Anda di halaman 1dari 12

MTE3103 Geometri

Topik 2

Satah Simetri dan Tranformasi

2.1 Sinopsis

Topik ini merupakan lanjutan daripada topik teselasi pada satah. Dalam penghasilan
teselasi, kita juga harus mengetahui cara pembentukan teselasi tersebut.

Dengan

menggunakan motif yang tertentu, kita boleh memenuhi seluruh satah dengan
menggunakan transformasi yang mengekalkan bentuk dan saiz asal motif tersebut.
Dalam topik 2 ini, hanya dua sub-topik yang akan dibincangkan iaitu isometri pada
satah (putaran, pantulan, translasi dan pantulan gelangsar) dan kumpulan simetri
terhingga serta Tujuh-Pola Frieze (Seven Frieze Patterns). Simetri pada satah akan
dibincangkan dalam sesi kuliah.

2.2 Hasil Pembelajaran


1.

Menambahkan pengetahuan dalam simetri dan tranformasi pada satah.

2.

Memahami pola dan rekaan Tujuh-Pola Jalur.

2.3

Kerangka Konseptual

Satah Simetri
dan
Tranformasi

Satah Isometri

Satah Simetri
23

Tujuh-Pola
Frieze

MTE3103 Geometri

2.4

Satah Isometri

Isometri ialah satu tranformasi yang mengekalkan bentuk dan saiz motif asal. Hanya terdapat
empat isometri yang telah dikenal pasti iaitu translasi, pantulan, putaran dan putaran gelangsar.

2.4.1

Translasi

Translasi adalah satu transformasi yang mengelonsorkan keseluruhan objek dalam satu
jarak yang tetap dengan arah yang tetap. Oleh kerana itu, kita perlu untuk menyatakan
arah dan jarak objek tersebut bergerak. Contoh translasi adalah seperti berikut:

imej

(i)
Objek

(ii)

Satu translasi yang boleh ditemui


pada alam semula jadi: gambar
sayap kupu-kupu yang dibesarkan
skala.

24

MTE3103 Geometri

(iii)

Apabila anda mengelonsor dari


papan gelonsor seperti gambar di
sebelah,
anda
sebenarnya
mengalami translasi. Badan anda
bergerak pada satu jarak (panjang
papan gelonsor) dan arah yang
tertentu. Saiz dan bentuk badan
anda tidak berubah.

2.4.2

Pantulan

Pantulan adalah sejenis tranformasi yang secara asasnya membalikkan semua titik
dalam suatu satah pada satu garis yang dinamakan sebagai paksi pantulan. Objek dari
imej mempunyai bentuk dan saiz yang sama, yang berbeza tetapi dengan orientasi imej
yang terbalik. Titik-titik pada paksi pantulan adalah tidak berubah. Oleh itu, invariant
point (Titik tidak berubah) bagi transformasi jenis ini adalah tidak terhingga. Setiap titik
pada objek dan jarak imej yang telah dipantulkan mempunyai jarak yang sama dari
paksi pantulan. Dalam perkataan lain, paksi pantulan terletak di tengah-tengah antara
objek dan imej.

(i)

25

MTE3103 Geometri

(ii)
Cuba anda fikirkan, mengapa perkataan AMBULANCE dalam kedudukan terbalik seperti
yang ditunjukkan pada (ii).

2.4.3

Putaran

Putaran memutarkan semua titik bagi suatu objek pada satu titik tetap yang dikenali
sebagai sebagai pusat, melalui sudut putaran dan arah tertentu. Objek asal dengan
imej mempunyai bentuk dan saiz yang sama, tetapi imej yang terbentuk mungkin
menunjukkan arah yang berlainan.

Apabila anda menaiki roda Ferris, anda


sebenarnya mengalami satu putaran.

26

MTE3103 Geometri

2.4.4

Pantulan Geluncuran

Pantulan geluncuran sebenarnya adalah kombinasi bagi translasi dan pantulan pada
garis selari mengikut arah tersebut. Transformasi ini memberikan imej yang sama, tidak
kira pantulan atau translasi berlaku terlebih dahulu.

Oleh yang demikian, untuk

menyatakan pantulan geluncuran secara spesifik, haruslah dinyatakan translasi yang


berlaku dan paksi pantulan yang tertentu (selari dengan arah translasi tersebut). Satu
contoh yang ketara tentang pantulan geluncuran ialah tapak kaki yang tertera semasa
kita berjalan di tepi pantai.
(i)

(ii)

27

MTE3103 Geometri

Nyatakan apakah transformasi yang dilakukan untuk membentuk teselasi di


bawah:
a.

2.5

b.

Satah Simetri

Sesuatu bentuk itu adalah simetri jika bentuknya kekal tidak berubah setelah menjalani
transformasi seperti translasi, putaran, pantulan atau pantulan geluncuran.
Sebagai contoh :i) huruf-huruf E dan A mempunyai bilateral line symmetry kerana kedua-duanya terbentuk
apabila diletakkan cermin pada kedudukan seperti rajah di bawah. (pantulan antara satu sama
lain pada paksi pantulan)

ii) huruf N tidak berubah bila diputarkan pada sudut 180 o samada mengikut arah jam atau
lawan jam pada pusat putaran.

28

MTE3103 Geometri

N
Kumpulan Simetri Finit dan Tujuh Pola Frieze

2.6

Apakah yang dimaksudkan dengan pola-pola Frieze? Pola-pola frieze dikelaskan sebagai
kumpulan Simetri Diskrit Tidak Terhingga (infinite discrete symmetry groups). Kumpulan simetri
ini dikelaskan dalam kumpulan isometri satah jalur.

Frieze merupakan ukiran atau corak

hiasan dalam satu jalur mendatar (horizontal band). Ukiran atau corak yang berulang ini boleh
didapati pada renda, hiasan dinding, hiasan siling, hiasan bangunan dan lain-lain.
2.6.1

Jenis-jenis transformasi yang terlibat

Corak ini hanya dalam satu jalur. Oleh itu transformasi yang terlibat adalah translasi
sepanjang jalur sahaja. Putaran yang dibenarkan hanya 1800 sahaja (half-turn).
Corak dalam jalur ini hanya membenarkan 2 jenis pantulan iaitu:
(i)

garis pantulan serenjang dengan jalur (iaitu garis pantulan mencancang jika jalur
itu dianggap mendatar)
Garis pantulan

(ii)

Garis pantulan mendatar sepanjang garis tengah jalur.


Garis pantulan

Translasi dan pantulan gelangsar boleh digunakan untuk membentuk corak tidak
terhingga tanpa gabungan mana-mana transformasi. Menganda-dua putaran melalui
1800 dan pantulan akan menghasilkan identiti semula.

29

MTE3103 Geometri

Secara ringkasnya transformasi yang terlibat dalam satah jalur untuk membentuk corak
tidak terhingga ialah:
(i)

Translasi

(ii)

Pantulan gelangsar (Pantulan gelangsar adalah gabungan 2 jenis transformasi


iaitu pantulan dan diikuti dengan translasi dalam arah yang sama)

(iii)

Putaran melalui 1800 sahaja dan

(iv)

Pantulan (garis pantulan serenjang dengan jalur dan garis pantulan di garis
tengah jalur)

Terdapat tujuh jenis pola frieze. Pola-pola tersebut adalah seperti berikut:
Corak
1. C

Jenis transformasi
Translasi sahaja

2. C

Pantulan gelangsar

Bentuk corak

sahaja

3. D

2 kali separuh putaran


(1800)

4. D

2 kali pantulan
(pantulan
mencancang dan
mendatar)
1 pantulan dan 1

5. D

separuh putaran

6. C x D1

(1800)
1 translasi dan 1
pantulan (garis
pantulan sepanjang

7. D x D1

garis tengah jalur)


3 pantulan

Petunjuk: C = Cyclic (Kitaran)

30

Contoh corak

MTE3103 Geometri

D = Dihedral (Kombinasi putaran dan pantulan)

31

MTE3103 Geometri

2.6.2

Carta aliran untuk mengecam pola-pola frieze

Adakah terdapat pantulan mencancang (vertical reflection)?

ya

tidakk

Adakah terdapat pantulan mendatar


(horizontal)
reflection)?
Adakah
terdapat
pantulan mencancang atau pantulan geluncuran?

ya

tidak

ya

Adakah pusingan
terdapat pantulan
mendatar (horizontal ))reflection)?
Adakah
7
terdapat separuh
(half turn)?
tidakkk

ya

tidak

ya

tidak
6

Adakah terdapat separuh pusingan(half turn)?

tidak

ya

4
Rajah di adaptasi dari Hayley Rintel, Melissa Shearer, and the 1999
Exploring Symmetry class

32

MTE3103 Geometri

Nota untuk pelajar:


1.
2.

Semua pola-pola frieze mempunyai simetri tranlasi.


Apabila pola-pola frieze mempunyai simetri pantulan mencancang, bermakna
sekurang-kurangnya 1 garis mencancang boleh dilukis supaya imej pantulan adalah
objek yang bersebelahan dengannya. Biasanya terdapat banyak garis pantulan
mencancang.

3. Apabila pola-pola frieze mempunyai simetri mendatar melalui garis tengah jalur,
maka hanya terdapat satu garis pantulan sahaja.
4. Cara terbaik untuk mengecam simetri pantulan gelangsar ialah melihat kepada kesan
tapak kaki di pasir.

2.7 Mengumpul Maklumat (Buku skrap)

1. Sila kumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pola- pola frieze yang
terdapat di sekeliling anda. Contoh bahan-bahan yang boleh anda kumpulkan
ialah renda, sulaman pada baju, corak pada gelang tangan atau rantai, sejadah,
gril pagar (ironworks), bingkai, dan lain-lain bahan yang mempunyai corak dalam
satah jalur.
2. Perhatikan corak-corak tersebut dan camkan jenis-jenis transformasi yang
tersebut. Catatkan dalam buku skrap anda.

33

MTE3103 Geometri

34

Anda mungkin juga menyukai