Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

PERINGKAT NEGERI
WP KUALA LUMPUR 2015
TARIKH

14 HINGGA 17 APRIL 2013

MASA :

8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR


PERINGKAT NEGERI
WP KUALA LUMPUR 2015
_________________________________________________________________________________
1.

PENDAHULUAN
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Kuala Lumpur ( MSSMKL ) pernah menjuarai

MSSM Bola Tampar yang lalu, namun pencapaian ini telah diatasi oleh negeri negeri lain.
Kegagalan untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang ini adalah disebabkan kekurangan program
pembangunan yang dijalankan bagi meletakkan perkembangan murid di atas landasan yang tepat.
Usaha untuk meneruskan kecemerlangan ini adalah perlu di peringkat yang awal lagi.
Pencapaian pasukan Bola Tampar MSSWP Kuala Lumpur semakin merosot atas beberapa
perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi semua alas an ini perlu diatasi dengan perancangan teliti
dan rapi agar perkara yang sama tidak akan berulang. Penganjuran pertandingan peringkat negeri
lebih awal akan membantu pembentukan pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi kejohanan
yang akan datang.
2.

MATLAMAT
Kertas konsep ini disediakan sebagai Rancangan Penganjuran Sukan Bola Tampar ke arah

membentuk satu pasukan bola tampar MSSMKL yang mantap dan berpotensi untuk muncul sebagai
pasukan yang mengungguli permainan ini di Kejohanan Bola Tampar MSSM 2015.

Semasa

pertandingan ini dilaksanakan, semua atlit yang berpotensi akan dikenalpasti dan disenaraikan
sebagai calon yang akan mewakili pasukan Kuala Lumpur. Selain itu, guru yang terlibat juga akan
didedahkan dengan latihan kepegawaian dan pengadilan selain daripada pendedahan kepada
kemahiran kejurulatihan.

3.

OBJEKTIF
3.1

Memilih pemain yang menepati kriteria seorang pemain bola tampar.

3.2

Memastikan setiap pemain menguasai kemahiran asas bola tampar yang maksimum
melalui latih tubi dan drill yang berterusan.

3.3

Membentuk tahap kekuatan mental, fizikal serta kecergasan yang tinggi dikalangan
pemain.

3.4

Melatih pemain kearah semangat berpasukan, komitmen serta semangat juang yang
tinggi melalui sesi latihan dan perlawanan persahabatan yang diadakan.

3.5
4.

Memberi pendedahan kepada guru pengiring berkenaan dengan kepegawaian.

VISI
Pasukan Bola Tampar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mencapai kejayaan yang

cemerlang di setiap kejohanan yang dianjurkan di peringkat MSSM dan lebih ramai pemain
berkualiti akan dilahirkan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5.

MISI
5.1

Melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi, berdisiplin, berkeyakinan dan


mempunyai daya tahan mental yang tinggi.

5.2

Mempunyai pemain daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain lain
di Kuala Lumpur.

6.

TEMA
TANGAN EMAS 2015

7.

KUMPULAN SASARAN
Murid murid sekolah rendah ( lelaki dan perempuan ) berumur 12 tahun.

8.

TEMPAT PERTANDINGAN
8.1

9.

Gelanggang Terbuka SK Setapak Indah

BUTIRAN PERTANDINGAN PERMAINAN SUKAN BOLA TAMPAR


9.1

TARIKH
Lelaki

14 April 2015

Perempuan

15 April 2015

Penutup

16 April 2015

9.2

TEMPAT

Gelanggang Terbuka SK Setapak Indah

9.3

Masa

8.00 pagi hingga 4.30 petang

10.

ORGANISASI

Penasihat

DATIN NAWAL BINTI SALLEH


PENGARAH PELAJARAN
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengerusi

:
KETUA UNIT SUKAN
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengerusi

PN SITI AISHAH BT JABAR


GURU BESAR
SK Setapak Indah

Penyelaras

ROMZI BIN CHE DIN


N. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Bola Tampar
SK Desa Tun Hussein Onn

Setiausaha

:
SK Desa Tun Hussein Onn

PT Zon

CIK SUHANA BT YUSUF ( KERAMAT )


EN. HAMIDON B HUSSEIN ( BANGSAR )
EN. WONG MOON HOOI ( SENTUL )
EN. FAIRUZ ASWAD ( PUDU )

11.

BAJET

JENIS PEMBAYARAN
BIL

KATEGORI
12
15
18
L/P
L/P
L/P

RM

BIL/ORANG

HAR
I

JUMLA
H

Guru

12

144

Pelajar

192

Guru

12

288

Pelajar

12

288

IMBUHAN PENCATAT

48

288

IMBUHAN PENGADIL

10

48

960

IMBUHAN PENGERUSI TEKNIK

12

36

JAMUAN MESYUARAT

30

180

KESELAMATAN
Guru

12

72

Pelajar

192

BAYARAN GELANGGANG

10
0

200

KECEMASAN

10
0

100

PERKARA
IMBUHAN URUSETIA / AJK

IMBUHAN PELAJAR/TEKNIKAL

JUMLAH

2940

12.

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA 14 APRIL 2015 ( LELAKI )


8.00 PAGI 12.30 PAGI

PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN

12.30 PAGI 2.00 TGH

REHAT

2.00 TGH 4.00 PTG

SAMBUNGAN PERLAWANAN

HARI KEDUA 15 APRIL 2015 ( PEREMPUAN )


8.00 PAGI 12.30 PAGI

PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN

12.30 PAGI 2.00 TGH

REHAT

2.00 TGH 4.00 PTG

SAMBUNGAN PERLAWANAN

HARI KETIGA 16 APRIL 2015 ( SEPARUH AKHIR & AKHIR )


8.30 PAGI 12.30 PAGI

PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR

10.00 PAGI 11.00 PAGI

PERTANDINGAN AKHIR PEREMPUAN

11.00 PAGI 12.00 PAGI

PERTANDINGAN AKHIR LELAKI

12.30 PAGI 2.00 TGH

PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUP

13.

KESIMPULAN
Kertas konsep ini sebagai panduan pelaksanaan program yang telah dirancang. Adalah

menjadi harapan semua pihak agar program seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
secara langsung mencapai objektif yang telah dinyatakan. Kejayaan melaksanakan program ini juga
adalah mencerminkan sikap saling bekerjasama antara semua pihak dan oleh yang demikian
diucapkan setinggi tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
mahupun secara langsung atau tidak langsung. Semoga program sebergini akan dijadikan satu
agenda berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam pencapaian sukan MSSMKL.

KE ARAH MEMBUDAYAKAN DAN KECEMERLANGAN SUKAN


MAJLIS SUKAN SUKAN SEKOLAH MALAYSIA KUALA LUMPUR

Disediakan oleh :
ROMZI BIN CHE DIN
N. Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan 2014

Anda mungkin juga menyukai