Anda di halaman 1dari 35

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4. PRAKTIKUM

4.1 Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) menterjemahkan


keberhasilan pendidikan sebagai pembangunan model insan yang berkualiti sebagai
negara ke arah mencapai taraf negara maju. Amanah ini merupakan tanggung jawab
besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidik khususnya warga IPGM.
Peranan dan komitmen padu padu diperlukan untuk menyediakan latihan bagi
melahirkan bakal guru yang berkualiti untuk merealisasikan transformasi pendidikan
negara seperti yang dihasrat oleh PPPM 2013 – 2025.

Fokus transformasi dalam amalan profesional adalah untuk menyusun dan


memantapkan pelaksanaan praktikum sedia ada dengan merujuk pendekatan Nexus
Theory and Practices bagi merapatkan jurang antara teori dengan praktikal,
khususnya ketika pelajar IPG berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah. Melalui
transformasi praktikum, IPG memperkenalkan pemantapan pelaksanaan praktikum
secara bertema disamping meningkatkan kualiti pemerhatian dan penyeliaan klinikal,
dan menambahbaik program pementoran.

4.2 Transformasi Praktikum

Transformasi Praktikum di IPG adalah berlandaskan kepada pendekatan Nexus


Theory and Practices. Pendekatan Nexus Theory and Practices merapatkan jurang
antara teori dengan praktis pelajar IPG dengan sekolah. Melalui pendekatan ini,
pelajar akan dapat mengimbangi pengetahuan teoritikal dan praktikal pelajar dan
membolehkan pemindahan pembelajaran (transfer of learning) iaitu perkara yang telah
dipelajari di IPG dapat diaplikasikan ke dalam situasi sebenar di sekolah secara efektif.

Melalui komuniti profesional, guru pembimbing (sekolah) dan pensyarah penyelia


(IPG) perlu bekerjasama untuk mewujudkan proses kolaboratif antara sekolah dan
IPG bagi memastikan pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sokongan
yang diperlukan. Perkongsian yang teguh antara sekolah dan IPG akan menjadi
pemacu kepada program pendidikan guru melalui Model Enhanced Partnership
(Rajah 4.1).

27
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Rajah 4.1: Enhanced Partnership Model


Sumber: Adaptasi National Institute of Education (2009) in Oon-Seng Tan,
Woon-Chia Liu dan Ee-Ling Loo (Ed.), (2007).

4.2.1 Strategi Pelaksanaan Transformasi Praktikum IPG

Strategi pemantapan praktikum melalui transformasi IPG akan dilaksanakan seperti


berikut:
i. melaksanakan praktikum berdasarkan konsep Nexus Theory and Practice;
ii. melaksanakan program praktikum bertema;
iii. memantapkan penilaian praktikum;
iv. membangunkan sistem pementoran berstruktur berasaskan kompetensi; dan
v. membangunkan e-Praktikum.

Pemantapan Praktikum dilaksanakan menggunakan kerangka konsep pendekatan


Nexus Theory and Practice seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.2

28
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Rajah 4.2: Pendekatan Nexus Theory and Practice Dalam Pelaksanaan


Praktikum di IPG

4.3 Konsep Praktikum Bertema

Praktikum Bertema berfokus kepada tema-tema tertentu bagi memantapkan


penguasaan dan kemahiran pelajar dalam PdP. Pelaksanaan Praktikum Bertema
melibatkan empat komponen utama iaitu perancangan, pelaksanaan, amalan
pedagogi masa kini, kemahiran insaniah serta refleksi dalam PdP. Setiap komponen
mempunyai tema-tema yang khusus. Tema ini mengabungjalin pengetahuan dan
kemahiran ke arah melahirkan insan guru yang profesional dan memiliki sahsiah guru
yang unggul.

Model Struktur Transformasi Praktikum Bertema seperti di Rajah 4.3 yang


dicadangkan ini menekankan kemampuan pelajar untuk menterjemahkan ilmu yang
diperoleh secara teoritikal di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum.
Konsep Praktikum Bertema ini akan mula diperkenalkan kepada pelajar PISMP
Ambilan Jun 2017.

29
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Rajah 4.3: Model Struktur Praktikum Bertema IPG

4.4 Objektif Praktikum Bertema

Melalui praktikum bertema, pelajar akan;


i. menyepadukan teori dengan praktik PdP;
ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP berdasarkan tema;
iii. mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai;
iv. merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu
mengikut tema yang telah ditentukan;
v. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP;
vi. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai profesionalisme keguruan;
vii. memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri;
viii. mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses
PdP;
ix. menguasai kemahiran fasilitator; dan
x. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum berdasarkan tema.

30
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.5 Komponen Tema Dalam Praktikum Bertema IPG

Praktikum dilaksanakan dalam dua fasa dan selama dua belas minggu bagi setiap
fasa. Pelaksanaan Praktikum Fasa 1 memberi pendedahan kepada kesemua
komponen tema. Fasa 2 pula memberi pemantapan kepada komponen tema mengikut
keperluan pelajar berdasarkan rumusan praktikum Fasa 1.

Perincian wajaran mengikut komponen bagi setiap fasa ditunjukkan dalam Jadual 4.1
di bawah.
Jadual 4.1 Perincian Wajaran Praktikum Mengikut Komponen
FASA 1 FASA 2

BI MARKAH WAJARAN MARKAH WAJARAN


KOMPONEN TEMA BIL KOMPONEN TEMA
L % % % %

1. BIDANG TERAS 100 55 1. BIDANG TERAS 100 55


PERANCANGAN 25 PERANCANGAN 15
PELAKSANAAN 25 PELAKSANAAN 15
AMALAN PEDAGOGI 10 AMALAN PEDAGOGI 20
MASA KINI MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH 10 KEMAHIRAN INSANIAH 20
REFLEKSI 30 REFLEKSI 30

2. BIDANG ELEKTIF 100 30 2. BIDANG ELEKTIF 100 30


TERAS TERAS
PERANCANGAN 25 PERANCANGAN 15
PELAKSANAAN 25 PELAKSANAAN 15
AMALAN PEDAGOGI 10 AMALAN PEDAGOGI 20
MASA KINI MASA KINI
KEMAHIRAN 10 KEMAHIRAN INSANIAH 20
INSANIAH 30 REFLEKSI 30
REFLEKSI
3. KOKURIKULUM 100 10 3. KOKURIKULUM 100 10
PERANCANGAN 25 PERANCANGAN 25
PELAKSANAAN 25 PELAKSANAAN 25
AMALAN PEDAGOGI 10 AMALAN PEDAGOGI 10
MASA KINI MASA KINI
KEMAHIRAN 10 KEMAHIRAN INSANIAH 10
INSANIAH 30 REFLEKSI 30
REFLEKSI
4. REFLEKSI 100 5 4. REFLEKSI 100 5
PERTENGAHAN PERTENGAHAN
PRAKTIKUM PRAKTIKUM

JUMLAH 100 JUMLAH 100

31
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.5.1 Perancangan

Dalam tema perancangan, pelajar perlu menyediakan Rancangan Semester,


Rancangan Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format
yang ditetapkan oleh IPG sebelum melaksanakan pengajaran. Dalam penyediaan
RPH, pelajar perlu menitikberatkan kepada empat fasa seperti yang berikut;
i. Pengenalan
ii. Permulaan
iii. Perkembangan pengajaran
iv. Penutup

Dalam perancangan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus
penyeliaan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing dengan pelajar. Tema
adalah seperti yang dicadangkan beserta dengan wajaran dalam Jadual 4.2 di bawah:

Jadual 4.2 Senarai Tema Dalam Komponen Perancangan Dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN FASA 1 FASA 2


 PENGENALAN

- Hasil pembelajaran
- Isi pelajaran

 PERMULAAN
⁻ Set induksi

 PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
- Strategi pengajaran
pembelajaran
PERANCANGAN  PENGENALAN
- Kesesuaian aktiviti
PdP  PERMULAAN
dengan strategi 25% 15%
(Penyediaan  PERKEMBANGAN
PENGAJARAN - Sumber pengajaran
RPH)
 PENUTUP pembelajaran
- Unsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi
- Elemen Merentas
Kurikulum

 PENUTUP

32
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.5.2 Pelaksanaan

Pelajar perlu melaksanakan sesi PdP berdasarkan RPH yang disediakan.


Pelaksanaan PdP akan melibatkan fasa-fasa berikut;
i. Permulaan
ii. Perkembangan pengajaran
iii. Penutup

Dalam pelaksanaan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus
penyeliaan dan bimbingan kepada pelajar. Tema yang dicadangkan beserta dengan
wajaran ditunjukkan dalam Jadual 4.3 dibawah:

Jadual 4.3 Senarai Tema Dalam Komponen Pelaksanaan Dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN FASA 1 FASA 2


PERMULAAN
⁻ Set Induksi

PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
- Langkah-langkah
pengajaran
- Aktiviti pengajaran
- Perbezaan individu
murid
- Kepelbagaian aktiviti

PENUTUP

PENCAPAIAN HASIL
PEMBELAJARAN

 PERMULAAN PENTAKSIRAN
PELAKSANAAN  PERKEMBANGAN - Memantau pembelajaran
PdP  PENUTUP murid. 25% 15%
- Memberi maklumbalas
terhadap respon murid.
- Penilaian pembelajaran
- Menyimpan rekod
markah murid.

PENGURUSAN BILIK
DARJAH
- Persekitaran
pembelajaran
- Peluang pembelajaran
- Rutin dan peraturan

PENGLIBATAN MURID
PENGGUNAAN SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
APLIKASI KBAT
PENERAPAN NILAI

33
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.5.3 Amalan Pedagogi Masa Kini

Selain proses pengajaran yang melibatkan perancangan, pelaksanaan dan refleksi,


pelajar juga didedahkan dengan amalan pedagogi masa kini yang boleh meningkatkan
kualiti PdP pelajar. Contoh amalan pedagogi masa kini disenaraikan dalam Jadual
4.4.

Jadual 4.4 Senarai Contoh Tema Dalam Amalan Pedagogi Masa Kini dan
Wajarannya

KOMPONEN ASPEK TEMA FASA 1 FASA 2

Contoh:

⁻ Kompetensi 4C / 6C (Creative,
Critical, Collaboration,
Communication, Character,
Citizenship)
⁻ Pembelajaran Terarah Kendiri
AMALAN
⁻ Pembelajaran Koperatif
PEDAGOGI ⁻ Pembelajaran Inkuiri-Penemuan 10% 20%
MASA KINI ⁻ Pembelajaran Penerokaan
⁻ Pembelajaran Kontekstual
Terarah
⁻ Pembelajaran Berasaskan Projek
⁻ Pembelajaran Berasaskan
Penyelesaian Masalah
⁻ Pembelajaran berasaskan otak
(Brain Based Learning)

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing


tentang tema berkaitan amalan pedagogi masa kini yang ingin diberi tumpuan sama
ada dalam Fasa 1 atau Fasa 2. Jadual 4.4 di atas adalah senarai contoh perincian
tema-tema yang boleh dijadikan fokus untuk penyeliaan pelajar.

4.5.4 Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran


komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran sosial-
kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat,
kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional, serta kemahiran kepimpinan.
Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh graduan untuk memenuhi tuntutan keperluan
pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam atau luar negara.

34
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Graduan yang memiliki kemahiran tersebut akan lebih berketerampilan serta


mampu berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan
kelas pertama yang dapat menyumbang kepada kemajuan organisasi dan
pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, semasa praktikum pelajar boleh
memilih salah satu kemahiran insaniah yang disenaraikan dalam Jadual 4.5 untuk
dijadikan fokus penyeliaan.

Jadual 4.5 Senarai Tema Dalam Kemahiran Insaniah Dengan Wajaran

KOMPONEN ASPEK TEMA FASA 1 FASA 2

 Kemahiran Komunikasi
 Pemikiran Kritis dan Kemahiran Penyelesaian
Masalah
KEMAHIRAN  Kemahiran Sosial – Kerja Berpasukan
INSANIAH  Pembelajaran Sepanjang Hayat dan
10% 20%
Pengurusan Maklumat
 Kemahiran Keusahawanan
 Etika dan Moral Profesional
 Kemahiran Kepimpinan

4.5.5 Refleksi

Selepas pelaksanaan PdP, pelajar perlu membuat penulisan refleksi berdasarkan isu
atau masalah kritikal semasa perancangan serta pelaksanaan PdP. Penulisan refleksi
boleh dibuat seperti yang berikut;

i. Refleksi ke atas tindakan;


ii. Refleksi semasa tindakan; dan
iii. Refleksi untuk tindakan

Semasa pasca penyeliaan atau bimbingan, pelajar boleh berbincang dengan


pensyarah atau guru pembimbing untuk menentukan tema yang perlu diberi perhatian
semasa penulisan reflektif. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan aspek tema dalam
amalan refleksi dan wajaran setiap tema tersebut.

35
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Jadual 4.6 Senarai Tema Dalam Komponen Refleksi Dengan Wajaran

Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2

⁻ Catatan refleksi selepas PdP


⁻ Pemikiran reflektif (Penulisan jurnal) 25% 25%
⁻ Pembinaan portfolio
Refleksi

Refleksi Pertengahan Praktikum 5% 5%

4.5.6 Kokurikulum

Selain daripada pengajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu melibatkan diri untuk
mengendalikan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian, perancangan kokurikulum
perlu disediakan mengikut tempoh mereka menjalani praktikum. Pelibatan pelajar
dalam kokurikulum akan diselia untuk kedua-dua fasa praktikum. Pelajar boleh
berbincang dengan pensyarah atau guru pembimbing untuk memilih tema yang akan
difokuskan semasa penyeliaan tersebut. Tema dalam kokurikulum adalah seperti yang
disenaraikan dalam Jadual 4.7

Jadual 4.7 Senarai Tema Dalam Komponen Kokurikulum Dengan Wajaran

Ko-Kurikulum Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2


 PERMULAAN
- Set Induksi
Permainan
 PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
- Aplikasi Kemahiran
- Penguasaan
Olahraga Kemahiran
 Perancangan
- Pengelolaan aktiviti
 Pelaksanaan
- Penilaian
 Amalan Pedagogi
Masa Kini 10% 10%
 PENUTUP
- Rumusan
Unit Beruniform  Kemahiran Insaniah
pengajaran
 Refleksi
- Refleksi

 KEJURULATIHAN
 PENGANJURAN
Persatuan

36
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.6 Penilaian Pelaksanaan Praktikum Bertema IPG

Proses bimbingan dan penyeliaan praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 melibatkan pensyarah
penyelia dan guru pembimbing teras dan elektif. Lawatan sosial mengantikan
komponen pra penyeliaan yang dilaksanakan dalam amalan praktikum semasa.
Lawatan sosial hanya dilaksanakan oleh pensyarah penyelia teras sahaja. Lawatan
sosial dilaksanakan untuk mewujudkan hubungan (rapport) antara pensyarah
penyelia, guru pembimbing, pengurusan sekolah dan pelajar.

Penilaian praktikum dilaksanakan semasa penyeliaan. Pemantapan penilaian


praktikum melibatkan pertambahan bilangan penilaian bagi bidang teras dan elektif.
Penilaian praktikum bagi bidang teras dilaksanakan sebanyak tiga kali dengan sekali
kali penyeliaan bersama dengan guru pembimbing. Penilaian praktikum bidang elektif
teras pula adalah sebanyak dua kali dengan sekali penyeliaan bersama guru
pembimbing, manakala penilaian untuk bidang kokurikulum dilaksanakan sekali
sepanjang tempoh praktikum.

Untuk mengukuhkan aspek penilaian, proses bimbingan dilaksanakan


sepanjang praktikum melalui bimbingan secara bersemuka (face to face) dan dalam
talian (maya). Bimbingan bersemuka (face to face) dilaksanakan sebanyak sekali bagi
bidang teras, elektif dan kokurikulum. Pelaksanaan bimbingan secara bersemuka
memerlukan pensyarah penyelia hadir dan membimbing pelajar di sekolah.

Bimbingan dalam talian (maya) dilaksanakan sebanyak tiga kali bagi bidang
teras dan dua kali bagi bidang elektif dan sekali untuk bidang kokurikulum. Pelajar
dikehendaki memuatnaik Rancangan Pengajaran Mingguan, Rancangan Pengajaran
Harian, lampiran aktiviti dan akhir sekali refleksi bagi sesi PdP minggu mengikut jadual
yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum. Pensyarah penyelia dikehendaki
menyemak bahan yang telah dimuatnaik dan memberi bimbingan bagi mengatasi
masalah atau persoalan yang dikemukakan oleh pelajar.

IPG dikehendaki melaksanakan sesi refleksi pertengahan praktikum ketika


pelajar menjalani praktikum. Pengisian bagi sesi refleksi pertengahan praktikum ini
melibatkan pembentangan pengalaman pelajar ketika mereka menjalani praktikum.
Sesi refleksi ini melibatkan pertemuan antara pelajar, pensyarah penyelia dan pihak
pengurusan praktikum yang diadakan pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pelajar
diharapkan akan dapat berkongsi pengalaman semasa menjalani praktikum dan
memberikan pandangan serta pendapat yang membina. Pelajar juga digalakkan untuk
menyatakan pendapat terhadap penyeliaan dan bimbingan yang telah mereka
peroleh.

37
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pembentangan ini merangkumi refleksi semasa praktikum di mana pelajar


menghubungkait antara teori yang telah dipelajari di IPG dengan pengalaman
mengajar semasa praktikum. Aktiviti ini membolehkan pelajar membuat rumusan
antara teori dan praktik. Pelaksanaan sesi ini menyokong pendekatan Nexus Theory
and Practices. Kaedah dan perincian pembentangan portfolio ini adalah tertakluk
kepada IPG.

4.7 Pementoran Berstruktur

Konsep pementoran dalam konteks praktikum IPG merupakan satu proses yang
kompleks dan mengandungi pelbagai dimensi dalam membimbing, mengajar,
mempengaruhi dan memberi sokongan kepada pelajar.

Secara umumnya tugas mentor adalah untuk memimpin, membimbing, dan


menasihati guru yang baharu dan kurang pengalaman untuk menghadapi suatu
suasana kerja berdasarkan perkongsian pengalaman dan maklumat. Sementara itu
program pementoran dalam praktikum di IPG memberi peluang kepada pensyarah
yang berpengalaman untuk membimbing, memberikan sokongan secara personal dan
profesional ke arah perkembangan pelajar melalui refleksi dan kolaboratif.

Pementoran berstruktur memerlukan model pementoran yang terancang dari


aspek strategi perkembangan kompetensi mentor, pemindahan pengetahuan,
penilaian, peta kurikulum praktikum yang khusus, sumber dan alat bantu yang sesuai.
Kerangka Pementoran Berstruktur Berasaskan Kompetensi dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu input, proses dan hasil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

38
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Rajah 4. 4: Kerangka Bimbingan Praktikum

Sumber : Adaptasi daripada Model Bimbingan Praktikum, Syed Ismail Syed Mustapa,
Tesis Doktor Falsafah, UKM, 2014

Berdasarkan Rajah 4.4, pada peringkat input, terdapat lima kompetensi utama yang
perlu dikuasai oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing iaitu;

i. Kemahiran Penyeliaan Klinikal;


ii. Kemahiran Pemerhatian Bertema;
iii. Kemahiran Bimbingan Bertema;
iv. Kemahiran Refleksi; dan
v. Kemahiran Menilai dan Memberi Maklum Balas.

4.8 e- Praktikum

e-Praktikum yang dihasilkan dalam melaksanakan penyeliaan latihan praktik secara


atas talian telah dibangunkan bagi mempraktikkan konsep penyeliaan klinikal.
Penyeliaan klinikal merupakan satu proses penyeliaan yang merangkumi
prapemerhatian, pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari
pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan
mutu pengajaran.

39
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

e-Praktikum dihasilkan bagi menyokong proses penyeliaan klinikal seperti yang


berikut.

 Sidang PraPemerhatian
 Pemerhatian
 Analisis
 Sidang Pasca Pemerhatian
 Analisis Sidang Pasca Pemerhatian

e-Praktikum merupakan portal yang akan menempatkan sistem bimbingan dan


penilaian praktikum IPG yang dikenali MyPoroms. e-Praktikum akan ditempatkan di
pusat pengkalan data KPM dan dikawal selia sepenuhnya oleh pegawai IPG Tugas
utama meraka adalah memastikan agar e-Praktikum berjalan dengan baik, lancar dan
selamat. Setiap kampus mempunyai ‘Uniform Resource Locator’ (URL) secara
berasingan dan bertanggungjawab terhadap sistem masing-masing.

4.9 Objektif Praktikum

Melalui praktikum, pelajar dapat:

4.9.1 Menyepadukan teori dengan amali PdP.


4.9.2 Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.
4.9.3 Mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.
4.9.4 Merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu
mengikut tema yang telah ditentukan
4.9.5 Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP berdasarkan tema yang telah
ditetapkan
4.9.6 Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai profesionalisme keguruan.
4.9.7 Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio
dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.
4.9.8 Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses
PdP.
4.9.9 Menguasai kemahiran fasilitator.
4.9.10 Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.

40
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.10 Kaedah Pelaksanaan Praktikum

4.10.1 Penempatan Pelajar

4.10.1.1 Pelajar telah menyempurnakan setiap fasa PBS mengikut struktur


program yang telah ditetapkan. Sila rujuk Jadual 1.2.

4.10.1.2 Penempatan pelajar di sekolah kelolaan KPM dan agensi luar perlu
dibuat secara permuafakatan antara IPG, JPN dan agensi yang
terlibat.
4.10.1.3 Penempatan pelajar ditempatkan mengikut tagging berdasar surat
tawaran .
4.10.1.4 Pelajar boleh ditempatkan di sekolah yang bukan mengikut tagging
jika bilangan dan lokasi sekolah berkenaan tidak dapat memenuhi
keperluan dan syarat praktikum.
4.10.1.5 Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam
struktur program. Sila rujuk Jadual 1.2.
4.10.1.6 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ditempatkan di
Program Pendidikan Integreti (PPKI) manakala pelajar Pendidikan
Khas Masalah Pendengharan dan Pendidikan Khas Masalah
penglihatan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
(SKPK) atau di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

4.10.2 Bilangan Waktu Mengajar

4.10.2.1 Minimum sepuluh waktu mengajar seminggu.


4.10.2.2 Gabungan jumlah waktu mengajar seminggu maksimum dua belas
waktu mengajar seminggu (Bidang Teras: 6 - 10 waktu dan Elektif
Teras: 2 - 4 waktu).
4.10.2.3 Pelajar wajib mengajar kursus Bidang Teras dan satu kursus Elektif
Teras.
4.10.2.4 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua
kali pada setiap peringkat praktikum.

4.10.3 Panduan Penyelia

4.10.3.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan penyeliaan klinikal.


4.10.3.2 Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.
4.10.3.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
4.10.3.4 Pemetaan Penyeliaan dan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2 dapat
dirumuskan seperti dalam Jadual 4.8.
41
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Jadual 4.8 Pemetaan Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2

LS Lawatan Sosial B(bs) Bimbingan P2 Penyeliaan 2


Bersemuka
BM P1 Penyeliaan 1 Penyeliaan
bersama
RPP K Kolaboratif

4.10.4 Rumusan Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan


penyeliaan Fasa 1 dan 2

Jadual 4.9 Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan Penyeliaan


Praktikum Fasa 1 dan 2

42
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.11 Agihan dan Wajaran Bagi Penyeliaan, Bimbingan Serta Markah Mengikut Fasa
Praktikum

A. Agihan Penyeliaan Praktikum bagi Fasa 1 dan 2 adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.10 Agihan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2

Bilangan
Praktikum Mata Pelajaran IPG Sekolah
Penyeliaan

Bidang Teras 2 + 1 (Bersama) 1(Bersama) 3


Fasa 1
dan Elektif Teras 1 + 1 (Bersama) 1(Bersama) 2
Fasa 2
Kokurikulum 1 - 1

B. Rumusan keseluruhan bimbingan praktikum bagi Fasa 1 dan 2 adalah seperti jadual
berikut:

Jadual 4.11 Rumusan Keseluruhan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2


IPG/ Lawatan Bimbingan f2f Bimbingan Bilangan
Praktikum Kursus
Sekolah Sosial ( Bersemuka ) Maya Bimbingan
Bidang Teras 1 1 3 4

Bidang Elektif - 1 2 3
IPG
FASA 1 Ko-kurikulum - 1 1 2
dan
FASA 2 Bidang Teras - 4 - 4

Bidang Elektif Sekolah - 3 - 3

Ko-kurikulum - - - -

C. Wajaran markah untuk setiap fasa praktikum adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.12 Wajaran Markah Antara Bidang Teras, Elektif dan Kokurikulum
Refleksi (Semasa
Bidang Bidang Bidang
Fasa Pertengahan Jumlah
Teras Elektif Kokurikulum
Praktikum)

FASA 1 dan
55% 30% 10% 5% 100%
FASA 2

43
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

D. Perincian wajaran penyeliaan praktikum keseluruhan adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.13 Wajaran Penyeliaan Praktikum Keseluruhan

FASA KURSUS IPG SEKOLAH WAJARAN

Lawatan Sosial Tiada

Penyeliaan 1 (10%) Bimbingan


Bidang Teras
(55%) 55%
Bimbingan
Penyeliaan 2 (15%)

FASA 1 Penyeliaan Bersama Penyeliaan


dan (30%) Bersama
FASA 2
Penyeliaan 1 (10%)
Bidang Elektif Penyeliaan
Penyeliaan Bersama 30%
(30%) Bersama
(20%)
Ko Kurikulum
Penyeliaan 1 (10%) - 10%
(10%)

Refleksi Pertengahan Praktikum 5%

JUMLAH 100%

4.12 Pelaksanaan Praktikum Pendidikan Khas

4.12.1 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ditempatkan di Program


Pendidikan Integreti (PPKI) manakala pelajar Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah penglihatan ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) atau di Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI)

4.12.2 Panduan Penyeliaan bagi Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,


pelajar dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya satu kursus Bidang Teras
mengikut ketetapan berikut dan satu kursus Elektif Teras. Mana-mana subjek
dalam kelas pendidikan khas – 2 waktu -Rujuk Jadual 4.14)

44
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Jadual 4.14 Agihan Penyeliaan dan Mata Pelajaran pendidikan Khas

TAHAP Kursus Bil. Waktu

Asas 3M (Bahasa melayu,


Matematik, Bahasa Inggeris)
Tahap 1
8 – 10
(Tahun 1, 2 dan 3)
Pengurusan kehidupan

Bahasa melayu

Tahap 2
Matematik 8 - 10
(Tahun 4, 5 dan 6)

Pengurusan kehidupan

4.12.3 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah


Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dikehendaki
melaksanakan pengajaran penuh di kelas Pendidikan Khas bagi kursus Bidang
Teras dan Elektif Teras dan kokurikulum.

