Anda di halaman 1dari 17

Jelaskan kepentingan Etika

Keguruan Malaysia dan


tanggungjawab guru yang
dinyatakan dalam kod Etika
Keguruan Malaysia.

Disediakan oleh:
Wu Zijing
Chiah Jing Wen
Wong Wen Chyi
Yu Wan Jing
Kepentingan Etika Keguruan
Malaysia
Menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan.
Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap


pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
Kepentingan Etika Keguruan
Malaysia
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara
lain.
Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara
ini ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen. Usaha untuk menyemak semula


kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Kepentingan Etika Keguruan
Malaysia
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi.
Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat
pendidikan dan negara.

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah


organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.
KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA
Seseorang guru perlu mematuhi kod etika demi
menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian
seseorang guru.
Kod Etika Keguruan ini dipaparkan di halaman depan
buku persediaan mengajar.
Kod etika ini disediakan dalam bentuk ikrar agar
semua guru akan mematuhi dan menjaga imej
profesion keguruan seperti berikut:
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama
pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab


membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya,
maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion
kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
Pelajar

Rakan Tanggungjawab Ibu bapa


sejawat guru

Masyarakat
dan negara
1) TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar


(tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama)

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah


sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan suatu cara pakaian,
pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang
baik kepada pelajar.

Merahsiakan maklumat ikhtisas


atau sulit mengenai pelajar
kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui
pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran guru mencapai
mutu yang tinggi
2) TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-


anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang


erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa


mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka
sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa
kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi


oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau


melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
3) TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
Mengelakkan diri daripada menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taatsetia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa


serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan
memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan


kehidupan moral, kebudayaan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima


oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan
baik
4) TANGGUNGJAWAB TERHADAP
RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan atau ulasan


yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang
boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh


menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami
terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab


guru dengan rajin dan bersungguh-sungguh.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan


nama baik profesion keguruan.

Akan menjadi ahli dalam sesebuah pertubuhan guru.


Sekian,
terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai