Anda di halaman 1dari 13

Perihal Rezeki

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,

Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa
yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali
atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu
akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika
Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya
walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba
untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

Rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran
rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak
isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita.Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi
berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk,komputer,penghawa
dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.
Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan
anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa
bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh
dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan
sendiri,sekurang-kurangnya motorsikal.

Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya
oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-
sama 'menumpang' rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang buang anak.Maknanya
dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama rezeki yang
mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong
sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal peguam,jurutera,pensyarah,ahli
perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?
Setiap orang berlainan tahap rezekinya.SEorang pemuda zaman batu telah mendapat
seekor biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya
hanya mampu mendapat dua ekor ular kapak sahaja.Ada orang pada zaman Tamadun
Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang
dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.Maharaja China mampu memakan sup daging
angsa manakala petani miskin di Xian hanya mampu memakan belalang goreng
sahaja.Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madu manakala seorang
ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit
kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLM manakala ada orang
memandu Maserati Merak SS.

Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat
gadis secomel Enot.Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput
babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam
yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuok dikurniakan harta
RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan
aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang mat rempit yang berkerja sebagai 'despatch' di
bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar 'Nan Sempit' manakala
rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak
RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universiti hanya mampu makan megi kari
sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan
burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!

Fikirkan apa yang akan Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa
yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan
malam ini,fikir...apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di
Palestin makan malam ini.

Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman
seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Tuhan berbanding seorang
fakir miskin?Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan
materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-
senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya
dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz
sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan
iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah
memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk
dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya
yang membukit,dia berhak lebih kaya dari Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan


yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh
menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah
berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan
mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum
apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana
sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi
rezeki kepada hamba-hamba-Nya.

ALLAH MEMBERI REZEKI DI ATAS SIFAT KASIH SAYANGNYA,SIFAT AR-


RAHMAN DAN AR-RAHIM.

Istimewanya,kita boleh berdoa meminta rezeki dari Allah,meminta melapangkan


rezeki,meluaskan rezeki atau tambah rezeki.Dan Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah dirinya.

Jika Allah memberi rezeki atas sistem merit,maka makin banyaklah orang miskin dalam
dunia.Siapa yang berusaha gigih hanya berjaya.Siapa yang pandai hidup walau pun
menipu dan makan rasuah,mereka inilah yang hidup bahagia di dunia.Siapa pandai main
duit,dia lah kaya.Siapa yang tidak di universiti,gelaplah masa depannya.Tetapi hukum
kehidupan tidak begitu.HIDUP INI BAGAI PUSINGAN RODA.Jika hari ini dia
kaya,tidak semestinya dia akan kaya seumur hidup.Bila-bila masa Allah boleh tarik
kekayaan darinya.Dulu Rashid Hussein (RHB) tersenarai dalam barisan orang terkaya di
Malaysia misalnya,hari ini di manakah beliau?Dahulu Syed Mokhtar Al-Bukhari pernah
menjual barangan di tepi-tepi jalan ketika kecil namun di manakah beliau hari ini?Donald
Trump pernah menjual air tin dan akhbar dari rumah ke rumah ketika remaja namun
siapakah beliau hari ini?Tetapi ada orang di stesen bas Medan Kidd,Ipoh atau di
Puduraya yang telah mengumpul tin-tin kosong dan kotak-kotak untuk dijual selama
bertahun-tahun tetapi masih juga tidak kaya!
Siti Nurhaliza tidak pernah ke universiti.SPM dia hanya pangkat dua.Bahasa Inggerisnya
berterabur.'Freshie' Universiti Malaya yang baru masuk kampus tahun ini lebih fasih
berbahasa Inggeris dari Siti Nurhaliza.Tetapi kereta Siti berderet-deret.Siti tinggal di
rumah banglo.Apartment,rumah atas bukit,rumah ala resort dan sebagainya pun ada jika
rumah banglonya terbakar.Siti tidak kisah.Duitnya beribu,berjuta-juta.Siti bersuamikan
Datuk.Siti tidak perlu jadi perempuan pisau cukur seperti dalam filem Pisau Cukur
lakonan Maya Karin dan Fazura untuk memikat Datuk K.Tidak perlu.Namun adakah
sebab Siti hanya SPM pangkat dua dan tidak mahir berbahasa Inggeris,dia tak layak
untuk kaya?Tidak bukan?Jadi siapa yang beri rezeki kepadanya?Universiti?SEkolah?
Muzik?SPM?Diploma?Ijazah?Peminat?Datuk K?