4.12.4 Jika subjek Elektif Teras pelajar bersamaan dengan subjek Bidang Teras, maka
pelajar boleh memilih subjek lain sebagai gantian Elektif Teras di PPKI. Sekiranya
Elektif Teras yang diambil tidak terkandung dalam subjek pendidikan khas, maka
pelajar tersebut perlu mengajar subjek Elektif Teras di aliran perdana

4.12.5 Pelajar Bidang Teras Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dikehendaki


menjalankan ujian diagnostik (Bahasa Melayu dan Matematik) serta penilaian
alternatif yang sesuai (senarai semak dan analisis dokumen) terlebih dahulu
sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran

4.12.6 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dikehendaki merancang,


melaksana dan menilai satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam bidang
teras ke atas seorang murid.

4.12.7 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali pada


setiap peringkat praktikum.

45
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.12.8 Pensyarah bidang teras Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan


Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan diberi
keutamaan untuk menyelia Bidang Teras, Elektif Teras dan kokurikulum kursus
berkenaan. Jika terdapat kekurangan tenaga penyelia, pihak IPG boleh meminta
bantuan dari pensyarah jabatan lain setelah pensyarah tersebut menjalani kursus
pendedahan penyeliaan praktikum pendidikan khas.

4.13 Pelaksanaan Praktikum Bidang Teaching of English as a Second Language


(TESL): Bilangan Waktu Mengajar *(mulai Ambilan Jun 2018)

4.13.1.1 Jumlah waktu mengajar seminggu ialah 8 - 12 waktu.


4.13.1.2 Pelajar wajib mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris sahaja.
4.13.1.3 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali
pada setiap peringkat praktikum.
4.13.1.4 Pemetaan Penyeliaan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2 dapat
dirumuskan seperti dalam jadual 14.15

Jadual 4.15 Pemetaan Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2 Bidang TESL

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12

P2
PENSYARAH BM+
PENYELIA LS B(f2f) BM P1+K1 + BM BM PB
TERAS RPP
K2

PENSYARAH
PENYELIA Bf2f BM P1
KOKURIKUKUM
GURU
PEMBIMBING B(f2f) B(f2f) K1 B(f2f) K2 B(f2f) PB
TERAS

46
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Jadual 4.16 Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan Penyeliaan Praktikum Fasa
1 dan 2 Bidang TESL
Penyeliaan
IPG/ Lawatan Bimbingan Bimbingan Bilangan
Praktikum Kursus &
Sekolah Sosial Bersemuka Maya Bimbingan
Kolaboratif
3P+ 1PB +
Bidang Teras 1 1 4 5
2K
IPG
FASA 1 Kokurikulum - 1 1 2 1P
dan FASA
Bidang Teras - 4 - 4 1PB+2K
2
Sekolah
Kokurikulum - - - - -

4.13.1 Agihan dan Wajaran Bagi Penyeliaan, Bimbingan Serta Markah Mengikut Fasa
Praktikum Bidang TESL

A. Agihan Penyeliaan Praktikum bagi Fasa 1 dan 2 Bidang TESL adalah seperti jadual
berikut:

Jadual 4.17 Agihan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2 Bidang TESL

Bilangan
Praktikum Mata Pelajaran IPG Sekolah
Penyeliaan

Fasa 1 Bidang Teras 3 + 1 (Bersama) 1 (Bersama) 4


dan
Fasa 2 Kokurikulum 1 - 1

B. Rumusan keseluruhan bimbingan praktikum bagi Fasa 1 dan 2 Bidang TESL adalah
seperti jadual berikut:

Jadual 4.18 Rumusan Keseluruhan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2 Bidang TESL
IPG/ Lawatan Bimbingan f2f Bimbingan Bilangan
Praktikum Kursus
Sekolah Sosial ( Bersemuka ) Maya Bimbingan
Bidang Teras 1 1 4 5

FASA 1 Kokurikulum IPG - 1 1 2


dan
FASA 2 Bidang Teras - 4 - 4
Sekolah
Kokurikulum - - - -

47
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

C. Wajaran markah untuk setiap fasa praktikum adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.19 Wajaran Markah Antara Bidang Teras dan Kokurikulum Bidang TESL
Refleksi (Semasa
Bidang
Fasa Bidang Teras Pertengahan Jumlah
Kokurikulum
Praktikum)

FASA 1 dan
85% 10% 5% 100
FASA 2

D. Perincian wajaran penyeliaan praktikum keseluruhan adalah seperti jadual berikut:

Jadual 4.20 Wajaran Penyeliaan Praktikum Keseluruhan Bidang TESL

FASA KURSUS IPG SEKOLAH WAJARAN

Lawatan Sosial Tiada

Penyeliaan 1 (20%) Bimbingan


Bidang Teras
(85%) 85%
Penyeliaan 2 (25%) Bimbingan
FASA 1
dan Penyeliaan Bersama Penyeliaan
FASA 2 (40%) Bersama

Kokurikulum
Penyeliaan 1 (10%) - 10%
(10%)

Refleksi Pertengahan Praktikum 5%

JUMLAH 100%

4.14 Pelaksanaan Praktikum Bimbingan dan Kaunseling


4.14.1 Panduan Pelaksanaan Praktikum Bimbingan dan Kaunseling rujuk pada
Lampiran J.

4.15 Pelaksanaan Praktikum PAKK


4.15.1 Panduan Pelaksanaan Praktikum PAKK rujuk pada Lampiran K.

48
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.16 Pelaksanaan Kokurikulum

4.16.1 Pelajar wajib melaksanakan aktiviti kokurikulum minimum 1 jam seminggu.

4.16.2 Pensyarah Teras/Elektif Teras/ Yang Dilantik bertanggungjawab membuat


bimbingan dan penyeliaan kokurikulum seperti jadual penyeliaan.

4.16.3 Pelajar perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum


dalam mana-mana komponen kokurikulum sama ada kelab dan persatuan,
sukan dan permainan atau unit beruniform di peringkat sekolah.

4.16.4 Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum yang lengkap bagi mana-mana
komponen pada setiap kali pelaksanaan.

4.17 Syarat Taksiran Prestasi Pelajar dalam Praktikum

4.17.1 Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada
bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.
4.17.2 Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan
pensyarah penyelia menggunakan borang bimbingan.
4.17.3 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi
pelajar menggunakan Borang Penilaian Praktikum.
4.17.4 Penilaian Praktikum pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada
komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 4.3a dan Jadual 4.3b.

4.18 Penentuan Cemerlang Praktikum

4.18.1 Markah Bidang Teras dan Elektif Teras mestilah 90% ke atas
4.18.2 Pelajar yang mendapat markah 90% dan ke atas untuk kedua-dua kursus perlu
direntas cemerlang (Rujuk Lampiran F).
4.18.3 Kedua-dua Bidang Teras dan Elektif Teras akan direntas secara berasingan.
4.18.4 Sekiranya mana-mana satu kursus direntas dan didapati tidak mencapai tahap
cemerlang, maka rentas cemerlang untuk kursus yang kedua tidak perlu dibuat
dan gabungan markah kursus tersebut akan diturunkan kepada 89%.
4.18.5 Bagi markah 90% ke atas tetapi tidak dilaporkan untuk rentasan akan
diturunkan pada markah 89%.
4.18.6 Penilaian rentasan adalah muktamad.
4.18.7 Pencalonan dibuat 3 minggu sebelum praktikum tamat.
4.18.8 Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan.

49
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.19 Refleksi Pertengahan Praktikum(RPP)


4.19.1 Pelajar wajib mengikut RPP dan sebagai prasyarat untuk lulus praktikum.
4.19.2 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.
4.19.3 Pensyarah bidang teras sebagai panel penilai bertanggungjawab
mengendalikan RPP. Antara tanggungjawabnya ialah:

 Menilai pembentangan pelajar


 Masukkan markah secara atas talian.
 Memastikan kehadiran pelajar.
 Memastikan semua pelajar melaksanakan pembentangan RPP.
 Mengisi markah RPP secara atas talian dan menyerahkan borang penilaian
RPP kepada Unit Praktikum

4.19.4 Jabatan Akademik yang berkenaan bertanggungjawab

 Menguruskan penyediaan tempat pembentangan.


 Menguruskan jadual pembentangan pelajar
 Memastikan keberadaan dan kehadiran pensyarah penyelia

4.19.5 Proses pelaksanaan

 Pelaksanaan RPP dijalankan oleh IPG masing-masing


 Tempoh pelaksanaan RPP dilaksanakan dalam tempoh 2 hari secara
berkumpulan.
 Tempoh pembentangan Pembentang RPP adalah selama 30 minit (15
minit membentang dan 15 minit sesi soal jawab)
 Pensyarah penyelia akan dilantik sebagai panel penilai. Antara
tanggungjawab panel penilai ialah:
a) Bertanggungjawab membuat penilaian pembentang.
b) Berada sepanjang tempoh penilaian pembentangan.
c) Penilaian dibuat oleh panel penilai dan penyelarasan markah antara
panel perlu dilaksanakan selepas tamat sesi pembentangan.
d) Dokumen yang berkaitan dengan pembentang RPP perlu diserahkan
kepada pensyarah penyelia pelajar berkenaan.
e) Markah akhir RPP dimasukkan oleh pensyarah penyelia masing-
masing secara atas talian selewat-lewatnya pada minggu ke-8.

50
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.20 Prosedur Rentasan Cemerlang


4.20.1 Melengkapkan borang pencalonan cemerlang praktikum dan menyerahkan
borang pencalonan beserta Borang PR1, PR2 dan Jadual Waktu Pelajar pada
minggu ke sembilan.

4.20.2 Unit Praktikum melantik dua orang pensyarah perentas dan salah seorang
pensyarah perentas mestilah terdiri daripada pensyarah bidang dan seorang
daripada jabatan yang berkecuali.

4.20.3 Perentas melaksanakan rentasan berdasarkan dokumen pencalonan yang


lengkap

4.20.4 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar
segera selepas selesai proses rentasan.

4.20.5 Perlu rujuk Instrumen rentasan cemerlang untuk tambah baik

4.21 Kes Gagal Praktikum

4.21.1 Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh JKIAPIPG.

4.21.2 Laporan kes berpotensi gagal perlu dilaporkan oleh pensyarah penyelia kadar
segera untuk tindakan Unit Praktikum.

4.21.3 Melaksanakan rentasan kes gagal yang melibatkan PdP. (Rujuk Lampiran E).

4.21.4 Pelajar boleh digagalkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

 Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori


lulus.

 Pelajar menunjukkan sikap negatif dan tidak mematuhi teguran dan


bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa, walaupun telah diberi
amaran bertulis sebanyak tiga kali atas kesalahan sama sepanjang tempoh
praktikum.

 Tidak memenuhi kehadiran praktikum

 Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

 Pelajar tidak menulis Jurnal Reflektif Mingguan

 Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan


kesalahan.

51
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.21.5 Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang sekali sahaja bagi
setiap fasa praktikum (tertakluk kepada syarat-syarat pengijazahan dan tidak
melebihi tempoh pengajian maksimum 10 semester).

4.21.6 Kes Gagal dan Mengulang

4.21.6.1 Pelajar yang gagal praktikum disebabkan oleh masalah disiplin


dan/atau dilibatkan dengan Akta 174 akan mengulang keseluruhan
praktikum dan hanya layak memperoleh gred maksimum C.

4.21.6.2 Pelajar yang mengulang praktikum dengan sebab-sebab yang


dibenarkan oleh Rektor/Pengarah IPG layak memperoleh gred
seperti status asal. Contoh:

 Sakit berterusan
 Kes-kes yang khas
 Bencana alam
 Menyertai Misi Negara

4.22 Prosedur Rentasan Gagal PdP

4.22.1 Melengkapkan borang pencalonan gagal praktikum bersama Laporan Kes


Gagal (Rujuk Lampiran 2-7).

4.22.2 Unit Praktikum akan melantik 2 orang perentas

4.22.3 Perentas akan melaksanakan rentasan berdasarkan Laporan Kes Gagal.

4.22.4 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar
segera selepas selesai proses rentasan.

4.23 Prosedur Rentasan Gagal Disiplin dan Tatatertib


4.23.1 Melaksanakan prosedur kes praktikum bersama Laporan Kes Gagal (Rujuk
Lampiran 2-7).

4.23.2 Melantik perentas untuk mengesahkan kes gagal (KU Praktikum / Ketua
Jabatan/ Ketua Unit / Jabatan HEP)

52
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.24 Penangguhan Praktikum

4.24.1 Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh


JKIAPIPG. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pengarah
IPG.

4.24.2 Penangguhan praktikum tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh
pengajian atau tertakluk kepada keputusan Senat IPG.

4.24.3 Praktikum yang tertangguh perlu disempurnakan sebelum pelajar menjalani


Internship.

4.24.4 Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum.

4.24.5 Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah
bimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat
kelulusan Pengarah IPG.

