Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Peristiwa Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

Posted on Julai 26, 2013 by jalanakhirat




Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan
kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat
kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat
sunnah.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan
Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.
melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap
sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qati serta ditulis mashaf yang hari
ini lebih dikenali sebagai mashaf Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah alQuran dan perkara yang berkaitan dengannya.
NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul alQuran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati
(lailatin mubarakah).
Firman Allah SWT.:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat. (Surah alDukhan ayat 3).
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. (Surah alQadr, ayat 1).
Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan
menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar
dan yang salah. (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malam yang berkat yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang
penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan.
Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi
Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu
malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia
diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang
menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

MAKNA NUZUL AL QURAN


Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya
digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, Dia yang
telah..menurunkan hujan. (al-Baqarah:22), dan Dialah.yang menurunkan Taurat Dan
Injil. (Ali Imran:3).
Nuzul bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat
yang tinggi. Al-Quran pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca
oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang
meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:



Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang
dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada
Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-Anam:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.
Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya
yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan alZikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
TARIKH SEBENAR NUZUL AL-QURAN
Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul AlQuran pada 17 Ramadhan, yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41
daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M, ketika
baginda sedang beribadat di Gua Hira. Namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang
turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M.
Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari
Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya alQuran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:

jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi
Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar,
antara muslimin dan kafirin) (8 : 41)
Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian
harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.
Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka
sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim,
orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan).
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia
berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.

Anda mungkin juga menyukai