Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan keutamaan


iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dalam Falsafah
Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan penumpuan kepada
pembinaan insan yang berketerampilan. Contohnya, mazhab Progresvisme dimana
mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam
kehidupan seharian.

Akpek ini juga terdapat dalam Falsafah Pendidikan kita dimana falsafah ini
digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Selain itu, dalam mazhab esensialisme, tumpuan diberikan kepada kemahiran asas
seperti membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran wajib seperti sains,
sejarah, seni dan muzik. Ia adalah sama seperti Falsafah Pendidikan Negara kita
dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan penumpuan.

1
2.0 Konsep-konsep falsafah pendidikan tradisional barat

2.1 Konsep Perenialisme

Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi


oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai aliran
falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M. Hutchins
(1899-1977), Mortimer J. Alder (1802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques Maritain
(1882-1973) dari Perancis.

Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana pengaruh materialisme,


pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot.
Untuk menyelamatkan tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan
hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka
yang menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar.

Rajah 1 : Konsep Perenialisme


2.2 Konsep Essensialisme

2
Essensialisme berasas daripada falsafah tradisional. Pandangan pendidikan ahli-
ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealism dan realism. Falsafah
pendidikan essensialisme ini adalah dipelapori William C. Bagley (1874-1946) dari
Amerika Syarikat pada tahun 1938. Penyokong-penyokong essensialisme ialah Thomas
Briggs, Frederick Breed dan Issac L. Kandel. Selepas Russia berjaya menghantar
setelitnya ke angkasa lepas pada tahun 1957, essensialisme semakin diutamakan
sebagai pertimbangan asas dalam inovasi kurikulum sekolah.
Ahli-ahli falsafah pendidikan essensialisme, seperti James B. Conant (1893-
1978) dan Hyman George Rickover (1900-?), berpendapat fitrah manusia sebenarnya
kekurangan nilai-nilai murni yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi
insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu
melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke
tahap keharmonian dan penyempurnaan.

Rajah 2 : Konsep essensialisme

3.0 Konsep-Konsep Falsafah Pendidikan Moden Barat

3
3.1 Konsep Progresivisme

Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme. Falsafah


naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau berbangsa Perancis (1712-1778),
Heinrich Pestalozi (bangsa Swiss:1746-1827) dan Friedrich Froebel (bangsa Jerman:
1782-1852), semasa zaman reformasi di antara tahun 1712 hinggga 1860.

Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semulajadi seperti kain
putih dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam
sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semulajadi, yang berasaskan daripada falsafah
pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah
dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori pembelajaran ini
bercangggah dengan memaksa pelajar belajar seperti yang disarankan dalam Teori
Disiplin Mental. Ia disebaliknya menyarankan agar menunggu timbul minatnya terhadap
pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran Semulajadi menekankan keberkesanan
pembelajaran bergantung kepada kesediaan pembelajaran seseorang, yang telah
menjadi salah satu prinsip pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam masa kini.

Rajah 3 : Konsep Naturalisme


3.2 Konsep Pragmatisme

4
E
S
I
T
M
G
A
R
y
w
D
h
o
J
n
a
d
c
r
e
i
P Manakala, pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952), Wiliam
H. Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg (1886-1960)
dari Amerika Syarikat.

PR
Pi
A
J
G
o
er
c e
M
hn
A
D
dan
T I
ew
SM
ey
E

Rajah 4 : Konsep Pragmatisme

5
Rajah 5 : Konsep Progresivisme

6
3.3 Konsep Rekonstruktivisme

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada


aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran
fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dan Harold O.
Rugg(1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatism John Dewey.
Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme hanya
sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu mengadakan
sesuatu falsafah ‘krisis’ seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat kebudayaan
masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan. Tambahan pula,
mengikut mereka progresivisme terlalu mementingkan pendekatan dan proses
pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya.
Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan harus mengandungi objektif
eksplisit, iaitu membentuk “Order Baru Masyarakat” sebagai objektif yang ideal,
membaiki masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat,
demi membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.

