Anda di halaman 1dari 22

INTERAKSI TAMADUN ASIA DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA

Pengenalan
Ilmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti
Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada
dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan
amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat
supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau
ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan,
ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat
Malaysia di peringkat awal lagi.
Bab ini akan melihat interaksi yang berlaku di antara tamadun Cina, India dan
Jepun serta relevansi dan kaitannya dengan dunia secara amnya dan Malaysia secara
khususnya.
Kemunculan Tamadun Cina
Gambaran mengenai kemunculannya agak kabur kerana hanya berasaskan
cerita-cerita mitos dan imaginasi. Sesetengah cendekiawan sejarah berpendapat
bahawa sebelum kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima
orang pendeta yang mengasaskan peradaban dan tamadun Cina.
Sepanjang perkembangan sejarah negera dan bangsa China, setiap dinasti
bertapak,berkembang dan hancur yang kemudiannya

digantikan oleh suatu dinasti

yang lain.

Dinasti Hsia ( 2697 SM)


Raja terawal dinasti ini ialah Raja Huang Ti dan salah seorang keturunannya iaitu
Raja Yu dikatakan menjadi pengasas dinasti ini. Walaupun tanpa bukti yang dan
jelas kerana tiada kesan-kesan yang ditemui sebagai bukti namun bagi orang

Cina ianya tetap wujud.


Dinasti Shang (1766-1122 SM)

Berpusat di Anyang dan bukti kewujudan dinasti ini adalah

jelas dengan

penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan utara Sungai
Kuning di China.

Dinasti Chou ( 1122- 256 SM)


DInasti ini terbahagi kepada dua iaitu Chou Awal ( 1122-771 SM) yang berpusat
di Lembah Wei dan Chou Akhir (771-256 SM) yang berpusat di Loyang. DI
zaman dinasti Chou ini bangsa China mencapai zaman keagungannya di bidang
ekonomi, politik dan sosial.

Dinasti Chin ( 256-205 SM)


Pusat pentadbirannya berasa di Lembah Wei di bawah pemerintahan Maharaja
Shin Hung Ti (221-210S M). Beliau merupakan maharaja Dinasti Chin yang
teragung . Beliau memerintah selama 11 tahun dengan menggunakan sistem
kekerasan dan undang-undang yang menekan rakyat DI zaman dinasti Chin
inilah Tembok Besar China dibina dengan jarak sejauh 2256 KM untuk
menghalang serangan orang-orang Mongol.

Dinasti Han ( 202 SM -221 M)


Rajanya yang terkenal ialah Han Wu Ti ( 141-87 SM). Zaman ini merupakan
zaman perkembangan kesenian dan kesusasteraan. Ketika ini juga telah wujud
jalan darat yang menghubungkan China dengan Asia Barat dan kawasan sekitar
Laut Mediterranean dan jalan ini dipanggil Jalan Sutera kerana melalui jalanjalan inilah sutera-sutera dari China di bawa ke Barat.

Dinasti Sui ( 589- 618 M)


Dinasti ini diasaskan oleh Sui Wen Ti tetapi

kezaliman Yuang Ti yang

menggantikan Maharaja Sui telah membawa kepada pemberontakan oleh Li


Yuen

seorang pegawai

yang

berpengaruh di wilayah

yang

menyebabka kejatuhan kerajaan Sui.


Dinasti Tang ( 618- 907 M)
Selain Li Yuen, raja Tang yang terkenal ialah Tang Tai Tsung putera Li Yuen yang
meluaskan kekuasaan China hingga ke Parsi dan Laut Kaspian.

Shantung

Dinasti Sung ( 960-975 M)

Di dirikan oleh seorang general yang bernama Chao Hung Yin.

Dinasti ini

berkuasa selama kira-kira 300 tahun.

Dinasti Yuan / Mongol ( 1271-1368)


Di bawah kepimpinan Kublai Khan, kaum Mongol berjaya mengalahkan dinasti
Sung dan mendirikan kerajaan baru. Peking dipilih sebagai pusat pemerintahan
dan bermulanya era perhubungan dengan barat.

Dinasti Ming ( 1368-1644)


Orang Cina memegang semula tampuk kekuasaan setelah kematian Kublai
Khan. Seorang pemimpin bernama Chu Yuan Chang

berjaya mengalahkan

tentera Mongol.

