Anda di halaman 1dari 17

Garis Panduan Amalan Profesional

Program Diploma Perguruan (PDP)

1
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

ISI KANDUNGAN m/s

AMALAN PROFESIONAL (PRAKTIKUM) 3


Enhanced Partnership Model 7
PANDUAN PRAKTIKUM 8
KOMPONEN AMALAN PROFESIONAL 9
TAKSIRAN 11
PERANAN SISWA/ PELAJAR 13
Lampiran 1-3a Panduan PENULISAN JURNAL REFLEKTIF 15
Lampiran 1-4 Senarai KANDUNGAN PORTFOLIO 16
Lampiran 1-5 Laporan KO KURIKULUM 17

2
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

AMALAN PROFESIONAL
1.1 Matlamat Amalan Profesional

Matlamat Amalan Profesional adalah untuk membolehkan para pelajar menguasai dan
mengamalkan konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang perlu untuk menjadi insan guru
yang profesional, memiliki sahsiah guru yang unggul serta melahirkan guru yang kompeten dan
berjiwa pendidik.

1.2 Objektif Amalan Profesional

1.2.1 Melalui Amalan Profesional pelajar dapat;

1.2.2 memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal nilai profesional
perguruan.

1.2.3 membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta, inovasi dan kreativiti.

1.2.4 meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid.

1.2.5 menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.

1.2.6 menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP.

1.2.7 menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP.

1.2.8 mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP, seterusnya memperkembangkan potensi
diri sebagai guru.

1.2.9 membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas guru.

1.2.10 membina teori tersendiri, ilmu binaan dan seterusnya ilmu profesional perguruan.

1.3 Konsep Amalan Profesional

Amalan Profesional bagi ambilan PDP melibatkan pelaksanaan praktikum sahaja. Praktikum
ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru.
Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan
praktikum memberi tumpuan kepada proses PdP dengan bimbingan pensyarah penyelia dan
guru pembimbing, melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara IPG dengan agensi
KPM dan agensi luar.

3
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

1.4 Kerangka Proses Amalan Profesional

Amalan Profesional di IPG menyediakan peluang bagi pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran
dan teori dalam PdP serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Hasil daripada pengalaman,
proses refleksi dan penambahbaikan secara berterusan, pelajar akan menggunakan kreativiti
dan inovasi untuk mengintegrasi teori dan praktis bagi menghasilkan ilmu binaan yang menjadi
asas kepada pembinaan ilmu profesional perguruan mereka seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1

Rajah 1.1. Kerangka Proses Pembinaan Insan Guru dalam Amalan Profesional IPG

Berdasarkan Rajah 1.1, program praktikum yang sistematik, berasaskan sekolah dan bersifat
developmental, akan membolehkan pelajar membina, menguasai dan mengukuhkan ilmu
profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang kompeten dan berjiwa pendidik.

4
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

Rajah 1.2. Lingkaran Praktikum PDP

Berdasarkan Rajah 1.2, lingkaran Praktikum PDP bermula dengan pelajar IPG membuat
pemerhatian, mengaplikasikan teori, melaksanakan amalan pengajaran dan pembelajaran serta
inovasi melalui pelaksanaan praktikum.

1.5 Pelaksanaan Amalan Profesional

Amalan Profesional bagi program pendidikan guru dilaksanakan seperti Jadual 1.1

Jadual 1.1 Pelaksanaan Amalan Profesional PDP

Tempoh Pelaksanaan Praktikum


Program Kumpulan
Modul 1 Modul 2
Tempoh 6 Minggu 6 Minggu
Arus Perdana Semester *3 *3
Program Diploma Kredit 3 3
Perguruan Tempoh 6 Minggu
(PDP) Sepenuh PAKK TASKA Semester *3 -
Masa – Perdana / Kredit 3
KDC) Tempoh 6 Minggu
PAKK Prasekolah Semester - *3
Kredit 3

* Tertakluk kepada pindaan

5
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

1.6 Penilaian Amalan Profesional

1.6.1 Penilaian Amalan Profesional pelajar adalah seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2. Penilaian Amalan Profesional

Praktikum
Kumpulan
Program Modul 1 Modul 2

Arus Perdana 6 Minggu 6 Minggu

PDP PAKK TASKA 6 Minggu -

PAKK Prasekolah - 6 Minggu

Markah 100 % 100 %

3.3 Kaedah Pelaksanaan


3.3.1 Penempatan pelajar di sekolah kelolaan KPM dibuat secara permuafakatan antara
IPG dan sekolah dengan persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Manakala
penempatan sekolah yang bukan kelolaan KPM perlu mendapat persetujuan
daripada organisasi berkenaan. [Contoh: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN), Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KEMAS) dan lain-lain]

6
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

Enhanced Partnership Model Sumber: Adaptasi National Institute of Education (2009) in Oon-Seng Tan,
Woon-Chia Liu dan Ee-Ling Loo (Ed.), (2007).

7
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

PANDUAN PRAKTIKUM
3.4 Bilangan Waktu Mengajar

3.4.1 Waktu mengajar bagi pelajar ialah 6/8 waktu (minimum) dan 12 waktu
seminggu (maksimum).
3.4.2 Sekiranya proses PdP dalam talian dilaksanakan sepenuhnya, jumlah waktu
mengajar tertakluk kepada arahan dan surat siaran yang sedang
berkuatkuasa.
3.4.3 Bidang yang perlu diajar dan dinilai bagi pelajar DP ialah bidang teras
sahaja.
3.4.4 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali pada
setiap peringkat praktikum.

3.5 Panduan Penyeliaan


3.5.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.
3.5.2 Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.
3.5.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
3.5.4 Jadual 3.2 ialah panduan agihan bilangan penyeliaan praktikum untuk
pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

Jadual 3.2 : Bilangan penyeliaan program DP

M1 M2 M3 M4 M5 M6

PENSYARAH
Ls + BM Teras & BM
PENYELIA P1+K1 RPP
B(Bs) Koku Teras & Koku
TERAS
PB
GURU
PEMBIMBING B(Bs) K1 B(Bs) B(Bs)
/ PEMBANTU

Petunjuk:
Ls Lawatan sosial P1 Penyeliaan Pertama P2 Penyeliaan
(BLS) (PR2) PB Bersama
(PR2)
B(Bs) Bimbingan BM Bimbingan Maya K1 Kolaboratif 1
Bersemuka (BK)
(PR1)

* Prapenyeliaan boleh dilaksanakan bersama-sama dengan lawatan sosial.

8
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

KOMPONEN AMALAN PROFESIONAL

3.6 Pelaksanaan Kokurikulum


3.6.1 Semua pelajar wajib melaksanakan aktiviti kokurikulum minimum 1 jam
seminggu kecuali pelajar Kursus Pendidikan Autisme tiada pelaksanaan
kokurikulum.
3.6.2 Pensyarah Bidang Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan
penyeliaan kokurikulum seperti jadual penyeliaan.
3.6.3 Pelajar perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum
dalam mana-mana komponen kokurikulum sama ada kelab/persatuan, sukan
dan permainan atau unit beruniform di peringkat sekolah.
3.6.4 Pelajar juga perlu menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum yang lengkap bagi
mana-mana komponen pada setiap sesi pelaksanaan kokurikulum tersebut.

3.7 Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP)


3.7.1 Pelajar wajib melaksanakan RPP dan sebagai prasyarat untuk lulus
praktikum.
3.7.2 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.
3.7.3 Pensyarah bidang teras berperanan sebagai panel penilai dan
bertanggungjawab untuk mengendalikan RPP. Antara tanggungjawabnya
ialah:
 Menilai pembentangan pelajar
 Merekodkan markah RPP.
 Memastikan kehadiran pelajar.
 Memastikan semua pelajar melaksanakan pembentangan RPP.
 Menyerahkan borang penilaian RPP kepada Unit Praktikum.

3.7.4 Proses pelaksanaan RPP Modul 1


● Pelaksanaan RPP dijalankan oleh IPG masing-masing (termasuk pelajar IPG
Kampus bantu selia).
● Pelaksanaan RPP dilaksanakan dalam tempoh dua hari secara berkumpulan.
● Tempoh pembentangan RPP adalah 30 minit (15 minit pembentang dan 15
minit sesi soal jawab)
● Pensyarah penyelia akan dilantik sebagai panel penilai. Antara tanggungjawab
panel penilai ialah:
a) Memastikan kehadiran pelajar semasa RPP
b) Memastikan semua pelajar melaksanakan pembentangan RPP.
9
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

c) Berada sepanjang tempoh penilaian pembentangan.


d) Bertanggungjawab membuat penilaian pembentangan.
e) Penilaian dibuat oleh panel penilai dan penyelarasan markah antara panel
perlu dilaksanakan selepas tamat sesi pembentangan.
f) Dokumen yang berkaitan dengan pembentang RPP perlu diserahkan
kepada pensyarah penyelia pelajar berkenaan.
g) Markah akhir RPP disediakan oleh pensyarah penyelia masing-masing
selewat-lewatnya pada minggu ke-5.

h) Menyerahkan borang penilaian RPP kepada Unit Praktikum

3.7.1 Jabatan Akademik yang berkenaan bertanggungjawab:

● Menguruskan medium pembentangan secara fizikal atau dalam talian


● Menguruskan pelantikan panel penilai yang terdiri daripada pensyarah penyelia
dan pensyarah yang dilantik
● Menguruskan jadual pembentangan pelajar
● Memastikan keberadaan dan kehadiran pensyarah penyelia

3.7.2 Proses pelaksanaan RPP Modul 2

● Laporan RPP dijalankan secara individu.

