Anda di halaman 1dari 25

1.

1 Pengenalan FPK
Seperti mana yang kita tahu, negara kita, Malaysia merupakan salah sebuah
negara dunia ketiga yang sedang membangun untuk mencapai tahap negara maju.
Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Dengan
menyedari hakikat tersebut ini, sebuah falsafah tersendiri telah digubal berdasarkan
dokumen dokumen dasar dan ideologi negara pada tahun 1988. Falsafah inilah
dikenal sebagai Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ). Namun begitu, FPN telah
digantikan pada tahun 1996.
Menurut Akte Pendidikan 1996, FPN telah digantikan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ). Konsep FPK adalah untuk menggariskan segala
istilah, prinsip dan pemikiran tentang pendidikan Malaysia serta menggabungkan
matlamat, dasar dan amalan pendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik.
FPK digubalkan atas tujuan untuk menjelaskan pelbagai amalan pendidikan terkini
secara rasional dan membimbing tindakan guru untuk menghadapi inovasi dalam
bidang profession penguruan. Oleh itu, kerajaan kita juga berhasrat dapat melahirkan
murid yang holistik, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 berbunyi :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Penggubalaan FPK dibuat dengan berdasarkan beberapa dokumen dokumen
pendidikan yang amat penting dalam sejarah perkembangan sistem pendidikan negara
kita. Antaranya, Penyata Razak 1956, Laporan Mahathir, Rukun Negara dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan. Analisis yang dibuat terhadapa FPK kebanyakkan merujuk


kepada elemen elemen yang telah disenaraikan. Antaranya, unsur intelek, unsur
rohani, unsur emosi dan unsur jasmani. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa FPK itu penentu sistem pendidikan negara kita.

Melalui pemerhatian dan interaksi saya, Institut Pendidikan Guru Kampu Tuanku
Bainun ( IPGKTB ) mempunyai pelbagai prasarana yang bukan sahaja dapat memberi
keselesaan kepada para guru pelatih malahan selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ). Prasarana prasarana yang telah disediakan oleh
pihak institut dapat dikategorikan kepada tiga aspek yang berlainan. Antaranya, aspek
kemudahan yang menitikberatkan keselesaan para guru pelatih menjalankan aktiviti
harian, aspek keceriaan yang berteraskan keindahan keseluruhan institut, dan aspek
nilai murni yang bertujuan penerapan nilai nilai tersebut dalam peribadi guru pelatih.
Dengan ini, tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa prasarana yang disediakan telah
berjaya merealisasikan hasrat FPK.
Kemudahan
Dewan Aminuddin Baki
Demi keselesaan para guru pelatih, pihak institut telah menyediakan dewan
perhimpunan yang diberi nama Dewan Aminuddin Baki yang merupakan dewan yang
terbesar terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Saiz dewan ini
yang cukup besar dan penghawa angin yang terdapat adalah bertujuan guru pelatih
dapat menghadiri perhimpunan dalam keadaan yang selesa. Dalam dewan,
kemudahan seperti pentas yang cukup besar dan bilik kawalan suara bagi para guru
pelatih menunjukkan bakat mereka juga disediakan. Semasa aktiviti perhimpunan
dijalankan, para guru pelatih juga disediakan dengan kerusi. Justeru, tidak perlulah guru
pelatih menghadiri perhimpunan dalam keadaan berdiri.
Di sini juga banyak aktiviti seperti sambutan Pesta Angpau telah diadakan
malahan telah mendapat sambutan yang gemuruh dari pelbagai pihak. Bagi
memeriahkan sambutan sambutan perayaan, para guru pelatih bukan sekadar
menyediakan pelbagai persembahan yang menarik seperti tarian moden dan tradisional
serta persembahan drama malahan juga memberi kerjasama yang secukupnya dengan
menyempurnakan persembahan masing masing. Semasa sambutan tersebut, semua
warga institut pendidikaan guru telah dijemput menghadirinya tanpa batasan bangsa,
warna kulit, dan agama. Oleh itu, semua guru pelatih bukan sahaja dapat menghayati

persembahan yang disediakan malahan juga dapat menambah pemahaman masing


masing terhadap hari perayaan dan pantang larangan kaum lain.
Melalui contoh contoh yang disenaraikan, hasrat FPK yang melahirkan rakyat
Malaysia

yang

bertanggungjawab

dapat

ditunaikan.

