Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak
usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti
penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini
juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya
semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi.
Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan
menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya
boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat.
Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada
yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama
dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan?
Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini
kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna
kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa
haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi
sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.
Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan
elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan
bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks
oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet
juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah
kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping
berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.
Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin
memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu
megubah segalanya.
Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya
sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap
mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat
kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga
mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup
mati demi anak.
Pendahuluan :
Mutakhir ini kejadian pembuangan bayi di negara kita begitu menular dan amat
membimbangkan.
Hal ini menunjukkan betapa negara kita semakin dilanda oleh gejala kebejatan
sosial yang sukar dibendung.
Pelbagai faktor yang menyebabkan kes ini semakin menular, antaranya:Isi-isi (Faktor) :
1. Pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja. Mereka
mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana cetek ilmu agama.
2. Pengaruh negatif yang tersebar luas dalam kalangan remaja.
Perkembangan teknologi maklumat kadang-kadang lebih membawa
keburukan jika tidak dipantau.
3. Kurangnya kawalan oleh ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan urusan
mencari nafkah dan kekayaan dunia. Anak dibiarkan bebas tanpa sedikit
pun kawalan.
4. Langkah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak bertanggungjawab
membuka peluang yang lebih kepada remaja yang hidup tanpa pegangan
dan hala tuju yang jelas.
5. Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling amat dominan dalam
mempengaruhi tingkah laku para remaja.
6. Kurang kesedaran dalam diri remaja menyebabkan mereka mudah
bertindak mengikut nafsu dan perasaan.
7. Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan tanpa had dan batasan
mudah menarik mereka melakukan seks haram.
8. Anggota masyarakat dan jiran yang mengambil sikap seperti enau di
dalam belukar menyebabkan kes pembuangan bayi sukar dibanteras.
9. Sistem pendidikan yang terlalu mengutamakan akademik juga menjadi
pemangkin meningkatnya kes pembuangan bayi.
Kesimpulan :
Pelbagai faktor yang sama-sama membantu meningkatkan kes pembuangan
bayi.
Semua pihak perlu berganding bahu secara bersungguh-sungguh membanteras
gejala sesat ini.
Remaja mestilah sedar bahawa perbuatan membuang bayi ialah perlakuan keji
yang amat dilarang oleh agama.