Dinasti Ching /Manchu ( 1682-1911)


Dinasti ini menjalinkan hubungan dagangan dengan pedagang-pedagang dari
barat dengan membenarkan saudagar-saudagar asing singgah di mana-mana
pelabuhan untuk berniaga.

Masyarakat dan budaya Tamadun Cina


Masyarakat Cina
Seratus tahun yang lalu,setiap orang Cina akan memilih cara hidup dan corak
pemikiran yang berasal dari nenek moyang mereka. Dari perkembangan awal sejarah
China , orang-orang Cina percaya bahawa mereka adalah bangsa yang lebih cerdik,
beradab dan berkebolehan berbanding bangsa - bangsa lain. Orang-orang Cina lebih
menghargai hasil minda (pemikiran) daripada perkara perkara yang bersifat material.
Mereka memahami faedah yang boleh didapati daripada kemahiran-kemahiran yang
menggabungkan beberapa bahan-bahan yang berlainan untuk menghasilkan peralatan
yang boleh digunakan untuk menghasilkan barang-barang. Mereka juga amat
menghargai kemahiran yang membolehkan manusia hidup bersama-sama dalam
keadaan harmoni dan

bahagia. Memang benar orang-orang Cina menghargai

kekayaan material tetapi mereka hanya menghargai kekayaan jika kekayaan itu boleh
memberikan kepuasan dan kenikmatan hidup serta menaikkan status mereka ke tahap
yang tinggi dalam masyarakat.

Budaya Tamadun Cina


Terdapat beberapa budaya yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi
yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina
sejak turun temurun yang lampau. Setiap budaya, amalan dan adat masyarakat Cina
ini mempunyai pengertian dan pentafsirannya yang tersendiri yang tidak semata-mata
melambangkan nilai - nilai yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan
manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan masyarakat Cina
keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam meneruskan kelangsungan hidup
dan keharmonian sesama anggota masyarakat. Amalan,adat dan pantang larang yang
di pegang oleh masyarakat Cina lebih bersifat kawalan sosial yang berperanan
mengikat anggota-anggota masyarakat agar tidak melakukan perkara - perkara yang
menyimpang dari amalan-amalan orang Cina.
Sistem Etika dan Orientasi Nilai
Sistem keluarga merupakan asas kepada sistem sosial masyarakat China,
Terdapat lima hubungan asas dalam tradisi budaya Cina iaitu: 1.
2.
3.
4.
5.

Hubungan antara pemerintah dengan seorang rakyat.


Hubungan antara bapa dengan anak lelakinya.
Hubungan antara abang dengan adik lelakinya.
Hubungan antara suami dengan isterinya.
Hubungan antara seorang lelaki dengan kawannya.
Tiga daripada hubungan tersebut merupakan hubungan antara ahli keluarga.

Dua hubungan yang lain (hubungan antara pemerintah dengan rakyat dan
hubungan antara dua orang kawan lelaki) boleh dikembangkan

menjadi suatu

bentuk hubungan kekeluargaan. Kesemuanya ini dapat dilihat dalam perayaanperayaan kaum Cina seperti Tahun Baru Cina, Chap Goh Meh, Kuih Bulan dan
sebagainya .Ini dapat menjamin keharmonian dalam sebuah keluarga dan
masyarakat.
Nilai-nilai dalam bidang pendidikan

Berasaskan kefahaman masyarakat Cina, suatu perancangan pendidikan yang


lengkap bukan sahaja mengajar tentang perkara-perkara yang menjadi kewajipan moral
tetapi juga tentang konvensi sosial secara lengkap. Oleh itu, seorang yang
berpendidikan bukan sahaja bertindak secara bermoral tetapi dia juga merupakan
seorang yang beradap dan bersopan. Oleh itu, orang Cina begitu mementingkan adatadat semasa kelahiran, upacara perkahwinan, jenis pertuturan dan lain-lain.
Pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin supaya orang-orang yang
menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sebuah
negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya bukan berasaskan
keturunan dan kekayaannya. Seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan yang
mencukupi dalam hal-hal tentang adat dan moraliti akan bersedia untuk memajukan
kebahagiaan rakyat yang diperintahnya.
Nilai-nilai sosial
Dari aspek sosial pula, setiap perayaan disambut oleh semua anggota
masyarakat tanpa mengira tua,muda, keturunan dan jantina. Ini membolehkan semua
ahli masyarakat berkumpul dan secara tidak langsung akan mewujudkan perpaduan
sesama ahli keluarga dan masyarakat. Dengan ini permusuhan antara individu dengan
individu dan kumpulan dengan kumpulan yang lain dapat dielak dan dihapuskan. Selain
itu, ia juga berfungsi sebagai kesinambungan sistem-sistem sosial masyarakat Cina.
Pengaruh-pengaruh luar yang mengganggu gugat sistem sosial ini dapat ditangkis
dengan meneruskan nilai-nilai tradisional dan adat resam yang diamalkan sejak turun
temurun. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemenelemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa ke semua ini orang Cina akan
kehilangan identiti dan ciri ciri unik yang ada dalam bangsa dan masyarakat Cina
yang telah diwarisi lama dahulu.
Institusi politik dan sistem pemerintahan
Konfusius mempercayai bahawa fungsi utama sesuatu kerajaan ialah untuk
menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Tujuan
utama ini hanya dapat dicapai jika negeri tersebut dikuasai dan diperintah oleh orang-

orang yang paling adil

dalam negeri tersebut. Tugas pemerintah sesebuah negeri

mestilah diberikan kepada orang-orang berpendidikan tanpa mengira keturunan


mereka. Tetapi di zaman Dinasti, raja-raja dan pemerintah-pemerintah mewarisi jawatan
mereka secara turun temurun. Manakala seorang menteri mempunyai hak untuk
mengkritik dan memberi nasihat yang baik dan berguna kepada pemerintah yang buruk
akhlaknya.
Bahasa dan Kesusasteraan
Abad-abad di antara 500-100 S.M. merupakan zaman kegiatan intelektual dan
kesusasteraan yang hebat di negara China apabila terbentuknya pemikiran klasik
Cina.Semenjak zaman Han, orang orang Cina

banyak menumpukan perhatian

kepada pengkajian dan penulisan sejarah dan menyimpan rekod kronologi yang tepat.
Dalam tradisi kesusasteraan Cina, bahasa yang digunakan adalah bahasa Cina
Klasik (wenyen). Menurut Hu Shih , sejak Dinasti Sung terdapat banyak karya sastera
yang hebat yang ditulis dalam bahasa Cina.
Kesenian dan kaligrafi
Karya-karya seni Cina telah memberikan gambaran tentang nilai-nilai estetika
dan beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya fahaman Daoisme
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan
dan kaligrafi dan ini menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian
tersebut Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk
mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit
dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-lain lagi.
Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentukbentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen yang kecil
dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini. Manakala kemahirankemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh
seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat

dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang
berjaya.
Kesenian Seramik
Seramik dan tembikar juga merupakan seni Cina yang popular dan terkenal
kerana kebanyakan tamadun merujuk tembikar sebagai China. Terdapat dua jenis
seramik yang menarik sekali dari segi estetikanya iaitu:
1- Seramik Seladon(celadonware)yang berasal dari Dinasti Sung.
2- Tembikar biru-putih ( blue- and white porcelain) yang berasal dari Dinasti
Yuan (Mongol) dan Dinasti Ming.
Seladon ialah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan seramik yang
mempunyai lapisan kaca berwarna biru hijau atau kelabu hijau serta menyerupai batu
permata jed. Ianya amat disukai oleh kelas sarjana-pentadbir di negeri China.
Batu Jed bagi orang Cina melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti,
kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling digemari bukan kerana
nilai harganya yang tinggi tetapi dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa
kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Ia juga dikenali sebagai batu azimat.
Tembikar biru-putih ( blue-and - white porcelain) berasal di negeri China pada
Dinasti Yuan pada abad ke 13. Ia merupakan tembikar yang sebenar kerana pakarpakar dari Barat berpendapat bahawa tukang labu Cina menunjukkan kemahiran yang
paling tinggi apabila mereka mencipta tembikar (sejenis seramik) yang keras, putih dan
juga lutcahaya. Ini merupakan satu revolusi dalam citarasa masyarakat Cina.
Perkembangan ilmu sains dan teknologi
Ciri tamadun Cina yang paling menonjol ialah kepantasan kemajuan teknologinya . Ini
turut diakui oleh beberapa orang pengarang terkenal dari Barat.
Antara kemajuan-kemajuan yang dicapai ialah:
-

Perpustakaan yang besar telah wujud semenjak zaman berzaman.

