Anda di halaman 1dari 4

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;

memelihara satu cara hidup demokratik ;

mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama ;

menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak ; dan

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


RUKUN NEGARA(ENGLISH VERSION)
Our nation, Malaysia, being dedicated :

to achieving a greater unity of all her peoples;

to maintaining a democratic way of life;

to creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;

to ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;

to building a progressive society which shall be oriented to modern science and


technology;

We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:

BELIEVE IN GOD

LOYALTY TO KING AND COUNTRY

UPHOLDING THE CONSTITUTION

RULE OF LAW

GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu


usaha yang berterusan untuk
mengembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani


berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan dan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
dapat menyumbang terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal
persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan
budaya dan kesenian bangsa
2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek
disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten
dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.
3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu
menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan
kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen
serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan
berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan
khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.
4. KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan
minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.
5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang
tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa
depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut
pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian
kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang
khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan
dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti
International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

Anda mungkin juga menyukai