Anda di halaman 1dari 6

PK01 Pengurusan Panitia

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: JERRY PAUNIS

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN, BATU PAHAT.

NAMA PROJEK

: PROJEK PAPAN TANDA DAN HIASAN SUDUT INFO


HAL EHWAL MURID

TEMPOH PELAKSANAAN

: 1 MINGGU

OBJEKTIF :
Di akhir program ini diharapkan dapat:
I.

Membantu para warga sekolah dan pelawat mengakses maklumat berkaitan

II.

dengan pengurusan hal ehwal murid dengan mudah.


Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap Sekolah

III.

Kebangsaan Seri Aman.


Hasil kerja projek internship guru-guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila
selesai menjalani iInternship di sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN
Bil.

Aktiviti

1.

Perbincangan mengenai idea mural

2.

Pembinaan kertas kerja

Bahan
Contoh papan tanda
dan susunan info

Tindakan

Guru pelatih

Kertas kerja

Guru pelatih

Kertas Cadangan

Guru pelatih

Peralatan dan bahan

Guru pelatih

Perbincangan dan pemilihan bersama


3.

pihak pentadbiran untuk khidmat


nasihat bagi mendapat kelulusan
daripada Guru Besar.

4.

Pemilihan reka bentuk papan tanda

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

dan susunan info.

lengkap untuk
membuat projek
Bahan dan alatan

5.

Projek dimulakan

membuat poapan

Guru pelatih

tanda
6.

Refleksi dan dokumentasi

Kertas Dokumentasi

Guru pelatih

REFLEKSI

KEKUATAN PROJEK/ AKTIVITI


Projek papan tanda dan hiasan info ini telah membantu para warga sekolah serta
pelawat mengakses maklumat dengan mudah. Dengan siapnya projek ini, murid akan
sentiasa merujuk kepada peraturan-peraturan yang telah disediakan dan akan memberikan
impak terhadap diri murid iaitu mereka akan sentiasa ingat dengan peraturan sekolah dan
disiplin murid akan lebih mudah dikawal. Sepanjang guru pelatih membuat mural tersebut,
terdapat beberapa orang murid dan guru telah mula mengunjungi untuk merujuk peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
Selain itu, melalui projek ini saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang
guru. Saya juga dapat menimba pengalaman tentang cara mengurus sesuatu organisasi
dengan lebih berkesan contoh organisasi hal ehwal murid ini. Pengalaman seumpama ini
amatlah berharga kepada saya kerana apabila berada di sekolah kelak, saya suda tentulah
memegang beberapa jawatan yang memerlukan saya mengurus organisasi. Projek ini juga
mengajar saya tentang cara untuk menyebarkan maklumat dengan lebih cepat dan
berkesan. Saya juga secara tidak langsung dapat memperbaiki cara berkomunikasi sesama
rakan sekerja, guru dan staf sokongan untuk memastikan kelancaran projek. Perbincangan
yang dilaksanakan banyak menyumbang kepada idea-idea bernas yang akhirnya dapat
mencetusnya minda kreatif seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang menarik.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI
Projek mural dilihat tidak dilakukan mengikut perancangan yang telah ditetapkan
oleh guru pelatih. Guru pelatih tidak dapat mengatur dan menguruskan masa dengan tepat
dalam melaksanakan projek mural ini kerana pada masa yang sama guru-guru pelatih juga
perlu menyiapkan kajian tindakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Seterusnya, sudut ini terletak pada dinding yang mana menjadi laluan utama guru ke
bilik guru dan murid ke kelas. Perkara ini sedikit membataskan kelancaran perjalanan
pembinaan projek kerana ganguan yang berlaku.

.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengemaskini maklumat-maklumat
yang telah ditampal dengan lebih kerap agar warga sekolah tidak berasa bosan dengan info
yang disampaikan. Maklumat yang sentiasa dikemaskini akan membolehkan murid
mendapat info yang terkini berkaitan dengan masalah gejala sosial yang berlaku di sekolah.
Perkara ini akan menyebabkan murid sentiasa peka terhadap perkembangan semasa yang
berlaku di negara kita.
Seterusnya, saya juga mencadangkan agar penetapan kelas bertugas untuk
menampal isu-isu terkini berkaitan dengan masalah disiplin yang berlaku di sekolah
diwujudkan. Penggiliran kelas ini akan menyebabkan murid sentiasa berusaha mencari isuisu terkini yang boleh ditampal pada sudut info hal ehwal murid. Perkara ini akan dapat
memupuk nilai kerajinan dalam diri murid-murid.

KESIMPULAN
Pelaksanaan projek Papan Tanda dan Hiasan Hal ehwal murid ini diharap dapat
memberi manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Aman. Projek ini
seharusnya merupakan satu projek yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat menjana
hasil yang positif dan bermanfaat untuk semua yang terlibat. Selain itu, diharapkan segala
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

nilai yang diperoleh daripada program ini dapat digunakan sebaik mungkin agar menjadi
golongan intelektual yang lebih berpengetahuan, dan berkemahiran.

LAPORAN PROJEK PAPAN TANDA DAN KECERIAAN SUDUT INFO


HAL EHWAL MURID

Projek Papan Tanda dan Hiasan Hal ehwal murid merupakan satu projek individu
yang bertemakan keceriaan dan informasi. Guru pelatih dan pihak pentadbiran sekolah telah
memutuskan bahawa sudut info hal ehwal yang lama perlulah dikemaskini dan ditambah
baik agar maklumat yang disalurkan lebih terkini dan lebih ceria serta mudah diakses oleh
warga sekolah.
Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekolah dari segi bahan dan peralatan
seperti penyembur cat, maskin tape dan banyak lagi untuk menghasilkan satu sudut beserta
papan tanda yang ceria untuk info hal ehwal murid. Bahan serta peralatan ini disediakan
oleh pn Hasnah Bte Slamet selaku penyelaras projek di samping peralatan yang disediakan
oleh guru pelatih sendiri..
Projek ini dilaksanakan atas tujuan memenuhi keperluan sekolah di mana perkara
seumpama ini merupakan perkara yang wajib ada di sesebuah sekolah. Di akhir projek, guru
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

pelatih melakukan sesi refleksi untuk melihat kekurangan serta penambahbaikan yang dapat
dibuat pada masa tersebut dan juga pada masa hadapan dan berharap penyaluran
maklumat terhadap warga sekolah lebih lancar dan terkini.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

Gambar : Keadaan sudut info setelah siap disiapkan

Disediakan :

...
(JERRY PAUNIS)

Setiausaha
Projek Internship
SK Seri Aman Batu Pahat

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai