Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada
tubuh badan
mana

sahaja

sering berlaku. Kecederaan ini mungkin berlaku di manatermasuklah

ketika

bersukan.

Apabila

berlakunya

kecederaan, beberapa langkah dapat dilakukan untuk memberi bantuan


atau pertolongan mangsa yang tercedera.

Kadangkala, pertolongan

cemas yang diberikan itu akan mencegah kecederaan daripada menjadi


lebih serius.

Kecederaan pada sistem otot rangka lazimnya berlaku

dalam keadaan seperti kemalangan jalan raya, kecederaan semasa


bersukan, kemalangan sewaktu bekerja dan sebagainya.
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun
semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada
kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan
yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan
badan

yang

tidak

mencukupi

juga

akan

menyumbang

kepada

kecederaan sukan. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui


adalah,

ketegangan

dan

kecederaan

otot,

kecederaan

lutut,

kebengkakan otot, kecederaan pada tendon Achilles, kesakitan pada


tulang tibia, patah tulang, sendi yang beralih dan sebagainya.

Jurnal 1 : Cramping in Sports: Beyond Dehydration


2.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghuraikan tajuk jurnal yang telah dipilih
mengikut kriteria yang telah ditetapkan iaitu menjelaskan jenis kecederaan yang
telah dipilih dan juga kaitkan dengan anatomi dan fisiologi kecederaan. Selain itu,
juga untuk mengetahui jenis- jenis rawatan yang dijalankan dalam proses
pemulihan selepas kecederaan dan juga cadangan rawatan- rawatan lain yang
difikirkan sesuai untuk proses penyembuhan dalam jurnal yang telah dipilih iaitu
Cramping in Sport: Beyond Dehydration
3.0 Jenis Kecederaan
Jenis kecederaan yang telah dipilih adalah kekejangan otot dalam sukan.
Kekejangan otot merupakan pengecutan otot yang tidak terkawal menyebabkan
otot tidak dapat berehat secara normal. Kebiasaannya, apabila kita menggunakan
atau menggerakkan otot boleh kawal seperti tangan atau kaki, maka otot tersebut
akan silih berganti bertukar di antara pengecutan dan berehat. Dalam keadaan
normal, otot yang terdiri daripada jaringan fiber- fiber halus akan mengecut dan
berehat secara sekata. Namun begitu, apabila terdapat jaringan otot yang secara
tiba- tiba mengecut secara tidak terkawal akan menyebabkan ketegangan otot.
Ketegangan otot yang kuat dan berpanjangan menyebabkan kekejangan otot
berlaku. Buktinya, kita dapat perhati dan memegang otot- otot yang terlibat yang
menjadi keras sewaktu kekejangan otot berlaku. Keadaan ini boleh berlansung dari
hanya beberapa saat hingga kepada beberapa minit, atau mungkin lebih lama
daripada itu.
Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh
badan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya
disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan
sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga
menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.
Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di
kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit
apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat
daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut
reda. Kawasan kekejangan otot ini bergantung kepada bahagian mana yang paling
banyak digunakan salama sesuatu aktiviti seperti bahagian kaki, abdomen, tangan
dan sebagainya. Bagi bahagian lower body, otot yang terlibat adalah seperti
gastrocnemius, soleus dan achilles tendon, extensor digitorum longus, peroneus
bravis, dan tibialis anterior. Selalunya masalah kekejangan otot ini dihadapi oleh
2

atlet yang menyertai sukan yang mempunyai intensiti yang tinggi seperti sukan
jarak jauh, bola sepak, badminton, rugbi, basikal, dan acara- acara lain yang
memerlukan pergerakan yang maksimum.
4.0 Rawatan
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil
makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan
mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu
mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang
mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah
kekejangan dan kecederaan otot.
Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat
membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak
terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.
Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat
yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di
bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta
halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang
itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan
otot dan melancarkan aliran darah dan elakkan daripada melakukan regangan
yang kerap di bahagian otot yang cedera. Sekiranya kesakitan masih berterusan
setelah aktiviti meregangkan otot tersebut, hentikan rengangan kerana otot
tersebut mungkin mengalami kecederaan yang lain.
5.0 Fasa Pemulihan Kekejangan Otot
Antara fasa pemulihan kekejangan otot yang boleh dilakukan oleh atlet dalam
jurnal yang telah dipilih adalah elakkan daripada melakukkan aktiviti berat dan
pastikan rehat yang mencukupi. Ini mengelakkan bagi berlakunya kekejangan di
bahagian yang sama. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti, pastikan pemanasan
badan dilakukan dengan betul bagi menyediakan otot agar dapat berfungsi dengan
baik. Selain itu juga melakukan sesi pengenduran badan selepas melakukan
aktiviti. Ini bertujuan untuk melonggarkan semula otot yang telah digunakkan dan
bagi mengelakkan kecederaan. Disamping itu, lakukan aktiviti seperti berenang
kerana ia bagus untuk pemulihan daripada kecederaan otot.
Jurnal 2: Acromioclavicular Joint Injuries
6.0 Objektif kajian
3

Untuk mengkaji anatomi dan biomekanik sendi acromioclavicular dan


melaksanakan penilaian klinikal dan rawatan dalam kalangan atlet yang
mengalami kecederaan sendi AC.
7.0 Jenis kecederaan
Sendi acromioclavicular (AC) ialah sendi diarthrodial merupakan salah satu
daripada lima sendi yang kompleks di bahagian bahu. Sendi AC menyediakan
ikatan atau perlekatan antara bahagian atas hujung dengan paksi rangka. Anatomi
sendi acromioclavicular dianggarkan 9 mm x 19 mm.
Kecederaan otot pada ahli sukan ini disebabkan oleh ketegangan yang kuat
atau koyak pada ligamen yang menghubungkan collarbone dengan shoulder blade
dan disebabkan oleh hentakkan yang kuat pada atas bahu ketika terjatuh semasa
bersukan, terdapat pertembungan dengan pemain lain dalam sukan bola sepak,
rugbi. Kecederaan ini boleh dikesan melalui kesakitan disepanjang tulang
collarbone dan berlaku kehausan pada rawan sendi acromioclavicular yang
disebabkan aktiviti lasak seperti angkat berat, kerja berat seperti berkebun atau
bekerja dalam industri berat. Rawan pada sendi perlahan-lahan merosot. Masalah
ini boleh berlaku pada semua peringkat usia dan hal ini menyebabkan atlet atau
individu yang mengalaminya akan berasa sakit di bahagian bahu.

gambar 1: Kecederaan sendi acromioclavicular (AC)


Antara simptom kecederaan sendi acromioclavicular adalah bahu berasa sakit
yang berpanjangan, bengkak pada bahu, rasa kebas dan lemah di bahagian bahu
dan sebagainya.
8.0 Rawatan

Antara rawatan yang boleh digunakan dalam kecederaan sendi


acromioclavicular adalah bagi kecederaan ringan, rawatan yang digunakan adalah
menggunakan anduh silang selam 5 hingga 7 hari. Selain itu, gunakan ais dan
tekapkan pada bahagian yang cedera dalam tempoh 48 hingga 72 jam. Gunakan
(NSAIDs) iaitu dadah untuk menahan pembengkakkan dan lakukan senaman
yang mempunyai julat pergerakan yang minimum dan senaman isometrik. Apabila
langkah-langkah ini diamalkan, kecederaan sendi ini akan pulih dalam masa 1
hingga 2 minggu.
Bagi kecederaan yang lebih parah , rawatan yang digunakan adalah terapi
untuk proses penyembuhan. Ia mengambil masa yang lama iaitu 2 hingga 3
minggu bergantung kepada tahap kecergasan individu. Selain itu, menjalankan
rawatan secara berkala dimana ia sesuai untuk atlet melempar yang menggunakan
julat pergerakan yang besar dan risiko kecederaan tinggi dan beban biomekanikal
pada bahu dalam kadar aktiviti yang tinggi dan boleh menjejaskan prestasi
mereka. Rawatan bagi

kes yang teruk adalah sama seperti yang diatas iaitu

menggunakan ais, NSAIDs, anduh (silang) dan immobilization sling. Dalam hal ini,
pakar bedah mencadangkan agar melakukan pembedahan bagi kecederaan AC
yang parah sebagai rawatan .
9.0 Fasa Pemulihan
Antara fasa pemulihan yang boleh dijalankan bagi atlet yang menghadapi
masalah ini adalah lakukan senaman dan regangan ringan di bahagian yang
cedera. Elakkan melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan tangan yang
banyak dan mengangkan beban. Pastikan atlet mendapat nasihat daripada pakar
dan lakukan aktiviti berenang. Aktiviti ini sesuai untuk sesi pemulihan kerana badan
akan berada dalam keadaan yang stabil dan selesa apabila berada dalam air.
10.0 Kesimpulan
Risiko kecederaan adalah sebahagian insiden yang sering berlaku dalam
kebanyakan aktiviti sukan. Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
ialah menjalani latihan yang sistematik. Sebelum melakukan aktiviti fizikal, murid
atau atlet perlu melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan dan
menyejukkan badan selepas selesai melakukan aktiviti. Latihan atau aktiviti yang
dirancang perlu sesuai dengan tahap dan kecergasan atlet atau murid. Selain itu,
latihan yang dijalankan perlulah secara progresif.
Guru atau jurulatih perlu mengenalpasti tahap atau kecergasan murid seperti
memastikan tahap kesihatan murid atau atlet dan merujuk kepada rekod kesihatan

mereka. Menetapkan undang-undang dan peraturan permainan atau sukan. Guru


atau jurulatih perlu menjelaskan kepada murid atau atlet undang-undang atau
peraturan berkaitan permainan atau sukan yang dijalankan. Pastikan juga
kemudahan peralatan yang disediakan. Pastikan pakaian, kasut atau peralatan
yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan. Pastikan juga
peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Aktiviti yang dijalankan di luar kawasan sekolah perlulah ditinjau terlebih
dahulu

laluan

yang

akan

digunakan

bagi

memastikan

kesesuaian

dan

keselamatannya. Kawasan aktiviti perlu sesuai dan selamat untuk murid. Elakkan
melakukan aktiviti dalam cuaca panas yang akan menyebabkan berlakunya
dihidrasi. Selain itu, semua arahan perlu jelas dan diberikan sebelum setiap aktiviti
dijalankan dan bimbingan dari masa ke semasa sentiasa diberikan

.
11.0Rujukan
Barber FA. Complete posterior acromioclavicular dislocation: a case report.
Orthopedics. 1987;10:493-496.
Heinz WM, Misamore GW. Mid-shaft fracture of the clavicle with grade III
acromioclavicular separation. J Shoulder Elbow Surg. 1995;4: 141-142
Lancourt JE. Acromioclavicular dislocation with adjacent clavicular frac- ture in a
horseback rider: a case report. Am J Sports Med. 1990;18:321-322.
Minetto M, Holobar A, Botter A, and Farina D. Origin and development of muscle
cramps. Exerc Sport Sci Rev 41: 310, 2013
OConnell K, Posthumus M, Schwellnus M, and Collins M. Collagen genes and
exercise-associated muscle cramping. Clin J Sports Med 23: 6469, 2013.
Richards RR. Acromioclavicular joint injuries. Instr Course Lect. 1993; 42:259-X69
Rockwood CA Jr. Injuries to the acromioclavicular joint. In: Rockwood CA Jr, ed.
Fractures in Adults. Vol 1. 2nd ed. Philadelphia, PA: JB Lippincott; 1984:860.
Rujukan Internet:
http://musclepyramid.com/how-to-speed-up-muscle-soreness-recovery
http://tennis.health.com/Articles/tabid/128/Articles/Musclecramps/tabid/155/D
efault.aspx
http://www.medicinenet.com/muscle_cramps/article.htm
6

http://www.moondragon.org/health/disorders/musclecramp.html

Anda mungkin juga menyukai