Anda di halaman 1dari 19

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113

NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN


224635

1.0 Pendahuluan
Dalam dunia moden kini, secara umumnya terdapat dua bentuk sistem
pemerintahan iaitu autokrasi dan demokrasi. Amalan kehidupan berpolitik dalam kedua-dua
sistem ini amat jauh berbeza. Sistem pemerintahan demokrasi, kuasa kerajaan diberikan oleh
rakyat. Suara dan hak rakyat diberi keutamaan dan kesemuanya ini disalurkan melalui saluran
yang sah seperti parlimen dan pilihan raya.
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti
seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti
Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan
raya umum tersebut. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52
kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam
pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London
untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil
masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956
yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke
Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk
menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai
Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar

-1-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda
oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan
Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di
Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Namun tidak semua orang layak mengambil bahagian dalam proses ini.
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mengizinkan seseorang itu membuang
undi bagi memilih calon atau wakil mereka di peringkat tertinggi. Demikian juga halnya
orang yang ingin menjadi calon pilihan raya; terdapat pula syarat-syarat tertentu yang mesti
dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertanding dengan pilihan raya dikatakan mempunyai
kerusi pilihan raya, Kerusi Dewan Undangan Negeri atau kerusi Parlimen, atau keduaduanya. Dua orang calon atau lebih masing-masing daripada parti politik yang sah boleh
bertanding merebut sesebuah kerusi kawasan berkenaan. Calon yang akhirnya mendapat undi
terbanyak diisytiharkan pemenang dan akan mewakili kawasan pilihan raya berkenaan sama
ada daripada parti politik yang membentuk kerajaan atau parti pembangkang.

2.0 Legislatif
Demokrasi adalah sebuah sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat secara
pilihanraya yang bebas dan adil yang disertai oleh parti-parti yang sah dan akhirnya kerajaan
yang dibentuk pula mesti menunaikan tanggungjawab sebaiknya terhadap rakyat dan
Negara.Negara kita pada teorinya mengamalkan Demokrasi berparlimen dengan YDP Agung
sebagai ketua.Manakala kerajaan pula terdiri dari 3 badan
kehakiman.
-2-

eksekutif, legislatif dan

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Dalam pentadbiran ini, terdapat hubungan erat antara badan perundangan


(legislatif) serta pelaksana (eksekutif) Antara negara yang menjalankan kaedah ini adalah
Britain dan Malaysia. Di Negara ini wakil parlimen (perundangan) boleh menjadi pelaksana
seperti menteri kabinet. Malahan, kedudukan Raja atau Yang dipertuan Agong amat istimewa
kerana mempunyai kuasa dan pengaruh legislative mahupun eksekutif. Ketua Negara pula
berlainan dengan ketua kerajaan.
Legislature (perundangan) dan ekskutif adalah dua cabang terpenting dalam
system pemerintahan demokrasi berparlimen.Walaupun dua badan ini berbeza daripadasegi
fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungans
angat rapat. Menteri-menteri cabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan
ini.Itulah sebabnya apa yang berlaku dalam system demokrasi berparlimen ini selalu digelar
sebagai satu fusion of power ataupun satu percantuman kuasa. Justeru itu juga ada ahli
teori yang mengatakan bahawa system demokrasi berparlimen adalah bertentangan dengan
semanagat konsep pengasingan kuasa dalam teori demokrasi liberal.
Pada umumnya, sebelum sesuatu cadangan dan dasar dijadikan rang undang-undang,
menteri berkenaan hendaklah berunding dengan Peguam Negara. Setelah itu kertas cadangan
tersebut dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan.
Setelah diluluskan, baharulah rang undang-undang digubal oleh Penggubal Undangundang. Penggubal Undang-undang biasanya herunding dengan menteri dan pihak lain yang
berkaitan dengan rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang yang digubal itu perlu
dikemukakan untuk persetujuan Jemaah Menteri.
Apabila telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, menteri berkenaan memaklumkan
kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara tentang hasratnya hendak

-3-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

mengemukakan rang undang-undang tersebut. Setiausaha Dewan kemudiannya mengedarkan


rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua Ahli Parlimen.
Sebelum rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, ia mestilah melalui
beberapa peringkat atau disebut bacaan. Bacaan pertama ialah memberitahu secara lisan
mengenai tujuan dan tajuk rang undang-undang itu. Dalam bacaan kedua, prinsip dan rang
undang-undang itu dibahaskan. Ini adalah peringkat yang paling penting.
Di

peringkat

seterusnya,

Dewan

bersidang

sebagai

jawatankuasa

yang

membincangkan butiran dalam rang undang-undang itu. Tujuannya untuk member peluang
kepada ahli Dewan berbincang secara tidak formal bagi mendapatkan pandangan dan syorsyor baharu. Butir-butir yang dibincang dipertimbangkan mengikut susunan seperti yang
terdapat dalam rang undang-undang itu, diikuti dengan jadual, dan akhir sekali dibincangkan
mukadimahnya. Setelah perbincangan di peringkat jawatankuasa selesai, menteriakan
mengusulkan supaya rang undang-undang itu dilaporkan kepada Dewan. Jika dipersetujui,
jawatankuasa seluruh Dewan itu pun kembali menjadi persidangan Dewan. Kemudian
menteri mengusulkan supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali ketiga serta diluluskan.
Apabila Dewan Rakyat telah meluluskannya, rang undang-undang itu dikemukakan
kepada Dewan Negara yang juga membahaskan rang undang-undang itu melalu proses yang
sama seperti yang dilakukan di Dewan Rakyat. Setelah rang undang-undang itu diluluskan
oleh Dewan Negara, perkenan diraja adalah diperlukan supaya ia dapat dikuatkuasakan
sebagai undang-undang. Yang diPertuan Agong menurunkan Cop Mohor Besar kepada rang
undang-undang tersebut yang menandakan persetujuan baginda. Undang-undang yang telah
diluluskan oleh Parlimen dan dipersetujui oleh Yang diPertuan Agong diwartakan dalam
Warta Kerajaan.

-4-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Seperti yang telah dinyatakan, Dewan Negara adalah lebih tinggi tarafnya daripada
Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara
dalam banyak perkara. Perkara 67(1) Perlembagaan tidak member kuasa kepada Dewan
Negara untuk memperkenalkan sesuatu rang undang-undang atau pindaan yang berhubung
dengan halehwal percukaian, pinjaman wangdan juga hal berhubung dengan kumpulan wang
kerajaan serta akaun Persekutuan dan Negeri.
Bagi rang undang-undang yang bukan melibatkan undang-undang kewangan, Dewan
Negara boleh melewatkannya bagi tempoh selama satu tahun. Bagi rang undang-undang
kewangan, Dewan Negara boleh melewatkannya selama sebulan sahaja.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta. Enakmen pula adalah
undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri, kecuali undang-undang yang
dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dinamakan Ordinan. Undang-undang yang
diisytiharkan di bawah Fasal (2) Perkara 150 oleh Yang diPertuan Agong semasa Parlimen
tidak bersidang pada masa darurat, juga disebut Ordinan.
Perlembagaan Negara kita perlu dipertahankan oleh setiap rakyat kerana
perlembagaan itu adalah satu dokumen yang mengandungi cita-cita rakyatnya yang inginkan
sebuah Negara dan bangsa yang berdaulat.
Perlembagaan diwujudkan berdasarkan tradisi dan sejarah Negara kita. Setiap negeri
dan anggota masyarakat mahu memastikan kepentingan masing-masing terjamin dalam
perlembagaan. Di samping mengekalkan institusi Raja-Raja Melayu, perlembagaan juga
memperkenalkan system demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen bertujuan
melahirkan suasana politik yang stabil, mengekalkan keamanan dan meningkatkan
kemakmuran. Dalam system demokrasi ini, rakyat terlibat dalam pemerintahan negara,
manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia setiap rakyat. Seperti yang telah
-5-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

dijelaskan sebelum ini, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Parti yang mendapat majority
sokongan rakyat akan berkuasa untuk memerintah, tetapi parti yang memerintah mesti
menunjukkan keupayaan melahirkan keadilan bagi seluruh rakyat. Di sinilah terletaknya
keluhuran perlembagaan Negara kita yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat.

3.0 Dewan Negara


Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara, ia
berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terterinci. Perkaraperkara yang menjadi kepentingan umum juga akan dibincang dalam Dewan Negara.
Menurut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa
menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum
dikemukakan kepada Yang Di-pertuan Agong untuk diperkenankan. Dewan Negara hanya
boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan persekutuan


Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri
dengan 2 orang setiap negeri, dan 2 orang ahli akan dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong
untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Ali yang selainnya akan
dilantik oleh Yang Di-pertuan Agong yang terdiri daripada warganegara yang pada pendapat
baginda telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam
perkhidmatan awam, perusahaan, pertanian, perdagangan, perkhidmatan masyarakat,
kegiatan kebudayaan atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangan atau yang boleh mewakili
kepentingan Orang Asli.

Terlebih dahulu, seorang Yang Di-pertua Dewan dan Timbalan Yang Di-pertua Dewan
akan dilantik bagi mengendalikan persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Ahli-6-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

ahli yang dilantik telah dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas, dan
tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah 3 tahun. Ahli Dewan Negara boleh
dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan tersebut bagi tempoh 3 tahun lagi, tetapi
hanya 2 penggal sahaja dibenarkan bagi setiap ahli memegang jawatan tersebut. Pembubaran
Parlimen tidak menjejaskan tempoh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Negara.
Perrlembagaan telah memberi kuasa terhadap Parlimen bahawa Parlimen mempunyai kuasa
mengubah keahlian Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan atau
mengurang jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

4.0 Dewan Rakyat


Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat dalam pilihan raya
umum, maka, bolehlah dikatakan Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat
menyuarakan pendapat dan hasrat serta mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka.
Dewan Rakyat merupakan komponen yang penting dalam Parlimen, ia melambangkan
demokrasi kerana ia adalah dewan yang dianggotai oleh wakil rakyat yang memenangi kerusi
dalam pilihan raya umum.

Yang Di-pertua dan Timbalan Yang Di-pertua dipilih oleh Dewan Rakyat. Akan tetapi,
terdapat pula satu syarat dalam Perlembagaan yang membolehkan Yang Di-pertua dipilih dari
luar Dewan Rakyat. Maka, satu tambahan kepada ahli yang dipilih dan orang yang dipilih
seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan. Ia bermakna jumlah keanggotaan dalam Dewan
Rakyat boleh diubah melalui pindaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.Tugas
utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat
Dewan Rakyat, undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta.

-7-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Ahli Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan
tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Dewan Rakyat akan dianggotai oleh ahli yang telah
dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum setiap 5 tahun. Walau bagaimanapun, hanya
Yang Di-pertuan Agong mempunyai kuasa, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh
tersebut setelah memperoleh nasihat daripada Perdana Menteri. Pada masa ini, terdapat 222
orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan
Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri Semenanjung, 31 kerusi untuk Sarawak dan 25
kerusi untuk Sabah, sementara Wilayah Persekutuan pula 11 kerusi untuuk Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kerusi untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan 1 kerusi untuk
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Jika Ahli Dewan Rakyat mempunyai sabab-sebab yang terkandung dalam Perkara 48,
Perlembagaan persekutuan, maka beliau akan kehilangan kelayakan sebagai anggota dewan.
Sebab-sebab tersebut seperti:
a)

Tidak sempurna akal

b)

Mendapat kewarganegara negara lain

c)

Mengaku taat setia kepada negara lain

d)

Menggunakan hak-hak kewarganegara lain

e)

Muflis dan tidak dilepaskan oleh mahkamah

f)

Memegang apa-apa jawatan lain yang berpendapat

g)

Disabitkan dengan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun atau denda tidak kurang
RM 2000.00

h)

Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam masa yang telah ditetapkan
apabila dilantik sebagai ejen pilhan raya
Syarat tambahan yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai ahli Dewan

-8-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Rakyat seperti meletak jawatan dengan kehendak sendiri, tidak menghadiri persidangan
Dewan Rakyat selama 6 bulan, gagal mengangkat supah di hadapan Yang di-pertua Dewan
Rakyat dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan yang pertama Dewan Rakyat.
Yang Di-pertua Dewan Rakyat akan dibantu oleh 2 orang Timbalan Yang Di-pertua
dan seorang setiausaha, beliau tidak boleh menjadi ahli lembaga pengarah atau ahli lembaga
pengurusan, pegawai atau pekerja atau terlibat dalam sesuatu urusan pertubuhan atau badan
sama ada diperbadankan atau lain-lain pengusahaan sama ada mendapat pendapatan ataupun
tidak mendapat pendapatan atau faedah daripadanya.

4.1 Proses Penggubalan Undang-undang

Proses penggubalan undang-undang dijalankan dengan teliti demi menjamin


kelancaran perlaksanaan undang-undang di seluruh persekutuan. Bab 5 Acara Perundangan,
Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan cara dan peraturan yang tertentu bagi Parlimen
membuat undang-undang.

Pada peringkat awalnya, sesebuah kementerian perlu merangka dasar-dasar yang


berkaitan dengan sesuatu Rang Undang-undang yang hendak dibentangkan dalam Dewan
Negara dan Dewan Rakyat. Semasa membuat rangka dasar atau Rang Undang-undang,
kementerian berkenaan perlu berunding dengan Perbendaharaan, Jabatan Penguam Negara
atau kementerian-kementerian lain yang ada kaitan dengan Rang Undang-undang tersebut.

Setelah semua pihak yang berkaitan bersetujui, draf Rang Undang-undang perlu
disediakan oleh Jabatan Peguam Negara. Seterusnya, draf Rang Undang-undang tersebut
akan dikemukakan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan badan tersebut. Notis
-9-

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

pemberitahuan akan dihantar oleh menteri berkenaan kepada kedua-dua majlis Parlimen
setelah kelulusan daripada Kabinet. Kemudian, Rang Undang-undang tersebut akan dicetak
oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

Bagi mendapatkan kelulusan daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat,


pembentangan Rang Undang-undang akan dilakukan dalam kedua-dua Majlis Parlimen
tersebut. Rang Undang-undang tersebut akan dibaca mengikut peringkat sebelum diluluskan.
Dalam Bacaan Kali Pertama, Setiausaha Dewan Rakyat akan membacakan tajuk ringkas
Rang Undang-undang tersebut sahaja. Bacaan Kali Kedua adalah peringkat yang sangat
penting, kerana Rang Undang-undang tersebut akan dibahaskan secara mendalam oleh ahliahli Dewan Rakyat dengan menimbangkan semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan
pengaruhnya terhadap rakyat dan negara. Semua soalan dan kemuskilan yang dikemukakan
oleh ahli-ahli dewan, Menteri berkenaan yang bertanggungjawab memberi jawapan dan
penjelasan.

Perbincangan secara terperinci Rang Undang-undang akan dilakukan pada peringkat


Jawatankuasa di Dewan Negara. Kemudiannya Bacaan Kali Ketiga akan dilakukan, Rang
Undang-undang tersebut akan dikemukan semula oleh Menteri berkenaan di Dewan Rakyat
untk mendapatkan kelulusan. Setelah mendapat kelulusan, Rang Undang-undang tersebut
akan dibawa ke Dewan Negara untuk dibentang, dibahaskan dan diluluskan.

Walaupun Rang Undang-undang tersebut telah mendapat kelulusan di dewan Rakyat,


tetapi di Dewan Negara, Rang Undang-undang tersebut akan mengikut proses yang sama
seperti mana yang dilakukan di Dewan Rakyat iaitu Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali
Kedua dan Bacaan Kali Ketiga sebelum diluluskan. Setelah mendapat kelulusan dari kedua- 10 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

dua Dewan, Rang Undang-undang tersebut masih perlukan persetujuan dari Yang Di-pertuan
Agong sebelum ia diperkenankan menjadi undang-undang. Untuk memperkenankan undangundang Yang Di-pertuan Agong akan menurunkan cop mohor Negara. Ketelitian proses
adalah bertujuan memastikan supaya undang-undang yang dikuatkuasakan itu tidak
merugikan mana-mana pihak, sebaliknya menjaga kepentingan rakyat dan negara.

5.0 Kehakiman
Malaysia mempunyai sistem kehakiman bersepadu dan semua mahkamah
mengetahuinya dari kedua-dua undang-undang persekutuan dan negara. Sistem undangundang didasarkan pada undang-undang umum Inggeris. Kebanyakan kes datang sebelum
hakim dan mahkamah sesi. Mahkamah Agama memutuskan masalah undang-undang Islam
dan adat. Mahkamah Persekutuan ialah mahkamah tertinggi di Malaysia dan ulasan
keputusan dirujuk dari Mahkamah Tinggi Semenanjung Malaysia, Mahkamah Tinggi Sabah
dan Sarawak dan mahkamah bawahan. Mahkamah Persekutuan di mana dipertuan Agong
yang adalah tuan presiden dan mempunyai bidang kuasa asal dalam perselisihan antara
negara-negara dan kerajaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan terdiri daripada ketua
keadilan, dua hakim ketua dari Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain. Pentadbiran
penahanan diizinkan dalam kes-kes keselamatan, di mana jaminan lain tertentu dari proses
yang dilaporkan ditangguhkan.

Terdakwa

harus

dibawa

ke

hadapan

hakim

dalam

masa

24

jam

dari

penangkapan. Terdakwa mempunyai hak untuk peguam dan untuk jaminan. Peraturan ketat
bukti berlaku di mahkamah dan banding tersebut sedia untuk mahkamah yang lebih
tinggi. Jenayah terdakwa juga boleh mengajukan Grasi kepada penguasa penting atau
penguasa negara tempatan. Hukuman berat termasuk hukuman mati ataupun dipaksakan
- 11 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

untuk dadah. Mahkamah tinggi mempunyai bidang kuasa atas semua kes jenayah serius dan
kebanyakan kes sivil. Mahkamah sesi mendengar kes yang melibatkan pertikaian pemilikpenyewa dan kemalangan kereta. Di samping itu, mahkamah Magistrate mendengar kes-kes
jenayah di mana hukuman maksimum tidak melebihi 12 bulan. Mahkamah Rayuan
mempunyai bidang kuasa atas mahkamah tinggi dan keputusan sidang mahkamah.

Walaupun kolonialisme Inggeris sangat mempengaruhi penghakiman Malaysia,


undang-undang dan sistem mahkamah mapan lama sebelum kedatangan Inggeris. Sebagai
contoh, Melaka dan Brunei dipertahankan agar menggunakan undang-undang Islam dan
undang-undang tidak bertulis berdasarkan tradisi dan adat. Hakim dilantik oleh sultan negara
mereka. Sebelum pembentukan Persekutuan Melayu pada tahun 1895, hakim besar
mendengar rayuan dari mahkamah Islam dan banding lebih lanjut terdengar langsung oleh
sultan mengikut perundingan dengan penasihat agama mereka. Di bawah sistem ini penguasa
adalah sumber keadilan dan kuasa kehakiman tertinggi.

Oleh itu, sistem kehakiman Islam perlahan-lahan melemah di bawah kuasa Inggeris
kerana penekanan pada memisahkan kuasa agama dan sivil dan mencipta sebuah negara
birokrasi rasmi ditetapkan oleh undang-undang bertulis. William A. Graham, ketua kerajaan
negara pertama di Kelantan pada Perjanjian Anglo-Siam pada tahun 1902 telah memberikan
contoh ilustratif. Melanggar perjanjian dengan penguasa negara Graham bekerja untuk
mengawal kekuatan mahkamah Islam dengan menolak bantuan polis dalam menjalankan
perintah mereka dan mengumpul bukti.

Marginalisasi mahkamah adat telah ditetapkan dengan Commissioner Kehakiman


Peraturan dan Ketenteraman Awam di Lembaga pada tahun 1896. Peraturan ini dihapuskan
kuasa sultan untuk mendengar rayuan undang-undang dan mencipta pejabat Pesuruhanjaya
- 12 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

penghakiman untuk melaksanakan fungsi ini. Para Persekutuan Syarikat Banding Order
Melayu di Dewan 1906 disediakan untuk naik banding ke Privy Council di London. Sebelum
pencerobohan Jepun pada tahun 1941 Straits Settlements, Amerika Persekutuan Melayu dan
Amerika Unfederated Melayu masing-masing mempunyai mahkamah tersendiri.

Mahkamah rayuan ini kemudian diintegrasikan ke Mahkamah Rayuan Kesatuan


Malaya pada tahun 1946. Ketika Persekutuan Malaya dimasukkan ke dalam tempatnya pada
tahun 1948 setelah meninggalkan Kesatuan Malaya Mahkamah Rayuan ditubuhkan untuk
semua persekutuan yang berlangsung sehingga kemerdekaan daripada Inggeris tahun 1957.
Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, ada tiga Agung Mahkamah Komanwel
Perundangan di Asia Tenggara:

Mahkamah Agung Persekutuan Malaya

Mahkamah Agung Singapura

Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah


Rayuan dan telah dipimpin oleh Hakim Ketua. Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan
pada tahun 1963 Mahkamah Persekutuan mengambil tempat Mahkamah Tinggi. Selepas
kemerdekaan, melalui perjanjian bersama United Kingdom dan Malaysia, dan Pasal 131
dari Perlembagaan Persekutuan. Dewan Penasihat terus berfungsi sebagai mahkamah
tertinggi di Malaysia, secara rasmi memberikan nasihat kepada Agong Yang-di-Pertuan
pada penentuan rayuan dari Mahkamah Persekutuan. Rayuan kepada Majlis Peguam di
London tidak dihapuskan sepenuhnya hingga 1 Januari 1985 setelah pembentukan

- 13 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Mahkamah Agung. Mahkamah Agung berganti nama menjadi Mahkamah Persekutuan


pada tahun 1994.

Susunan Sistem Mahkamah Di Malaysia

Malaysia
Mahkamah
Agung

Mahkamah
Tinggi
Tanah Melayu

- 14 -

Mahkamah
Tinggi
Borneo

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Mahkamah

Mahkamah

Sesyen

Sesyen

Mahkamah

Mahkamah

Majistret

Majistret

Rajah : Mahkamah Remaja


untuk kes yang melibatkan
mereka yang belum berumur
18 tahun.
Mahkamah
Remaja

Mahkama
h
Remaja

Mahkamah

Mahkamah

KES YANG DI BENTANGKAN


Kes yang melibatkan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara yang dilantik pada tahun
1984. Pada 31 Mei 1988, beliau digantung daripada jawatannya kerana didakwa salah laku.
Disamping itu, 8 Ogos 1988 beliau dipecat menerusi perbicaraan sebuah Tribunal 6 orang
yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agung. Sebagai rujukan, selalunya jumlah hakim ialah
nombor ganjil iaitu 3, 5, 7, 9 dan sebagainya. Tetapi kes ini, lain dari yang lain. Dalam
- 15 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

sejarah dunia moden ini, itulah salah satu contoh kes pemecatan seorang Ketua Hakim dalam
sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ada
juga pemecatan pada tahun 1616 di mana Raja England murka kepada Ketua Hakim England.
Zaman feudal raja berkuasa mutlak. Tetapi dalam kes Tun Salleh ini, kerana zaman moden.
Kata orang zaman demokrasi, zaman kuasa rakyat mengatasi kuasa golongan pemimpin.
Seperti kata Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di tengah-tengah krisis perlembagaan
1983, suara rakyat suara keramat.
Selain daripada itu, kes pengharaman bila 11 orang ahli UMNO yang tidak berpuas
hati dengan keputusan pemilihan pimpinan parti pada tahun 1987 dan mengemukakan kepada
Mahkamah bahawa cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar tapi ada perwakilan di
dalam mesyuarat UMNO. Tujuan 11 orang ahli UMNO tersebut ialah supaya Mahkamah
membatalkan keputusan pemilihan pimpinan parti yang dimenangi oleh kumpulan A. Tentang
Tun Dr. Mahathir Bin Muhamad telah menang hanya 43 undi mengalahkan Tengku
Razaleigh. Itupun cerita yang mempunyai sifat penipuan peti undi. Oleh itu, dengan
menggunakan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, Hakim Datuk Harun Hashim telah
membuat keputusan bahawa UMNO menjadi pertubuhan yang tidak sah dan pemilihan parti
1987 diisytiharkan dibatal. Ketika itulah Mahathir semakin ketakutan lalu menganas terhadap
badan Kehakiman dengan memecat Tun Salleh.