ALLAH LAH YANG BERI REZEKI KEPADA SITI NURHALIZA.


JIka rezeki Allah diberi berdasarkan sistem kuota maka banyaklah orang miskin hari
ini.Orang-orang kafir akan jatuh miskin kerana tidak beriman.Malah mentari pun tidak
mahu menyinari kehidupan non-muslim ini.Mereka hidup hanya untuk merasa seksaan
Allah dan kemudian mati begitu sahaja.Donald Trump tidak layak jadi kaya.Dia mungkin
hanya layak minum air sungai Kelang sahaja.Itu pun di akhirat nanti dia akan ditanya
tentang nikmat air sungai Kelang itu.Robert Kuok tidak layak makan stik atau bubur nasi
Beijing yang mahal itu.Dia mungkin hanya layak makan hampas-hampas tebu atau gula
pasir sahaja untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.

Malah tauke-tauke yang suka menipu dan ahli korporat yang makan rasuah itu pun tidak
layak hidup kaya-raya.Jika rezeki diberi mengikut Hukum Ekonomi Adam Smith maka
tauke-tauke dan ahli korporat tadi layak untuk tidur di bawah jambatan.Ini kerana cara
penipuan dan pembohongan tidak mematuhi hukum etika dan moral kemanusiaan yang
sihat.Ini adalah hukum Machievelli;matlamat menghalalkan cara.Ini juga tidak termasuk
dalam sistem kuota yang mengikut kehendak Allah.Hanya orang-orang Islam yang
beriman sahaja layak makan rezeki Allah.Hanya orang soleh,ustaz,mufti,kaki surau dan
masjid sahaja layak kaya-raya berdasarkan iman dan amal mereka.Siapa menentang
hukum Allah,dia layak tinggal di kaki-kaki lima mengharap sesuap nasi.Siapa yang tidak
suka Hukum Hudud yang dicipta Allah dan suka pula kepada Hukum Penjajah Common
Law,maka tenggoroknya tidak layak mengecapi rezeki Allah jika sistem kuota
dipakai.Siapa yang memperlekehkan azan dan Nama-Nya,maka dunia ini akan dijadikan
neraka fasa pertama baginya;hidup susah sesusah-susahnya.Rezeki liat nak sampai ke
mulutnya.Air pun segan nak menyentuh tubuhnya.Cahaya matahari,lampu
pendaflour,lampu neon,lampu disko atau cahaya kelip-kelip sekalipun malu nak
menyinari tubuhnya sebab Allah pakai sistem kuota dalam memberi rezeki kepada
makhluk-Nya.

TETAPI HAKIKATNYA TIDAK BEGITU.ALLAH BERI REZEKI ATAS SEBAB


SIFAT PEMURAH DAN PENYAYANGNYA.SIFAT PENYAYANG ALLAH
MELEBIHI KEMURKAANNYA.
Allah tidak beri rezeki atas sistem kuota.Para Kaisar dan Kisra hidup mewah tetapi nabi-
nabi majoritinya hidup miskin atau sederhana.Jika semua nabi-nabi hidup mewah seperti
raja-raja Rom dan Parsi,nanti manusia akan ikut nabi-nabi bukan kerana KEBENARAN
ALLAH TETAPI KERANA SEBAB REZEKI YANG DIMILIKI NABI-NABI ITU.

Sebab itu Robert Kuok dan Ananda Krishnan mampu menikmati rezeki Allah.Itu sebab
Bill Gates mampu menjana pendapatan 300 juta sebulan.Sebab apa?