Pelopor utama aliran fahaman


rekonstruktivisme ialah George Berpendapat pengalaman
S. Counts (1899-1974) dan sebenarnya ialah hasil interaksi
Harold O. Rugg(1886-1960) manusia dengan elemen-
elemen dalam alam
persekitaran dan alam sosial
Memfokuskan kepada usaha
ahli falsafah dalam membentuk
masyarakat baru dan
berpendapat bahawa sekolah
haruslah menjadi suatu
organisasi yang mengamalkan
rekonstruktivisme REKONSTRUKTIVISME

Rajah 6 : Konsep Rekonstruktivisme

7
3.4 Konsep Eksistensialisme

Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang


berasaskan naturalisme Roesseau dan mazhab humanis, ianya dipelopori oleh Carl
Rogers (1902-1987), beliau berpendapat bahawa seseorang berupaya untuk bertindak
berdasarkan ilmu pengetahuan dan kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan
keadaan yang sesuai. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa manusia perlu
mengutamakan pembelajaran kendiri serta hasil pembelajaran yang diperoleh haruslah
mempunyai makna kepada mereka.

Rajah 7 : Konsep Eksistensialisme

8
4.0 Implikasi Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia Falsafah
Pendidikan Tradisional Barat

4.1 Perenialisme

Rajah 8 : Implikasi Perenialisme Dalam Pendidikan di Malaysia

Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral. Program pendidikan juga disusun
agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Falsafah pendidikan perenialisme ini diaplikasikan dalam falsafah pendidikan
kebangsaan (FPK) 1988 iaitu " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

Menurut falsafah pendidikan perenialisme ini, fungsi asas pendidikan hendaklah


mengutamakan perkembangan potensi rasional individu di mana kita dapat lihat
implikasinya dalam salah satu unsur FPK iaitu mengembangkan potensi individu.

9
Setiap orang mempunyai potensi dan kebolehan semula jadi iaitu anugerah daripada
tuhan yang mana mungkin tidak diketahui secara sedar. Potensi dan kebolehan itu
perlu sentiasa diperkembangkan dan dipertingkatkan melalui interaksi dengan
persekitaran dan pendidikan yang berkualiti.

Selain itu falsafah ini ada menyatakan bahawa tugas pendidikan ialah memupuk
kelakuan moral. Melalui unsur FPK iaitu melahirkan rakyat malaysia yang berakhlak
mulia, jelas menunjukkan perkaitannya. Bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang
memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu berteraskan imu,
keyakinan dan amalan. Masyarakat ini akan terbentuk melalui kesedaran dan keinsafan
yang lahir dari dalam diri setiap rakyat.

Falsafah ini juga menekankan untuk melatih pelajar dalam 3M, iaitu menulis, membaca
dan mengira sebagai kemahiran asas. Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan
Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi
peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan
bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya
supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir.

Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Ini juga telah termaktub dalam FPG
bahawa unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti
ketepatan masa, bersopan santun, bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar
supaya mereka membesar menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin.

10
4.2 Esensialisme

Rajah 9 : Implikasi Essensialisme Dalam Pendidikan di Malaysia

Menurut falsafah pendidikan essensialisme, guru memainkan peranan yang utama


dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti
kehidupan orang biasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara
terus menerus. Hal ini kita dapat lihat di bawah Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru
yang berpekerti mulia adalah ciri yang ingin dibentuk. Ciri ini penting supaya guru boleh
menjadi role model dan teladan kepada pelajar.

Di Malaysia khususnya, guru merupakan role model yang utama kepada pelajar kerana
sebahagian besar masa pelajar dihabiskan di sekolah. Maka guru perlu mempunyai
pekerti dan moral yang mulia untuk membentuk peribadi pelajar yang berpekerti mulia.

Falsafah essensialisme ini menyatakan guru hendaklah mengamalkan sikap pimpinan


demokratik. Hal ini kita dapat lihat dalam salah satu unsur FPG iaitu memelihara suatu

11
masyarakat yang demokratik yang mana menekankan kaedah inkuiri dan dapatan.
Bukan itu sahaja, falsafah ini berpendapat seseorang guru hendaklah mempunyai
kelayakan akademik yang berpatutan, emosi stabil, dan juga memahami psikologi
perkembangan kanak-kanak dan remaja. Melalui salah satu unsur FPK iaitu melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis jelas menunjukkan implikasi falsafah barat ini di
Malaysia. Insan yang seimbang dan harmonis ialah Manusia yang memiliki sahsiah
yang sepadu apabila semua potensi “dirinya” dikembangkan secara selaras,
menyeluruh dan harmonis. Mereka ini seimbang dari aspek rohani, jasmani dan juga
sahsiah.

Falsafah ini masih menekankan penguasaan 3M (menulis, membaca, mengira) dalam


kalangan pelajar di mana gurulah yang menggerakkannya. Bukan itu sahaja, guru juga
hendaklah mengamalkan sikap pimpinan demokratik contohnya semasa pemilihan
ketua darjah dan jawatan-jawatan lain, pelajar perlu diberi peluang membuat pilihan.
Begitu juga dalam hal membuat keputusan yang tidak begitu penting, pelajar boleh
diberi kesempatan membuat keputusan sendiri.

Selain itu, dalam falsafah essensialisme pelajar belajar perkara yang mudah dahulu di
sekolah rendah kemudian beralih kepada yang sukar apabila memasuki sekolah
menengah. Contohnya di sekolah rendah pendidikan 3M adalah yang paling
ditekankan. Kemudian apabila di sekolah menengah, mata pelajaran yang sukar seperti
fizik, arithmetik, kimia, biologi dan kalkulus diperkembangkan selain pemantapan dalam
pendidikan membaca dan menulis yang lebih khusus. Sistem ini begitu bersamaan
dengan sistem pendidikan di Malaysia. Mudah di sekolah rendah dan bertambah sukar
di sekolah menengah. Fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni yang
sempurna dan untuk itu individu perlu melalui latihan intelek dan mental.

FPG juga menyarankan supaya guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh

12
dan bersepadu yang merangkumi aspek JERI supaya nilai-nilai murni ini dapat disemai
dan dipupuk dalam diri pelajar.

4.3 Progresivisme

Rajah 10 : Implikasi Progresivism Dalam Pendidikan di Malaysia

13
Berdasarkan falsafah progresivisme, perkembangan potensi individu pada masa
kini lebih berkesan kerana sukatan pelajaran yang dirancang adalah berdasarkan
peringkat umur serta kebolehan pelajar mengikut keadaan semasa. Selain itu, implikasi
daripada falsafah tersebut terhadap pendidikan di Malaysia juga adalah pengenalan
subjek-subjek baru berdasarkan minat pelajar. Jika pada waktu dahulu pelajaran seni
ataupun muzik dipinggirkan dan keutamaan hanya diberikan kepada mata pelajaran
penting seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sahaja tetapi keadaan sekarang
berbeza dengan pada waktu dahulu. Subjek-subjek seperti seni dan muzik sudah diberi
keutamaan yang sewajarnya di atas kesedaran menyediakan kurikulum berdasarkan
minat dan keperluan pelajar. Di atas kesedaran itu juga, kita dapat lihat perubahan yang
berlaku sekarang adalah kerajaan telah menubuhkan banyak sekolah pelbagai aliran
untuk memenuhi keperluan pelajar. Contohnya, terdapat sekolah berasrama penuh
yang kebanyakkannya menawarkan aliran sains kepada pelajar, sekolah menengah
agama yang menawarkan aliran agama dan sekolah menengah harian biasa yang ada
menawarkan aliran sastera, aliran sains dan juga aliran agama untuk para pelajar. Di
sekolah-sekolah itu juga terdapat kelas pendidikan seni dan muzik untuk pelajar yang
meminati bidang tersebut. Kesan daripada saranan John Dewey iaitu memperkenalkan
subjek Kemahiran Hidup dalam kurikulum, kita berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai kemahiran daya cipta yang tinggi dan mampu berfikir secara kreatif dalam
kebanyakkan aspek hidup. Hasil daripada perkembangan di atas, kita dapat melihat
bahawa perkembangan individu berlaku secara menyeluruh dan bersepadu apabila
perubahan-perubahan ini berlaku. Minat dan kebolehan pelajar tidak lagi diabaikan
dalam memastikan setiap individu di Malaysia mempunyai pendidikan. Kesemua
perkara tersebut terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merupakan
penambahbaikkan kepada falsafah-falsafah pendidikan pada zaman terdahulu.

14
4.4 Rekonstruktivisme

N
P E R BI N CA N G A
N
M EN G A D A KA

Rajah 11 : Implikasi RekonstruktivismeDalam Pendidikan di Malaysia

15
Teori falsafah pendidikan barat sememangya mendatangkan impak yang besar
di dalam sistem pendidikan di Malaysia khususnya pendidikan di peringkat
rendah,menengah dan pengajian tinggi.Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK) merupakan salah satu implikasi dan teknik yang diaplikasi dan diterapkan di
dalam kurikulum sekolah.Kemahiran berfikir ini menjadi salah satu aspek penting yang
ditekankan di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana aspek ini
membantu pelajar dalam menjana sesuatu idea dengan lebih bernas dan rasional serta
secara tidak langsung meningkatkan pencapaian pelajar ke satu tahap yang lebih baik.
Selain itu,teori rekonstruktivisme juga turut memberi kesan di dalam pendidikan
di Malaysia melalui teknik perbincangan (group discussing) di kalangan pelajar di
sekolah.Teknik perbincangan merujuk kepada pelaja-pelajar mengadakan
perbincangan mengenai sesuatu tajuk atau perkara yang dibincangkan bagi
mendapatkan cadangan atau usul yang terbaik yang mampu memberikan hasil iaitu
keputusan yang positif di antara satu sama lain.Teknik perbincangan di terapkan di
kalangan pelajar dari pendidikan rendah melalui kerja berkumpulan yang memerlukan
setiap dari mereka memberikan pendapat dan idea yang secara tidak langsung akan
meningkatkan lagi daya pemikiran di kalangan pelajar.Aspek perbincangan ini jelas
dapat di lihat keberkesanannya di dalam pendidikan melalui pencapaian akademik
pelajar di dalam peperikasaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM.Sahsiah dan sikap
positif pelajar seperti berani mengemukakan cadangan turut dikembangkan dikalangan
pelajar dan juga menjadikan setiap pelajar aktif dalam mengambil bahagian ketika
perbincangan dilakukan.

16
4.5 Eksistensialisme

Rajah 12 : Implikasi Eksistensialime Dalam Pendidikan di Malaysia

Kesan daripada falsafah eksistensialisme terhadap perkembangan pendidikan di


Malaysia pada masa kini ialah ianya mempengaruhi salah satu konsep asas yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ilmu. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang dapat mengubah dan membentuk diri serta masyarakat
dunia. Hal ini merupakan pengaruh daripada falsafah Eksistensialisme yang
menyatakan bahawa manusia berupaya untuk bertindak berdasarkan ilmu
pengetahuan. Hal ini dapat dibuktikan apabila manusia mempunyai ilmu dia tidak akan
bertindak sewenang-wenangnya, dia akan berfikir berdasarkan ilmu yang diperoleh

17
untuk bertindak dan ini dapat membuktikan bahawa ilmu sememangnya dapat
mengubah serta membentuk diri dan masyarakat.

Selain itu falsafah Eksistensialisme turut mempengaruhi perkembangan


pendidikan di Malaysia iaitu ilmu yang sedia ada pada manusia boleh diperkukuhkan
serta diubah melalui pengalaman. Hal ini ialah kesan daripada Falsafah
Eksistensialisme yang menyatakan bahawa manusia perlu mengutamakan
pembelajaran kendiri. Melalui pembelajaran kendiri, manusia akan memperoleh
pelbagai pengalaman yang dapat memberikan ilmu yang pelbagai kepada mereka dan
juga memperkukuhkan serta memperbaiki lagi ilmu yang sudah sedia ada pada diri
mereka kepada yang lebih baik.

18
5.0 Kesimpulan

Falsafah pendidikan Barat memainkan peranan yang penting terhadap


perkembangan pendidikan di Malayia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
mempunyai beberapa aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Barat.
Falsafah Pendidikan Barat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tradisional dan
moden. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mahzab-mahzab tertentu. Secara
keseluruhannya, tumpuan diberikan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah
mengajar dan peranan murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah, Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan


keutamaan iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid.
Dalam Falsafah Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan
penumpuan kepada pembinaan insan yang berkereterampilan. Contohnya, mazhab
Progresvisme dimana mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia menghadapi
perubahan dalam kehidupan seharian. Akpek ini juga terdapat dalam Falsafah
Pendidikan kita dimana falsafah ini digubal untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Selain itu, dalam
mazhab esensialisme, tumpuan diberikan kepada kemahiran asas seperti
membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran wajib seperti sains,
sejarah, seni dan muzik. Ia adalah sama seperti Falsafah Pendidikan Negara kita
dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan penumpuan.

19
Selain itu, Rabindranath Tagore menekankan tarian dan drama sebagai satu
matapelajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Barat mempunyai pengaruh
yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Setiap aspek yang
terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan daripada Falsafah
pendidikan Timur, Islam, dan Barat dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu
keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketiga-tiga falsafah ini
boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita..
Walaubagaimanapun, ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut
keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga
falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan pendidikan di
Malaysia.

Rujukan

20
-Abdul Rahman Md. Aroff, Zakaria Kasa. (1998) ”Falsafah dan Konsep Pendidikan”.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

-Mok Soon Sang. (2009) ”Falsafah dan Pendidikan di Malaysia”. Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.

-Sharifah Alwiah Alsagoff. ”Falsafah Pendidikan”. Heinemann Asia

Lampiran

21

Anda mungkin juga menyukai