● Laporan RPP perlu diserahkan kepada pensyarah penyelia pelajar

masing-masing.
● Pensyarah penyelia akan dilantik sebagai pensyarah penyemak. Antara
tanggungjawab pensyarah penyemak ialah:
a) Bertanggungjawab membuat penilaian laporan.
b) Markah akhir RPP disediakan oleh pensyarah penyemak masing-masing
selewat-lewatnya pada minggu ke-5.

10
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

TAKSIRAN

3.8 Syarat Taksiran Prestasi Pelajar dalam Praktikum


3.8.1 Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar berdasarkan kepada
bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.
3.8.2 Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan
pensyarah penyelia dengan menggunakan borang bimbingan.
3.8.3 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi
pelajar menggunakan Borang Penilaian Praktikum. (Borang Penilaian
Praktikum PR2)
3.8.4 Penilaian Praktikum pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada
komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual Jadual 3.3a dan Jadual
3.3b.

Jadual 3.3a: Komponen Penilaian Praktikum Bagi Bidang Teras DP

Komponen Penilaian Rujukan Wajaran


Portfolio dan perbincangan
1. Perancangan dengan pihak sekolah / 35%
dokumen
2. Pelaksanaan Portfolio / dokumen 35%

3. Refleksi Portfolio / dokumen 30%

Jumlah 100%

3.9 Wajaran Penilaian Praktikum

i. Penilaian bagi setiap peringkat praktikum dibuat berdasarkan mata pelajaran


Bidang Teras. Setiap mata pelajaran mempunyai wajaran yang berbeza.

Wajaran markah bagi setiap peringkat praktikum adalah 100%

Jadual 3.3b: Wajaran Penilaian Praktikum DP.

Wajaran
Tempoh Dalam
Program Kumpulan Bidang Wajaran
(minggu) Amalan
Profesional
Bidang Teras
6 minggu P1
Arus 35% 100%
DP (Modul 1) PB
Perdana 50%
Kokurikulum 10%
11
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)

RPP 5%
Bidang Teras
P1 35% 100%
6 minggu PB 50%
(Modul 2) Kokurikulum 10%
RPP
5%
(Laporan)

12
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma P e r g u r u a n (PDP)

PERANAN PELAJAR

3.10 Tugas dan Tanggungjawab Pelajar

3.10.1 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum/Unit Amalan


Profesional IPG.
3.10.2 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
3.10.3 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk mencapai
persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing- masing semasa
praktikum.
3.10.4 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan staf
sokongan di sekolah.
3.10.5 Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–
maklumat lain kepada pensyarah penyelia dalam minggu pertama praktikum.
3.10.6 Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan
peraturan sekolah.
3.10.7 Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang
tempoh praktikum.
3.10.8 Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan.
3.10.9 Melengkap dan menghantar borang kehadiran praktikum ke Unit
Praktikum pada minggu pertama setiap bulan.
3.10.10 Mendapatkan sukatan pelajaran/Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP)/Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) dan huraian sukatan pelajaran.
3.10.11 Membuat rancangan semester (mengikut tempoh praktikum) dan harian dalam
buku persediaan mengajar.
3.10.12 Membuat RPH yang lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh IPG
sebelum melaksanakan pengajaran.
3.10.13 Penulisan RPH selain daripada kursus bahasa perlu ditulis dalam Bahasa
Melayu/ JAWI sama ada tulisan tangan/ bertaip *(keputusan ketua jabatan)
3.10.14 Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang
pengajaran.

3.10.15 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan sekurang-kurangnya sekali


dalam tempoh praktikum.
3.10.16 Mengamalkan penulisan Jurnal Reflektif Mingguan berdasarkan isu atau
masalah yang kritikal semasa praktikum. Penulisan jurnal dilaksanakan
berdasarkan mingguan (Lampiran 1-3a).
3.10.17 Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio amalan
1
13
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma P e r g u r u a n (PDP)

profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia pada setiap


kali bimbingan/penyeliaan dijalankan (Lampiran 1-4).
3.10.18 Melibatkan diri dan membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum/Projek
Khas/Program Latihan Sokongan Keluarga. Perancangan kokurikulum/Projek
Khas/ Program Latihan Sokongan Keluarga perlu disediakan mengikut tempoh
praktikum (Lampiran 1-5).

