Anda di halaman 1dari 5

1.2 Selesaikan masalah sistem persamaan linear yang berikut dengan kaedah matriks.

Sebuah syarikat pengeluar computer X menghantar tiga jenis laptop iaitu A, B dan C kepada
tiga buah pasaraya utama di Pulau Pinang. Bilangan laptop yang dipesan oleh setiap
pasaraya dan jumlah kos masing-masing adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual
yang berikut.

Pasaraya

Laptop A

Laptop B

Laptop C

Jumlah Kos
(RM)

JUSCO

10

18 200

TESCO

18 700

GIANT

10

18 800

Kirakan kos untuk setiap jenis laptop tersebut.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan kaedah Gauss Jorden.


Sebelum kita mendapatkan jawapan dengan menggunakan Gauss Jorden, kita perlu
menggunakan kaedah penghapusan gauss. Algorithma yang digunakan untuk menurunkan
sebarang matriks imbuhan menjadi matriks bentuk eselon baris adalah dipanggil kaedah
penghapusan gauss. Dalam teknik penghapusan Gauss, kita perlu turunkan matriks
imbuhan bagi system linear menjadi matriks bentuk eselon baris. Kemudian, kita boleh
menyelesaikan sistem linear yang setara dengan matriks baris eselon baris itu
menggunakan teknik yang dipanggil penggantian kebelakang.

Penyelesaian :

Ditulis dalam bentuk matriks imbuhan:

Kita teruskan dengan menurunkan matriks ini kepada Bentuk eselon baris, seperti berikut :

B1 X 1/10

Sekarang kita perlu jadikan sifar pada pemasukan kedua dalam lajur pertama.

B2 + (- 8 ) B1

Kemudian, kita perlu menggunakan langkah ini untuk menjadikan sifar pada pemasukan
ketiga dalam lajur pertama.

B3 + ( - 6 ) B1

Seterusnya, apa yang perlu dilakukan ialah perlu sifarkan pada pemasukan pada baris
ketiga lajur kedua. Kita perlu menggunakan operasi berikut untuk menjadikan sifar.

B3 + ( - 26/3 ) B2

Apabila selesai menjadikan sifar pada ketiga-tiga tempat, kita juga perlu menjadikan pelapor
baris ketiga, lajur ketiga. Kita boleh menggunakan operasi berikut untuk menjadikan pelapor
1.

B3 X ( - 1/28)

Setelah selesai, kita juga perlu memasukan pelapor 1 pada barisan kedua, lajur kedua.

B1 + ( - 4/5) B2

Sekarang kita telah mendapat matriks ini.

Kita telah mendapat matriks tersebut dengan membuat penghapusan kaedah Gauss.
Langkah yang seterusnya ialah kita perlu menggunakan kaedah penghapusan Gauss
Jordan untuk mendapatkan jawapan akhir bagi soalan penyelesaian ini. Penghapusan
Gauss Jordan merupakan kaedah yang selanjutnya bagi penghapusan Gauss yang
mana sesuatu system persamaan linear kita lakukan operasi baris sehingga kepada
eselon baris terturun.

Daripada matriks tersebut, kita perlu menggunakan kaedah Gauss Jordan. Kita perlu
menggunakan operasi berikut untuk menjadikan sifar pada baris pertama, lajur ketiga.
Dengan langkah ini, kita akan mendapat matriks berikut.

B1 + ( 9/2 ) B3

Kemudian, tidak lupa juga, kita perlu menjadikan sifar pada baris kedua, lajur ketiga.
Dengan operasi B2 + ( - 6 ) B3 kita akan dapat dapat matriks tersebut.

B2 + ( - 6 ) B 3

Jadi kos untuk Laptop A, Laptop B dan Laptop C masing-masing ialah RM 800,
RM 900 dan RM 1 000.

Anda mungkin juga menyukai