Anda di halaman 1dari 2

12 Jun 2016

Kepentingan Pendidikan Seni Visual

Alat Komunikasi
o Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi ialah komunikasi atau
perhubungan dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Di sini
bermaksud komunikasi ialah alat untuk menyampaikan sesuatu kepada orang
ramai.Melalui seni visual, mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan
melalui karya. Contohnya, karya yang mempunyai tema kemasyarakatan bagi
menyampaikan mesej semangat kejiranan kepada masyarakat seterusnya.
o Bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.
o Alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
o Aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.
o Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selai dapat membina
kekuatan otot.
o Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi (gerak hati)
kanak-kanak.
o Rekaan bahan untuk penerbitan
o Pengiklanan dan papan tanda
o Pembungkusan
o Bahasa gambar
o Meningkatkan keupayaan bersosial
Ekspresi
o Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ekspresi bermaksud pelahiran maksud
dengan kata-kata (gerak geri).
o Seni Visual menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi,
idea dan manifestasi pemikiran.
o Seni visual di sini berperanan sebagai alat penyataan diri.
o Seni visual juga dilihat sebagai salah satu langkah mengurangkan stres dari
sudut kepentingan ini.
o Seni menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea
dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Visual memberi peluang untuk murid
membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan
meningkatkan nilai estetik.
o Bentuk ekspresi
Bentuk imaginasi
Pengubatan diri
Emosi
Ruang
Muzik
Kinestetik
Kemahiran
o Pelbagai kemahiran dapat diperoleh apabila seseorang mempelajari seni visual.
Seni visual tidak hanya bertumpu pada satu bidang sahaja. Namun, pelbagai
kemahiran seperti kemahiran membatik, kemahiran mambuat tembikar,
kemahiran mengukir, kemahiran menenun, kemahiran dalam bidang kefileman
dan penghasilan video bermutu dan kemahiran mengambil gambar dapat

12 Jun 2016

diperolehi. Di sini dapat dilihat, seni visual merangkumi semua hasil seni yang
dapat dilihat. Menurut John Dewey, seni itu sejenis pengalaman. Beliau juga
menyatakan seni adalah komoditi. Dengan menguasai kemahiran ini, seseorang
individu bukan sahaja dapat menghasilkan karya seni malah mampu menjana
ekonomi.
Pengetahuan dan kefahaman
o Pengetahuan dan kefahaman dalam seni visual boleh didapati melalui
pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan,
pendengaran.
o Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa
menghasilkan karya.
o Oleh itu, seni visual penting sebagai pengetahuan dan kefahaman kerana
pengkarya perlu member perhatian dan pengamatan kepada objek yang
difokuskan, jadi pengetahuan yang ada pada seni visual dapat membantu
kefahaman pengkarya dalam menghasilkan karya.

Anda mungkin juga menyukai