Model Struktur Praktikum Bertema IPG

14
2
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)
LAMPIRAN 1-3a
PANDUAN PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

TAJUK/FOKUS/ISU : _________________________________________

BIL. PERKARA CATATAN


1. Isu/peristiwa/masalah yang difokuskan.
2. Perkembangan/isu /peristiwa/ masalah/yang
difokuskan releven/sesuai.
3. Isu/ masalah/peristiwa yang difokuskan dianalisis
secara terperinci.
I. mengenal pasti punca/ sebab isu/ masalah
/peristiwa yang difokuskan.

II. mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada


isu/masalah.
III. mengenal pasti kelemahan isu/ masalah /peristiwa
yang difokuskan.
IV. mengenal pasti kekuatan isu/masalah /peristiwa
yang difokuskan.

V. meramal kesan dan akibat isu/masalah/peristiwa


yang difokuskan.

4. Kajian lampau yang berkaitan isu/masalah (literature


review)

5 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan


setiap punca/kelemahan
I. sesuai dan releven
II. kritis/kreatif

6 Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan


isu/masalah yang dikenal pasti.
7. Tindakan Susulan Dirancang Untuk Dilaksanakan
Bagi Menyelesaikan Isu/Masalah. Yang Dikenal pasti.
I. Pelan Tindakan/Jadual Kerja /Senarai Semak
Disediakan.
II. Rujukan – pembacaan/internet/perbincangan dll.
8. Pelaksanaan Terhadap Langkah- langkah
Penambahbaikan Dijalankan.
I. Tempoh masa yang ditetapkan sesuai.
II. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan.

9. Kesimpulan/Refleksi
I. Menilai semula kesan dari tindakan/langkah yang
telah dijalankan.
II. Halangan-halangan yang timbul (jika ada)

15
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)
LAMPIRAN 1-4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS _____________________
SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO

Tandakan (✔)*
Bahagian No. Perkara
P GP
00 Senarai Kandungan Portfolio
A01 Biodata Pelajar
A Maklumat Diri A02 Surat Pengenalan Diri
A03 Pernyataan Profesional
B01 Peta Lokasi, Pelan Sekolah dan Bilik Darjah
B02 Carta Organisasi Sekolah

Maklumat B03 Visi dan Misi Sekolah


B Sekolah B04 Takwim Sekolah
B05 Senarai Nama Staf (Akademik dan Sokongan)
B06 Peraturan-Peraturan Sekolah
Surat-Surat Lantikan Tugas Semasa di
C01
Sekolah
Maklumat C02 Salinan Borang Bimbingan (PR1)
C Tugas
C03 Salinan Borang Kehadiran Praktikum
C04 Rekod Pengajaran Berpasangan
D01 Rancangan Aktiviti Kokurikulum
D02 Senarai Nama Ahli dan Kehadiran
Maklumat
D Kokurikulum
D03 Laporan Aktiviti Kokurikulum
D04 Rancangan Projek/ Peranan-peranan Lain
D05 Laporan Projek / Peranan-peranan Lain
E01 Format dan Contoh Penulisan Jurnal
E Jurnal E02 Penulisan Jurnal Mingguan
E03 Catatan Kemajuan Tindakan Susulan
F01 Maklumat Inovasi PdP
F Lain-lain F02
F03
Tandatangan
Tarikh semakan
Catatan:
- Bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, penilaian, inovasi atau contoh-contoh hasilan pelajar adalah digalakkan disimpan dalam folder
atau portfolio yang berasingan.
* P = Disemak dan ditandakan oleh pelajar; GP = Disemak dan ditandakan oleh guru pembimbing.
16
Garis Panduan Amalan Profesional
Program Diploma Perguruan (PDP)
LAMPIRAN 1-5a

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM


MINGGU KE- .........

Nama Pelajar
Jenis Persatuan/
Sukan/Unit
Beruniform
Projek/Aktiviti
Tarikh
Masa
Tempat
Nama Guru
Penasihat
Kokurikulum/
Penganjur
Bilangan Pelajar
Objektif

Laporan

Ulasan
Guru/Pembimbing

T.T Pelajar
T. T Penasihat
Kokurikulum/
Penganjur
Nama Penasihat
Kokurikulum/
Penganjur
Tarikh

17

Anda mungkin juga menyukai