4.25 Ketidakhadiran Praktikum

Perkara atau urusan yang membolehkan ketidakhadiran pelajar hanya dengan


kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari
praktikum dinyatakan seperti yang berikut:

4.25.1 Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

4.25.2 Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

4.25.3 Ahli keluarga terdekat (Rujuk pada pekeliling Perkhidmatan Awam) meninggal
dunia dengan disertakan sijil kematian.

4.25.4 Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

4.25.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG dengan mengisi
borang seperti dalam Lampiran D.

4.25.6 Kes-kes lain yang tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan yang sedang
berkuat kuasa.

4.25.7 Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti luar sepanjang tempoh
praktikum kecuali dengan kebenaran rektor dan pengarah kampus.

53
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.26 Tindakan bagi Kehadiran Kurang 100%

4.26.1 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran”
adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2 Tindakan bagi Kes Kehadiran Praktikum/Internship Kurang daripada 100%

Peratus Kehadiran Tindakan

JKIPIPG/JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu


90% ke atas
melengkapkan kehadiran.

70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran.

Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan.

4.26.2 Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran,
kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib IPG untuk diambil
tindakan.

4.27 Tugas dan Tanggungjawab Unit Praktikum / Amalan Profesional

4.27.1 Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh IPGM.


4.27.2 Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum.
4.27.3 Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN.
4.27.4 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah penyelia.
4.27.5 Merancang dan menguruskan maklumat / taklimat pengurusan praktikum
kepada pelajar, pensyarah penyelia dan pihak sekolah.
4.27.6 Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah penyelia
dan guru pembimbing mengikut keperluan.
4.27.7 Memastikan kelancaran pelaksanaan praktikum.
4.27.8 Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum.
4.27.9 Melaksanakan sesi refleksi praktikum selepas tamat tempoh praktikum.
4.27.10 Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum.
4.27.11 Membentangkan kehadiran dan keputusan praktikum untuk disahkan oleh
JKIPIPG/JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan
Penilaian.
4.27.12 Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Praktikum untuk dibawa ke
JKIAPIPG.
4.27.13 Menghantar Minit Mesyuarat JKIAPIPG kepada IPGM.

54
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.27.14 Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan Borang Tuntutan Elaun Guru
Pembimbing.
4.27.15 Menjalankan pemantauan pelaksanaan Praktikum secara rawak (Rujuk
Lampiran C).
4.27.16 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh
Praktikum, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnya.
4.27.17 Mengesahkan kehadiran dan keputusan Praktikum.

4.28 Tugas dan Tanggungjawab Jabatan Akademik


4.28.1 Menerima maklumat berkaitan daripada Unit Praktikum.
4.28.2 Menguruskan Refleksi Pertengahan Praktikum.
4.28.3 Menyusun jadual pelaksanaan
4.28.4 Menguruskan pengisian markah
4.28.5 Memastikan pengllibatan pensyarah yang berkenaan
4.28.6 Memastikan markah telah diisi secara atas talian
4.28.7 Memberi kursus bimbingan penyeliaan praktikum kepada pensyarah penyelia
yang bukan bidang yang diselia yang tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang berkaitan.
4.28.8 Mengendalikan kes-kes Refleksi Pertengahan Praktikum yang lain
memerlukan perhatian dan tindakan.

4.29 Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah Penyelia

4.29.1 Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada Pengarah


IPG.
4.29.2 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum.
4.29.3 Memastikan kehadiran pelajar 100% dalam pelaksanaan praktikum.
4.29.4 Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan
praktikum.
4.29.5 Mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah dan guru pembimbing
secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional.
4.29.6 Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa
kepada Unit Praktikum.
4.29.7 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan RPH, Jurnal Reflektif
secara atas talian.

55
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.29.8 Pensyarah bidang teras dan pensyarah elektif teras perlu menyemak dan
membimbing pembinaan portfolio praktikum berdasarkan senarai semak yang
disediakan.
4.29.9 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
4.29.10 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh
praktikum.
4.29.11 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan
perhatian dan tindakan Unit Praktikum menggunakan borang yang ditetapkan.
4.29.12 Memberi bimbingan berasaskan konsep praktikum bertema dan prinsip-prinsip
permentoran berstruktur.
4.29.13 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual
penyeliaan yang telah dicadangkan.
4.29.14 Membimbing pelajar secara bersemuka dan maya berdasarkan jadual
penyeliaan yang telah ditetapkan.
4.29.15 Melaksanakan lawatan sosial berdasarkan jadual penyeliaan yang telah
ditetapkan.
4.29.16 Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian
kokurikulum (Lampiran 2-4).
4.29.17 Berkolaboratif dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan
praktikum.
4.29.18 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang.
4.29.19 Melengkapkan borang bimbingan dan menyerahkan salinan asal kepada
pelajar.
4.29.20 Pensyarah Bidang Teras dan Elektif Teras wajib membuat rumusan prestasi
praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing Bidang Teras atau
Elektif Teras dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum secara atas
talian.
4.29.21 Pensyarah Elektif Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan
penyeliaan kokurikulum.
4.29.22 Mencetak dan menyerahkan Borang Penilaian Praktikum yang lengkap kepada
Unit Praktikum berdasar keperluan.
4.29.23 Pensyarah penyelia praktikum bukan bidang perlu diberi pendedahan oleh
jabatan yang berkenaan sebelum melaksanakan penyeliaan.
4.29.24 Pensyarah yang menyelia kursus bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu
memiliki kelayakan yang berkaitan bidang.
4.29.25 Melengkapkan borang pencalonan cemerlang praktikum dan menyerahkan
borang pencalonan beserta semua dokumen penilaian Jadual Waktu Pelajar
pada minggu ke sembilan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
56
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.29.26 Melaksanakan tugas sebagai panel penilai Refleksi Pertengahan Praktikum


dan menguruskan sesi berkenaan.
4.29.27 Memastikan pelajar menyediakan RPH secara bertaip serta muat-naik fail RPH
satu Bidang Teras dan satu Elektif Teras bagi setiap minggu dan hanya
berfokus kepada kelas yang sama.

4.30 Tugas dan Tanggungjawab Pelajar

4.30.1 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.


