Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian KSSR ( Tahun 3 )

Tarikh : 17 Julai 2013


Masa : 10.30 pagi 11.30 pagi
Tahun : 3 Baiduri
Bil. Murid : 30
Tema : Pertanian dan penternakan
Unit : Hasil Tani
Tajuk : Hidroponik

Standard kandungan: 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan
maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.
Standard pembelajaran: 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam
bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul.
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca dan memahami petikan teks bertajuk Tanaman Hidroponik
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kata seru yang terdapat
dalam petikan teks Tanaman Hidroponik
3. Menaakul dan memindahkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat yang
mengandungi kata seru ke dalam peta minda yang disediakan.
Kemahiran bahasa: 1. Mendengar/bertutur: soal jawab berkaitan gambar (induksi)
2. Membaca: - membaca kad perkataan (induksi)
- membaca teks Tanaman Hidroponik (L1)
- meneliti kata seru dalam teks (L3)
Sistem bahasa: 1. Tatabahasa: Kata seru
2. Sistem ejaan: Bahasa baku
3. Sebutan dan intonasi: Bahasa baku
4. Kosa kata: Hidroponik, projek, kaedah, baja, risalah, subur.
Pengisian kurikulum: 1. Ilmu: Ekonomi, Pendidikan Moral, Sains
2. Nilai: kerajinan, kerjasama
3. K. Bernilai Tambah:
- kajian masa depan = meramal
- K. Berfikir = menjana idea, mengingat kembali
- P. Kontekstual = mengaitkan isi pembelajaran dengan
kehidupan murid
Elemen merentas kurikulum: Kreativiti dan inovasi
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat atau terlibat dalam aktiviti bercucuk
tanam.
Bahan sumber P&P: Kad gambar tanaman hidroponik, petikan teks Tanaman
Hidroponik peta minda, lembaran pengayaan, nota kata seru.








Langkah Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi


Tanaman
Hidroponik

1. Guru menayangkan kad gambar
tanaman hidroponik kepada murid.
2. Sesi soal jawab antara guru
dengan murid.
3. Guru menerangkan definisi
tanaman hidroponik kepada murid.
4. Guru mengaitkan isi pelajaran
dengan kehidupan murid.

BSPP: kad gambar

KBT:
-K.Berfikir:
menjana idea
-K. M. Depan:
meramal
- K. Pelbagai:
Verbal linguistik
-P.Kontekstual:
Murid pernah
melihat aktiviti
bercucuk tanam


Langkah 1

1. Mari
membaca
2. Soal jawab


1. Guru mengedarkan petikan teks
kepada murid.
2. Murid meneliti bacaan guru
3. Murid diminta membaca petikan
dengan kuat apabila dipanggil guru.
4. Soal jawab antara guru dengan
murid berkaitan teks.

BSPP: petikan
Tanaman
Hidroponik

Nilai: kerajinan,
kerjasama

KBT:
K.Pelbagai: verbal
linguistik
(Objektif 1)

Langkah 2

1. Kata seru

1. Guru mengedarkan nota kata seru
kepada murid.
2. Murid mendengar penerangan
berkaitan kata seru.

BSPP: petikan
Tanamana
Hidroponik

3. Murid dikehendaki membulatkan
kata seru yang terdapat di dalam
teks.
4. Semakan jawapan secara bersama
dilakukan
5. Murid menampal kerja di dalam
buku tulis

Nilai: kerajinan,

KBT:
1. P.Kontekstual:
murid mengetahui
serba sedikit
berkenaan
tanaman
hidroponik


Langkah 3

1. Peta minda

1. Guru mengedarkan peta minda
kepada murid.
2. Murid dikehendaki memindahkan
ayat dalam teks yang mempunyai
kata seru ke dalam peta minda yang
diedarkan.
3. Semakan jawapan diadakan
secara bersama.
4. Murid menampal peta minda dalam
buku tulis.

BSPP: petikan
Tanaman
Hidroponik , peta
minda

Nilai: kerajinan,
kerjasama

KBT:
1. K. Berfikir: ingat
kembali

EMK:

Anda mungkin juga menyukai