Anda di halaman 1dari 2

Terima Kasih saudari pengerusi majlis, Assalamualaikum WBT dan selamat

sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sidang pendengar sekalian. Hadirin yang
dihormati, isu pencemaran bunyi mungkin jarang didengar oleh kita kerana
perkara ini ramai yang tidak ambil peduli tentangnya. Sebenarnya hadirin
sekalian, pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mampu
membahayakan diri kita dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Setiap manusia
yang sering terdedah pada kawasan atau tempat yang terlalu bising boleh
membawa kepada masalah pendengaran . Masalah ini semakin berleluasa tanpa
kita sedari memandangkan ekonomi negara telah mendorong untuk
membangunkan pembangunan yang pesat dan maju. Begitu juga untuk
membaik pulihkan harta benda yang telah rosak disebabkan oleh kecuaian
manusia sendiri, semuanya menggunakan alat dan mesin. Jika perkara ini tidak
diketengahkan, ianya boleh membawa banyak masalah kepada orang ramai.
Punca-punca yang sering menimbulkan masalah pencemaran bunyi ialah dengan
pertambahan kenderaan yang menimbulkan bunyi yang tidak menyenangkan,
seperti bunyi hon yang sering berlaku di kawasan-kawasan yang sibuk seperti di
bandar. Ini sering berlaku di waktu pagi yang mana mereka hendak berangkat
untuk pergi ke tempat kerja dan di waktu petang iaitu waktu mereka untuk
pulang ke rumah masing-masing. Begitu juga dengan bunyi enjin kenderaan
berat, terutama yang sudah lama, termasuklah kereta yang telah diubahsuai.
Bukan sahaja mengeluarkan asap dari ekzos yang menyebabkan pencemaran
udara, tetapi juga mengeluarkan bunyi yang amat bising. Ini saja yang dapat
saya ungkapkan tentang pencemaran bunyi , kembali kepada saudari pengerusi
majlis, terima kasih.

Langkah-langkah
Hadirin sekalian,Pepatah Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada
penawarnya. Usaha untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya
dimulakan daripada institusi keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan
peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang terdekat kepada anak-anak
sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar
sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu yang berbunyi
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa haruslah sentiasa
mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini
untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan kepada anakanak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di
merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh
mencemarkan udara. Dalam hal ini, sikap seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa, iaitu mengajar anak menjaga
kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak berbuat demikian. Sebaliknya,
jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka anak-anak juga akan terpengaruh
dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini, nescaya pencemaran alam sekitar
akan dapat diatasi.

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah


ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada
semua pihak. Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan
kepada manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab
kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan
pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya
akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan.
Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan alam sekitar?
Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa mengharapkan
kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan pemuliharaan
alam sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran dan
keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi akan
datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang
dianugerahkan kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai