Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Diri BIG Kembara Sosial Fasa 4 ( Program Anak Angkat )

Program Bina Insan Guru perkhemahan fasa 4 ini telah memberi banyak
manfaat kepada saya terutamanya dalam membina diri ke arah yang positif. Antara
aktiviti yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya ialah melalui
program anak angkat di Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan, Bintangor. Kesemua
kesan tersebut dapat membentuk diri saya ke arah melahirkan modal insan yang
cemerlang dari aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
Aktiviti Kembara Sosial yang melibatkan keluarga angkat ini telah memberi
peluang kepada saya untuk menyelami kehidupan masyarakat di kampung ini dengan
lebih dekat. Program BIG kali ini telah memberi pengalaman yang begitu berharga
kepada saya kerana dapat menghayati kehidupan sebagai anak angkat dan meneroka
sebuah kehidupan keluarga di kawasan perkampungan.
Sikap prihatin dan baik hati penduduk kampung berjaya menambat hati peserta
BIG untuk merasa nikmatnya tinggal di kampung tersebut. Masa yang diberikan untuk
bersama dengan keluarga angkat sangat singkat telah membataskan hubungan yang
lebih erat dapat diwujudkan. Walau bagaimanapun, program ini ternyata mampu
membina kemahiran komunikasi dan membina jati diri yang utuh sebagai bakal guru
yang cemerlang di masa hadapan.
Nilai positif yang telah diperolehi melalui program tersebut ialah antaranya nilai
bekerjasama dan kasih sayang. Contohnya, guru pelatih memasak hidangan makanan
tengah hari bersama-sama keluarga angkat sekali gus dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan yang baru terjalin. Selain itu, guru pelatih perlu bijak memanfaatkan
peluang yang ada ketika bersama-sama dengan keluarga angkat bagi menimba
pengalaman manis dan ilmu baru terhadap kehidupan masyarakat di kampung tersebut.
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah sikap peserta yang kadang kala
lambat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini menyebabkan perjalanan aktiviti
menjadi seperti yang tidak dirancang. Selain itu, masa yang singkat bersama keluarga
angkat telah membataskan segala aktiviti untuk dilakukan dalam masa yang panjang
bersama-sama. Masa untuk berkenalan juga agak singkat menyebabkan hubungan
yang lebih erat sukar untuk diwujudkan.
Akhir kata, semoga program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru dapat
diteruskan di masa akan datang kerana dapat memberi banyak pengalaman dan
manfaat yang berguna kepada guru pelatih. Inilah peluang bagi guru pelatih untuk
beramal dengan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan
balasan. Diharapkan semoga semua bakal guru sudah terbina insannya selepas
mengikuti program tersebut.















Refleksi Diri BIG Kembara Sosial Fasa 4 ( Lawatan Muhibbah ke Hospital Sarikei )
Kumpulan PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2012 telah menjalankan lawatan
Bina Insan Guru ke Hospital Besar Sarikei. Rombongan ini disertai oleh guru pelatih
seramai 49 orang termasuk 3 orang pensyarah pembimbing dan mentor kumpulan
masing-masing. Kehadiran kami semua disambut dengan baik dan mesra oleh pihak
pentadbir hospital pada masa itu.
Guru pelatih dan pensyarah pengiring berpeluang untuk melawat ke wad wad
di hospital berkenaan. Antaranya ialah melawat ke wad kanak kanak, wad pesakit
lelaki dan perempuan serta wad bersalin. Terdapat pelbagai wad di setiap tingkat dan
sememangnya keluasan kawasan Hospital Sarikei ini sangat luas dan masih baru
didirikan iaitu kira-kira beberapa tahun yang lalu. Infrastruktur hospital ini juga berada
pada tahap paling baik dengan adanya ramai doktor doktor pakar yang berkelayakan
dalam bidang masing-masing.
Lawatan ke Hospital Sarikei yang dijalankan pada semester ini telah memberikan
banyak pengalaman berharga. Antaranya ialah kesedaran dalam menghargai nyawa
dan kesihatan. Hati saya sangat tersentuh apabila melihat ramai pesakit baik lelaki
mahupun perempuan, tua atau muda terlantar baring di katil hospital. Ini membuatkan
saya lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan diri sendiri. Bak kata bidalan orang
tua-tua, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua.
Kedua, saya juga dapat mengenali ramai pesakit dengan lebih dekat lagi. Ada
antara pesakit yang berasal dari keluarga susah dan sederhana. Ada juga antara
mereka yang masih bekerja mahupun pencen. Kebanyakan pesakit yang ditemu ramah
menceritakan kisah hidup mereka mengapa mereka mendapat penyakit sekian rumah.
Saya bukan sahaja bersedih malah turut dapat merasai kesusahan yang mereka alami.
Walau bagaimanapun, mereka cukup tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan
seharian.
Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui tugas-tugas seorang jururawat
dengan lebih mendalam lagi. Tanggungjawab yang dipikul oleh seorang jururawat ini
sangat berat. Selain merawat dan menjaga pesakit, jururawat ini juga perlu memastikan
tahap kesihatan setiap pesakit beransur baik dan pulih sepenuhnya dari hari ke hari
malah jururawat ini juga bertanggungjawab dalam memastikan ubat yang diambil oleh
pesakit perlu mengikut dos yang ditetapkan oleh pihak hospital.
Diharapkan lawatan muhibbah ini dapat dijalankan lagi oleh batch junior yang
bakal menghadapinya pada semester yang akan datang. Ini kerana, lawatan seperti ini
banyak memberikan pengalaman dari segi ilmu kesihatan, pemupukan nilai nilai
murni dalam diri seperti mengambil berat dan belas ihsan malah dapat mengenali
warga hospital dengan lebih dekat lagi.

Anda mungkin juga menyukai