Anda di halaman 1dari 4

DISKUSI 4 :

UNTUKKU AGAMAKU UNTUKMU AGAMAMU


(SURAH AL-KAFIRUN)
OBJEKTIF
i.
ii.
iii.
1. 0

Mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran dan memahami isi-isi kandungannya.


Mempelajari dan memahami hukum tajwid dalam membaca al-Quran.
Melahirkan insan yang beramal dengan surah al-Kafirun.
MUQADIMAH
Surah ini dinamakan al-Kafirun kerana Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W
supaya menegaskan kepada orang-orang kafir : Katakanlah, wahai orang-orang kafir. Aku
tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Ia juga dinamakan al-Munabazah, al-Ikhlas dan al-Muqasyqasyah

2. 0

AL-QURAN DAN TERJEMAHAN



1.
2.
3.
4.
5.
6.
3. 0

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir.


Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah.
Dan Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. "

PENGENALAN
Merupakan surah yang ke-109 daripada 114.
Surah al-Kafirun diturunkan di Mekah Al-Mukarramah.
Terdiri daripada enam ayat.

4. 0

SEBAB DITURUNKAN
Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat yang lain menceritakan : Beberapa orang musyrikin,
di antaranya al-Walid bin al-Mughirah dan al-As bin Wail telah datang menemui Rasulullah
S.A.W di rumahnya. Mereka telah menawarkan kepada Baginda kekayaan mereka sehingga
ingin menjadikan Baginda adalah manusia yang paling kaya di antara yang lain dan mereka
juga menawarkan untuk mengahwinkan Baginda dengan jelitawan Arab. Kedua-dua tawaran
itu diminta oleh mereka untuk ditukarkan dengan satu syarat sahaja iaitu memberhentikan
sikap penentangannya terhadap orang Arab dan penyembahan berhala serta
memberhentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi dan datuk nenek
terdahulu. Semua tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai
usaha diplomatik mereka yang terakhir, maka Rasulullah S.A.W diminta bertolak ansur
dengan cara sehari menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka beramai- ramai
menyembah Tuhan Nabi S.A.W. Akan tetapi tawaran ini juga telah ditolak oleh Rasulullah
S.A.W dan keadaan ini diperjelaskan lagi dengan turunnya surah ini.
Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa al-Walid bin al-Mughirah, al-'Ashi bin Wa-il, al-Aswad
bin Muthalib dan Umayyah bin Khalaf bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan berkata: "Hai
Muhammad! Mari kita bersama menyembah apa yang kami sembah dan kami akan
menyembah apa yang engkau sembah dan kita bersekutu dalam segala hal dan engkaulah
pemimpin kami. " Maka Allah menurunkan ayat ini (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang
bersumber dari Sa'id bin Mina )
Turut menyokong an-Nasaiburi : Surah ini diturunkan dalam sekumpulan orang kafir Quraisy ,
mereka telah berkata, Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami
mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi,
engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun. Jika
agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bahagian
darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula
bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bahagian daripadanya pula. Maka turunlah
surah Al Kafirun sebagai jawapan terhadap ajakan mereka.
Telah diriwayatkan Ibnu Ishak dan yang lain daripada Ibnu Abbas : Bahawa asbab nuzul surah
tersebut adalah ketika mana Walid bin Mugirah, As bin Wail as Sahmi, Aswad bin Abdul
Muttalib dan Umaiyah bin Khalaf bersama rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang
menemui Nabi S.A.W. Mereka berkata, Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama
kami dan kami mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang
kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu
setahun. Lalu turunlah surah Al-Kafirun sebagai jawapan terhadap ajakan mereka.

5. 0

INTIPATI SURAH DAN AYAT


Dalam ayat-ayat ini terdapat penafian selepas penafian, penegasan selepas penegasan,
penekanan selepas penekanan. Ia menggunakan segala uslub penafian, penegasan dan
penekanan. Maksud Qul "Katakanlah" ialah suatu perintah Ilahi yang tegas yang
membayangkan bahawa persoalan aqidah adalah urusan Allah yang Maha Tunggal,
sedangkan Nabi Muhammad S.A.W tidak punya sesuatu pun dalam urusan ini. Allah jua yang
memerintah dan menghukum, perintah dan hukumNya tidak boleh ditolak.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir.
Allah menyeru mereka dengan hakikat diri dan menyifatkan mereka dengan sifat-sifat
mereka yang sebenar iaitu mereka bukan berada di atas agama yang benar, mereka
bukanlah orang-orang Mukmin malah mereka adalah orang-orang yang kafir. Tiada
titik pertemuan di antara engkau dengan mereka. Ayat pertama ini menerangkan
hakikat perpisahan yang tidak mungkin bertemu.
2. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah.
Maksudnya, kerana itu ibadatku tidak sama dengan ibadat kamu dan Tuhanku tidak
sama dengan tuhan kamu.
3. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
Maksudnya, kerana itu ibadat kamu tidak sama dengan ibadatku dan tuhan kamu
tidak sama dengan Tuhanku.
4. Dan aku bukannya penyembah tuhan yang kamu sembah.
Ini ialah ayat penguat bagi ayat yang pertama.
5. Dan kamu juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.
Ayat ini merupakan ulangan untuk menguatkan ayat yang kedua supaya tidak ada
ruang lagi bagi sebarang kekeliruan setelah ditegas dan diulang dengan segala cara
penegasan dan ulangan.
6. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku
Ayat ini merupakan kesimpulan daripada hakikat perpisahan yang tidak mungkin
bertemu dan hakikat perbezaan yang tidak mungkin dicampuradukkan. Aku di sini
kamu di sana, tiada jambatan, tiada titian dan tiada jalan yang menghubungkan di
antara kita. Satu perpisahan yang syumul dan satu perbezaan yang amat jelas dan
ketara. Perpisahan ini adalah perlu untuk menjelaskan tanda-tanda perbezaan yang
asas, iaitu perbezaan dalam iktiqad, dasar pemikiran, hakikat sistem hidup dan tabiat
agama.
Tauhid dan syirik merupakan satu sistem yang bercanggah antara satu sama lain.
Tauhid adalah satu sistem yang membawa manusia dan alam seluruhnya kepada Allah
yang Tunggal, tiada sekutu bagiNya. Ia menentukan sumber tempat manusia
menerima aqidah, syariat, nilai-nilai dan ukurannya, adab sopan dan akhlak, serta
pandangan-pandangannya terhadap kehidupan.

Prinsip yang diterima oleh orang Mukmin itu ialah Allah yang Tunggal tiada sekutu
bagiNya. Seluruh hidupnya ditegakkan di atas asas ini tanpa bercampur dengan
sebarang bentuk syirik sama ada zahir (kasar) atau pun khafi (halus). Perpisahan yang
jelas ini perlu kepada para daie dan madu. Kepercayaan jahiliyah telah bercampuraduk dengan konsep iman yang benar terutamanya kepada golongan manusia yang
telah mengenal aqidah yang benar, kemudian menyeleweng darinya. Golongan
manusia seperti ini adalah yang paling degil untuk kembali beriman dalam keadaannya
yang bersih dari sebarang penyelewengan. Mereka lebih degil daripada manusia yang
tidak pernah mengenal aqidah yang benar. Mereka merasakan diri mereka di atas
jalan yang benar, sedangkan mereka sebenarnya sesat dan menyeleweng.
6. 0

NILAI DAN PENGAJARAN


Disabitkan dalam sahih Muslim daripada Jabir bahawa Rasulullah S.A.W membaca surah ini
dengan surah al- Ikhlas dalam solat dua rakaat sebelum tawaf.
Dalam Sahih Muslim juga daripada hadith Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W
membaca kedua-duanya dalam solat sunat fajar. Diriwayatkan juga di sisi Ahmad, Tarmizi,
Nisaie, Ibnu Majah dan Ibnu Umar, dan telah berkata Tarmizi : Ini adalah Hadis Hasan.
Telah didahulukan dalam surah al-Zilzal dalam Hadith Ibnu Abbas dari Tarmizi bahawa alKafirun menyamai seperempat Al-Quran.
Diriwayatkan Abu Qasim at-Tabrani dari Jabalah bin Harithah iaitu abang kepada Zaid bin
Harithah : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : Sekiranya kamu ingin tidur maka
bacalah al-Kafirun hingga ke akhirnya, sesungguhnya surah ini dapat melepaskan diri daripada
perbuatan syirik. Imam Ahmad turut meriwayatkan seperti itu daripada Harith Bin Jabalah.
Kesimpulannya, telah disabitkan bahawa Rasulullah S.A.W telah membaca surah ini, dengan
surah al-Ikhlas dalam solat dua rakaat sebelum tawaf, dalam solat sunat fajar, dalam dua
solat sunat selepas maghrib, diiringi dengan surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas.

RUJUKAN
1. Tafsir Munir Fil Aqidah, Syariat Dan Manhaj, oleh al-Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili, Jilid 15, Juz 29-30.

Anda mungkin juga menyukai