Alat cetak yang boleh bergerak telah direka dalam abad kesebelas, justeru itu

lahirlah buku-buku dalam jumlah yang besar.


Perdagangan dan perindustrian yang digiatkan oleh pembinaan terusan dan
desakan penduduk juga mencapai tahap yang tinggi. Kompas bermagnet juga

dalah satu lagi ciptaan orang-orang Cina yang digunakan hingga kini.
Bandar raya China lebih besar daripada kebanyakan bandar-bandar Eropah
pada zaman Pertengahan, sementara laluan perdagangannya pula

luas.

Pembinaan semula Tembok Besar China dan terusan-terusan mengikut nasihat


pihak birokrasi yang dikemukakan kepada Maharaja. Ia dianggap penting demi
-

faedah negara.
Wang kertas mempercepatkan aliran perniagaan dan pertumbuhan pasaran

pada peringkat permulaan.


Wujud industri besi yang sangat besar di China Utara, menghasilkan kira-kira

125 000 tan setahun kebanyakannya untuk kegunaan kerajaan dan tentera.
Bangsa China juga barangkali menjadi bangsa yang pertama mencipta serbuk
letupan dan meriam yang telah digunakan untuk menggulingkan pemerintahpemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung abad keempat belas.
Dalam tahun 1720, rekod menunjukkan bahawa Dinasti Ming memiliki sebanyak
1350 buah kapal perang, termasuk 400 buah kubu terapung yang besar dan 250
buah kapal yang dibina khas untuk pelayaran jarak jauh. Kekuatan ini termasuk
kapal-kapal persendirian yang banyak dan yang mengadakan perdagangan
dengan Korea, Jepun, Asia Tenggara bahkan Afrika Timur pada masa itu. Ini
memberi hasil kepada kerajaan China yang telah mengenakan cukai terhadap
perniagaan laut tersebut.

Tamadun Cina di Malaysia: Peranan Tamadun Cina Dalam Pembinaan Budaya


Masyarakat Malaysia
Hubungan antara orang-orang Cina dengan Kerajaan Melayu Melaka telah
terjalin di zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Ini bermula dengan
kedatangan Laksamana Zheng He dan pengikut-pengikutnya ke Melaka. Mereka
membawa bersama dengan mereka barang-barang yang berasal dari China seperti
tembikar dan sutera. Pengikut Zheng He telah membina penempatan di Bukit Cina,
Perkahwinan antara Sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po telah mengeratkan lagi

hubungan ini. Hubungan ini mengalami gangguna dan kemerosotan apabila Melaka
ditawan penjajah Portugis pada tahun 1511m. Namun sehingga ke hari ini, masyarakat
Cina yang telah diasimilasi dengan budaya dan adat tempatan masih wujud di Melaka
dan dipanggil golongan Baba dan Nyonya.
Di era penjajahan British di Tanah Melayu, orang-orang Cina dari Tanah Besar
Cina telah dibawa masuk secara pesatnya ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai
buruh di lombong-lombong bijih timah. Setelah merdeka, berdasarkan kepada beberapa
perjanjian sebelum British menganugerahkan kemerdekaan, orang-orang Cina telah
mendapat taraf kerakyatan dan menjadi warganegara Malaysia. Dengan itu, budaya
dan tamadun bangsa Cina juga telah berkembang di Malaysia.
Hari ini masyarakat Cina telah bersama-sama rakyat Malaysia dalam segala
aspek pembangunan

dan

perkembangan

negara

Malaysia.

Masyarakat

Cina

merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Sebahagian besar


masyarakat Cina dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik dengan
kaum kaum lain-lain. Masyarakat Cina juga turut melibatkan diri dalam bidang
pentadbiran kerajaan, politik, pertahanan dan keusahawanan.

Tamadun India
Pendahuluan
Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India
ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan
geografi iaitu:
-

India Utara
India Selatan

Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan
keagamaan yang berbeza.
Latar belakang Perkembangan Tamadun India
Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria
di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di
kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m.
penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan
Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di
Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi.
Tahap Perkembangan Tamadun India

Zaman Kuno (1500 s.m. 1200 m)


Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai
beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan
orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula

dibahagikan

kepada dua zaman iaitu:


1. Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m)
2. Vedile Akhir (1000 s.m. 500 s.m.)
Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya
Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh
Chandragupta

Maurya

kegemilangan

dalam

dan
pelbagai

dibantu
bidang

oleh
dan

anaknya
yang

Asoka.

lebih

Mencapai

penting

dalam

perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul
pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu
dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti
Chera, Cola dan Pandhya.

Zaman Pertengahan
Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan satu
tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan
Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)

Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah
Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan
1. Perdagangan
2. Politik
3. Agama Krisitian
Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah
menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690).
Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas

Perang Plassey

(1756). Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima


pengaruh

pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa

Inggeris dan cara hidup barat.

Unsur-Unsur Utama Dalam Tamadun India


Sistem Pemerintahan
a. Raja/Ketua Negara
Sistem pemerintahan

bercorak

monarki

sejak

kerajaan

awal

sehingga

kemasukan British ke India.Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja,


Darmamaharaja,Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar. Raja
mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja dilantik secara
turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah

bakal raja. Raja biasanya

mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan


mementingkan angkatan tentera yang kuat unit infantri, unit gajah dan unit
kuda.
b. Pentadbiran Wilayah
Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada beberapa
wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada kampong-kampung besar

(Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong (Kottam) Kedatangan penjajah


barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90% cukai diberikan kepada
kerajaan. Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.
c. Agama
- Hindu
- Buddha
- Jaina
- Sikhism
- Islam
d. Ilmu Sains dan Matematik
1. Fizik dan Kimia konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen
iaitu tanah, Hngina, api, air dan angkasa.
2. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi,

pembedahan,

seni

pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang.


Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.
3. Matematik menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan
konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan
sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan
Aryabhatiya.
4. Astronomi India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan,
bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan
mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu
bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam
setahun iaitu 12 bulan.
e. Bahasa dan Sastera
1. Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) bahasa Sanskrit.
2. Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) bahasa Tamil.
3. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan
bahasa Dravidia.
4. Karya-karya epik

yang

utama

ialah

Ramayana,

Mahabrata

dan

Buddhacharita.
5. Tema-tema yang dibincangkan.
Ramayana peperangan antara Rama dan Ravana
Mahabrata peperangan antara Kaurava dengan Pandara
Arthasastra aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan,
kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.
6. Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama
Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-tokoh

seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang mengutamakan


kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir.
7. Senibina
- Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil
-

menggunakan ukiran Hindu.


Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik

dengan menampilkan struktur stupa Buddha.


Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada
masa

pemerintahan

Sultan

Mahmud

Ghazni

menyaksikan

pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan


ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini
ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di
Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.
8. Kemasyarakatan dan Kekeluargaan
Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada
- Brahmin golongan agama dan kerohanian
- Ksytria tentera dan keselamatan
- Vaisya peniaga
- Sudra petani
Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad
menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu:

Kaum

Brahmacarya
Ghastra
Vanaprahasta
Sannayasa
wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman

tamadun lembah indus dan dikenali sebagai mother goddes.


Islam Dalam Tamadun India
Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu:

Dakwah
Perdagangan
Perkahwinan

Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-Qasim
berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal,
Islam bertapak di bahagian Utara India.
Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 10041186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai
satu kawasan yang luas di utara India.Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan
Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan
Mughal (1527-1857).Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa
yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas.
Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialah:

Akhbar
Jahangir
Shah Jehan
Aurangzeb
Bahadur Shah

Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan
unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.
Pengaruh Tamadun India Kepada Malaysia Dan Dunia
Keagamaan dan Kepercayaan.
Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia
Tenggara.Berlaku

Sinkritisme

antara

agama

Hindu-Buddha

dan

kepercayaan

masyarakat pribumi.
Kesenian dan Hiburan.
Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil.
Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.

Bahasa dan Kesusasteraan.


Masyarakat Asia

Tenggara

menggunakan

bahasa

Sanskrit

sehinggalah

kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang


Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan
bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan Sebagainya
Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan
nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama),
manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat
Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan
karya sejarah agung iaitu Negarakertagama.
Pemerintahan dan Kerajaan
Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor,
Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara,
Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.
Idea Politik dan Berkerajaan
Konsep kosmologis yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja
dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Pemerintahan raja yang
berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini
adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab
Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.
Kesimpulan
Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini
keranapengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau
bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak
kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

Tamadun Jepun
Sejarah Jepun
Sejarah bertulis Jepun bermula dengan kemunculan ringkas dalam teks-teks
sejarah Cina pada abad ke-1. Bagaimanapun, penyelidikan arkeologi menunjukkan
bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi.
Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000 SM, ekosistem Kepulauan Jepun
yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal
yang diketahui semasa zaman Jomon. Sejarah Jepun berselang-seli antara tempohtempoh keterasingan dengan pengaruh-pengaruh radikal yang kekadang bersifat
revolusi dari dunia luar.
Zaman Pra Sejarah
Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan
Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke
kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea. Budaya
Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya
hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga
merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan
bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.
Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi
baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari
Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.
Era Klasik
Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh
Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha
diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan kemudian langsung dari China. Maharajamaharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada
para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera).

Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah


pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut
kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik
Jepun yang dikenali sebagai Heian.
Era zaman pertengahan
Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh pejuang yang dikenali sebagai
'samurai'. Pada 1185,general Minamoto no Yoritomo adalah orang pertama untuk
memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang
kuasa di Kamakura, di selatan Yokohama masa kini. Meskipun era shogun Kamakura
kelihatan stabil, Jepun kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling
berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku. Pada abad ke-16, pedagang dan
mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman "Nanban"
("orang gasar selatan") yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang
aktif antara Jepun dan rantau Barat. Pada masa yang sama, Oda Nobunaga, Toyotomi
Hideyoshi, dan Tokugawa Ieyasu, mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap
neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun
dengan menewaskan musuhnya di Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600,
memindahkan ibu negara ke Edo (sekarang Tokyo) lalu menubuhkan era shogun
Tokugawa.
Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh
Katolik mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi
perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima. Zaman
pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan
politik yang halus dikenali sebagai zaman Edo, dianggap sebagai kemuncak budaya
zaman pertengahan Jepun.
Zaman moden
Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa
pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai

memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan
pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak
jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja. Berbagaibagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden,
sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar
Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang ChinaJepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan,
setengah pulau Sakhalin, dan Korea.
Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh
kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang
Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut
Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang
Dunia II. Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan
yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan
pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah
selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945,
kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik.
Jepun kekal di bawah penjajahan Amerika Syarikat sehingga 1952. Dalam
tempoh itu, ia menerima pakai perlembagaan baru yang menetapkan negara tersebut
sebagai pacifist constitutional monarchy. Selepas penjajahan, di bawah program
pembangunan industri agresif, dasar perlindungan, dan penyerahan pertahanan
strategik kepada Amerika Syarikat, keluaran negara kasar Jepun makin meningkat
menjadi yang kedua tertinggi di dunia. Sungguhpun berlakunya kejatuhan pasaran
saham yang teruk pada tahun 1989 yang mana negara ini amsih belum peulih
sepenuhnya, Jepun masih sebuah kuasa ekonomi dunia dan juga baru-baru ini telah
bangkit semula sebagai kuasa strategik dengan meminjamkan sokongan bukan kombat
dalam Perang Teluk dan pencerobohan Iraq pada tahun 2003.

Falsafah / Agama Masyarakat Jepun


Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agamaagama tersebut ialah:

Shintoisme
Buddhisme
Konfusianisme

Agama Shinto
Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti Jalan Tuhan (kami-nomichi). Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan
symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara. Konsep Tuhan dan
Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi.Dewi Matahari (Amaterasuomi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan
Dewi Matahari. Agama Shinto tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci. Pendeta
Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran
Shinto. Mereka juga tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk
Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.
Buddhisme
Agama ini mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku
pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran
Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai
aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan
mematuhinya. Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung
tinggi Tiga Harta Suci iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke
China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha.
Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia
merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak
falsafah dan lebih kepada penerangan.

Konfusianisme
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah
untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Diasaskan oleh Kung Fu
Tze yang lahir di negara China pada tahun 551 S.M oleh ibunya Chiang Tsai yang
berumur 15 tahun ketika itu. Kung Fu Tze merupakan seorang yang bijak sejak kecil
lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun.
Konfusius banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang
banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Kung Fu Tze meninggal dunia pada tahun 479
S.M. Ajaran Konfusius :

Amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara

manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.


Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh

mereka hadir di dunia ini.


Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia
bertingkah laku.
Konfusius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu

tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik. Ia
dikembangkan oleh muridnya yang bernama Mencius ke seluruh China dengan
beberapa perubahan. Konfusius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru
tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada
Konfusius telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan
perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.
Budaya Kerja Jepun
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara
barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan
ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Pada era Meiji,
para cendikiawan Jepun telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui
penerapan teknologi maju dari barat di samping mengekalkan dan memelihara
semangat kebangsaan. Jepun pernah mengalami kehancuran selepas perang dunia ke

dunia apabila dua wilayah mereka di Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan teruk oleh
pihak berikat. Lanjutan itu, Jepun mengisytiharkan penolakan peperangan buat selamalamanya dalam perlembangaan baru negara Jepun dan sebaliknya mereka berusaha
untuk bangkit kembali untuk menjadi kuasa terkuat ekonomi dunia dengan member
tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara aman tanpa perang.
Kehebatan bangsa Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil
daripada sikap positif mereka sendiri dan kejayaan ini tidak dapat dinafikan terhasil dari
etika kerja mereka yang cemerlang.
Bermula dari sinilah, kepandaian dunia barat telah ditranformasikan dan
disesuaikan dengan semangat masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sememangnya
terkenal dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak
mempercayai sesiapa yang malas atau tidak menepati masa. Mereka juga cenderung
mengikut kata sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri dan sikap itu
membantu setiap individu bekerja sebagai satu kumpulan. Masyarakat Jepun juga amat
mementingkan ilmu pengetahuan dan ini terbukti apabila kadar celik huruf di negara
Jepun adalah hampir 100 peratus dan kesedaran tentang kepentingan ilmu ini bermula
sejak zaman Edo (1603 1876) lagi. Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan
tukang telah belajar di sekolah swasta yang dikenali sebagai Terakuya.
Peranan Tamadun Jepun Dalam Pembinaan Budaya Masyarakat Malaysia
Pembudayaan tamadun Jepun dalam membina budaya masyarakat Malaysia ini
bolehlah dikaitkan secara langsung dengan Dasar Pandang Ke Timur yang telah
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 8
Februari 1982.
Dasar Pandang Ke Timur ini bermakna kerajaan akan membuat pengkajian,
penelitian dan pemilihan terhadap contoh contoh dan teladan yang baik daripada
negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan dan
kesesuaian di Malaysia. Adalah tidak tepat jika dasar ini ditakrifkan sebagaikan
mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dengan
mengetepikan teladan yang juga boleh dipelajari dari negara negara barat.

Rasional dasar ini ialah kerana seperti yang sedia maklum, Jepun adalah
merupakan sebuah negara maju dan beberapa bidang mereka adalah lebih maju dari
negara barat sendiri. Kejayaan mereka boleh dijadikan contoh dan teladan kepada
Malaysia dan seterusnya diteladani dan dipratikkan untuk pembangunan negara. Antara
perkara positif yang diambil dari budaya masyarakat Jepun ialah kerajinan dan disiplin
kerja mereka, kesetiaan kepada negara dan perusahaan dan perniagaan di mana
pekerja bekerja, member keutamaan kepada kerja kumpulan melebihi dari kerja secara
individu, produktif dengan mutu penghasilan yang berkualiti tinggi, meningkatkan
kecekapan, mengurangkan jurang perbezaan antara eksekutif dengan golongan
pekerja dan sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang serta
lain lain aspek positif dari budaya dan sikap masyarakat Jepun yang sesuai dan boleh
diteladani untuk pembangunan negara dan rakyat Malaysia.
Sebagai sebuah negara membangun, etika dan nilai-nilai kerja di atas diamalkan
kerana ia sesuai dengan diterapkan dalam budaya masyarakat Malaysia yang
berbentuk majmuk. Dasar ini mewujudkan kerjasama yang rapat antara Malaysia dan
Jepun terutama di bidang ekonomi, industry,latihan teknikal dan akademik serta bidang
penyelidikan dan pengurusan.
Sebagai kesimpulan, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha positif
oleh

kerajaan

Malaysia

untuk

meningkatkan

lagi

prestasi

pengurusan

dan

pembangunan negara. Dasar ini memberi kesan yang besar merubah budaya kerja
masyarakat Malaysia dan meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara. Di
samping itu ia menjadi asas kewujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

Anda mungkin juga menyukai