6.0 Kesimpulan
Persekutuan

Malaysia

merupakan

sebuah

negara

yang

mengamalkan

pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan
penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia
akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.
- 16 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh


sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu
orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.

Selain itu, kita sewajarnya mengetahui konsep demokrasi sebenar tidak dapat
dilaksanakan pada hari ini melihatkan kepada perwakilan rakyat sendiri yang tidak membawa
agenda rakyat tetapi agenda kepartian. Walaupun di dalam demokrasi ianya menekankan
kedaulatan rakyat serta menganggap rakyatlah sebenarnya pemerintah, namun di dalam Islam
kedaulatan hanyalah terletak pada Allah SWT serta kuasa pelaksana undang-undang Allah
ditaklifkan kepada khalifah Islam dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama. Cumanya titik
pertemuan demokrasi dengan Islam ialah, rakyat terbanyak boleh memilih anggota ahli hal
liwal aqdi yang sesuai serta berhak memilih khalifah (Amir) yang adil serta menepati konsep
Islam.
Di samping itu, negara kita yang mempunyai sistem kehakiman yang adil ini.
Kehakiman adalah suatu pihak yang tidak boleh dibubarkan. Jikalau sesebuah negara yang
tidak mempunyai pihak kehakiman ini, bagaimana mereka kena tindakan yang sepatutnya
mereka dapat. Oleh itu, sistem kehakiman di negara kita juga memainkan peranan yang amat
penting.

7.0 Rujukan

Internet

http://portal.kehakiman.gov.my/
http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceania/Malaysia-JUDICIALSYSTEM.html
- 17 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

http://www.kehakiman.gov.my/courts/maljudiciary.shtml
http://www.malaysianbar.org.my/judiciary.html
http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7002
http://bantahan.tripod.com/pecat2.htm
http://cikguyatieishere.blogspot.com/2009/05/badan-legislatif.html
http://pkskel.tripod.com/doktrin01.html
http://www.slideshare.net/omcivics/pengaruh-sistem-pemrintahan-reza-presentation
http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/03/badan-legislatif/
http://blogs.iium.edu.my/ka_mokhtar/2009/07/02/federalisme-di-malaysiapembahagian-kuasa-legislatif-antara-kerajaan-persekutuan-dan-negeri-negeri-didalam-perlembagaan-malaysia/
http://www.imi.gov.my/
http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms
http://www.jpn.gov.my/
http://www.water.gov.my/
http://www.customs.gov.my/
http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau
http://jpp.mohr.gov.my/
http://www.dof.gov.my/home
http://www.doa.gov.my/web/guest/home
http://www.islam.gov.my/portal/
http://www.jmm.gov.my/

Buku

Pengajian Malaysia, Mardiana dan hasnah, Pernerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, diterbitkan
pada tahun 2000.
Tun Salleh Abas & K. Das: May Day For Justice, Magnus Book, Kuala Lumpur,
1990.

Hkoo Boo Teik: Paradoxes of Mahathirism, Oxford University Press, Kuala Lumpur,
1995.

H.P. Lee: Constitutional Conflicts in Contemporary Malaysia, Oxford University


Press, Kuala Lumpur, 1995.

Rais Yatim: Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive


Supremacy. Endowment, Kuala Lumpur, 1995.
- 18 -

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN GLUL3113


NOOR HAFIZA BINTI ABU HASSAN
224635

Peter Alderidge Williams : Judicial Misconduct. Pelanduk, Kuala Lumpur, 1990.

Gordon P. Means ; Malaysian Politics The Second Generation, Oxford University


Press, 1991.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid; Khoo, Kay Kim; Muhd Yusof bin Ibrahim; Singh,
D.S. Ranjit (1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan
2. Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN
Osborne, Milton (2000). Southeast Asia: An Introductory History. Allen & Unwin.
ISBN

- 19 -

Anda mungkin juga menyukai