SEBAB KASIH SAYANG ALLAH.

Jika seluruh air di alam semesta ini malah seluruh hidrogen dan oksigen yang ada
disenyawakan untuk dijadikan dakwat bagi menuliskan nikmat Allah itu kepada seorang
manusia,maka tiadalah cukup air-air itu untuk menuliskan nikmat Allah itu.Jika seluruh
plastik dan logam malah kayu-kayu di dunia ini dikumpulkan untuk dijadikan pena untuk
menuliskan nikmat Allah itu maka sesungguhnya amat jauh lagi dari cukup untuk
menghuraikan seluruh nikmat Allah itu.Jika seluruh makhluk dikumpulkan;sebahagian
menuliskan dengan pena dan sebahagian menaipkan menggunakan mesin taip dan
komputer akan semua nikmat Allah,maka tiadalah cukup bilangan mereka dan mereka
akan mati sebelum sempat menghabiskan walau suku dari sezarah nikmat Allah itu.
Siapakah yang mampu menilaikan betapa bernilai rezeki yang dikurniakan Allah dari
sejak bayi sehingga dewasa?Nilai rezeki Allah itu hanya mampu dinilai ketika dirinya
ditahan dari menerima rezeki itu.Donald Trump akan terasa betapa bernilainya sekeping
pizza jika dia jatuh miskin dan kebuluran.Ariel Sharon hanya dapat merasakan betapa
bernilainya setitis air dan menghargai kehidupan apabila ditimpa koma berbulan-
bulan.Ada orang bersungut apabila penghawa dinginnya tidak berfungsi 10 minit.Ada
orang memaki hamun apabila 'black out' sejam,padahal berapa lama rumahnya disinari
cahaya berbanding bergelap?

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,

Allah Azza Wa Jalla beri rezeki kepada orang beriman,Allah juga beri rezeki kepada
orang kafir.Allah beri rezeki kepada Dr. Maza.Allah beri rezeki juga kepada Rasul
Kahar.Allah beri rezeki kepada Datuk Harussani,mufti Perak.Allah beri rezeki juga
kepada Ayah Pin yang air basuh kakinya diminum oleh pemuja berhala di Batu
Caves.Allah beri rezeki kepada Najib Tun Razak.Allah beri rezeki kepada Anwar
Ibrahim.Allah beri rezeki juga kepada Lim Guan Eng.Allah beri rezeki juga kepada Nik
Aziz.Allah beri rezeki juga walaupun ada di antara mereka yang berdolak-dalik nak
menjalankan Hukum-Nya.Allah beri rezeki juga walau ada di antara mereka yang
menggunakan agama untuk cita-cita politik.Allah s.w.t tidak kisah semua itu.SEBAB
BUKAN MEREKA YANG BERI REZEKI KEPADA ALLAH BAHKAN ALLAH
YANG BERI REZEKI KEPADA MEREKA.Segala tindak tanduk dan pilihan manusia di
muka bumi tidak mempengaruhi langsung kekuasaan Allah memberi rezeki.

Adakah kerana seorang gadis Melayu murtad mengikut seorang pemuda yang dicintainya
akan menurunkan walau satu paras martabat Allah itu?Adakah kerana seorang gadis di
Sweden yang memeluk Islam kerana mendapat hidayah Allah akan menaikkan walau
satu paras martabat Allah?TIDAK...TIDAK DAN TIDAK.

SEMUA ITU TIDAK ADA KESAN LANGSUNG KEPADA KEKUASAAN


ALLAH YANG BERKUASA MEMBERI REZEKI KEPADA MANUSIA.

Sama ada manusia mahu beriman atau kafir,itu TIDAK MEMBERI MANFAAT
ATAU MUDARAT SEDIKIT PUN KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA.

Jadi ya maulana-maulana sekalian apa sebab Allah beri rezeki kepada kita?Apa sebab
Allah beri cahaya matahari kepada kita?Apa sebab Allah beri kita bernafas secara
percuma ini?Adakah setiap kali kita bernafas ini kita kena tol RM0.20 sen sekali sedut?
Rumah yang kita duduk ini,anak-anak kita,isteri kita...siapa yang beri nikmat ini ya
maulana-maulana sekalian?