Para

guru

pelatih

telah

menjalankan tugas mereka dengan bersih, cekap dan amanah serta berusaha
mempertingkatkan daya pengeluaran dengan meluangkan masa untuk latihan supaya
persembahan tersebut dapat disempurnakan. Selain itu, rakyat Malaysia yang berupaya
memberi sumbangan terhadap keharmonian negara juga dapat dilahirkan dengan
tindakan menjemput warga pelatih yang berlainan untuk menghadiri aktiviti sambutan
perayaan. Dengan ini, dapatlah terbukti bahawa para guru pelatih telah berusaha
mengekalkan keharmonian dan perpaduan negara bagi menjamin masa depan negara.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Dewan Aminuddin Baki merupakan salah satu
kemudahan yang bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada guru pelatih sahaja
malahan telah berjaya merealisasikan hasrat FPK.
Dewan Kirkby dan Dewan Hamdan
Selain daripada dewan perhimpunan, dewan kuliah juga telah disediakan bagi
memenuhi keperluan setiap IPG di negara kita. Begitu juga dengan IPGKTB, pihak
institut juga telah menyediakan Dewan Kirkby dan Dewan Hamdan sebagai dewan
kuliah. Sama serperti Dewan Aminudsdin Baki, kedua dua dewan ini juga mempunyai
penghawa angin supaya para guru pelatih dapat menjalankan aktiviti kuliah dalam
keadaan yang selesa. Namun begitu, kedua dua dewan kuliah mempunyai saiz yang
jauh berbeza dibandingkan dengan dewan perhimpunan sedangkan Dewan Aminuddin
merupakan dewan yang terbesar IPGKTB. Bukan sahaja kemudahan seperti meja yang
memanjang, kerusi dan pojektor telah disediakan, malahan kaedah penyusunan yang
bertingkat telah digunakan. Dengan ini, dapatlah proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan lancar.
Secara umumnya, kegunaan dewan kuliah lebih tertumpu kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan Dewan Kirkby dan Dewan Hamdan.
Hal ini dikatakan begitu kerana banyak ceramah seperti ceramah Bina Insan Guru

( BIG ) dan subjek subjek tertentu tertentu seperti Pengurusan Gerko telah diadakan.
Hal ini kerana guru pelatih yang berlainan kelas dapat digabungkan di dalam dewan ini
untuk mendapat informasi informasi baru yang ingin disampaikan oleh pensyarah. Di
sini juga pelantikan jawatankuasa persatuan juga diadakan setahun sekali. Sebagai
contohnya, perlantikan jawatankuasa persatuan Cina IPGKTB. Guru pelatih telah diberi
peluang untuk menjadi salah satu ahli jawatankuasa persatuan dengan tujuan
mkengendalikan hal hal yang berkenaan. Oleh itu, dewan kuliah bukan sekadar
digunakan sebagai tempat pembelajaran malahan juga sebagai tempat memupuk sifat
positif.
Melalui contoh contoh yang disenaraikan di atas, saya telah mendapati
bahawa

unsur

unsur FPK

yang ingin

melahirkan

rakyat

Malaysia

yang

berterampilandapat ditonjolkan semasa pelantikan jawatankuasa persatuan. Para guru


pelatih memiliki pengetahuan , kelayakan yang bersesuaian dengan tugasan dan
kemahiran menjalankan tugas. Bagi sesiapa yang telah dilantik, mereka akan
melaksanakan tugansan yang telah diamanahkan denganh cekap, smepurna dan
sepenuh hati. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan juga dapat
dibentuk. Hal ini demikian kerana keinginan dan kerelaan para guru pelatih menghadiri
ceramah ceramah yang telah dianjurkan. Dengan ini, dapatlah para guru pelatih dapat
menimbah, meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan atau informasi baharu
kepada rakan sebaya mereka. Oleh itu, tercapailah hasrat FPK melalui prasarana
dewan kuliah ini.
Bengkel dan Makmal
Tambahan pula, pihak institut juga telah menyediakan kemudahan bengkel dan
makmal. Antaranya, bengkel jahitan, bengkel lukisan teknik, makmal autocad dan
makmal fizik. Dalam bengkel dan makmal, bukan sahaja kemudahan asas pengajaran
dan pembelajaran seperti meja, kerusi, dan projektor telah disediakan, malahan telah
dilengkapi dengan penghawa angin demi keselesaan suasana pembelajaran. Selaras
dengan kegunaan bangkel dan makmal sebagai tempat guru pelatih mengaplikasikan
teori yang telah diajar, pihak institut juga menyediakan bahan yang bersesuaian.
Sebagai contoh, bahan kayu dan alatan yang sesuai telah disediakan dalam bengkel

kerja kayu manakala mesin jahit dan kain telah disediakan dalam bengkel jahitan.
Dengan ini, guru pelatih dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Selaras dengan tujuan pihak IPG menyediakan bengkel dan makmal, para guru
pelatih telah diberi peluang untuk menyempurnakan kemahiran mereka terutamanya
bagi guru pelatih RBT dan Sains. Hal ini kerana mereka perlu mempunyai kemahiran
yang terbaik supaya mereka dapat mengaplikasinya dan memahamikan murid murid
tentang konsep tertentu pada masa depan. Sebagai contohnya, guru pelatih RBT telah
diamanahkan dengan tugasan membuat meja kopi. Melalui tugasan ini, guru pelayih
akan dinilai dan dikenalpasti tentang kekurangan mereka supaya mereka dapat
memberi perhatian dan memperbaikinya. Selepas menggunakannya, guru pelatih
diminta mengemaskan dan membersihkan kawasan bengkel dan makmal. Dengan ini,
keselamatan kawasan tersebut dapat dijamin.
Melalui contoh contoh yang telah disenaraikan, unsur perkembangan potens
individu secara menyeluruh dan bersatu yang terdapat dalam FPK dapatlah dilihat
dengan jelas sekali. Contohnya, guru pelatih dapat mengembangkan potensi memasak
mereka. Kemahiran ini amat diperlukan untuk menunjukkan sifat kewanitaan guru
pelatih perempuan manakala dapat juga menunujukkan keprihatinan seseorang lelaki
bagi guru pelatih lelaki. Tindakan para guru pelatih yang sentiasa menjaga kebersihan
dan kekemasan bengkel dan makmal dapat menunjukkan sikap tanggungjawab mereka.
Seperti mana yang telah dihasratkan oleh kerajaan kita, sikap tanggungjawab dapat
disemaikan dan dipupuk dalam jiwa guru pelatih. Sebagai contohnya, para guru pelatih
telah mematuhi peraturan dan undang undang yang telah ditetapkan seperti mana
permintaan membersihkan bengkel dan makmal selepas guna yang telah ditujukan
kepada setiap guru pelatih. Oleh itu, hasrat FPK sekali lagi dapat direalisasikan.
Pondok Ulang Kaji
Bagi menyenangkan guru pelatih yang berlainan jantina membuat perbincangan
kerja kursus, pihak institut juga telah menyediakan banyak tempat bersesuaian dan
telah dianggap sebagai pondok ulang kaji. Pondok pondok ini dapat didapati di depan
Blok Gemilang dan sebelah belakang Dewan Hajah Rohani. Di dalam pondok ini, meja,
kerusi, dan lampu pendaflour telah disediakan. Dengan ini, para guru pelatih tidaklah

perlu lagi berasa bimbang bahawa penukaran cuaca akan mempengaruhi perbincangan
mereka. Oleh itu, pondok ulang kaji juga merupakan tempat yang amat penting dalam
kehidupan harian guru pelatih IPGKTB.
Dalam kawasan IPGKTB, pondok ulang kaji yang terdapat di depan Blok
Gemilang merupakan salah satu tempat penting bagi para guru pelatih. Banyak guru
pelatih bukan sahaja telah memenuhi fungsinya sebagai tempat mengulang kaji
malahan membuat perbincangan tutorial terutamanya bagi kumpulan yang terdiri
daripada guru pelatih yang berlainan jantinanya. Para guru pelatih bukan sahaja
semata mata menggunakan pondok ini sebagai tempat perbincangan tugasan,
malahan telah menggunakannya sebagai tempat perhimpunan. Hal ini dapat terbukti
bahawa banyak guru pelatih telah menyambutkan hari jadi rakan sekelas mereka.
Dengan ini, para guru pelatih dapatlah meninggalkan kenangan manis antara sama
satu lain.
Melalui contoh contoh di atas, unsur emosi yang terdapat dalam FPK dapat
ditonjolkan dengan jelas sekali. Hal ini demikian kerana para guru pelatih yang memiliki
perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa dapat dilahirkan menerusi kerelaan
mereka menyambut hari jadi rakan sekelas mereka. Melalui tindakan mereka yang
bertimbang rasa dapatlah mengurangkan perasaan rindu akan keluarga rakan mereka
pada hari jadinya. Selain itu, rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan juga dapat
dilahirkan. Semasa perbincangan dibuat, guru pelatih yang terlibat telah memanfaatkan
semua ilmu pengetahuan untuk kebajikan kumpulan dan berfikiran terbuka dengan
menerima kritikan dari ahli kumpulan lain. Oleh itu, hasrat kerajaan yang ingin
melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan berakhlak mulia dapat ditunaikan.
Gelanggan
Di samping itu, pihak institut juga menyediakan beberapa kemudahan sukan
seperti gelanggan bagi menjamin kesihatan guru pelatih. Antara gelanggan yang telah
disediakan ialah gelanggan bola tampar yang boleh didapati di depan Blok Gemilang,
gelanggan tennis dan gelanggan futsal yang boleh didapati di depan Dewan Hajah
Rohani serta gelanggan badminton yang terdapat dalam Gimnasium. Dalam gelanggan

gelanggan tersebut, semua kemudahan yang diperlukan telah disediakan dengan


mengikuti standard antarabangsa. Sebagai contohnya, terdapat juga tiang tiang
lampu telah disediakan sekitar gelanggan tennis dan gelanggan futsal supaya para guru
pelatih dapat menikmati keseronokan mereka pada waktu malam. Oleh itu, gelanggan
yang telah disediakan oleh pihak IPG telah berjaya menawan hati guru pelatih yang
sangat berminat akan permainan.
Setiap petang, terdapat sekumpulan guru pelatih akan berkumpul di sini untuk
menikmati keseronokan mereka. Sebagai contohnya, para guru pelatih dan pensyarah
akan berkumpul di gelanggan badminton dengan tujuan menikmasti keseronokan
badminton tanpa mengira kaum, bangsa dan warna kulit. Begitu juga dengan keeadaan
di gelanggan futsal. Walaupun futsal merupakan permainan yang jarang kita dapat lihat
dalam kehidupan harian, tetapi terdapat juga banyak guru pelatih mempunyai minat
yang tinggi terhadap permainan tersebut dan sanggup mempelajarinya daripada guru
pelatih lain yang mahir. Dengan ini, bukan sahaja guru pelatih yang betul betul mahir
terhadap permainan tersebut dapat melibatkan diri sahaja, malahan terdapat juga guru
pelatih lain yang tidak mahir mendapat peluang menghayati permainan tersebut.
Melalui contoh contoh yang telah dihuraikan di atas, salah satu unsur FPK
telah diterapkan, iaitu unsur jasmani. Menurut FPK, unsur jasmani menekankan
tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat dengan menjaga kesihatan
badan dan melakukan riadah seperti yang mana telah dilakukan oleh para guru pelatih
IPGKTB pada setiap petang. Justeru, terjaminlah kesihatan dan kecerdasan badan
guru pelatih bagi menghadapi cabaran masa depan. Selain daripada unsur jasmani,
rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dapat dilahirkan. Hal
ini demkian kerana keupayaan mereka manjalinkan perhubungan yang baik antara guru
pelatih mahupun antara guru pelatih dengan pensyarah semasa permainan dijalankan.
Oleh itu, hasrat kerajaan melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan
tinggi malahan daya ketahanan diri yang tinggi bukanlah lagi satu mimpi.
Gimnasium

