Anda di halaman 1dari 7

Perihal Iman dan Kekuasaan Allah

Allah Maha Kuasa,Makhluk Tiada Kuasa.

Satu-satunya anugerah Allah yang amat bernilai ialah IMAN.Iman adalah anugerah
Allah Yang Maha Pemurah yang paling-paling berharga.Tiada benda di dunia fana ini
lebih bernilai dari iman.Mercedes-Benz SLR MacLaren tidak mampu mengatasi nilai
iman.Mitsubishi Lancer Evolution VIII tidak mengatasi nilai iman.BMW GTR tidak
mampu mengatasi nilai Iman.

Banglo 10 tingkat siap dengan kolam renang,pemandu peribadi dan lapangan helikopter
amat jauh jika dibandingkan dengan nilai iman.

Malah wanita-wanita cantik juga amat rendah nilainya berbanding iman.Claudia Schiffer
tidak mampu mengatasi nilai iman.Emma Watson tidak mampu mengatasi nilai
iman.Diana Danielle tidak mampu mengatasi nilai iman.Rozita Che Wan tidak dapat
dibanding dengan iman.Malah Scha Al-Yahya amat jauh nilainya berbanding dengan
iman yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

Iman yang dianugerahkan Allah adalah mengikut kehendak-Nya.Iman bukanlah boleh


diwarisi.Dari seorang ayah yang bertakwa.Iman tidak dapat dijualbeli.Iman bukanlah
seperti tukaran wang asing atau laksana bermain saham.Iman bukanlah mengalir dari satu
keturunan kepada keturunannya sehingga ke hari kiamat.Tiada siapa yang boleh
menjamin seluruh keturunannya,semuanya beriman sepenuh-penuhnya mengikut jalan
yang diperintahkan Allah dan Rasul sesungguhnya sehingga ke Hari
Kiamat.Tiada.Memang tiada.Iman adalah anugerah Allah.Hari ini satu orang merasa
bangga dia keturunan orang-orang warak.Hari ini satu orang merasa bangga dia
keturunan alim ulama.Hari ini satu orang boleh merasa megah dia kaum kerabat
auliya.Namun malangnya bukanlah sebab keturunan yang boleh dijadikan pasport ke
Syurga Allah.Hanya satu benda ini sahaja yang menjadi pasport ke Syurga Allah.Apa
dia?

Iman....

Firman Allah:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu
disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal."

(Hujuraat ayat 13)

Hanya orang yang bertakwa sahaja yang paling mulia dari kalangan manusia,bukanlah
sebab dia keturunan mana-mana manusia hatta mengaku keturunan nabi sekalipun,adakah
orang itu mengikut cara nabi,jalan nabi atau akhlak nabi?Di dalam kubur,bukanlah
ditanya Mercedes kamu,banglo kamu,ijazah kamu,sarjana kamu,diploma kamu,sijil
kamu,sijil SPM,sijil MLVK,sijil Giat Mara atau sebagainya...

Di akhirat Tuhan tidak bertanya keturunan siapakah kamu??Keturunan walikah?


keturunan nabikah?keturunan alim ulamakah?Para penguasakah?Bangsawankah?Cerdik
pandaikah?

TIDAK SAMA SEKALI.

Tetapi iman kamu...


Iman adalah anugerah Allah,istimewanya ia boleh didapatkan.Bagaimana untuk
mendapatkan iman?Dengan mengamalkan apa yang disaksikan dalam kalimah syahadah:

Petikan dari Hadis (yang panjang) diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a:

"......Maka Rasulullah s.a.w menerangkan:(dasar-dasar) Islam itu ialah engkau


melafazkan kalimah syahadah bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah,dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,dan
engkau mendirikan solat dan memberikan zakat serta berpuasa pada bulan
Ramadhan,dan juga engkau mengerjakan haji ke Baitullah....."

(Muslim)

Lailahaillah Muhammadurrasulullah...kita diperintahkan untuk menyembah Allah.Tetapi


bagaimana caranya untuk menyembah Allah itu?

Dengan cara Nabi s.a.w.

BUkan cara Iblis,bukan cara nafsu sendiri,bukan cara emosi sendiri,bukan cara Rasul
Kahar.

SEbab itu pentingnya menghayati rahsia Kalimah Syahadah.BUkannya kalimah itu hanya
bermain dibibir sahaja.Hari ini ada orang yang menolak hadis nabi.Mereka hanya pegang
AlQuran sahaja.Jadi bagaimana mereka mahu solat kerana cara solat hanya ditunjukkan
oleh Nabi s.a.w??
Mereka solat hanya berpandukan nafsu sendiri.Zahirnya mereka mengucap Lailahaillah
Muhammadurrasulullah,namun amalan mereka menjadi Lailahaillah Nafsi rasulullah.

Apabila Nabi s.a.w sudah wafat,siapakah yang boleh kita jadikan contoh orang-orang
yang ikut cara Nabi s.a.w??Ahlu Bait dan Para Sahabat.Abu Bakar ikut cara Nabi,Umar
ikut cara Nabi,Usman ikut cara Nabi,Ali ikut cara Nabi,Aishah ikut cara Nabi,Fatimah
ikut cara Nabi,Hassan dan Hussein ikut cara Nabi dan orang-orang yang seumpama
dengan mereka.

Merekalah contoh kita untuk tahu cara Nabi s.a.w.Bukan Abu Jahal,bukan Abu
Lahab,bukan Abdullah Bin Saba,bukan Ubay Bin Khalaf,bukan Hitler,bukan George
Bush dan bukan Obama.

Mereka bukan orang-orang yang ikut cara Nabi s.a.w.

Orang ikut cara Nabi s.a.w lah orang yang akan dapat iman.Iman yang paling
berharga.Tiada benda dalam dunia ini yang paling bernilai selain iman.

Inilah iman.Iman bersifat fleksibel.Iman boleh turun boleh naik.Iman juga boleh
diperbaharui (renew).Bagaimana hendak renew iman kita?

Abu Hurairah ra meriwayatkan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:


Perbaharuilah iman kamu? Sahabat bertanya : “Bagaimana kami memperbaharui iman
kami. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab: Perbayakkanlah mengucapkan
kalimah Lailahaillallah. (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Targhib)

Jadi marilah kita bersama-sama renew iman setiap hari.

Allah Maha Kuasa,Makhluk Tiada Kuasa.


Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi.Allah s.w.t mencipta
manusia,haiwan,pokok,malaikat,jin dan syaitan.Allah juga menciptakan Iblis dan
Dajal.Allah juga menciptakan The Hidden Hand,The Elite,Zionis,Mason dan
Illuminati.Allah berkuasa mencipta apa saja.Semuanya berada di bawah kekuasaan
Allah.Tiada siapa di dalam dunia atau alam semesta ini;di dalam atau di luarnya boleh
mengatasi kekuasaan Allah.

Jika orang mengatakan bahawa air sangat hebat,maka ada yang lebih hebat dari air.Apa
dia?Contohnya batu.Sebab itu para pemprotes di Palestin melempar batu ke arah kereta
kebal Israel,bukan menyiram air ke permukaan kereta kebal tersebut.Namun sehebat-
hebat batu ada lagi makhluk Allah yang lagi hebat dari batu.Apa dia?Pistol.Ada askar
Israel yang bila menggunakan pistol ini,boleh menumbangkan 7 orang pelempar batu
Palestin ini walaupun 10 orang Palestin melempar batu secara berjemaah ke arah askar
Israel itu.

Wah,pistol itu amat berkuasa dari batu rupanya.Hebat...hebat.

Namun sebenarnya ada lagi benda yang lebih hebat dari pistol.Aik...apa dia?Machine
gun.Machine gun ini boleh melepaskan beratus-ratus peluru lebih banyak dan pantas dari
sepucuk pistol.Pejuang Hamas yang menggunakan Machine gun ini boleh
menumbangkan berpuluh-puluh askar Israel dalam masa tidak sampai setengah
jam.Masya Allah...hebatnya Machine gun...benda ini lebih berkuasa dari pistol itu.Aku
taknaklah pestol-pestolan ini.Aku nak dapatkan Machine gun.Berkuasa.Pantas.Bijak.