Rezeki yang tuan makan tadi sampai meleleh air liur,siapa yang beri?Roti canai,nasi
lemak dan telur separuh masak buat sarapan pagi tadi siapa bagi?Nasi goreng dan air teh
siapa yang kurniakan?Nasi kandar mamak dan segelas milo ais makan tengahari siapa
bagi?Nasi campur dan teh ais siapa kurniakan?Kenapa Ah Hong dapat makan mi sup dan
bubur nasi serta sayuran?Mengapa Muthusamy dapat makan nasi dengan kari dal?Siapa
beri rezeki kepada mereka?Patung Buddha?Patung Murugan?Malah Buddha dan
Murugan itu sendiri diberi rezeki oleh Allah jika mereka mengetahui.Malah Buddha itu
sendiri merintih lapar meminta dihapuskan kesakitannya ketika di bawah Pokok Bo.Siapa
yang hapuskan rasa lapar Buddha?Padahal kononnya Buddha itu Tuhan?Siapa yang
'Jesus' panggil ketika kesakitan di tiang salib?Kenapa tidak turun sahaja dari tiang salib
jika dia TUhan?
Kenapa Allah beri juga orang kafir ini hidup senang lenang walau menyembah batu dan
kayu?Mengapa Allah sampaikan rezeki ke mulut-mulut mereka walau mereka tidak
menyembah-Nya?Mengapa Allah beri juga pembuat filem Fitna makan dan minum setiap
hari walau dia kata Allah ni Tuhan pengganas?Kenapa Allah beri juga?Kenapa dan
mengapa wahai maulana-maulana?

Tanya diri kenapa Allah beri juga kita makan nasi walau kita buat maksiat,kita tinggalkan
sembahyang,kita lawan mak bapak.Allah beri kita masuk universiti,Allah beri kita
pekerjaan,Allah majukan perniagaan kita tapi tanya diri,ADAKAH AKU TELAH
BERSYUKUR KEPADA NIKMATNYA?

Adakah aku telah bersyukur dengan nikmat rezeki Allah?Rezeki melihat,rezeki


mendengar,rezeki menghidu,rezeki makan,rezeki merasa,rezeki
menyentuh...rezeki...rezeki...dan rezeki...

Jangan tanya apa yang Allah beri kepada kita,tetapi tanya apa kebaktian yang kita
persembahkan kepada Allah.

Allah tidak beri rezeki untuk kita bayar balik rezeki tadi.Allah Maha Kaya dan tidak
berkehendak kepada rezeki.Manusialah yang berkehendak kepada rezeki.Allah jadikan
kita untuk beribadah kepada-Nya bukan semata-mata mencari rezeki sahaja.MENCARI
REZEKI HANYALAH KEPERLUAN MANUSIA BUKAN MATLAMAT HIDUP
MANUSIA.

MATLAMAT HIDUP MANUSIA IALAH BERIBADAH KEPADA ALLAH.

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-
Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)

Kerana itu ya tuan-tuan...hanya satu sebab mengapa Allah beri semua ini kepada
kita.TIDAK KIRA YANG ISLAM MAHUPUN YANG KAFIR.
Sebab ini tuan,dan jika kita faham sebab ini...kita akan faham rahsia Ar-Rahman dan Ar-
Rahim.

Dengan sebab ini Allah beri orang Islam makan rezeki Dia.Dengan sebab ini Allah beri
orang kafir makan rezeki Dia.

Sebab apa ya tuan-tuan?

SEBAB KASIH SAYANG-NYA.


Ya Allah!Engkau Maha Penyayang Ya Allah!Ampunkan daku Ya Allah!Aku
kurang bersyukur kepada Engkau Ya Allah!Aku makan rezeki Engkau tapi aku
buat maksiat kepada Engkau Ya Allah!

Ampunkan aku Ya Allah!

Ampunkan aku!.......

Anda mungkin juga menyukai