Gimnasium juga merupakan salah satu kemudahan yang penting bagi menjamin
kesihatan para guru pelatih dapat terjamin. Dalam bangunan gimnasium telah
dibahagikan kepada dua tingkat. Pada tingkat pertama, terdapat gelanggan badminton,
gelanggan skuasy, bilik kuliah yang khas untuk guru pelatih PJ dan bilik membuat gym
yang telah dipenuhi dengan alatan alatan gym manakala pada tingkat kedua terdapat
tempat duduk penonton dan bilik tarian. Di sini juga terdapat pejabat yang
bertanggungjawab terhadap kemudahan kemudahan yang telah disediakan dalam
bangunan gimnasium ini. Justeru, guru pelatih perlu membuat permohonan untuk
sesetengah kemudahan seperti bilik tarian bagi menjamin kesempurenaan kemudahan
tersebut dapaty diperliharakan.
Setiap petang, bangunan gimnasium ini merupakan tempat gemaran para guru
pelatih. Hal ini kerana kemudahan yang terdapat dalam bangunan dapat membolehkan
guru pelatih melakukan aktiviti riadah dan latihan tubuh badan terutamanya bagi guru
pelatih lelaki. Bilik membuat gym merupakan tarikan bagi guru pelatih lelaki. Hal ini
demikian atas sebab para guru pelatih dapat menyempurnakan bentuk badan serta
menunjukkan sifat kelelakian mereka. Selain itu, bilik tarian yang terdapat dalamnya
merupakan tempat para guru pelatih mencungkilkan bakat mereka dalam bidang tarian.
Sebelum tarian dipersembahkan, guru pelatih yang terlibat mesti mambuat latihan yang
secukupnya di dalam bilik ini. dalm proses latihan tarian, guru pelatih telah
mengamalkan sifat keterbukaan dengan menerima kritikan dari orang lain. Justeru,
bangunan gimnasium bukanlah tempat guru pelatih menyihatkan badan sahaja.
Melalui contoh contoh yang disenaraikan atas, dapat terbukti bahawa unsur
jasmani yang terdapat dalam FPK dapat diterapkan. Penumpuan guru pelatih terhadap
perkembangan tubuh badan yang sihat dengan menjaga kesihatan badan dan
melakukan aktiviti riadah seperti badminton dan skuasy. Kesihatan badan guru pelatih
juga dapat diperliharakan melalui penggunaan bilik gym sebagai tempat membentukkan
bentuk badan yang sempurna. Melalui penggunaan bilik tarian sebagai tempat latihan
persembahan, potensi individu guru pelatih dapat diperkembangkan denga latihan
tarian. Di sini, terdapat banyak guru pelatih yang tidak pernah menari telah berjaya
mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan meningkatkan bakat dan minat

mereka dalam bidang tarian sehingga berupaya dan beryakin membuat persembahan
di khalayak orang ramai. Dengan ini, hasrat FPK digubalkan dapatlah direalisasikan.
Astaka
Sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan IPGKTB, saya telah mendapati
bahawa sebuah padang yang luas bersamaan dengan sebuah bangunan yang
bentuknya sangat istimewa. Sinilah dikenali sebagai astaka, tempat pelbagai program
jasmani formal seperti Kejohanan Olahraga Tahun ( KOT ) dijalankan. Dengan tujuan
ini, padang yang terdapat telah disempurnakan dengan gelanggan bola sepak,
landasan larian, landasan lompat tinggi dan kawasan lontar peluru. Bangunan astaka
pula, mempunyai tempat duduk yang bertingkat, bilik salinan yang bersamaan dengan
tandas dan bilik stor untuk menyimpan alat alat sukan. Justeru, dapatlah para guru
pelatih melakukan pelbagai aktiviti dalam keadaan yang sempurna.
Di sini, para guru pelatih telah melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Antaranya,
aktiviti KOT yang diadakan sekali setahun. Terdapat guru pelatih yang aktif dalam
bidang sukan telah melibatkan diri dengan menjadi peserta acara acara KOT seperti
lontar peluru dan lompat jauh. Peserta pesereta tersebut bukan sahaja dapat
memperkembangkan prestasi dan bakat mereka dalam bidang sukan malahan dapat
mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Bagi guru pelatih yang tidak mengambil
bahagian, mereka juga akan melibatkan diri untuk menjayakan KOT dengan memberi
sokongan kepada wakil rumah sukan mereka dan sanggup menerima kegagalan wakil
rumah mereka dengan hati yang terbuka. Oleh itu, para guru pelatih bukan sekadar
dapat menyihatkan badan mereka di sekitar kawasan astaka sahaja, malahan dapat
membentuk sahsiah yang positif seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan kita.
Melalui contoh contoh yang telah diseneraikan, keinginan kerajaan kita
melahirkan insanyang seimbang dan harmonis dapat direalisasikan menerusi FPK. Hal
ini dikatakan begitu kerana guru pelatih yang badannya sihat dan berakhlia mulia telah
dilahirkan dengan penyertaan mereka dalam aktiviti KOT dan kesanggupan mereka
menerima kegagalan tanpa sebarang rungutan. Selain itu, unsur jasmani yang terdapat
dalam FPK dapat dilihat dengan jelas sekali denga kesukarelaan mereka mengambil

bahagian dalam aktiviti sukan. Perbuatan mereka bukan sekadar dapat memberi
sumbangan kepada rumah sukan mereka malahan dapat membentukkan peribadi yang
baik.
Keceriaan
Papan Notis
Terdapat banyak papan notis telah disediakan dalam sekitar kawasan IPGKTB.
Antaranya, papan notis kokurikulum yang terdapat di sekitar Laluan Haji Ismail Din,
papan notis Jabatan Hal Ehwal Murid yang terdapat di kawasan Pusat Informasi dan
papan notis asrama. Tujuan papan notis ini disediakan adalah untuk menyampaikan
maklumat maklumat yang penting dan rasmi kepada para guru pelatih. Justeru, papan
notis tersewbut telah diletakkan di tempat yang dapat menarik perhatian guru pelatih
dan bersesuaian.
Namun begitu, para guru pelatih telah mengorbankan masa mereka dengan
serela hatinya untuk mencantikkan papan notis tersebut terutamanya bagi guru pelatih
perempuan. Mereka sanggup menggunakan masa persendirian untuk mencantikkan
papan tersebut dengan memperkembangkan bakat kesenian mereka dalam kumpulan
tersebut. Dalam kumpulan tersebut, para guru pelatih telah mengamalkan sikap
keterbukaan dan toleransi semasa perbincangan telah dibuat. Mereka telah bersedia
untuk menerima kritikan negeatif terhadap papan notis dari pihak lain dengan hati yang
terbuka.
Melalui contoh contoh yang telah disenaraikan di atas, hasrat kerajaan yang
ingin memperkembangkan potensi individu dapat direalisasikan. Para guru pelatih
bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi mereka dalam akademik sahaja
malahan dapat mencungkil serta memupuk bakat mereka dalam bidang kesenian.
Secara tidak langsung, bakat guru pelatih dapatlah diperkembangkan dengan
menyeluruh. Dari segi unsur rohani, akhlak yang mulia dapat dibentukkan dalam jiwa
guru pelatih dengan sikap keterbukaan mereka menerima kritakan pihak lain dalam
proses mencantikkan prasarana IPG ini.

Kantin
Sebagai seorang manusia, makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi
meneruskan kehidupan. Selaras dengan keperluan tersebut, pihak IPG telah
menyediakan kemudahan kantin yang terletak di belakang Dewan Aminuddin Baki. Di
dalam kantin, pelbagai makanan dan tempat duduk yang secukupnya telah disediakan
bagi menampung keperluan para guru pelatih. Di dalam kawasan kantin, tempat
mencuci tangan turut disediakan bagi menyenangkan para guru pelatih untuk mencuci
tangan sebelum dan selepas menjamu selera. Justeru, kantin merupakan tempat yang
paling ramai guru pelaith mengkunjungi pada waktu rehat.
Pada waktu rehat, kantin akan dipenuhi dengan orang ramai untuk membeli
makanan bagi mengisi kelaparan. Namun begitu, para guru pelatih tetap mengamalkan
sikap bertolak ansur dengan beratur sepanjang masa pembelian makanan dijalankan.
Mereka begitu sabar untuk menunggu giliran masingf masing dan bukan sebaliknya
dengan merebut rebut untuk menjadi orang yang pertama membuat pembelian itu. Di
sinmi juga, para guru pelatih amat menjaga kebersihan kantin. Selepas makan,
bungkusan roti ataupun kota air akan dibuang ke dalam tong sampah oleh guru pelatih
dan bukan membiarkannya di atas meja.
Melalui fenomena fenomena atas yang dapat dilihat di kantin, rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab dapat dilahirkan. Hal ini demikian kerana kesedaran guru
pelatih yang positif membolehkan mereka mematuhi peraturan dan undang undang
yang telah ditetapkan. Kesedaran ini dapat dilihat melalui kelakuan mereka yang
beratur semasa pembelian makanan dibuat seperti mana peraturan kantin yang telah
ditetapkan. Selain itu, rakyat yang berakhlak mulia dapat dibentuk dengan melalui sikap
toalak ansur yang telah diamalkan oleh para guru pelatih sepanjang pembelian
makanan. Oleh itu, matlamat FPK dapatlah dicapaikan melalui parsarana ini.
Bilik Kuliah
Sebagai salah satu tempat menuntut ilmu di Malaysia, bilik kuliah merupakan
prasarana yang tidak boleh diabaikan. Di dalamnya, pelbagai kemudahan telah
disediakan. Antaranya, meja, kerusi, kipas atau penghawa angin, papan putih dan alat

