Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya merupakan pelajar PISMP Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling


Semester 6 dan akan menjalani Praktikum Fasa 2 di SJK (C) Hwa Min, Tunjang.
Dengan ini, pengalaman pada Fasa 1 dahulu akan saya jadikan panduan dalam
tempoh Praktikum Fasa 2 ini supaya diri saya akan menjadi lebih mantap dan mahir
dalam pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Walau bagaimanapun, perasaan
gementar masih lagi wujud kerana untuk Praktikum Fasa 2 saya akan turut mengajar
subjek elektif pertama iaitu Bahasa Cina di samping melaksanakan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
Saya akan menjalani praktikum di SJK (C) Hwa Min selama 8 minggu.
Keadaan ini akan menjadi praktikum lebih mencabar. Hal ini demikian karana saya
perlu menghadapi penambahan tugasan yang perlu dilengkapkan dalam tempoh
praktikum dan perbezaan persekitaran dan budaya di antara sekolah kebangsaan
dan sekolah jenis kebangsaan. Namun, saya percaya inilah peluangnya untuk saya
mengalami kedua-dua persekitaran yang berbeza dan menyesuaikan diri dengan
keadaan realiti supaya dapat mengadaptasi suasana kerja pada masa kelak dan
menjadi guru yang lebih cemerlang.
Sebagai bakal guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), azam dan harapan
saya melalui praktikum ini adalah untuk membina jati diri seorang GBK. Untuk itu,
saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam bidang berkaitan perkhimatan
Bimbingan dan Kaunseling serta

perguruan khususnya proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan
mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah
rendah sebagai pendedahan dan pengalam awal sebelum saya ditauliahkan sebagai
seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya
teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat
mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat
digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Antara harapan saya untuk membinan jati diri guru ialah dapat menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah itu turut

diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu
menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik
antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, saya juga akan menjalinkan
hubungan professional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan ini
dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Sejajar itu, saya juga harap dapat membantu meningkatkan prestasi muridmurid dan sekolah. Dalam konteks ini, saya akan menghidupkan bilik kaunseling
yang ada di sekolah tersebut dan membuat sebaran tentang kebaikan perkhidmatan
Bimbingan

dan Kaunseling. Tambahan

pula,

saya

juga

bercadang

untuk

menjalankan beberapa program atau bengkel kepada murid-murid sekolah tersebut


untuk meningkatkan motivasi belajar. Walau bagaimanapun, segala rancangan dan
hasrat yang dinyatakan diatas akan saya bincangkan dengan guru besar supaya ia
bersesuaian untuk mencapai visi dan misi sekolah.
Seterusnya, saya juga mengharapkan segala teori-teori yang telah saya
pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan dalam situasi sekolah yang sebenar.
Saya yakin dan percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih
berkesan berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani
Praktikum Fasa 1 dahulu.
Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SJK (C) Hwa Min dapat
menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada
saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya kutip sepanjang
praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada
masyarakat, bangsa dan negar kita.

Anda mungkin juga menyukai