Yang Berbahagia En Mohd Rosdi bin Ab Jalil, Guru Besar SKUG
Yang Berusaha En Ahmad Sukri bin Sharkawi, GPK 1
Pn Siti Iasah bt Khairuddin, GPK HEM
Pn Normazita bt Ab Ghani, GPK Ko kurikulum
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli jawatankuasa kerja
Guru-guru dan kakitangan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualikum wbrkt....
Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia
[ALU-ALUAN]
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan
kurnianya dapat kita hadir bersama-sama bagi mejayakan Majlis Pelancaran
Kem Membaca 1 Malaysia 2011 pada pagi yang mulia ini.
Bulan mengambang cantik berseri,
Mari dilihat di dalam taman,
Kehadiran kalian amat hargai,
Terus terpahat zaman berzaman
[BACAAN DOA]
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Zailan bin Zakaria untuk
memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
(Bacaan doa)
Amin amin, Ya Rabb al-Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil
Ustaz Zailan atas bacaan doa sebentar tadi
[PERSEMBAHAN]
Amalan membaca amalan mulia
Dapat manfaat tinggi faedahnya
Menjana Pemikiran 1 Malaysia
Itulah matlamat menjadi tema
[UCAPAN PERASMIAN]
Maka dengan ini rasmilah sudah Perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia SKUG
tahun 2011 ini. Untuk itu marilah kita menyanyikan lagu Membaca Gaya
Wawasan bersama-sama.
[BERSURAI ]
Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini.
Pihak majlis sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Tuan Guru Besar, guru-guru serta kaki tangan dan semua yang menjayakan
majis pada hari ini. Jazzakallahu khairan kathira
[BERSURAI]
Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya ada
terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, semoga
berjumpa lagi
Sekian