alat teknologi tinggi seperti projektor. Dengan kemudahan kemudahan yang


terdapat ini, aktiviti kuiliah dapat dilaksanakan dengan lancar sekali. Selain itu,
kemudahan yang lebih mengutamakan

kebersihan dan keceriaan bilik kuliah telah

disediakan, iaitu penyapu dan tong sampah. Justeru, para guru p[elatih dapatlah belajar
dalam keadaan yang selesa dan bersih.
Bilik kuliah merupakan tempat yang mesti dihadiri oleh semua guru pelatih setiap
hari kecuali hari Sabtu dan Ahad. Di sini, para guru pelatih akan menjalankan aktiviti
kuliah dan juga aktiviti keceriaan bilik kuliah. Setiap guru pelatih akan mengorbankan
masa mereka untuk membersihkan bilik kuliah dan mencantikkan bilik kuliah mereka
masing masing. Sesetengah guru pelatih telah menghiaskan bilik kuliah mereka
selaras dengan perayaan perayaan kaum tertentu. Dengan ini, wujudlah suasana
belajar yang bersih dan harmonis.
Melalui

contoh

contoh

yang

disenaraikan,

rakyat

Malaysia

dapat

memperkembangkan daya berfikir dan penguasaan kemahiran 4 M mereka.


Penguasaan ilmu mereka terhadap pedadogi belajar juga dapat diperkukuhkan melalui
aktiviti kuliah mereka. Tambahan pula, guru pelatih dapat dilatih sebagai rakyat
Malaysia yang berketerampilan. Para guru pelatih mempunyai kemahiran dalam
menyempurnakan tugasan mereka dan melaksanakan tugas mereka dengan cekap dan
sempurna melalui penjagaan kebersihan dan kecerian bilik kuliah masing masing.
Arca
Sepanjang masa permerhatian, saya dapati bahawa terdapat sebuah arca yang
sangat cantik di kawasan persekitaran Jabatan Seni. Arca mempunyai reka bentuk
yang

luar

biasa

dan

kegunaaan

warna

perang

sebagai

warna

utamanya.

Penggabungan warna perang ini dengan reka bentuknya yang istimewa telah
menjadikan arca ini salah sebuah tarikan bagi pengunjung IPGKTB. Namun begitu,
kegunaan warna perang ini telah membuat arca ini kelihatan harmonis dengan kawasan
persekitarannya. Dengan ini, lahirnya suasana yang harmonis dari segi pandangan
mata kasar.

Melalui prasarana ini, rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dari segi
kesenian dapat dilahirkan. Para guru pelatih yang mencintai ilmu pengetahuan
kesenian dan sentiasa menimbah ilmu pengetahuan bidang ini serta menyebarkan ilmu
tersebut bagi tujuan memanfaatkan diri sendiri dan orang lain. Justeru, ilmu
pengetahuan kesenian dapatlah dimanfaatkan dengan baik dan suasana harmonis
dapat diwujudkan.
Nilai Murni
Jalan Laluan
Bagi menangani masalah perubahan cuaca yang tidak dapat diduga, pihak
IPGKTB telah menyediakan jalan laluan yang berbumbung. Jalan laluan ini telah
menyambung dari blok blok asrama sehinggalah bilik kuliah masing masing.
Sepanjang jalan ini telah dilengkapi dengan papan notis, kerusi dan juga kata kata
hikmat di sebelah atas. Oleh itu, tidak perlulah para guru pelatih berasa bimbang tidak
dapat menghadiri kuliah atas sebab cuaca yang teruk.
Semasa para guru pelatih menggunakan jalan ini sebagai laluan mereka pergi ke
bilik kuliah, mereka telah menggunakan kemudahan yang telah disediakan ini secara
menyeluruh. Sebagai contohnya, para guru pelatih akan mengangkat kepala mereka
dan melihat kata kata hikmat tersebut serta memahaminya sedaya mungkin. Terdapat
juga guru pelatih telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
memahami kata kata hikmat tersebut. Justeru, kata kata hikmat tersebut telah
memai9nkan peranan yang penting dalam kehidupan para guru pelatih.
Melalui contoh contoh di atas, rakyat yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.
Dengan pemahaman para guru pelatih terhadap kata kata hikmat tersebut, mereka
dapat membezakan nilai baik dan buruk serta menyedari tentang kesan daripada
perbuatan baik dan buruknya. Bukan sekadar ini sahaja, mereka juga dapat menghayati
nilai, kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Oleh itu, berupayalah para guru
pelatih mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk dalam jiwa
mereka.

Surau
Untuk menyenangkan para guru pelatih Islam menepati ajaran agama, surau
telah disediakan di antara Blok Budiman dan Blok Gemilang. Dengan adanya bangunan
surau ini, para guru pelatih Islam dapat mengamalkan ajaran agama mereka dengan
menepati masa yang ditetapkan. Sebagai contohnya, semua guru pelatih Islam telah
menghadiri solat pagi setiap hari dengan tepat waktunya. Pada masa yang sama, guru
pelatih yang bukan Islam telah menunjukkan hati mereka yang bertimbang rasa dan
hormat kepada agama Islam.
Melalui contoh ini, dapatlah dilihat dengan jelas bahawa semangat kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan telah diingati dalam jiwa hati mereka. Melalui perlakuan
mereka dapat terbukti bahawa mereka bukan sekadar mempercayai kewujudan Tuhan
sebagai pencipta alam malahan telah mematuhi segala ajaran amalan agama masing
masing. Mereka juga menyedari bahawa kewujudan manusia untuk memakmurkan
alam semester ini. Justeru, mereka hanya akan melakukan kebaikan dan menghindari
kejahatan seperti mana ajaran agama masing masing.
Secara kesimpulannya, pihak IPG KTB telah menyediakan pelbagai jenis
kemudahan yang bersesuaian bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Namun begitu, matlamat pendidikan negara yang ingin melahirkan insan
yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani hanya akan direalisasikan atas dorongan dan kerjasama pelbagai
pihak masyarakat terutamnya bagi pihak guru dan pihak ibu bapa. Hal ini kerana kedua
dua pihak ini merupakan pihak yang terpenting untuk melahirkan insan generasi
muda yang dihasratkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Penghargaan
Saya ingin mengambil kesempataan ini untuk menujukkan penghargaan saya
yang tertinggi kepada semuan pihak yang pernah menghulurkan bantuan kepada saya
sepanjang masa saya menyiapkan kerja kursus Falsafah Pendidikan ini. Terlebih
dahulu, saya berasa amat bersyukur atas berkatan Tuhan terhadap saya. Semasa saya
menyempurnakan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah yang amat
merumiskan. Walau begitu, saya tetap dapat menghadapi masalah masalah tersebut
dengan hati yang tenang sekali atas limpah kurniaanNya.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan seribuan terima kasih yang setinggi
tingginya kepada guru pensyarah saya, Pn Hjh Siti Sharipah Mohamad. Beliau telah
mencurahkan usaha yang banyak untuk membantu kami lebih memahami kehendakan
tugasan supaya kami dapat menyemprnakan lagi kerja kursus kami. Beliau bukan
sahaja sentiasa mengambil berat tentang perkembangan kerja kursus kami malahan
tidak pernah beliau berasa jemu untuk memberi tunjuk ajar kepada kami. Dengan ini,
barulah kami dapat menghasilkan kerja kursus yang terbaik.
Dengan ikhlas hatiku, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa
dan ahli keluarga saya atas bantuan dan kerjasama mereka. Sepanjang masa saya
menyempurnakan kerja kursus ini, merekalah yang merupakan orang yang memberi
galakan dan sokongan kuat kepada saya. Ibu bapa saya juga sentiasa menelefon saya
dan mengambil tahu tentang perkembangan kerja kursus saya serta masalah
masalah yang telah saya hadapi walau mereka berada di tempat yang jauh dengan
saya.
Akhir sekali, saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya terhadap rakan
rakan sebaya saya atas kesudian mereka menghulurkan bantuan. Dalam proses
mengumpul maklumat, saya telah menghadapi sedikit masalah yang amat merimaskan,
iaitu bahan rujukan yang tidak mencukupi. Namun begitu, mereka telah menghulurkan
bantuan mereka dengan meminjam mata mereka untuk mencari maklumat yang
berkenaan. Dengan ini, tenanglah hati saya untuk mendapat bahan rujukan yang
mencukupi atas bantuan mereka dan usaha sendiri.

3.1 Latar Belakang Carl Rogers


Carl Rogers merupakan salah seorang tokoh pendidik barat yang amat terkenal
dengan teori pemusatan individu yang bertujuan untuk memahami personaliti dan
hubungan manusia. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago.
Memandangkan beliau sudah mahir membaca pada usia pra sekolah lagi, beliau pun
mulalah pendidikan formal di Gred Dua. Asuhan dan didikan di rumah yang amat
menekankan kepada unsur agama telah menjadikan beliau seorang yang berdikari dan
berdisiplin.
Pada 1919, Carl Rogers telah mengikuti program agrikultur di University Of
Wisconsin, Madison. Pada 1924, beliau berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam
bidang sejarah di universiti yang sama dan diikuti perkahwinannya dengan Hellen Elliott.
Kemudiannya, beliau meyertai Union Theological Seminary di New York. Dalam tempoh
itu, beliau masih sempat menggembara ke Negara asia seperti Japan, Korea dan China.
Pada masa ini, sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikoterapi,
keamanan dan penyelesaian konflik dapat dilihat dengan jelas.
Pada tahun 1926, beliau telah mengambil keputusan meninggalkan New York
dan bertugas sebagai pensyarah di Columbia University Teachers College. Pada tahun
yang sama, beliau dikurniakan putera lelaki yang diberi nama sebagai David Elliot
Rogers. Setahun tahun kemudian, beliau berjaya mendapat ijazah sarjana di Columbia
university teachers College. Kemudian beliau menyertai Rochester Society for the
Prevention of Cruelty to Children (RSPCC) sebagai ahli psikologi kanak-kanak. Anak
kedua beliau, Natalie Rogers dilahirkan pada tahun 1928
Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi ahli lembaga RSPCC. Pada 1931, beliau
mendapat ijazah kedoktoran daripada Columbia University Teachers College. Kajian
beliau tentang humanis dan psikologi berterusan sepanjang masa. Banyak buku yang
Pelopor pendekatan humanis yang telah ditulis oleh beliau diterbitkan seperti
Measuring Personality Adjustment in Children dan The Clinical Treatment of the
Problem Child.

Pada 1940, beliau telah menjadi Profesor dan pensyarah sepenuh masa di Ohio
State University. Beliau menekankan terapi yang berpusatkan klien. Pedapatan itu telah
dinyatakan dalam buku beliau yang bertajuk Counseling and Psychotherapy. Beliau
berpindah ke university of Chicago pada 1945 dan memulakan pusat kaunseling. Beliau
juga menyandang jawantan sebagai presiden American Psychological Association
(APA).
Sepanjang masa itu, beliau menerima banyak anugerah daripada pelbagai pihak.
Antaranya ialah University of Wisconsin. Pada 1964 pula, beliau berpindah ke La Jolla,
California, dengan tujuan untuk menyertai Western Behavioral Studies Institute (WBSI).
Beliau bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan aktif menulis buku tentang hasil
kajian beliau.
Pada 1979, isteri beliau, Helen Rogers telah meninggal dunia. Namun begitu,
beliau tetap meneruskan aktiviti dan kajian beliau. Pelbagai bengkel dianjurkan di
seluruh Amerika. Pada 1987, beliau juga dianugerahkan hadiah nobel keamanan dan
meninggal dunia pada 1987 di La Jolla, California. Secara kesimpunlannya, inilah latar
belakang Carl Rogers.

3.2 Sumbangan Carl Rogers


Semasa Carl Rogers bertugas di Psatuan Mcegah Kganasan Thdp Kanak2,
beliau telah menghasilkan buku pertama iaitu The Clinical Treatment of the Problem
Child (1939) dan telah dberi gelaran Profesor di Ohio State University pd thn 1940.
Buku kedua pula, berjudul sebagai Counseling & Psychotherapy: New Concepts in
Pratice menekankan kepentingan bagi klien mewujudkan hubungan ataupun rapo
dengan seorang terapis yang prihatin dan bersifat terbuka. Ini membantu klien untuk
mengatasi masih yang dihadapi serta memperolehi celik akal agar berupaya
menstruktur semula hidupnya.
Pada tahun 1945, Rogers telah mendirikan sebuah pusat kaunseling di Universiti
Chicago dan berdasarkan pengalaman di pusat itu, hasil karya pertama beliau berjudul
Client-Centered Theraphy bjaya dterbitkan pada tahun 1951. Beliau banyak ke luar
Negara untuk berkongsi dan sebarkan ilmu tentang pendekatan pemusatan individu.
Dari tahun 1915 sehingga 1980, beliau banyak mengendalikan bengkal bersiri bersama
anak perempuannya iaitu Natalie Rogers. Antaranya, pertumbuhan kendiri, perubahan
sosial, komunikasi, silang budaya dan sebagainya.
Lawatan terakhir beliau pergi ke Rusia pada usia 87 tahun. Di sana, beliau telah
memberi ceramah serta menjadi fasilitator bagi bengkel pengalaman eksperiental yg
berfokuskan kepada komunikasi & kreativiti. Sehinggalah saat kematian beliau, Rogers
masih aktif dalam bidang penulisan serta pengendalian sesi sesi terapi berasaskan
pendekatan pemusatan individu. Beliau juga mendapat anugerah Award for
Distinguished Professional Contributors to Psychology oleh Persatuan Psikologi
Amerika (APA) atas sumbangan beliau dalam bidang psikoterapi, kaunseling &
psikologi.
Di samping itu, beliau juga terpilih untuk menerima anugerah Ahli Humanis Thn
1964 oleh Persatuan Humanis Amerika. Rogers telah dicalonkan untuk anugerah
Nobel Prize atas jasa beliau terhadapan konflik antara kumpulan nasional di Afrika
Selatan dan Ireland Utara pada penghujung hayat beliau. Nama Rogers menduduki
tempat ke-6 dalam senarai nama ahli psikologi abad ke-20 yg terkenal.

Senarai Kandungan
Bil.

Tajuk

1.

Penghargaan

2.

Tugasan 1.0

3.

1.1 Pengenalan FPK

4.

1.2 Prasarana IPG

5.

Tugasan 2.0

6.

Tugasan 3.0

7.

3.1 Latar Belakang Carl Rogers

8.

3.2 Sumbangan Cari Rogers

9.

Bibiliografi

10.

Lampiran

Muka Surat

Tugasan 3.0 :
3.1 Latar Belakang Carl Rogers
3.2 Sumbangan Cari Rogers

Tugasan 1.0 :
1.1 Pengenalan FPK
1.2 Prasarana IPG

Tugasan 2.0 :
Perbentangan Tutorial Kumpulan

Bibiliografi

Keow, C. L. (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan


Budiman Sdn Bhd.
Perjuangan Tokoh-Tokoh Pendidik: Tokoh Pendidikan Barat. (t.t). Didapatkan Februari
28, 2014, daripada ALIEDUBLOG:
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/perjuangan-tokoh-tokoh-pendidiktokoh.html
Rashid, N. A., Cheong, L. K., Mahayudin, Z., & Noordin, Z. (n.d.). Falsafah dan
Pendidikan Di Malaysia. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai