan
beberapa kaedah pengiraan atau
membntuk persamaan. Murid juga
hendaklah digalakkan untuk satu
andaian atau jangkaan bagi
penyelesaiannya. Jangkaan ini boleh
membantu sama ada jawapan akhir
yang dihasilkan bertepatan.
3. Penyelesaian
Selesaikan masalah dengan
melaksanakan perancangan. Murid
akan melaksanakan pengiraan
Matematik yang perlu bagi
menentukan jawapan. Lazimnya,
jawapan mungkin tidak diterima pada
percubaan pertama. Oleh itu, murid
perlu sedar mereka mungkin membuat
pengiran beberapa kali bagi mencapai
keputusan yang dikehendaki. Malahan
murid mungkin mendapati kaedah
pengiraan tersebut tidak boleh
digunakan untuk menyelesaikan
masalah dan kaedah alternatif perlu
dipilih.



4. Pemeriksaan
Akhirnya periksa jawapan murid
dengan teliti dan pastikan ia relevan
dengan fakta terdapat dalam
permasalahan yang diberi. Murid
hendaklah merujuk semula jawapan
ramalan yang dibentuk dalam langkah
perancangan sama ada ianya
menepati pengiraan sebenar yang
dibuat. Justeru, murid hendaklah
membaca masalah berulang kali bagi
memastikan ianya diinterpretasi
dengan tepat. Jika jawapan tidak
menepati masalah yang diberi, murid
hendaklah mengulang semula langkah
perancangan dan penyelesaian
masalah.
Intervensi Dalam Matematik
Sosial
Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran
abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi
sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau isu. Ia juga
merupakan satu situasi yang
diwujudkan untuk menyerupai keadaan
sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar
wujud atau menyediakan situasi-situasi
yang benar-benar wujud di dalam
keadaan yang terkawal.
Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan
sesuatu situasi, masalah atau peristiwa
yang dianggap penting. Pelajar diberi
peranan dan bertindak sebagai watak-
watak yang ditentukan dalam satu
situasi yang disediakan. Ia juga
merupakan dramatisasi yang tiada
kaitan atau penghafalan skrip, di mana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan
atau menjelaskan situasi kepada
kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan.

Lain-lain (Others)
Intervensi dalam Matematik Sosial
yang lain adalah seperti kaedah
eksperimen / kerja praktik, analogi
(analogy ) dan lain-lain.
Kaedah eksperimen atau kerja praktik
merupakan suatu aktiviti yang
mempunyai tujuan untuk mendapatkan
hasil daripada kerjanya dan suatu
kaedah di mana pelajar dilatih
menggunakan alat bantu mengajar
untuk memahami konsep dan
menguasai sesuatu kemahiran. Ia juga
boleh digunakan untuk menguasai
kemahiran dalam penyelesaian
masalah Matematik. Contoh aktiviti
yang menggunakan kaedah
eksperimen adalah seperti menyukat
air dengan menggunakan bekas dan
silinder penyukat untuk mempelajari
isipadu cecair.
Analogi ( Analogy ) pula ialah satu
teknik pengajaran di mana cerita atau
'perumpamaan' dibuat untuk mewakili
seuatu konsep yang hendak diajar.
BAB 6 : PENTAKSIRAN DALAM
KEMAHIRAN MATEMATIK
Pentaksiran Formal
Penilaian formal ialah penilaian yang
dilaksanakan secara formal atau
rasmi. Ia melibatkan suatu prosedur
atau tatacara yang telah ditetapkan
dan perlu dipatuhi oleh semua
calon. Ia dirancang atau dibina
berasaskan peraturan atau tatacara
yang telah ditetapkan. Penilaian
formal melibatkan penggunaan
instrumen seperti ujian. Melalui
penilaian formal, perbandingan boleh
dilakukan antara individu. Penilaian ini
mempunyai format piawai yang
tertentu dan disediakan oleh pihak-
pihak yang tertentu.
Ujian Rujukan Norma
Rujukan berasaskan norma digunakan
sekiranya guru ingin membandingkan
keputusan yang diperoleh oleh murid A
dengan keputusan murid B yang
mengambil ujian yang sama atau
kedudukan seseorang murid boleh
dibandingkan dengan murid lain dalam
bilik darjah yang sama atau dalam
sesebuah negara. Keputusan rujukan
norma sesuai digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan pelajar ke
dalam sesuatu program pendidikan.
Ujian rujukan norma tidak memberi
maklumat sama ada pelajar sudah
menguasai sesuatu isi pelajaran dan
kemahiran yang diajar. Soalan ujian
rujukan norma biasanya bersifat umum
dengan matlamat untuk
memaksimumkan perbezaan
pencapaian antara seorang pelajar
dengan pelajar lain. Soalan ujian
rujukan norma mengambil berat aspek
kesukaran ujian agar soalan-soalan
mempunyai kepelbagaian aras
kesukaran serta tidak terlalu sukar dan
terlalu mudah dengan jangkaan
jawapan betul 50 peratus.
Ujian Rujukan Kriteria
Rujukan kriteria pula digunakan
sekiranya guru ingin membandingkan
prestasi pencapaian seseorang murid
dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian
rujukan kriteria memberi penekanan
sama ada seseorang murid telah
menguasai sesuatu isi pelajaran dan
kemahiran yang diajar. Ujian rujukan
kriteria tidak mengambil kira
kedudukan seseorang murid
berbanding dengan murid lain.
Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser
pada tahun 1963 (dipetik daripada
Popham, 1971). Menurut Glaser
(1973), kriteria yang digunakan tidak
bermaksud pengakhiran sesuatu
kemahiran, tetapi kriteria itu
bergantung pada aras yang ditetapkan
oleh guru dan harus dicapai oleh
murid-murid.
Ujian binaan/konstruk guru
a) Penilaian Formatif
- Ujian yang boleh dibentuk dan
ditadbir secara formal atau tidak formal
bagi mengesan kemajuan atau
penguasaan murid terhadap sesuatu
pembelajaran.
- Mengenal pasti tahap penguasaan
dan kemajuan murid, seterusnya
mengambil langkah susulan bagi
membaiki kelemahan yang wujud.
- Dilakukan sepanjang pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
- Formal: pensil- kertas / Tidak
formal: pemerhatian, soal jawab,
tugasan, latihan.
- Dibuat secara individu atau dalam
kumpulan
- Membaiki kelemahan murid serta
merta dengan mengulang semula topik
pembelajaran pemulihan
- Menjalankan aktiviti pengukuhan
Pengayaan
b) Penilaian Sumatif
- Ujian yang dilaksanakansecara
formal bagi mengesan pencapaian
murid dalam tempoh tertentu
persekolahan.
- Mengenal pasti pencapaian pelajar
untuk beberapa topik pembelajaran,
seterusnya memberikan skor dan gred
pencapaian pelajar.
-Selepas beberapa topik pembelajaran
atau pada pertengahan atau akhir
penggal persekolahan.
- Dibuat secara formal:ujian pensil-
kertas, lisan. Dijalankan secara
berkumpulan.
- Menempatkan murid mengikut
kumpulan pencapaian yang
sesuai. Memberikan pengiktirafan
sijil, hadiah dan sebagainya. Membaiki
kurikulum / matapelajaran.
Pentaksiran Tidak Formal
Pencerapan
- Pencerapan bilik darjah secara
sistematik ialah suatu kaedah
kuantitatif untuk mengukur tingkah laku
murid-murid di dalam bilik darjah.
Pemerhatian langsung dibuat terhadap
peristiwa atau tingkah laku yang
spesifik dan direkodkan. Pada amnya,
data yang diperoleh memberi fokus
pada kekerapan tingkah laku spesifik
berlaku dan juga tempoh masa ia
berlaku.
- Unsur-unsur dalam sistem
pencerapan:
Tujuan pencerapanDefinisi
operasi bagi tingkah laku diberi
Prosedur latihan untuk
pemerhati
Fokus pemerhatian yang
spesifik
Persekitaran pemerhatian
Unit masa
Jadual pemerhatian
Kaedah merekod data
Kaedah memproses dan
menganalisis data

Pengiraan
Peratusan murid yang bermasalah
disleksia yakni menghadapi kesukaran
dalam kemahiran pengiraan secara
mental (mental arithmetic) serta
menghafal sifir darab adalah tinggi.
Fenomena ini dikaitkan dengan
kesukaran dalam mengingat balik
peristiwa-peristiwa dalam urutan yang
betul daripada ingatan jangka panjang.
Biasanya, proses pengiraan berlaku di
sebelah otak kiri manusia kerana
notasi matematik diolah ke bentuk
perkataan manakala murid yang
mempelajari abakus-aritmetik mental
akan membayangkan imej abakus
dalam otak kanannya. Murid tersebut
tidak mengolah perkataan dalam
pengiraan.
Lembaran Kerja Murid
Latihan yang diberikan oleh guru perlu
disiapkan di dalam kelas supaya guru
mendapat maklum balas secara
langsung tentang tahap penguasaan
murid terhadap sesuatu topik yang
telah diajar.
Kerja Rumah Murid
Kerja rumah murid merujuk latihan
tambahan yang diberikan oleh guru
kepada murid-murid untuk disiapkan di
rumah atau selepas waktu
persekolahan tamat. Tujuannya adalah
untuk mengukuhkan pemahaman
murid-murid dalam mengaplikasikan
kemahiran yang telah dipelajari.
BAB 7 : BBM MATEMATIK
Kepentingan :
- Memberi rangsangan dan minat
murid-muird.
- Menyediakan dasar kukuh untuk
perkembangan kefahaman dan
corak.
- Pemikiran dan mengurangkan
gerak balas lisan yang tidak
diperlukan daripada murid-murid.
- Membekalkan dasar
perkembangan pembelajaran dan
menjadikan pembelajaran mereka
lebih kekal.
- Menyediakan pengalaman baru
yang tidak diperolehi dengan
mudah oleh cara-cara lain,
menjadikan pembelajaran murid-
murid lebih mendalam dan
beragam.
- Dapat menguatkan kefahaman dan
mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
- Mendorong murid-murid untuk
menyiasat dan dengan demikian
dapat menambahkan lagi bacaan
murid-murid.

kepentingan bahan pengajaran
ialah:
Menjimatkan Masa.
Mempelbagaikan Kegiatan Atau
Aktiviti-Aktiviti Murid-Murid

kepentingan bahan pembelajaran
ialah:
Menyeronokkan Murid-Murid
Dan Merangsang Minat
Pembelajaran Murid
Menolong Dalam Kefahaman
Dan Pemerolehan Pengalaman
Memperkukuhkan Ingatan
Penyelesaian masalah


Ciri-ciri BBM
Komersial
Kitar Semula
ICT
Pelbagai bahan
- Bahan-bahan konkrit
atau maujud
- Bahan pelbagai deria
- Bahan perkasasan
elektronik

Kategori BBM
Kesesuaian
Pelbagai Guna
Mudah Alih
Jimat Kos

Anda mungkin juga menyukai