Tetapi tuan...tuan.Ada lagi benda di dunia fana ini lebih hebat dari Machine gun
ini.Oitt...ada lagi yang hebat??Apa dia?

Bazooka.

Bazooka ini lebih handal serangannya dari Machine gun ini tuan...tuan.Askar Israel yang
melancarkan Bazooka ini boleh meranapkan sebuah rumah dan merosakkan struktur
bangunan.Apalagi jika ia dihalakan kepada sekumpulan kanak-kanak Palestin yang
sedang mengutip batu-batu dijalan.Sekali peluru Bazooka jatuh pada mereka,semua
sekali akan selamat menjadi arwah dalam masa tidak sampai 2 minit.Ya...begitu cepat
seperti tuan-tuan memasak mee maggi.

Masya Allah...begitu dasyatnya benda bernama Bazooka ini!!Nampaknya Machine gun


tidak berkuasa langsung berbanding Bazooka.Dan aku yakin seadanya bahawa Bazooka
inilah yang paling hebat mengatasi semua senjata-senjata itu.Biarlah aku jual saja AK-47
dan Machine gun jenama Browning ini kepada macha besi buruk.Aku insaf sekarang.

Nanti dulu tuan-tuan...kerana ana ingin beritahu satu senjata yang teramat hebat.Lagi
hebat dari Bazooka.Malah beratus kali ganda hebat dan dasyat dari Bazooka.Seorang
kanak-kanak Palestin kalau menjatuhkan benda ini ke atas bandar Tel Aviv...masya
Allah....dapat menghapuskan bukan saja Tel Aviv...malah seluruh Israel dari peta dunia.

Ya Allah!!! Apa bendanya itu yang amat hebat melebihi Bazooka!!!

Benda ini namanya BOM ATOM.

Bom atom ini amat dasyat ya maulana semua.Satu bom atom ini jika dilepaskan ke atas
Pulau Singapura mampu menukarkan profesion rakyat Singapura kepada perenang Selat
Tebrau.Bom atom ini kalau dijatuhkan ke atas Menara Eiffel,ia bukan sahaja mampu
menghilangkan menara itu malah menghaibkan Paris dari geografi Perancis.Malah anak-
anak cucu 7 keturunan warga Paris akan menderita kesan radioaktif dan mati perlahan-
lahan.Bom atom ini jika diletupkan di bawah Laut China Selatan,mampu menimbulkan
daya Tsunami selaju beribu-ribu knot,sehingga mampu menenggelamkan sebahagian
Borneo dan Pantai Timur Malaysia.Rakyat Kelantan dan Terengganu tiada lagi masalah
banjir.Memang selesai masalah mereka.

Wow!Hebatnya BOM ATOM!!Saksikanlah bahawa aku mengaku Bom atom ini lebih
berkuasa dari Bazooka.Bom atom lebih hebat dari Bazooka.Bom atom lebih handal dari
Bazooka.Bom atom lebih layak dipercayai dari Bazooka.Kekuasaan Bazooka tidak
mampu mengatasi kekuasaan Bom atom.Aku benar-benar menyedari hakikat ini.Aku
insaf..ya benar-benar insaf.

Baguslah kalau maulana menyedari bahawa Bom Atom lebih berkuasa dari
Bazooka.Tetapi ada masalah sedikit ya maulana.

Apa dia???

SEBENARNYA ADA LAGI YANG LEBIH HEBAT,LEBIH DASYAT


KEKUASAANNYA BERBANDING BOM ATOM!!!!!!

Ya Rabbi!!!...APA DIA LAGI???

Ada lagi yang berkuasa dari Bom atom,dari Bazooka,dari Machine gun dari pistol dari
batu dari air...ya tuan-tuan ya maulana...

Malah pencipta Bom atom itu sendiri diciptakan olehnya.

Siapa???Cakap!!Siapa???

Iaitu...
ALLAH....

Ya Allah...Engkau Maha Kuasa ya Allah...Makhluk tiada kuasa.....

Anda mungkin juga menyukai