Anda di halaman 1dari 2

Saya akan menggunakan teori pelaziman klasik untuk membincangkan suatu aktiviti

pembelajaran di bilik darjah. Apabila saya menyuruh murid menghantar buku latihan,
mereka tentu tidak menghantar pada masa yang ditetapkan.(gerak balas tidak terlazim)
Dengan itu, saya pun tidak mahu menyemak buku latihan bagi murid yang lambat hantar.
(rangsangan tidak terlazim). Selepas beberapa kali saya tidak mahu menyemak buku
latihan bagi murid yang lambat hantar kerja, (rangsangan terlazim).maka saya mendapati
bahawa semua murid telah menghantar buku latihan pada masa ditetapkan.(gerak balas
terlazim). walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa cara ini hanya dapat
dijalankan dengan berkesan terhadap murid yang berdisiplin baik sahaja.
Aktiviti Peneguhan positif dalam bilik darjah seperti
1) memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau telah
menjawab soalan (bagi murid yang pasif selama ini)
2) memberikan senyuman
3) menepuk bahu pelajar
Pelajar dalam Kelas 1F adalah sangat bising . Setiap kali PdP dijalankan, saya dapati
mereka asyik bercakap. Saya suruh mereka jangan bercakap tetapi hanya senyap sekejap
bising balik. Dengan itu , setiap kali mereka mula membuat bising, saya akan tutup buku
, berhenti mengajar dan terus memberi latihan. Sesiapa yang tidak tahu membuat
latihan itu akan didenda.Jadi selepas beberapa kali saya berbuat demikian, saya dapati
pelajar tidak berani membuat bising dalam PdP saya kerana sebaik saja mereka membuat
bising, saya tidak akan meneruskan PdP dan terus memberi latihan.
Satu contoh aktiviti pembelajaran menggunakan Teori Pembelajaran Tingkah Laku yang
biasa saya praktikkan terhadap pelajar saya (Tingkatan 1D) adalah seperti berikut:
Sebelum motivasi :
Untuk pembelajaran Sains dalam kelas saya, saya biasanya menggunakan perbincangan
dalam kumpulan. Tetapi, bagi pelajar Tingkatan 1D, saya dapati terdapat beberapa orang
pelajar (2 orang) yang tidak terlibat dengan aktif dalam perbincangan. Pelajar ini adalah
pelajar yang pendiam dan tidak suka bercakap. Selain itu, saya juga dapati pelajar ini
adalah amat pemalu.
Semasa motivasi :
Oleh itu, untuk menggalakkan mereka supaya terlibat dalam perbincangan kumpulan,
saya pun mendekati pelajar-pelajar ini dan memberi dorongan dan galakan kepada
mereka. Saya akan cuba membimbing pelajar ini dan menggalakkan mereka supaya
memberi idea atau pendapat mereka. Apabila mereka cuba memberikan pendapat, saya
akan membantu dan membimbing mereka. Ini secara tidak langsung akan membantu
membina keyakinan mereka dalam pembelajaran Sains.

Selepas motivasi :
Selepas dorongan dan galakan telah diberikan kepada pelajar ini, saya pun beredar ke
kumpulan yang lain. Daripada pemerhatian saya sepanjang pelajar melakukan
perbincangan, saya dapati pelajar ini mula melibatkan diri dalam perbincangan, walaupun
tidak begitu aktif.
Sasaran saya ialah murid prasekolah
Sebelum
Semasa saya mengajar mengeja dan membaca suku kata, didapati terdapat sebilangan
murid yang tidak memberi perhatian samasa pdp saya.
Semasa
Saya akan memberikan peneguhan positif (pujian, hadiah kecil) terhadap murid yang
dapat mengeja suku kata yang ditunjukan oleh saya dengan betul.
Selepas
Didapati murid yang tidak memberi perhatian telah aktif untuk membaca dan mengangkat
tangan untuk menjawab persoalan saya.

Anda mungkin juga menyukai