Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Individu

Pada (tarikh), Encik Saifudin telah memberi taklimat berkaitan dengan kerja
kursus ini kepada semua pelajar di dalam kelas saya. Kumpulan saya mendapat tajuk
ke-2 iaitu Falsafah Pendidikan Barat : Senario dan Implikasinya Terhadap
Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan tidak
berapa memahami kehendak soalan. Justeru, kami sepakat untuk melihat secara
keseluruhan mengenai Falsafah Pendidikan Barat. Saya dan ahli kumpulan agak
terkejut kerana terlalu banyak perkara yang dibincangkan secara keseluruhan dalam
falsafah tersebut. Jadi, kami telah berjumpa dan berbincang dengan Encik Saifudin
untuk lebih memahami kehendak soalan dan apakah perkara-perkara yang perlu kami
fokuskan untuk menjawab soalan kerja kursus ini. Setelah memahami kehendak
soalan, saya berasa lega kerana tugasan yang kumpulan kami dapat sebenarnya
tidaklah terlalu sukar. Kami seterusnya telah membahagikan tugas untuk diri masing-
masing. Alhamdulillah, sepanjang proses mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan
ini saya tidak menghadapi banyak masalah kerana adanya buku-buku rujukan dan
kerjasama serta sikap tolong-menolong antara ahli kumpulan saya yang memudahkan
lagi pengumpulan maklumat untuk tugasan ini. Namun begitu, saya menyedari bahawa
ahli kumpulan saya menghadapi masalah untuk memenuhi kehendak tugasan yang
hanya menginginkan kami membuat esei sepanjang 2000 patah perkataan sahaja.
Setelah kami menyiapkan kerja masing-masing, kami sedar bahawa esei kami terlalu
panjang. Tetapi, setelah berkolaborasi dengan pensyarah kami semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, kami diberitahu agar menggunakan kaedah peta minda
untuk mengurangkan ayat-ayat panjang kerana dengan cara itu kami boleh
mengurangkan bilangan perkataan kami. Maka, saya dan ahli kumpulan telah
melakukan proses menyunting semula kerja-kerja yang kami lakukan dan menambah
lebih banyak grafik peta minda untuk mengurangkan bilangan perkataan. Setelah
semuanya selesai, kami telah berkumpul dan menggabungkan semua hasil kerja kami.
Akhirnya, kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Saya
bersyukur kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang diberikan.
Segala kerjasama yang diberikan oleh Encik Saifudin dan ahli kumpulan saya, saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

W MOHD TALQIFF IMAN BIN WAN AHMAD RAFIDI

Anda mungkin juga menyukai