Anda di halaman 1dari 11

Tajuk:

Memahami trend populasi



Tujuan:
Untuk menyiasat mengenai trend populasi

Pengenalan:
Populasi merupakan sekumpulan organisma daripada spesies yang sama, tinggal di
habitat yang sama pada masa yang sama. Faktor pertumbuhan populasi boleh
diukur melalui persamaan berikut:
[ R = Kelahiran Kematian ]
Kajian bagi pertumbuhan populasi bagi organisma yang jangka hayatnya panjang
dan pendek menunjukkan trend populasi boleh dilihat berdasarkan lengkungan graf
pertumbuhan populasi iaitu graf masa (t) melawan saiz populasi (N). Bentuk
lengkungan graf dikawal oleh 3 faktor iaitu:
1. Saiz populasi awal (N
0
)
2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan.
3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.
Teori:
Pertumbuhan Populasi merupakan perubahan dalam bilangan individu dalam
sesebuah populasi dalam tempoh masa tertentu atau perubahan dari segi populasi
(N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kematian,
imigrasi dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh lengkung geometri iaitu
lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz
populasi dua kali ganda antara setiap sela masa, maka bentuk pertumbuhan
geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen.
Keputusan:
Tugasan 1
Jadual 1 menunjukka anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak dalam
persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi).

Selang masa
(t) = generasi
Populasi Badak A Populasi Badak B
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
0 N
0
= 30 N
0
= 20
1 58 1.9 39 2.0
2 123 2.1 82 2.1
3 236 1.9 161 2.0
4 484 2.0 318 2.0
5 955 2.0 643 2.0

Langkah
1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai
pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh
ubah bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan
berdasarkan data yang diberikan.
2. Bentuk graf dikenalpasti. (bentuk eksponen)
3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap selang masa dan dimasukkan ke dalam
Jadual 1.
4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi
Populasi Badak A, purata R = 1.98 ~ 2.0
Populasi Badak B, purata R = 2.02 ~ 2.0

Soalan
Semak ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat
perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke
5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan, faktor
pertumbuhan atau persekitaran?
Graf menunjukkan bentuk eksponen. Terdapat perbezaan saiz populasi antara
badak A dan badak B pada selang masa ke 5 adalah disebabkan oleh saiz populasi
permulaan. Saiz populasi permulaan badak A ialah 30 manakala badak B ialah 20.
Disebabkan itu, terdapat lebih banyak ahli badak B.

Tugasan 2
Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam persekitaran
yang sama bagi 5 selang masa (generasi).
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Koala A Populasi Koala B
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
0 N
0
= 20 N
0
= 20
1 36 1.8 31 1.5
2 63 1.8 47 1.5
3 118 1.9 66 1.4
4 212 1.8 103 1.6
5 375 1.8 150 1.5

Graf berbentuk eksponen.
Populasi koala A, Purata R = 1.82 ~ 1.8
Populasi koala B, Purata R = 1.5


Soalan
1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz
populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz
populasi permulaan, faktor pertumbuhan atau persekitaran?
Saiz populasi permulaan bagi kedua-dua jenis koala adalah sama iaitu 20. Jadi, saiz
populasi permulaan bukan faktor kepada perbezaan saiz populasi akhir. Ia adalah
disebabkan oleh faktor pertumbuhan. Persaingan berlaku apabila kedua-dua jenis
koala ini hidup dalam habitat yang sama. Ia akan bersaing untuk keperluan asas dan
koala yang kuat akan dapat bertahan. Faktor pertumbuhan koala A lebih tinggi jadi
koala A mendominasi kawasan tersebut.
2. Di dalam jadual 2, jika data bagi populasi koala A adalah sama tetapi di bawah
keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi B adalah di bawah keadaan
kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R populasi
tersebut?
Faktor pertumbuhan adalah kelahiran ditolak dengan kematian. Perubahan pada
persekitaran akan mempengaruhi kadar kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi
kerana ia akan menyebabkan keperluan asas menjadi terhad. Persekitaran itu juga
tidak sesuai untuk spesies itu hidup lalu menyebabkan kadar kematian dan emigrasi
lebih tinggi daripada kadar kelahiran dan imigrasi.








Tugasan 3
Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi dua jenis kuda belang di dalam
persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi)

Selang masa
(t) = generasi
Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda BelangB
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
0 N
0
= 20 N
0
= 20
1 80 4.0 50 2.5
2 230 2.9 100 2.0
3 400 1.8 220 2.2
4 500 1.3 360 1.6
5 550 1.1 460 1.3
6 580 1.1 520 1.4
7 590 1.0 550 1.0
8 595 1.0 570 1.0
9 600 1.0 580 1.0
10 600 1.0 600 1.0

Graf berbentuk sigmoid.
Populasi kuda belang A, Purata R= 1.62 ~ 1.6
Populasi kuda belang B, Purata R= 1.5




Soalan
1. Populasi manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan yang
paling tinggi?
Faktor pertumbuhan paling tinggi adalah pada populasi kuda belang A.
2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut adalah tetap? Terangkan sebarang
perubahan yang berlaku pada R?
Faktor pertumbuhan adalah tidak tetap dan terdapat perubahan antara selang masa.
Faktor pertumbuhan semakin berkurang dari selang masa 1 iaitu 4.0 sehingga
selang masa 5 iaitu 1.1. Ia kemudian tetap pada selang masa 6 iaitu 1.1 dan
berkurang kepada 1.0 pada selang masa 7 dan tetap sehingga selang masa 10.
3. Apakah keupayaan muatan bagi setiap populasi?
Keupayaan muatan bagi kedua-dua populasi ialah 600.












Tugasan 4
Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran
yang sama bagi 10 selang masa (generasi)
Selang masa
(t) = generasi
Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
Saiz populasi
(N)
Faktor
pertumbuhan
(R)
0 N
0
= 20 N
0
= 20
1 90 4.5 50 2.5
2 220 2.5 120 2.0
3 340 1.6 210 2.2
4 410 1.2 260 1.6
5 440 1.1 260 1.3
6 450 1.0 230 1.4
7 450 1.0 200 1.0
8 440 1.0 170 1.0
9 460 1.0 150 1.0
10 450 1.0 150 1.0

Graf berbentuk sigmoid
Populasi kuda belang A, Purata R = 1.59 ~1.6
Populasi kuda belang B, Purata R= 1.39 ~ 1.4






Soalan
1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan
yang paling tinggi?
Graf berbentuk sigmoid dan faktor pertumbuhan paling tinggi ialah kuda belang A.
2, Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan
yang berlaku pada R?
Faktor pertumbuhan R adalah tidak tetap. Bagi kuda belang A, faktor pertumbuhan
berkurang dari selang masa 1 iaitu 4.5 sehingga selang masa 6 iaitu 1.0. Ia
kemudian kekal 1.0 sehingga selang masa 10. Bagi kuda belang B, faktor
pertumbuhan berkurang dari selang masa 1 iaitu 2.5 sehingga selang masa 5 iaitu
1.0. Ia kemudian kekal pada 1.0 sehingga selang masa 10.
3. Adakah keupayaan muatan bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa.
Keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana berlaku perubahan bagi siz
populasi A. Semakin besar saiz populasi, semakin tinggi keupayaan muatannya.
4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama.
Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor
yang mengawal pertumbuhan populasi.
Faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetik,
persaingan dan kemampuan beradaptasi dengan persekitaran. Kadar kelahiran bagi
populasi A adalah lebih tinggi daripada populasi B. Populasi B juga kurang berdaya
saing berbanding populasi A dan kadar pertumbuhan populasi B lebih rendah
daripada populasi A.
5. Jika data dalam jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di
dalam jadual 4 menunjukkan populasi yang hidup bersama, apakah kesan
persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?
Dalam jadual 3, persekitaran bagi kedua-dua populasi adalah berbeza jadi
persaingan bagi R adalah rendah. Persaingan bagi R dalam jadual 4 pula tinggi
kerana populasi hidup dalam persekitaran yang sama dan bersaing sesama sendiri
untuk keperluan asas.
Perbincangan:
1. Apakah perbezaan di antara pertumbuhan eksponen dan logistik (sigmoid)?
Pertumbuhan jenis eksponen ialah apabila penduduk mempunyai keadaan yang
ideal iaitu bekalan sumber hidup yang tanpa had dan tidak dihalang oleh faktor
kekurang makanan atau jangkitan penyakit. Kadar pertumbuhan ini bermula dengan
perlahan dan berkembang dengan cepat dengan kelahiran penduduk.
Pertumbuhan logistik pula dipengaruhi oleh sumber yang terhad dan persaingan.
Kadar pertumbuhan ini pada awalnya tinggi namun ia mengalami peningkatan dan
pengurangan disebaban oleh faktor persaingan yang tinggi untuk keperluan hidup.
Apabila penduduk mencapai keadaan yang seimbang, kadar pertumbuhan adalah
sifar.
2. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?
Populasi akan bertambah dengan kelahiran dan imigrasi. Kelahiran adalah punca
paling penting dalam pertambahan saiz populasi. Ia dipengaruhi oleh faktor
kesuburan, nisbah jantina di dalam populasi dan pembiakan dalam populasi.
Imigrasi pula ialah penghijrahan ke dalam sesuatu kawasan kerana mencari
pasangan dan makanan di kawasan baru. Imigrasi juga akan menambah saiz
populasi.
Kehilangan individu atau pengurangan populasi adalah disebabkan oleh kematian
dan emigrasi. Kematian disebabkan oleh beberapa faktor seperti kematian fisiologi,
faktor genetik, kemalangan dan lain-lain. Emigrasi pula ialah penghijrahan keluar
dari satu tempat ke tempat lain. Kematian dan emigrasi akan menjadikan populasi
berkurang.




3. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik
yang tinggi?
Peningkatan kadar intrinsik yang tinggi bermaksud penduduk berkembang dalam
keadaan ideal dan cepat. Kriteria bagi populasi yang mempunyai peningkatan kadar
intrinsik yang tinggi ialah kadar kelahiran yang tinggi, membiak pada umur yang
muda,dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam habitat dan tidak mudah dijangkiti
penyakit.
4. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan
populasi dan (2) penurunan pertumbuhan populasi?
1) Peningkatan pertumbuhan populasi adalah disebabkan oleh faktor persekitaran
yang sesuai dan sumber hidup yang lengkap dan mencukupi. Ini akan menyebabkan
kadar kelahiran yang tinggi kerana persekitaran yang sesuai dan selamat. Imigrasi
juga akan bertambah kerana kawasan tersebut mempunyai sumber makanan dan
habitat yang sesuai.
2) Penurunan populasi adalah disebabkan oleh gangguan ekosistem seperti
bencana alam yang akan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Kekurangan
makanan seperti disebabkan oleh cuaca kemarau atau pencemaran akan
menyebabkan kadar kematian dan emigrasi yang tinggi.
5. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan?
Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan, kadar kematian akan meningkat
sehinggalah saiz populasi kembali stabil. Kadar kelahiran juga menurun sehingga
populasi stabil.
6. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun. Dalam beberapa
tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah rendah disebabkan perubahan
keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengekspoitasian secara
perdagangan penduduk, seperti pemburuan rusa atau ikan, bergantung kepada hasil
yang diperoleh. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh menangkap ikan
mengikut berat tertentu setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K dari
tahun ke tahun menjadi masalah untuk mengeksploitasi pengurusan populasi
komersial haiwan liar?
Pemberian lesen untuk aktiviti pengeksploitasian haiwan adalah berdasarkan saiz
populasinya. Apabila saiz populasi tinggi, maka keupayaan muatan tinggi. Apabila
haiwan diburu pada kuota yang sama setiap tahun, ia akan menyebabkan bilangan
individu semakin menurun. Jadi, ia akan mendatangkan masalah kepada
pengekspoitasian komersial haiwan liar.
7. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan
pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan ( kuota
masing-masing ialah 2% daripada populasi). Setelah memahami konsep yang
membawa kapasti dan kadar pertumbuhan populasi, apa yang anda akan lakukan
jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?
Apabila populasi rusa melebihi 20%, keupayaan muatannya juga meningkat. Namun
begitu, pengeluaran lesen haruslah dikawal kerana rusa adalah haiwan yang
terancam. Untuk meningkatkan pertumbuhan penduduk, persekitaran yang sesuai
dan ideal haruslah dikekalkan.

Kesimpulan:
Pertumbuhan populasi dipengaruhi oleh:
1. Kadar kelahirah
2. Kadar kematian
3. Imigrasi
4. Emigrasi

Anda mungkin juga menyukai