salam...
Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan
perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan di
mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa 'pemerintahan' waris ADAM yang
di gelar raja@dewa.
Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yang
besar kepada pengunjung Nusanaga. Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang
bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama atau
di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah,
saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini di
bongkar sepenuh pada awal tahun 2010 ini.
Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianya
memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih pada
cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara fizikalnya sukar untuk di buktikan.
Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar 'puzzle-puzzle' yang
telah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah
satu artikel panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan
tetapi lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua
dapat melihat siapakah 'melayu' itu sebenarnya.
.....................................................................
Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir
yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di
muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebut
perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-
bangsa di muka bumi ALLAH ini di 'implan'kan memori mengenai banjir besar ini
melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.
Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa
dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR... persoalannya, kenapa
BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja yang
melibatkan air dan kemusnahan?
Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat
seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang
kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang
dasyat yang membawa kepada
banjir 'super'.
Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu
di naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan
di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak
besar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca
dari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan
hilang di sebabkan arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkan
limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang
semakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu,
Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)
Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan
banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.
.....................................................................
"Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama
Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
"Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung.
Dan Nuh memanggil anaknya - sedang anak itu berada di tempat
yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu
berada bersama orang-orang yang kafir."
"Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat
memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi
hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang". Dan gelombang
menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu
termasuk orang-orang yang ditenggelamkan."
"Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah," dan
airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun
berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."
Ayat 41-44 surah Huud
Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini
meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja. Untuk
mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang ada dan
membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu
dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi
tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.
2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era
Nuh adalah era di mana kerajaan 'satu umat' masih berkuasa. Terdapat juga
beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut
musnah atau masih kekal dan berevolusi?
- oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir
- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama
- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua
Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhu
menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir
pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalah
model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.
Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat 'membina'
bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas
sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjadi
tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besar
kemungkinan, akan berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengan
gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut
yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia
berlaku secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di
permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia.
Tiada maaf bagimu!!!
4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa kata
ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak
pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Noh
menceritakan segalanya.
Bukan hanya surah nuh yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang
berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara
yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya apa yang anda baca itu
anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang
mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada
hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh
pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang
mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran
dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan
musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu?
Sedaya upayalah kalian menjauhinya.
Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua
dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?
Jawapan saya...di seluruh dunia.
.....................................................................
Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai
spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan
kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan
melatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang
makhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun
mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat.
Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.
Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka
tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu
dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan
perosak sebelum banjir besar itu berlaku.
Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-
"Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni
mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan
menutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri dengan
sangat."
Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai
sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan 'satu
umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa
itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh dan kita
ini.
Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau lizard men'.
Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang
mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketika
itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari
kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di
gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang
dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para
kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi,
samakah kita dengan era nabi nuh itu?!
Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda
nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'. Pada ayat 28,
surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah' Nuh itu, akan di ampuni
dosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu
di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dan
daratan baru.
Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam
bahtera NUh menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM.
Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakan
merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan
nabi muhammad dan seterusnya.
Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula
dapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia
memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara
mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah
ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-
ahli rumah itu?
Di katakan, Nabi Nuh adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta
bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah
pun 'menghantar' pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada
mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan
alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.
Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek
yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya
yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman
menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi 'gerak-geriNYA' dalam
menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang
terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.
Ketiga-tiga waris Nuh ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang
sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah
mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-
mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini.
Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi.
Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh itu tadi.
.....................................................................
PERGERAKKAN WARIS NUH YANG HEBAT
"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga
'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran
Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah)
agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan
pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar
di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini
sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih
pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang
pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi
dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan
rumpun melayu kian terbongkar.
Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam
Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di
kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita
mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk
mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang
bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.
Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari
tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-
bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu
maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di
tanah yang cukup tinggi.
Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah
tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah
puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara
logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan,
kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang
tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan
bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya
bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab
berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya
peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi).
Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi
yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di
gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais
seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan
yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa
(tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)
Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian
'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh
waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak
nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-
masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan
mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga
kembali.
"Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang
yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang
kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat
Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi
peringatan itu."
Ayat 73, surah yunus
Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian ini
bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada
surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang membentuk sesuatu di
kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas
banjir Nuh.
.....................................................................
"Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka,
diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak dianiaya."
ayat 47 surah yunus
Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang
sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah pada
awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup beriman
kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang
beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja atau
dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang akhirnya membentuk agama
penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk
dunia menyembah berhala ini.
Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-araf
ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik.
Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-
-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status
hamba pada para firaun)
-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda
-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan
-137:7
"Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian
timur bumi dan baratnya yang telah berkah padanya"
-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel
menyembah patung anak lembu
-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan
-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-masing (Nabi
musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)
-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari
mana perkataan 'orang hutan' bermula?)
-169: 7
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil
dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)
Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yang
akan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan
kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU. Lihatlah bangsa
atau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad,
Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata - di
binasakan.
Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umat
atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang
putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita ini ke bab
seterusnya.
.....................................................................
ERA IBRAHIM
Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal -uzair.
Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia
mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat
tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya.
Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.
Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar "patriarchs" ataupun golongan
"bangsawan' yang membina keluarga dan mempunyai negarakota sendiri.Nabi
Ibrahim adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi
Ibrahim memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan olehFiraun. Firaun
cuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH,
Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan 'puterinya'
sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga
mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama
QETURAH.Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini.
Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.
Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui
kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi
Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya
tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR
yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan
kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi
Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya
melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mula
kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY
KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya
di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab
mempunyai banyak kaum dan keturunan dan
mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara
arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara
mereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara
lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi
ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli
rumah' Bahtera Nuh.
Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata
lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini
melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah;
Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi
Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golongan
bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN +
IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi
Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada
menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka
berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA
adalah antara dari susur galur QETURAH ini.
Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN.
Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN
dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan
ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula
di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH
MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya,
raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh
terjadi?
.....................................................................
"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan
kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan
anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari
Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan
hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri."
ayat 84, surah ali-imran
frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada
keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun
yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi
penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali
Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s
yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun
semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.
Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling
bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani
Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan
firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang
terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah
berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah
jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat
luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun
tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui.
Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana
tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe of jews"?
Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel
yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya
dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.
Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa
DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi
musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani
israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di
mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari
berperang dengan bangsa asal Palestine.
Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel
dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan' dari bangsa
yang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di tangan baginda sendiri.
Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus
di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk
lakukan demikian kerana risau 'tercalar iman'?!
Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang?
Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM.
ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.
Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara 'dahulu', 'kini' dan 'masa
depan'?
.....................................................................
PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang di
dunia
Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan
anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas
sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara
mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah
telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu
benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya
beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'.
Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang
'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di
alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu
hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara.
Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitan
sepenuhnya berlaku.
"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah
Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan
kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan
sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka
karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi
yang lain."
Ayat 6 surah al-anaam
Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari
kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari
kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita
harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan
mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan
ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat
sangatkah?!
Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAM
dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang
terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM
ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.
Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan
seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin
manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah
asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau
Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun,
kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia
seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat
mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU
SEGALA ini.
Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa
MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya
pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama
makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku.
Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik.
Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik
'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.
Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat
mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan
beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini.
Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang
berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang
bermula dari golongan Babarian.
Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah
keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa
kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani
isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon,
Akkadian, Cheldea dan ARYAN.
.....................................................................
Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada
memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah
seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru
beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu
perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi,
frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek
kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua
kebangkitan akan di rasai.
Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah
klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada 'matinya'
dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan
beriman yang di pimpin oleh para nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana
percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa
ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda
di gelar sebagai BAPA BANGSA.
Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala
lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era
kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah
frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah
segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.
Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana
ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi,
siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak
jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
"Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai
kenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini
sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh
katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH
itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini,
andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang
kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.
.....................................................................
Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita
mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini
dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsa
MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa 'ahli rumah' dari bahtera nabi noh,
maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar
sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksud
Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi
kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana
wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel
BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian
wassalam
...................
rujukan:-
-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua