Anda di halaman 1dari 2

Muharam, Safar, Rabiulawwal

Rabiulakhir, Jamadilawwal, Jamadilakhir


Rejab, Syaaban, Ramadhan
Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah
(dendangan nasyid kumpulan Raihan : Bulan-bulan Islam ).

Masa memang pantas mengejar kita. Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar kita dah
pun berada dalam di pertengahan Rejab. Aih!...adik-adik semua sudah selesai ke
bayar hutang ( huhuperingatan untuk diri sendiri juga ). Lekas-lekas kita
selesaikan ya, tahun ini doa-doakan, mudah-mudahan ibadah kita akan
dipertingkatkan oleh Allah ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Aamiin

Dalam kesibukan mahu selesai qado kewajipan, kaum ibu selalunya tidak pernah
lupa juga merancang persiapan menyambut raya. Kaum bapa jangan salah tafsir
ya!. Fitrahnya ibu mahukan yang terbaik buat keluarga. Baju raya sedondon sudah
siap ditempah. Kuih raya pun sudah dirancang dan diatur mengikut bajet. Ada
nanti yang akan menempelak, hai! Belum pun puasa dan sibuk nak beraya.
Jangan!...kalau tak ditempah sekarang, tak berbaju barulah anak-anak dan suami.
Lagi pun kalau semua sudah rancang dan sedia, dapatlah kaum ibu tumpukan
perhatian beribadah dalam bulan Ramadhan nanti, tak gitu?

Bagi memudahkan kaum ibu nak menyediakan kuih raya tahun ini, kakak nak
menyumbangkan resepi No-Bake Cookies. Mudah, senang, cepat dan sedap.
Resepi ni memang win. Nanti boleh buat dengan anak-anak. Tak perlu ketuhar,
mesti anak-anak suka. Tengok bahan-bahannya saja sekecil kita pasti melompat
keriangan. Ibu-ibu Cuma perlu pastikan bahan-bahannya tidak habis sebelum jadi
biskut ya!

CHOCO PISTACHIO

BAHAN-BAHAN
2 cawan gula pasir
2/3 cawan susu UHT
2/3 ketul mentega ( potong dadu )
bar coklat masakan ( cincang kasar )
2 camb. Madu
1/3 cawan pistachio ( dipanggang dan di cincang halus )
1 cawan oats

CARA-CARA
1. Masukkan gula, susu, mentega, coklat dan madu dalam kuali leper yang
besar. Masak sehingga semua bahan cair dan sebati.
2. Celup berus pastry dengan air sejuk dan beruskan di sekeliling kuali sekalisekala untuk mengelakkan terbentuk Kristal gula dan mengeras dikeliling
kuali.
3. Masak sehingga menjadi larutan pekat ( Ujian: titiskan sedikit larutan dalam
air, jika terbentuk seperti bebola lembut, tutupkan api)
4. Biarkan sejuk selama 5 minit.
5. Masukkan pistachio dan oats, kacau sehingga bersalut.
6. Tuang dalam dulang 8 X 8, dan potong menjadi 36 keping ( seeloknya guna
dulang yang telah disediakan pemotong )
7. Biarkan selama 4 jam. Sedia untuk dinikmati.
8. Simpan dalam bekas kedap udara. Lapiskan setiap biskut dengan kertas wax
supaya tahan lama.
Mudahkan. Cubalah!

Anda mungkin juga menyukai