4.30.2 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
4.30.3 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
4.30.4 Berbincang dengan pensyarah penyelia tentang pelaksanaan praktikum
sebelum menjalani praktikum.
4.30.5 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
staf sokongan di sekolah.
4.30.6 Berbincang dengan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang
peranan dan tanggungjawab masing-masing
4.30.7 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
staf sokongan di sekolah.
4.30.8 Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–
maklumat lain kepada pensyarah penyelia dalam minggu pertama praktikum.
4.30.9 Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan
peraturan sekolah.
4.30.10 Hadir ke sekolah dengan tugas rutin seorang guru serta terlibat dengan aktiviti
anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum.
4.30.11 Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan mengikut sistem yang
diguna pakai di sekolah.
4.30.12 Menyerahkan Rekod Pengajaran Harian kepada pentadbiran sekolah pada
setiap minggu di sepanjang tempoh praktikum.
4.30.13 Melengkap dan menghantar borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum
pada minggu pertama setiap bulan.
4.30.14 Mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).
4.30.15 Menyediakan rancangan semester dan mingguan sepanjang tempoh
praktikum.
4.30.16 Menyediakan RPH mengikut format yang ditetapkan oleh IPG dan memuat
naik fail RPH secara atas talian sebelum melaksanakan PdP. (Lampiran A)
4.30.17 Penulisan RPH selain daripada Kursus Bahasa perlu ditulis dalam bahasa
Melayu.

57
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.30.18 Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian dalam bahasa Melayu kecuali
kursus bahasa. (Lampiran 2-3 dan Lampiran 2-3a).
4.30.19 Memuat turun dan mencetak RPH, Jurnal Reflektif dan Borang Bimbingan
Praktikum.
4.30.20 Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang
pengajaran.
4.30.21 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan untuk Bidang Teras dan
Elektif Teras dalam tempoh praktikum (Lampiran 2-2).
4.30.22 Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian untuk kursus bidang teras dan
elektif teras.
4.30.23 Melaksanakan dan membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum.
Perancangan kokurikulum perlu disediakan mengikut tempoh praktikum
(Lampiran 2-4 dan Lampiran 2-4a). Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum
bagi mana-mana komponen pada setiap kali pelaksanaan.(Lampiran B)
4.30.24 Melengkapkan, mengemas kini dan menyerahkan portfolio amalan
profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia pada setiap kali
bimbingan/penyeliaan dijalankan (Lampiran 2-3b).
4.30.25 Mengisi Borang Refleksi Praktikum IPG selepas selesai menjalani praktikum.
4.30.26 Menyerahkan Borang Rumusan Kekerapan Bilangan Penyeliaan Praktikum
kepada Unit Praktikum setelah tamat praktikum (Lampiran 2-7).
4.30.27 Pelajar bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan rekod-
rekod berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
berdasarkan buku panduan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4.31 Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah

4.31.1 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum IPG.


4.31.2 Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang
berpengalaman dan membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum.
4.31.3 Memberi taklimat kepada pelajar tentang:

 Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya


sekolah.
 Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru
disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru kursus, guru
tugas khas dan tugas staf sokongan.
 Latar belakang murid dan masyarakat setempat.
 Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah.
58
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

 Pengelolaan aktiviti kokurikulum.


 Maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
4.31.4 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar pada hari pertama
melapor diri.
4.31.5 Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.
4.31.6 Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang:
 Tidak menjalankan tugas dengan memuaskan.
 Tidak hadir tanpa sebab.
 Terlibat dengan kes-kes disiplin.
 Menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan.
4.31.7 Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar.
4.31.8 Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran
Praktikum.
4.31.9 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara
berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang
disediakan.
4.31.10 Mengambil berat hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar.
4.31.11 Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan
praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
4.31.12 Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru penasihat dalam
komponen kokurikulum.
4.31.13 Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi LIMA waktu seminggu.

4.31.14 Bagi bidang teras Bimbingan dan Kaunseling, memberi sokongan ke arah
mewujudkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang selaras dengan
buku panduan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

4.32 Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing

4.32.1 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum IPG.


4.32.2 Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru
pembimbing (Lampiran 2-1)
4.32.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek PdP di dalam
dan di luar bilik darjah dalam perkara-perkara yang berikut:
 Jadual waktu
 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)/ KSPK
 Rancangan semester dan persediaan mengajar harian

59
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

 Sumber PdP
 Proses PdP
 Pengajaran berpasangan
 Amalan pemulihan dan pengayaan dalam PdP
 Teknik penyoalan
 Aplikasi terapi
 Pentaksiran dan penilaian murid
 Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan tingkah laku
 Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif mingguan
 Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian) kokurikulum
 Hal-hal lain yang berkaitan

4.32.4 Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian pengajaran guru


pembimbing.
4.32.5 Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani Rekod Persediaan
Mengajar pelajar.
4.32.6 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,
penulisan Jurnal Reflektif Mingguan (Lampiran 2-3 dan 2-3a) dan pembinaan
portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan
(Lampiran 2-3b).
4.32.7 Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip penyeliaan klinikal dengan
menggunakan borang bimbingan.
4.32.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
4.32.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa sepanjang tempoh praktikum.
4.32.10 Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum.
4.32.11 Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (kes berpotensi gagal dan
masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segera.
4.32.12 Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah penyelia
dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum.

4.32.13 Bagi bidang Bimbingan dan Kauseling, guru pembimbing hanya perlu
membimbing pelajar dalam aspek pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sahaja.

60
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

4.33 Khidmat Profesional


4.33.1 Peringkat IPG

 Khidmat penyeliaan daripada jabatan lain di IPG Kampus boleh


dilaksanakan sekiranya ketidakcukupan tenaga penyelia daripada
jabatan yang menawarkan kursus
 Pensyarah Penyelia yang dilantik perlu mempunyai kepakaran bidang
berkenaan.
 Kursus bimbingan penyeliaan praktikum dalam bidang berkenaan perlu
dilberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang berkaitan.

4.33.2 Bantu Selia IPG


4.33.2.1 Khidmat penyeliaan daripada IPG Kampus lain boleh
dilaksanakan sekiranya ada permohonan daripada IPG Kampus
yang menawarkan kursus dengan ketetapan berikut:

 Mendapat kelulusan Pengarah IPGK.


 Proses lantikan pensyarah penyelia perlu diuruskan oleh IPGK
yang membantu manakala lantikan guru pembimbing diuruskan
oleh IPGK asal.
 Taklimat pensyarah dan guru pembimbing perlu diuruskan oleh
IPGK yang membantu.
 Sebarang bayaran tuntutan ditanggung oleh IPGK asal.
 Dokumen praktikum perlu disediakan oleh IPGK yang
membantu.
 Pengendalian secara atas talian adalah di bawah kendalian
IPGK yang membantu sehingga tamat tempoh praktikum dan
diserahkan semula kepada IPGK asal.
 Rentasan cemerlang dibuat oleh IPGK yang membantu.
 Pengurusan kes-kes khas yang melibatkan pelajar akan dirujuk
dan dikendalikan oleh IPGK asal.

4.34 Penilaian Alternatif bagi Praktikum dalam Kes-Kes Khas


4.34.1 Sebarang perubahan kaedah pentaksiran bagi praktikum perlu mematuhi
prinsip utama pentaksiran, iaitu mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus serta menepati
kaedah pentaksiran yang dibenarkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
atau Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

61

Anda mungkin juga menyukai